Anda di halaman 1dari 2

LAMPIRAN

JAWAPAN SOALAN PENILAIAN KENDIRI


BAB 1
1.

Kerjaya adalah satu bidang yang berkait rapat dengan kehidupan


seseorang. Ia bukan sahaja meliputi kerja yang dilakukan tetapi
juga melibatkan tugas dan aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan
sepanjang hidup. Kerjaya bukan sahaja boleh dirancang malah
perlu dirancang dan diuruskan dengan baik agar menepati
kehendak dan keperluan seseorang.
Proses perancangan kerjaya sebenarnya bermula dari tahap
seseorang itu belajar lagi sehinggalah menceburi sesuatu bidang
pekerjaan. Ini bermakna bidang yang dipilih perlulah besesuaian
dengan kebolehan, minat dan tahap pendidikan yang diterima.
Misalnya seseorang yang berminat untuk menjadi seorang
jurutera perlu mengikuti pengajian dalam bidang teknikal dan
kejuruteraan untuk membolehkannya menceburi bidang tersebut.
Begitu juga dengan kemahiran-kemahiran dan pengalaman yang
dikumpul perlulah boleh membantu individu terbabit
meningkatkan kerjayanya sebagai seorang jurutera.
Aspek pemilihan kerjaya juga penting agar kerjaya yang diceburi
tidak memberi tekanan kepada kita malah membolehkan kita
menggunakan potensi diri semaksimum mungkin. Ini penting
agar kita tidak memilih kerjaya yang salah dan terperangkap
dengan kerja tersebut. Jika ini berlaku maka produktiviti pekerja
akan jatuh dan ia bukan sahaja merugikan organisasi malah juga
membazirkan potensi individu. Oleh itu, cara yang boleh diambil
untuk memilih kerjaya yang bertepatan dengan diri kita ialah
dengan memilih bidang pendidikan yang bersesuaian,
membangunkan ciri-ciri dan potensi diri sebaik mungkin,
memperlengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang
bersesuaian, menjalin hubungan yang baik dengan pihak-pihak
yang berkaitan dan seterusnya sentiasa memajukan diri dari
semasa ke semasa walaupun telah mencapai satu tahap kerjaya
yang stabil.

2.

Kerjaya dapat meningkatkan status seseorang kerana ia


mewujudkan satu perasaan diperlukan dan rasa berguna dari segi
psikologi lebih-lebih lagi jika jawatan yang disandang adalah
jawatan yang penting dan pada hirarki yang tinggi. Lazimnya
individu yang bekerja dianggap lebih penting dan berguna
127

daripada penganggur kerana mereka menghasilkan sesuatu untuk


kegunaan dan keperluan masyarakat. Jadi mereka lebih dihormati
dan kewujudan mereka lebih diiktiraf berbanding dengan
individu yang tidak bekerja.
3.

Sebelum abad ke-20 aspek pemilihan dan perancangan kerjaya


tidak wujud. Individu pada waktu tersebut lazimnya menceburi
sesuatu pekerjaan kerana mewarisi pekerjaan nenek moyang
mereka atau kerana hanya itu peluang yang terbuka untuk
mereka. Walaupun tidak meminati bidang atau kerja tersebut,
mereka tetap melakukannya untuk memenuhi keperluan hidup.
Walau bagaimanapun senario ini berubah menjelang abad ke-20
selaras dengan perubahan semasa khususnya dari segi ekonomi
yang melanda dunia. Revolusi Industri yang berlaku secara besarbesaran telah mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada
individu dan membuka minda mereka tentang pemilihan kerjaya
yang bertepatan dengan minat, kebolehan dan pengalaman
masing-masing.
Dengan kata lain selepas abad ke-20 pemilihan kerjaya secara
tradisional atau keturunan sudah berubah. Individu tidak lagi
menuruti sahaja pekerjaan yang dilakukan oleh ibu-bapa atau
nenek moyang mereka tetapi mereka kini mempunyai peluang
yang lebih luas untuk memilih kerjaya yang diminati atau
bersesuaian dengan kebolehan masing-masing. Ini bererti peluang
untuk mengembangkan kerjaya adalah lebih cerah kerana minat
yang mendalam terhadap sesuatu akan mendorong individu
membangunkan potensi diri mereka untuk mencapai kepuasan.
Tambahan pula pada waktu itu telah wujud badan-badan yang
bertanggungjawab membantu dan membimbing individu memilih
sesuatu bidang yang bersesuaian dengan mereka.

128