Anda di halaman 1dari 16

Pendahuluan

Dokumentari yang bertajuk 101 East Thai red shirts yang telah diterbitkan oleh rancangan
Al-Jazeera telah memaparkan konflik politik yang berlaku di Thailand. Politik merupakan isu
yang sering menjadi bualan dan tumpuan setiap masyarakat sama ada di dalam negara atau
antara bangsa. Hal ini kerana politik adalah sebahagian daripada mobilisasi masyarakat yang
bertamadun. Pada umumnya, politik amat mempengaruhi aspek ekonomi sesebuah negara
seperti pendapatan per kapita negara, harga barang, undang-undang, dan susun atur sesebuah
masyarakat. Masyarakat di rantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Filipina, Kemboja, dan
Thailand merupakan negara yang pernah menghadapi keadaan di mana berlakunya krisis
politik sehingga berlakunya rampasan kuasa. Perkara ini berlaku kerana pemerintahan sedia
ada tidak memenuhi keperluan dan kehendak rakyat. Sekiranya kerajaan tidak memperhalus
tuntutan rakyat maka akan wujudlah pemberontakan yang mampu menggugat kestabilan
negara sehingga berlakunya rampasan kuasa untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Thailand dikenali sebagai Muangthai atau dikenali sebagai Negeri Gajah Putih. Hal
ini kerana gajah putih dianggap keramat oleh penduduk di Thailand. Nama Thailand itu
sendiri bererti negeri orang merdeka atau Negara yang tidak pernah dijajah di rantau Asia
Tenggara dengan memiliki keluasan wilayah mencapai 510,000 kilometer persegi atau kirakira empat kali luas Pulau Jawa dan penduduknya seramai 67.448.120 orang (Rhonda Sharp,
2009). Rajah 1 menunjukkan di sebelah barat dan utara, Thailand bersempadan dengan
Myanmar, di timur laut dengan Laos, di timur dengan Kemboja, sedangkan di selatan dengan
Malaysia. Ibu kota negara Thailand ialah Bangkok. Thailand beriklim tropika dan sub tropika
di mana kawasan utara mengalami udara lebih sejuk (kawasan pergunungan) bila
dibandingkan dengan kawasan lain. Manakala, di bahagian timur mengalami musim kering
(pada bulan November - Februari) yang dipengaruhi musim sejuk dari Tanah Besar China.
Manakala di bahagian selatan mengalami musim hujan (Mei-Oktober) yang berasal dari
angin musim lautan India . Thailand mengalami musim panas yang paling kering pada
Februari-Mei. Secara umum iklim di Thailand, dapat dibahagikan kepada tiga iaitu musim
kemarau, berlaku pada bulan November hingga bulan Februari, musim panas, berlaku pada
bulan Mac hingga April, musim hujan, terjadi pada akhir bulan April hingga akhir Oktober.

Rajah 1: Peta Thailand


Sumber: http://fashions-cloud.com/pages/t/thailand-asia-map/
Pada tahun 1932, kerajaan Thailand ditumbangkan oleh sekelompok elit tentera yang
disokong oleh intelektual progresif yang mengakhiri kuasa mutlak keluarga kerajaan di
Thailand. Dari tahun 1930 sehingga kini, Thailand tidak pernah mengalami kestabilan politik
dengan diwarnai konflik dan rampasan kuasa yang datang silih berganti dari diktator ke
demokrasi pilihan raya. Thailand juga mengamalkan konsep pemerintahan yang tidak jauh
berbeza dengan sistem pemerintahan Malaysia iaitu raja berpelembagaan yang mana ketua
negara bagi Thailand ialah Raja Bhumibol Adulyadev. Manakala ketua kerajaan adalah
Perdana Menteri. Perlembagaan 1997 adalah perlembagaan yang pertama digubal oleh
Perlembagaan Perhimpunan Mendraf yang dipilih oleh rakyat atau dikenali sebagai
Perlembagaan Rakyat. Hasilnya telah wujud satu perundangan dwidewan yang terdiri
daripada Dewan Rakyat (Sapha Phutan Ratsadon) 500 kerusi dan Senat (Wuthisapha) 200
kerusi. Pertama kalinya dalam sejarah Thailand di mana kedua-dua dewan ini dipilih melalui
undian orang ramai. Pada tahun 2001, berlangsungnya pilihan raya yang pertama di bawah
Perlembagaan 1997, disifatkan sebagai pilihan raya yang terbuka dan bebas daripada gejala
rasuah. Semenjak tujuh tahun kebelakangan ini lebih-lebih lagi selepas era Thaksin
Shinawatra, politik Thailand mengalami ketidakstabilan yang

berpanjangan sehingga

menyaksikan lima orang Perdana Menteri dan dua pemangku Perdana Menteri silih berganti
mentadbir Negara Gajah Putih itu. Ia adalah rentetan daripada gerakan rakyat yang
menyebabkan regim Thaksin dan partinya Thai Rak Thai digulingkan melalui kudeta tentera
yang diketuai oleh Jeneral Sonthi Boonyaratglin.

