Anda di halaman 1dari 4

KAF-HA'-YAA-'AIN-SOD

Terlintas untuk menulis tentang huruf-huruf ini setelah melihat


ramai yang berminat mencari. Ramai yang mengetahui rahsia
dan kegunaan nya. Didalam kitab-kitab diberi kelebihan dan
cara mengamalkannya. Baca Kaf-Ha'-Yaa-'Ain-Sod,digenggam
nya tangan kanan,dilemparkan penumbuk sambil membaca
Kaffaitu. Begitu juga dengan penumbuk kiri, digenggam tangan
kiri dengan membaca Ha-Miim-'Ain-Sin-Kof, dilempar
penumbuk kiri dengan mengucapkan Hammaitu. Itu kegunaan
nya yang disampaikan oleh Abah ketika aku belasan tahun.
Didalam kitab pula, dengan amalan dan bacaan yang sama
dilaku kan ketika hendak pergi berjumpa orang besar atau
untuk pergi interview, insyaallah ianya 'bertindak' sebagai
penunduk. Ayat ini juga digunakan untuk ilmu perang.
Sebenarnya tidak cukup dengan membaca huruf-huruf itu
tanpa amalan yang boleh menyebatikannya dengan diri
kita.Dari sebati timbul nya yakin. Memang sukar untuk
mendapatkan ayat ini. Akan aku tulis huraian dari huruf-huruf
itu. Dikatakan oleh Abah, ayat-ayat huraian ini amalan Tokku
Paloh. Ketika arwah nenek (sebelah Abah) aku Tengku Dalam
(Ku Dayang) bt Tengku Embong Tuli masih hidup, pernah aku
membaca didepannya,dan didapati banyak tempat dan tajwid
yang salah. Malang ketika itu aku tidak mencatit dimana tempat
yang salah.
Pesan aku, kepada yang ingin mengamalkan kan ayat-ayat ini,
pergi, bertanya dan perbetulkan dulu ayat ini dari orang-orang
tua yang arif dengan bacaan Al-Quran.
Bismillahirrahmanirrahiim
Kaf-Ha'-Yaa-'Ain-Sod
Kaf : Kamaa in anzalna huminassamaa i fakhtalatobihi
nabaatul ar. Paasbaha hasiman tazru huriyyah. Ya haf
koliza i.

Ha' : Huallah hullazi la ilaha illa huwal 'azi mulghaib.


Wassahaadati warrahmanirrahim. Ya kapaslia i.
Yaa : Yaumal 'azi mipati izil kulub. Ladalhanaazi rokalzimi
namalizzolimin. Namil hamimin wala shafie yuuto-'u naya
darza i.
'Ain : 'Alimat nafsomma ahdorot kala uqsimubil
khomsijawa rilqunnas wallaili iza asaa'asa wassubhi iza
tanappas. Ya waghrila iz.
Sod : Sood, Walquranizizikri balillazi nakafaru piizzati
wasiqoh yada' sa' ya i tawakkaltu ya qoddam haazihil
aatisharif ta'iinu alayya kodoo hawaa iji. Ajali Ajali AlWahab
AlWahab assi'al bihaqqitaurat walinjil walzabur walfurqan
warhurni warammiyyi nasromminallah wafathom koribon
wabashiril mukminin.
Ha-Miim-'Ain-Sin-Qof
Huruf2 Nuranniyyah ialah huruf2 yg terdapat pada awal surah
di dalam Al-Quran dan mengandungi berbagai khasiat/rahsia
yg tdk terhingga banyaknya.
Kata Imam Ad-Dairaby kebanyakan ulama ahli hikmah
berpendapat bahawa huruf-huruf Nuraniyyah ini mengandungi
berbagai khasiat. Antara lain :
a) S. Abdurrahman bin Auf ra bila ingin agar harta bendanya
tdk hilang tentu beliau tuliskan huruf-huruf Nuraniyyah di
atasnya.
b) Sebahagian salaf shalih jika tengah mengendarai kapal laut
senatiasa membaca huruf2 Nuraniyyah erlebih dahlu, katanya
Jika huruf2 ini dibaca baik di daratan maupun di lautan,
nescaya pembacanya selalu dijaga Allah S.W.T. dari

kerosakan.
c) Imam Al-Ghazali pula dalam kitabnya Khaawaashul-Quran
menyebut bahawa huruf-huruf Nuraniyyah ini sering
dipergunakan oleh para arifiin utk berbagai kesulitan di laut
iaitu utk menenangkan gelombang dan badai.
Salah satu amalan yg menggunakan huruf Nuraniyyah ialah
Ilmu Pengunci dan ini ayatnya :
Bismillaahir rahmaanir rahiim
Kaaf Haa Yaa Ain Shood
Tertutup Terkunci
Tiada engkau bersifat qudrat
Lemah urat mu
Hancur tulang
Berkat doa laa ilaaha illallaah
Berkat doa anna Muhammadar rasulullaah
Berbeda daripada tujuan amalan Kancing Kunci di mana
amalan Kancing Kunci ini digunakan khusus utk mengunci
lawan. Lawan yg terkunci akan menyebabkan geraknya
terhenti seketika dan seolah2 tubuhnya kaku dan sukar
digerakkan. Tetapi bagi amalan Ilmu Pengunci, lawan bukan
sahaja tdk dapat bergerak malah tenaga lahir & batinnya
tertutup-terkunci dan dineutralizekan.
Sebenarnya amalan ini tdk mempunyai nama yg khusus. Ia
dipanggil ilmu Pengunci kerana bersesuaian dgn tujuannya
iaitu mengunci.
Tatacara lakunya :
Setiap niat atau perbuatan hendaklah dimulai dgn Bismillaahir
rahmaanir rahiim
Bacaan Kaaf Haa Yaa Ain Shood seraya satu persatu jejari

tangan kanan anda digenggam. Lihat ringakasan di bawah :


Kaaf jari kelingking
Haa jari manis
Yaa jari tengah
Ain jari telunjuk
Shood ibu jari
Genggam erat-erat seraya bathin anda berkata :
Tertutup Terkunci
Tiada engkau bersifat qudrat
Lemah urat mu
Hancur tulang
Berkat doa laa ilaaha illallaah
Berkat doa anna Muhammadar rasulullaah.
Kuasanya bergantung kpd daya makrifat anda manakala
efeknya pula terserah kpd sekeras mana niat lawan. Amaran :
Gunakanlah hanya bila terdesak kerana amalan ini juga boleh
mengakibatkan kematian. Jangan mengamal ilmu ini utk
kejahatan atau keburukan.
Didalam bab Mengenal Diri huraian pada Kaf-Ha-Ya-'Ain-Sod
tersangat jelas bagi yang mengetahui nya. Ianya bukan hanya
sekadar bacaan. Tauhid Afal adalah pembuka kepada
pegangan makrifat.
Kaf : Terbukanya tabir Tabir yang mana?
Ha' : Jiwa keIllahian yang keluar dari tiupan roh
Nya. ???????
Yaa : Hati Rasulullah
'Ain : Hakikat wujud Wujud apa?
Sod : Kekentalan Ilmu para Arif Billah. Siapa Arif Billah?