Anda di halaman 1dari 8

Projek : Amali 3

Tarikh Amali : 12 Mac 2012


Masa : 3.00 5.30 P.M
Tajuk: Menukar Kabel dan Palam Pencucuh
Objektif : Memahami tindakan dan kefungsian palam pencucuh dan kabel tegangan tinggi.
Komponen:
1. Palam Pencucuh (Empat batang)

3. Rachet Wrench

2. NC push button & NO push button

Pengenalan :
Palam Pencucuh
Sistem pencucuhan berperanan untuk memberi tenaga yang diperlukan kepada kebuk
pembakaran supaya membakar campuran minyak dan udara. Jumlah tenaga yang diambil
ditentukan oleh jenis gas pembakaran digunakan, nisbah bahanapi-udara dan tekanan
pembakaran. Sistem pencucuhan konvensional menggunakan palam pencucuh dengan sela
bunga api yang kecil untuk membakar campuran udara-bahanapi.
Palam pencucuh merupakan alatan elektrik yang dipasang pada kepala silinder enjin
petrol yang berfungsi untuk membakar campuran udara-bahanapi melalui bunga api elektrik.
Palam pencucuh ditebat disekeliling elektrod tengah serta disambung ke sistem penyalaan
enjin melalui wayar voltan tinggi berpenebat tebal. Palam pencucuh dapat beroperasi apabila
palam pencucuh disambungkan ke gelung penyalaan yang menghasilkan voltan tinggi.
Sambil elektron mengalir dari gelung, beza keupayaan terbentuk antara elektrod tengah dan
elektrod bumi. Tiada arus dapat mengalir kerana udara dan bahan api merupakan penebat
tetapi sambil beza keupayaan terus meningkat, ia mula mengubah struktur gas berhampiran
elektrod. Sebaik sahaja voltan melebihi kekuatan dielektrik gas, gas sekeliling diionkan. Gas
terion menjadi pengalir dan membenarkan electron mengalir merentasi jurang di mana suhu
bunga api naik setinggi 60,000 K. haba yang tinggi daripada bunga api menyebabkan gas
terion mengembang dengan cepat, seperti letupan kecil. Inilah bunyi klik yang kedengaran
semasa bunga api terhasil, sebagaimana kilat dan guruh. Bunga api yang terhasil
kemudiannya membakar campuran udara-bahan api di dalam kebuk pembakaran.

Bahagian Palam Pencucuh

Terminal - Di sambungkan ke gelung pembakaran.


Sirip - Berfungsi sebagai penebat serta mengelak kebocoran elektrik.
Penebat - Diperbuat daripada seramik aluminium oksida, ia direka bagi menampung suhu
setinggi 550 C dan voltan setinggi 60 000 V.
Nat heksagon - Untuk mengikat dan mengetatkan palam pencucuh pada kepala silinder.
Bekas logam - Membuang haba daripada penebat serta berfungsi sebagai elektrod bumi.
Hujung penebat - bahagian hujung penebat yang mengelilingi elektrod tengah
mempengaruhi prestasi palam pencucuh, terutamanya banjaran haba.
Elektrod tengah dan bumi - Menghasilkan bunga api.
Oleh kerana palam pencucuh sentiasa berfungsi semasa enjin dihidupkan, ia tidak lari
daripada kerosakan akibat daripada masalah-masalah enjin.

Jenis-jenis kerosakan palam pencucuh

Keadaan normal

Dipenuhi kerak karbon

Berminyak

Diselaputi abu

Elektrod haus

Kabel Voltan Tinggi

Sebagai penghubung voltan tinggi diantara Gegelung Penyalaan (Ignition Coil) dan
unit Pengagih (Distributor) ke Palam Pencucuh (Spark Plug).

Langkah Keselamatan :
Beberapa peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi semasa di makmal enjin:1. Memakai pakaian yang sesuai semasa melakukan kerja-kerja di makmal enjin.
2. Elakkan dari menyimpan rambut panjang jika anda mahu bekerja di dalam makmal enjin.
3. Elakkan dari terlalu gembira atau terlalu murung semasa melakukan kerja-kerja di
makmal enjin.
4. Buka pintu dan tingkap ketika berada di makmal enjin.