Pemerintahan Thaksin
Thaksin Shinawatra adalah pengasas Parti Thai Rak Thai iaitu parti pertama
memenangi pilihanraya Thailand dengan menguasai 296 daripada 500 kerusi yang
dipertandingkan (Azmi Awang, 2012). Beliau telah dilantik menjadi Perdana Menteri
Thailand bermula pada tahun 2001 setelah memenangi pilihanraya. Selain menjadi seorang
ahli politik, Thaksin juga seorang ahli perniagaan berjaya yang membina empayar perniagaan
dan politik yang kukuh di Thailand. Beliau mempunyai pengaruh yang besar di kalangan
rakyat Thailand terutama di kawasan luar Bandar. Pada 19 September 2006, rampasan kuasa
telah berlaku di mana pemerintahan Thaksin digulingkan oleh Tentera Diraja Thailand.
Kejadian yang berlaku adalah disebabkan beberapa perkara yang berlaku semasa
pemerintahan Thaksin. Hal ini kerana Thaksin dilihat mengamalkan kronisme dalam
pentadbirannya. Ramai sanak saudara dan rakan sekolahnya dilantik dalam pasukan tentera,
polis dan perniagaan. Tambahan lagi, beliau juga menggunakan kekerasan dalam menangani
pergolakan gerakan pemisah di Selatan Thailand. Selain itu, ketika majlis sambutan ulang
tahun ke 60 tahun pertabalan

Raja Bhumibol, Thaksin dilihat tidak mendahulukan

penghormatannya kepada raja sebaliknya meraikan tetamu-tetamu istana terlebih dahulu


sebelum menghadap raja. Situasi ini menyebabkan rakyat menganggap Perdana Menteri
mereka tidak menghormati institusi raja dan telah menderhaka kepada raja serta pentadbiran
beliau dipenuhi elemen korupsi dan penyalahgunaan kuasa sehingga rakyat bangkit untuk
menentangnya.
Natijahnya, pada awal Februari 2006 menyaksikan berlakunya demonstrasi besarbesaran untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra. Golongan
ini telah berjanji akan terus mendesak Thaksin dengan berkhemah di tengah-tengah bandar.
Demonstrasi ini telah diketuai oleh Perikatan Demokrasi Rakyat (PAD) yang terdiri daripada
golongan elit awam dan ahli perniagaan yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Thaksin.
Pada 2 April 2006, adalah hari untuk diadakan pilihan raya umum selepas Thaksin menolak
desakan agar melepaskan jawatannya. Namun begitu, parti-parti pembangkang berjanji untuk
memulau pilihan raya tersebut kerana mereka menjangkakan Parti Thai Rak Thai yang akan
menang. Pada 16 September 2006, rampasan kuasa atau 'military coup' telah direncanakan
oleh komander tertinggi tentera diraja Thailand iaitu Jeneral Sonthi Boonyaratglin. Rampasan
kuasa berlaku semasa Thaksin sedang menghadiri Perhimpunan Agung PBB di New York,
Amerika Syarikat. Rampasan kuasa yang dilakukan menyebabkan Thaksin secara langsung
kehilangan kuasa sebagai Perdana Menteri Thailand.
3

Krisis Politik Thailand pada 2008


Selepas berlakunya rampasan kuasa oleh tentera, pengaruh Thaksin masih kuat dalam
mencorak politik Thailand. Golongan luar bandar merupakan penyokong kuat kepada
Thaksin. Hal ini dikatakan bahawa pilihan raya selepas thaksin digulingkan kembali
dimenangi oleh Thaksin kerana di menangi oleh Parti Kuasa Rakyat (PPP) yang dipimpin
oleh Samak dan Somchai Wongsawat yang merupakan sekutunya. Samak memenangi pilihan
raya tersebut dengan cara menarik beberapa orang pemimpin utama daripada Parti Thai Rak
Thai yang telah diharamkan oleh Mahkamah Agung Thailand untuk bertanding atas tiket PPP.
Namun begitu, kemenangan Samak mendapat tentangan yang hebat daripada PAD dan
golongan yang anti Thaksin. Menurut MacGregor, A. (2014) bermulalah krisis politik yang
sebenar di Thailand di mana PAD yang melakukan protes dengan memakai baju yang
berwarna kuning untuk melambangkan kesucian dan kedaulatan institusi beraja di Thailand.
Pada 25 Mei 2008, penyokong PAD telah melancarkan demonstrasi secara besar-besaran
untuk menggesa Samak meletakan jawatannya.

