Anda di halaman 1dari 2

NAMA

LIM LEI SUAN

OPSYEN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PENSYARAH

ENCIK HASSAN BIN KUDUS

______________________________________________________________________
Sebagai seorang guru bimbingan yang baharu di sebuah sekolah, bagaimana
anda memulakan tugas merancang beberapa program di sekolah. (150-200 patah
perkataan.)

Matlamat unit Bimbingan dan Kaunseling adalah seperti merancang,


menyelaras, mengawal dan menilai perkhidmatan dan aktiviti bimbingan dan
kaunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sebagai seorang guru bimbingan yang baharu, saya akan menghasilkan
satu senarai bidang tugas dan tanggungjawab. Dalam senarai ini, saya akan
memasukkan bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, akademik,
kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan. Dalam setiap
bidang saya akan masukkan input dan kaedah.
Dengan adanya program-program ini, saya akan membuat takwim tahunan
bagi unit bimbingan dan kaunseling. Dalam takwim ini, saya akan merancang
program pada setiap bulan bagi semua warga sekolah termasuklah guru
sekolah, staf dan guru besar , murid tahap 1 dan 2, ahli PRS. Bagi setiap
program saya akan menganggarkan kos yang diperlukan bagi sesuatu program
yang dijalankan. Anggaran yang dibuat dapat membantu untuk melihat sama ada
program yang dijalankan memerlukan kos yang besar atau tidak.
Adanya takwim unit bimbingan dan kaunseling, setiap program dapat
dijalankan secara tersusun. Selain itu, saya dapat menjalankan program ini
mengikut perancangan yang dibuat pada takwim. Selain itu, saya boleh merujuk
kembali

program

yang

dijalankan

pada

penambahbaikan ataupun sebagai rujukan.

bulan

lepas

untuk

proses

Anda mungkin juga menyukai