5. Taburkan pasir atau habuk kayu jika terdapat minyak pada lantai bagi memudahkan kerja
membersih.

Langkah kerja:
Mengeluarkan Palam Pencucuh Yang Lama
1. Tarik tuil hood yang terletak dibawah papan permuka (dashboard) kereta.
2. Pergi ke hadapan hud kereta, tekan dibahagian bawah untuk menekan selak hud
seterusnya buka hud berkenaan. Tongkatkan hud menggunakan batang besi sokongan
yang terletak dibahagian tepi kereta.
3. Kenalpasti kedudukan wayar palam pencucuh dan biasanya kedudukan empat wayar
pencucuh itu terletak berhampiran dengan blok enjin.

4. Seterusnya, tukarkan 1 palam pencucuh pada satu-satu masa, sentiasa meletakkan wayar
plag semula sebelum menukar palam pencucuh seterusnya.

5. Tarik keluar kabel teganggan tinggi menggunakan tangan dengan jarak yang dekat, iaitu
berhampiran dengan palam pencucuh. Elakkan menarik kebel tegangan tinggi daripada
jauh, ini adalah untuk mengelakkan soket yang memegang palam pencucuh dan kabel
rosak/ putus.

6. Di sekitar palam pencucuh, angin bertekanan ditiupkan atau lap apa-apa kotoran atau
serpihan. Ini adalah untuk mengelakkan kekotoran atau bendasing jatuh ke dalam silinder.
7. Dengan menggunakan soket palam pencucuh dan roda bergigi searah / rachet wrench,
palam pencucuh dikeluarkan dengan memutarkannya mengikut arah lawan.

8. Dengan menggunakan ratchet dan soket palam pencucuh yang bersesuaian darisegi saiz,
keluarkan palam pencucuh yang lama dengan memutarkan ratchet mengikut arah lawan
jam.
9. Palam pencucuh diperiksa untuk memastikan sama ada ianya perlu ditukar atau sekadar
hanya perlu dibersihkan. Palam pencucuh yang baik seharusnya mempunyai permukaan
yang terang dan tidak berminyak. Palam pencucuh yang kotor dibersihkan menggunakan
anggin bertekanan tinggi dan berus dawai.

10. Palam pencucuh kemudiannya diperiksa jarak pin mengikut piawaian model kenderaan.
Masukkan spark plug gapping tool di antara tengah elektrod dan bahagian atas elektrod
di palam pencucuh. Bengkokkan sedikit bahagian hujung palam pencucuh sekiranya
bacaan memberikan jarak kelegaan yang jauh dan renggangkan sedikit hujung palam
pencucuh sekiranya bacaan memberikan jarak yang terlalu dekat.
11. Langkah 7 hingga langkah 10 diulangi untuk palam pencucuh yang kedua, tiga dan
empat.

Memasang Palam Pencucuh Yang Baru

1.

Palam pencucuh diketatkan dengan menggunakan rachet, dan tidak terlalu diketatkan.
Kabel voltan tegangan tinggi dipasang semula ke palam pencucuh mengikut turutan yang

2.

betul.
Enjin dihidupkan dan diperhatikan bahawa tiada bunyi yang ganjil dan gegaran yang
aneh. Sekiranya berlaku keadaan sedemikian, pemeriksaan perlu dilakukan semula.

Refleksi :
Daripada amali penukaran kabel dan palam pencucuh ini, ahli kumpulan kami
telah dapat mempelajari selok-belok penyelenggaraan palam pencucuh seperti melihat dan
membezakan keadaan palam pencucuh yang baik, harus di selenggara dan palam pencucuh
yang rosak. Ini adalah penting untuk mengelakkan daripada berlaku pembaziran sekiranya
kami tidak dapat membezakannya seterusnya menjadi mangsa keadaan semasa membuat
penyelenggaraan kereta di bengkel-bengkel kelak.
Kesimpulan :
Palam pencucuh adalah merupakan komponen yang sangat penting di dalam
menggerakkan kereta pada tahap yang efisyen. Kita sebagai pemandu seharusnya peka
terhadap keadaan palam pencucuh dan kabel tegangan tinggi. Ini adalah kerana, kenderaan
tidak akan boleh bergerak dengan cekap jika salah satu daripada palam pencucuh mengalami
kerosakan. Pembaziran bahan api juga akan berlaku disebabkan pembakaran petrol yang
tidak cekap.

Anda mungkin juga menyukai