Penunjuk perasaan PAD telah bertindak

ganas dengan 30,000 orang telah menceroboh halaman rumah Samak yang merupakan pusat
pentadbiran kerajaan. Rusuhan yang berlaku ini telah menyebabkan 35 perjalanan keretapi ke
wilayah lain terjejas dan 118 penerbangan ditunda. Oleh itu, pihak polis telah mengeluarkan
waran tangkap kepada pemimpin utama PAD iaitu Sondhi Limthongkul dan beberapa
pemimpin lain atas tuduhan merancang konspirasi dan mengingkari arahan bersurai daripada
perhimpunan haram. Pada 2 September 2008, Samak mengisytiharkan darurat berikutan
pertumpahan darah telah berlaku dan keadaan sudah tidak terkawal. Suruhanjaya Pilihan
Raya Thailand dan senator telah membuat aduan kepada Mahkamah Perlembagaan dengan
alasan perdana menteri telah bekerja dengan syarikat swasta, tiga tuduhan rasuah dan
penyelewengan. Akhirnya, Mahkamah Perlembagaan Thailand secara rasminya meminta
Samak untuk berundur.
Adik ipar Thaksin, Somchai Wongsawat telah dilantik menjadi Perdana Menteri
Thailand pada 17 Sept 2008. Somchai turut tidak mendapat pengiktirafan daripada PAD
kerana perlantikan Somchai juga adalah proksi kepada Thaksin. Maka PAD meneruskan
protes dengan menguasai Rumah Kerajaan di Bangkok. Protes anti kerajaan menjadi lebih
agresif apabila polis menahan salah seorang pemimpin PAD iaitu Chaiwat Sinsuwongse.
Penunjuk perasaan telah mengepung bangunan Parlimen untuk menghalang Somchai
menyampaikan ucapan pertamanya sebagai perdana menteri. Polis terpaksa melepaskan gas
pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan dan kejadian tersebut telah
4

mengorbankan 2 orang dan hampir 500 orang tercedera. Siri 'protes jalanan' PAD memuncak
apabila kumpulan baju kuning menawan Lapangan Terbang Survanabhumi dan Don Muaeng.
Pada 23 November 2008, penunjuk perasaan secara besar-besaran telah diadakan dengan
mengepung Lapangan Terbang Suvarnabhumi bagi menghalang Perdana Menteri Somchai
Wongsawat pulang dari sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Lima,
Peru. Manakala pada 27 November 2008, penyokong PAD telah mengepung Lapangan
Terbang Don Mueang yang menjadi pejabat sementara Perdana Menteri. Serangan bom ke
atas penunjuk perasaan PAD telah mengorbankan 25 orang terkorban. Akibat daripada
peristiwa itu, kedua-dua lapangan terbang ini terpaksa ditutup sehingga mengakibatkan lebih
300,000 rakyat asing terkandas di Thailand. Kemuncaknya, Mahkamah Perlembagaan
Thailand menjatuhkan tuduhan ke atas PPP kerana menipu undi semasa pilihan raya, sekali
gus mengharamkan Somchai daripada aktif berpolitik. Pada 15 Disember 2008, Abisit
Vejajiva dilantik sebagai PM Thai, Pemerintahan beliau mendapat sokongan daripada
golongan elit, peniaga dan tentera.

Pemberontakan Baju Merah


Siri bantahan politik yang berlaku di Thailand bermula dari Mac hingga Mei 2010
terhadap kerajaan pimpinan Abhisit Vejjajiva mengundang pelbagai implikasi ke atas negara
itu. Perkara ini dibincangkan secara meluar di media berita di mana bermula dengan satu
perhimpunan aman kemudian bertukar menjadi ganas dan telah membawa kepada kematian
lebih daripada 100 orang. Bantahan besar-besaran diatur oleh kumpulan yang menggelarkan
diri mereka sebagai National United Front of Democracy Against Dictatorship (UDD) atau
Baju Merah yang kebanyakannya adalah golongan miskin luar bandar (Ungpakorn 2010).
UDD ditubuhkan pada tahun 2007 sebagai satu perikatan yang menentang rampasan kuasa
dan merupakan pendukung mantan perdana menteri Thailand, Thaksin Sinawatra yang telah
digulingkan pada tahun 2006 dalam sebuah kudeta dan dipaksa lari keluar negeri. Kumpulan
Baju Merah telah dipimpin oleh Veera Musikapong dan Jatuporn Phromphan. Menurt Human
Rights Watch (2011) tuntutan UDD ialah meminta Perdana Menteri Abhisit berundur dan
mengadakan pilihan raya yang demokratik. Mereka mahukan golongan kelas bawahan
diberikan perhatian dan membuka peluang ekonomi seperti mana yang diberikan ketika
pemerintahan Thaksin. Zaman pemerintahan Thaksin mendapat sambutan berikutan tindakan

beliau yang mengambil berat terhadap golongan kelas bawahan dengan menyalurkan
pelbagai dana kepada para petani.
Kebanyakan pemberontak Baju Merah terdiri daripada golongan miskin luar bandar
yang bekerja sebagai petani yang merasakan diri mereka ditindas. Kajian yang dilakukan oleh
Thabchumpon (2012) yang menemu

bual

penunjuk perasaan sekurang-kurangnya 30

daripada 42 wilayah di Thailand telah menunjukkan bahawa pendapatan mereka juga rendah
seperti dilihat dalam rajah 1 yang menunjukkan 42% mempunyai pendapatan yang melebihi
10,000 baht ($ 334) sebulan, 25.6% antara 10,000 hingga 30,000 baht [$ 1000]), dan 16.4%
melebihi 30,000. Selebihnya, 31.7% berkata pendapatan mereka ialah 5000 baht ($ 167)
sebulan atau kurang, dan 26.3% menerima antara 5,000 dan 10,000 baht sebulan.
Jadual 1: Pendapatan pemberontak Baju Merah
Pendapatan sebulan
5,000 or less
5,00110,000
10,00130,000
30,001 or more
Jumlah

bilangan
128
105
103
66
400

peratus
31.7
26.3
25.6
16.4
100
Sumber: Thabchumpon, 2012

kebanyakannya peniaga di kawasan tersebut menggunakan wang pinjaman daripada


projek-projek pada era pemerintahan Thaksin. Terutamanya melalui projek small and
medium enterprise (SME) dan Village Development Fund (VDF). Masyarakat luar bandar
mendapat manfaat yang banyak melalui VDF yang menyediakan satu juta bath (kira-kira AS$
32,000) kepada penduduk luar bandar dan kadar faedah 6% bagi setiap pinjaman. Selain itu,
Thaksin juga menyedia skim penjagaan kesihatan yang saksama melalui Program Versal.
Kajian yang dibuat kepada 400 pemberontak mendapati kebanyakan pemberontak berumur
sekitar 40 hingga 50 tahun. Dari segi pendidikan, 34.8% adalah berpendidikan rendah, 32.7%
sekolah tinggi atau kolej, 8.5% diploma dan 24% ijazah sarjana muda. Menurut Forsyth, T.
(2010) kumpulan Baju Merah telah dibiayai oleh Thaksin sebanyak 500 bath atau RM 50
bagi mengadakan protes dan turut mendapat sokongan daripada golongan atasan di bandar
bagi menyediakan makanan dan wang.
Pemberontakan menjadi semakin ganas pada bulan April dan Mei sehingga bulan
tersebut dikenali sebagai me-sa-yon hot untuk bulan April dan phruet-sa-pha-khom ma-hit
untuk bulan Mei. Hal ini kerana mengimbas kembali sejarah hitam yang berlaku pada keduadua bulan tersebut di mana berlakunya tindakan keganasan oleh penunjuk perasaan dan
6

pembunuhan beramai-ramai oleh kerajaan Suchinda pada 7 Mei 1992. Pemberontak Baju
Merah melaungkan Black Mei hasil daripada peristiwa bulan tersebut, ungkapan tersebut
adalah peringatan bahawa peristiwa tersebut berkemungkinan berulang kembali. Kesan
daripada perhimpunan itu, pemilik perniagaan dilaporkan mengalami kerugian yang besar
kerana pemberontak telah memenuhi pusat bandar dan telah membina khemah di sekitarnya
menyebabkan premis-premis terpaksa ditutup.

Retorik Baju Merah


Pemberontak berarak di sekitar bandar dengan menaiki kereta, pikap, lori, motosikal,
dan berjalan kaki sambil diiringi dengan nyanyian seperti lagu Red in the Land dan Cinta
Rakyat Baju Merah bagi menggesa semua masyarakat Thailand keluar dari rumah mereka
dan menyertai Baju Merah. Bagi mengekalkan jumlah yang telah anggarkan oleh Baju
Merah, mereka menyediakan perkhidmatan shuttled untuk berulang alik dari Bangkok ke
wilayah-wilayah sekitar bagi membawa lebih ramai penunjuk perasaan. Lagu yang
diterjemahkan oleh pemberontak seperti people from the same home mengisahkan tentang
empati dan keakraban antara orang miskin yang pergi ke Bangkok untuk mencari pekerjaan.
Walaupun tidak mengisahkan tentang politik tetapi lagu tersebut melambangkan bahawa
Bangkok merupakan tempat kegemaran untuk melakukan pemberontakan. Retorik Baju
Merah bukan sekadar menyanyi tetapi mereka juga menulis slogan-slogan yang menggesa
kerajaan mengadakan pilihan raya baru di baju, sepanduk, topi, dan risalah bagi memberi
pemahaman kepada seluruh rakyat Thailand maksud mereka berhimpun. Pemberontak
menunjukkan kesetiaan kepada

Thaksin apabila pemberontak telah memaparkan imej

Thaksin di baju dan juga kain rentang ditulis dengan pelbagai slogan saya suka Thaksin (ku
rak Thaksin), khon am-mat rat-ta-ban, dan kuasa dikembalikan kepada rakyat seperti rajah
2. Setelah keadaan menjadi tenggang antara Mac hingga Mei, pemberontak telah mencipta
slogan orang mati di sini untuk menunjukkan bantahan dan dinding ruang awam di sekitar
Ratchaprasong telah di tulis dengan bersama-sama kita membunuh.

Rajah 2: Slogan yang menyokong Thaksin


Sumber: https://antithaksin.wordpress.com/2009/08/16/post-thaksin-thailand-i/
Kronologi Penunjuk Perasaan Baju Merah
Pada 13 mac, berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan Baju Merah bergerak menuju ke
satu perhimpunan raksasa di Bangkok bertujuan menggulingkan kerajaan. Pihak berkuasa
Thailand telah mengerahkan hampir 50,000 anggota keselamatan termasuk askar
menjalankan pemeriksaan dan rondaan untuk mengawasi kumpulan Baju Merah daripada
mencetuskan kekacauan. Utusan Online (2010) menyatakan bahawa hampir 20,000 penunjuk
perasaan yang memakai baju merah telah melepasi sempadan di Ayutthaya iaitu 80 km dari
Utara Bangkok manakala Gabenor Withaya Pewpong telah melaporkan seramai 15,000
aktivis Baju Merah yang mengibarkan bendera merah dan menaiki kereta serta trak pikap
akan memasuki bandar Bangkok. Demonstrasi tersebut dilakukan secara aman di mana
mencatatkan jumlah hampir 100,000 orang dan dianggarkan mencecah ke 1 juta orang
(Utusan Online, 2010). Marwaan Macan (2010) hampir 80 % orang-orang daripada 19
Wilayah Timur Thailand yang datang untuk menyertai pemberontakan itu adalah golongan
petani. Pihak kerajaan bertindak menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
untuk memantau perhimpunan tersebut walaupun pihak penganjur mendakwa akan
mengadakan perhimpunan itu secara aman. Sehubungan dengan itu, Abhisit Vejjajiva enggan
mengalah dengan tuntutan Baju Merah yang mahukan beliau meletak jawatan dan
membubarkan parlimen bagi mengadakan pilihan raya baru.
Pada 16 Mac, Kumpulan Baju Merah mengancam untuk menyimbah darah mereka
secara simbolik di bangunan pentadbiran kerajaan atau Government House' yang
menempatkan pejabat Perdana Menteri dan juga ibu pejabat parti pemerintah iaitu Parti
Demokrat di ibu kota dalam usaha menggesa kerajaan membubarkan parlimen (Tempo
Interaktif, 2010). Hal yang demikian, ribuan anggota Baju Merah telah berbaris panjang
8

untuk menderma darah di mana telah mengumpulkan hampir 500 liter darah. Penunjuk
perasaaan baju merah yang dipimpin oleh Nattawut Saikua, Jatuporn Prompan, dan Arisman
Pongruangrrong tiba di kawasan kediaman Abhisit pada pukul 11 pagi dengan dikawal ketat
oleh pihak polis dan tentera untuk menghalang upacara penyimbahan tersebut. Namun begitu,
pihak berkuasa membenarkan juga kumpulan Baju Merah menyimbah darah yang mereka
kumpul itu dari jarak 5 meter dari pintu masuk utama ke kediaman hasil daripada rundingan
pemimpin baju merah dan pihak polis. terdapat segelintir penunjuk perasaan telah membaling
beberapa beg yang berisi darah ke dalam kediaman Abhisit. Tindakan tersebut telah dikecam
hebat oleh Pegawai Persatuan Palang Merah Thai, Dr Ubonwon Charoonruangrit yang
menyifatkan tindakan tersebut sebagai membazir dan memudahkan penularan penyakit
berjangkit seperti hepatitis B serta AIDS sekiranya jarum yang sama digunakan. Beliau juga
menyatakan kekesalan perbuatan tersebut kerana darah yang begitu banyak dapat
menyelamatkan banyak nyawa yang memerlukan sumbangan darah.

Rajah 3: penyembahan darah


Sumber: http://ww1.utusan.com.my
Pada 27 Mac, pemberontak telah melakukan serangan terhadap anggota tentera
dengan menggunakan bom tangan M79s telah mencederakan 5 anggota tentera dan seorang
pengawal. Pada hari yang sama juga, pemimpin UDD Veera Musikapong, Nattawut Saikua
dan Jatuporn Prompan mengumumkan akan berarak ke bangunan pentadbiran kerajaan untuk
memberi kata dua kepada Abhisit mengenai pembubaran parlimen agar kuasa rakyat dapat
dikembalikan. Thaksin juga menyuarakan permintaan yang sama melalui panggilan video di
kem Phan Fa Bridge. Pada 28 Mac, satu rundingan antara Abhisit dan pemimpin UDD telah
berlaku bagi menamatkan pemberontakan. Namun begitu, titik persamaan tidak dapat dicapai
kerana Abhisit telah menolak permintaan daripada pemimpin UDD supaya Abhisit

mengadakan pilihan raya baru seterusnya membubarkan dewan rakyat dan juga parlimen.
Selepas itu, pemberontak telah melakukan serangan bom tangan dan merempuh kubu tentera
dengan kenderaan di Bangkok. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Bagi meredakan ketegangan yang semakin serius, Ketua Setiausaha Perdana Menteri iaitu
Korbsak Sabhavasu telah dihantar untuk mengadakan rundingan dengan pemimpin UDD
untuk menetapkan hari untuk bertemu dengan Abhisit dengan syarat pemberontak perlu
berundur dahulu. Setelah bersetuju, Abhisit telah mengetuai rundingan tersebut di Institusi
King Prajadhipok. Pada 28 dan 29 Mac, Abhisit telah mengumumkan bahawa beliau akan
membubarkan parlimen dalam masa sembilan bulan sekiranya keadaan kembali selamat dan
aman. Namun begitu, pemimpin UDD mendesak Abhisit agar membubarkan parlimen dalam
masa 15 hari bagi menamatkan semua aktiviti antikerajaan dan membenarkan ahli-ahli politik
berkempen bagi pilihan raya baru.
Pada 3 April, Abhisit gagal untuk meyakinkan kumpulan Baju Merah untuk
membubarkan parlimen, UDD telah menukar taktik dengan menggerakkan penyokongnya ke
pusat perdagangan di Bangkok dan berikrar akan berkumpul di kawasan tersebut sehingga
objektif yang di tetapkan tercapai. Pada 10 April, satu pertempuran telah berlaku antara
tentera dan penunjuk perasaan di persimpangan Kok Wua di mana telah mengorbankan 25
orang iaitu 19 orang Baju Merah, 5 anggota tentera dan seorang jurukamera Jepun
(Ungpakorn, G.2009). Tentera mengakui telah menembak pemberontak sehingga mangsa
mengalami kecederaan yang dahsyat di kepala kerana ditembak oleh penembak tepat. Hal ini
telah menaikkan kemarahan kumpulan pemberontak, mereka telah membina kubu di tengah
pusat bandar dengan menggunakan tayar dan juga buluh runcing seperti rajah 4 sebagai
pertahanan dan juga menguasai tempat tersebut. Pemberontak terus melaungkan protes
kepada kerajaan agar membubarkan parlimen dan menuntut keadilan ke atas mangsa yang
terkorban. Pihak tentera telah menyekat bekalan makan di sekitar kawasan pemberontakan
dengan harapan dapat membanteras rusuhan tersebut tetapi tidak memberi kesan kepada
pemberontak. Pada 12 April, Abhisit Vejjajiva mengisytiharkan darurat di Bangkok ekoran
penunjuk perasaan telah menguasai kawasan pusat membeli-belah utama dan mereka telah
menceroboh kawasan Parlimen dengan melanggar kawalan keselamatan. Pengisytiharan
tersebut dapat membantu pihak berkuasa menahan pemimpin-pemimpin Baju Merah yang
menarik ribuan rakyat untuk menyertai demonstrasi.
Pada 1 Mei, penunjuk perasaan telah menyerbu Hospital Chulalongkorn di Bangkok
bagi mencari anggota tentera yang bersembunyi di kawasan tersebut. Keadaan ini
10

menyebabkan pihak hospital terpaksa memindahkan pesakit dan menangguhkan semua


pembedahan kecemasan setelah penunjuk perasaan menghampiri hospital. Serbuan itu
melibatkan 100 orang penunjuk perasaan yang bertindak di luar batasan dan salah seorang
daripada pemimpin Baju Merah telah memohon maaf atas kejadian tersebut. Pada 3 Mei,
Abhisit telah membuat satu siaran langsung untuk merancang satu pelan perdamaian dengan
memendekkan masa untuk melakukan pilihan raya baru dalam masa 6 bulan pada 14
November. Abhisit menegaskan bahawa beliau tidak dapat mengikuti tuntutan daripada Baju
Merah yang mahukan parlimen dibubarkan dalam masa 15 hingga 30 hari dan berharap UDD
bersetuju dengan cadangan supaya perhimpunan Baju Merah dapat ditamatkan. Setiausaha
Agung Abhisit, Korbsak Sabhavasu, telah dihantar untuk bertemu dengan pemimpin UDD
bagi memberitahu penunjuk perasaan bahawa mereka telah mencapai matlamat mereka dalam
memaksa kerajaan untuk meletak jawatan dan mengadakan pilihan raya baru. Namun begitu,
pemimpin UDD bertegas tidak akan berundur selagi Abhisit tidak dihadapkan ke Mahkamah
atas kesalahan bertindak ganas terhadap pemberontak sehingga banyak nyawa telah
terkorban.
Pada 13 Mei, kerajaan telah mewujudkan Live Firing Zone di Ractchaprarop dan
Bon Kai adalah untuk membenarkan tentera menggunakan peluru hidup untuk mengawal
keganasan pemberontak, sebelum ini tidak dibenarkan selagi tidak memenuhi syarat yang
cukup untuk melepaskan tembakan dan mengawal keadaan dengan menggunakan tembakan
air dan asap pemedih mata. Menurut Buchanan (2013) pihak tentera dibenarkan
menggunakan peluru hidup dalam tiga keadaan iaitu tembakan sebagai amaran untuk
menghalang pemberontak daripada bergerak lebih dekat, mempertahankan diri, dan tentera
mempunyai visual yang menjelaskan orang tersebut adalah pengganas. Pada 15 Mei,
pemberontak terus bertindak ganas dengan membakar tayar serta menyerang anggota tentera
dengan menggunakan bom petrol, batu logam, dan bahan letupan buatan sendiri. Tindakan ini
adalah untuk meluaskan kawasan penguasaan pemberontak.
Pada 19 Mei, pemimpin UDD telah membuat pengumuman yang mengejutkan
dengan mengisytiharkan bahawa perhimpunan tersebut telah berakhir dan menyerahkan
kepada pihak berkuasa. Kemudian mendesak agar penunjuk perasaan pulang ke kampung
masing-masing. Tindakan ini diambil atas dasar keselamatan dan nyawa yang telah terkorban
dalam penunjuk perasaan. Kemudian sebahagian besar pemberontak telah meninggalkan
kawasan tersebut dan juga beredar ke kawasan yang dikenali sebagai zon selamat di sebuah
kuil di Wat Pathum. Walaupun begitu, terdapat sesetengah pemberontak Baju Merah telah
11

melakukan rusuhan dengan membakar bangunan di sekitar bandar, rajah 3 menunjukkan


pusat membeli belah Central World yang merupakan pusat membeli belah terbesar di Asia
tenggara mengalami kemusnahan yang teruk di sebelah kiri bangunan. Pemberontak telah
memecahkan cermin bagi mengambil barang-barang di dalam kompleks tersebut,
melemparkan bom petrol dan meletupkan gas kanister sehingga api merebak ke seluruh
bangunan.

Rajah 3: kemusnahan Central World akibat di bakar


Sumber: www.themalaysianinsider.com
Selain itu, pemberontak juga telah menyerang dan membakar Menara Maleenont yang
menempatkan stesen televisyen, kedai Big C, ibu pejabat korporat, Bursa Saham Thailand,
Bank bangkok, dan Stesen Elektrik di Bangkok. Kemarahan ini telah merebak ke wilayah
lain dengan pemberontak telah membakar bangunan kerajaan di Chiang Mai, Udon Thani,
Khon Kaen, dan Mukhan. Kejadian tersebut mengakibatkan 91orang telah terkorban dan
2000 orang cedera. Oleh itu, tindakan kekerasan dan pembunuhan akan memburukkan lagi
keadaan. Selepas daripada itu, pemberontak telah beredar keluar daripada bandar Bangkok
dan terdapat sebahagian kecil masih lagi menetap di sana sehingga 20 Mei.

Kesan Krisis Politik Terhadap Ekonomi di Thailand


Ketidakstabilan politik

telah memberi kesan negatif terhadap sektor ekonomi di

Thailand dan ASEAN kerana ekonomi Thailand adalah yang kedua terbesar di ASEAN
selepas Indonesia. Menteri Kewangan Thailand Korn Chatikavanij telah meramalkan
pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.5% sehingga 5% pada tahun 2010. Namun begitu, selepas

12

mengadakan mesyuarat dengan persatuan peniaga, pemberontakan yang berlaku pada masa
ini akan mengurangkan ramalan tersebut sebanyak 0.3%. pertumbuhan Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) dilihat kukuh daripada 2.2% pada tahun 2001 telah meningkat kepada
7.1% pada tahun 2003 dan 6.3% pada tahun 2004. Pada tahun 2005 hingga 2007,
perkembangan ekonomi adalah sederhana dengan purata 4.9%. Ketidaktentuan politik dan
krisis kewangan global pada tahun 2008 telah melemahkan pertumbuhan ekonomi Thailand
dengan berlakunya pengurangan permintaan dalam negeri dan antarabangsa bagi barangan
dan perkhidmatan (termasuk pelancongan). Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi
Thailand menjadi perlahan kepada 2.5% pada tahun 2008, dengan pertumbuhan suku
keempat jatuh di bawah sifar. Pada tahun 2009, kemerosotan berterusan. Lebih tiga suku
pertama, KDNK menurun sebanyak 5.0% dari tahun ke tahun (Hadyn Ingram, 2013) .
Keadaan diburukkan lagi dengan krisis ekonomi global di mana eksport Thailand pada tahun
2009 telah mengucup sebanyak 14.8% daripada tahun 2008, walaupun kerajaan
menjangkakan pertumbuhan 15.5% pada tahun 2010.
Industri pelancongan menyumbang 6% kepada ekonomi Thailand telah menerima
kesan yang buruk. Pada tahun 2009 jumlah pelancong yang datang ke Thailand dicatatkan
sebanyak 1.7 kemudian menurun kepada 1.1 juta pada tahun 2010 iaitu penurunan sebanyak
0.6 juta. Liputan media di seluruh dunia memaparkan pemberontak Baju Merah yang berlaku
sehingga mengorbankan banyak nyawa menyebabkan pelancong telah mengubah destinasi
mereka dan terdapat beberapa negara yang menasihatkan rakyat agar tidak melancong di
Thailand. Tambahan lagi, hampir 25,000 pekerja di kawasan Bangkok terpaksa mengambil
cuti kerana premis, hotel dan gerai-gerai lain terpaksa ditutup. Oleh itu, Presiden Persatuan
Peruncit menganggarkan kedai-kedai dan gedung serbaneka di kawasan pemberontakan telah
mengalami kerugian kira-kira 1 bilion bath setiap hari. Selain itu, Business Sentiments Index
(BSI) iaitu tahap keyakinan peniaga atau pelabur telah mengalami penurunan pada April 2010
di mana hanya mencatat jumlah 46 % berbanding pada bulan sebelumnya 55.7 %. Ini adalah
penurunan terbanyak yang pernah berlaku semenjak tahun 1999. Manakala indeks keyakinan
pengguna (CCI) telah jatuh kepada 67.2% daripada 69.8 pada Mac 2010.

Kesimpulan

13

Keadaan politik Thai adalah kompleks dan sukar untuk mencari jalan penyelesaian.
Namun begitu, beberapa ahli politik yakin bahawa krisis politik di Thailand mempunyai jalan
penyelesaian dengan meminta wakil-wakil daripada setiap parti di Thailand untuk berunding.
Rundingan adalah penting bagi menangani soalan penting yang masih tidak terjawab, Apakah
punca kepada konflik? Apakah yang menjadi pertikaian? Apakah konflik terhadap ahli
politik. Tanpa mengetahui punca, maka jalan penyelesaian untuk perdamaian sukar untuk di
capai. Polarisasi politik telah dipersalahkan atas dasar ketidakpuasan hati yang berpunca
daripada rasuah, salah guna kuasa, kegagalan demokrasi dan ketidakadilan sosial. Protes
jalanan adalah normal bagi mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi kerana rakyat
berhak untuk bersuara tetapi jarang berlaku sehingga membawa kepada satu konflik yang
begitu kompleks untuk diselesaikan.
Sistem demokrasi yang sebenar tidak dapat dijalankan sepenuhnya di Thailand. Hal
ini kerana rakyatnya sendiri tidak memahami sistem demokrasi itu sendiri. UDD mahukan
keadilan demokrasi dikembalikan dan mengadakan pilihan raya baru. Namun begitu, mereka
mahukan pemilihan presiden yang baru mengikut kehendak mereka. Begitu juga dengan PAD
yang mana mereka juga mahukan keadilan demokrasi, pemilihan presiden hendaklah
daripada kalangan mereka atau orang yang mempersetujui perjuangan mereka. Walaupun
pilihan raya dilakukan, tetapi president yang menang tidak mendapat sokongan daripada
salah satu pihak antara UDD dan PAD maka pemberontakan akan terus berlaku dan tiada
jalan penyelesaian.
Timbalan Perdana Menteri Thailand Jaturong Chaisaeng mengatakan bahawa hanya
dengan pemegang kuasa oleh golongan aristokrasi iaitu golongan kelas atasan atau golongan
yang memegang kuasa ekonomi dan ahli-ahli parlimen sahaja mampu mengembalikan
semula kestabilan politik di Thailand. Pihak aristokrasi memberi pandangan bahawa pilihan
raya yang baru akan mengembalikan kestabilan politik dengan pemimpin mengambil kira
semua suara rakyat dan dipertimbangkan semasa pemilihan presiden yang baru. Pergolakan
ini perlu ditangani dengan segera bagi mengelakkan banyak lagi nyawa yang akan terkorban
dan juga menjaga ekonomi Thailand daripada merosot akibat pemberontakan rakyat. Keadaan
ini hanya merugikan Thailand kerana pelbagai kerosakan harta benda telah berlaku dan
memerlukan kos yang tinggi untuk membaiki semula. Sekiranya perkara ini berlarutan,
kemungkinan besar pelabur asing tidak akan melakukan pelaburan di Thailand.
Rujukan
14

Azmi Awang (2012). Konflik Selatan Thailand Pasca Thaksin Shinawatra. Malaysian Journal
of History, Politics & Strategy, Vol. 39 (2) (December 2012): 73-95.
Buchanan (2013). Translating Thailands protests: An analysis of Red Shirt rhetoric. ASEAS
Austrian Journal of South-East Asian Studies, 6(1), 60-80.
Faisol (2010, Mei 17) Merungkai Kemelut Thailand. Utusan Malaysia.
Forsyth, T. (2010) Thailand's Red Shirt protests: popular movement or dangerous street
theatre? Social Movement Studies, 9 (4). pp. 461-467.
Hadyn Ingram (2013). The impact of political instability on tourism: case of Thailand.
Diperoleh pada Mei 1, 2015 daripada http://webcache.googleusercontent.com/search?
q=cache:O9XQ5Iat77QJ:www.researchgate.net/profile/Saloomeh_Tabari3/publication
/264238848_The_impact_of_political_instability_on_tourism_case_of_Thailand/links
/53d4fe330cf228d363e9d37c.pdf+&cd=5&hl=en&ct=clnk.
Human Rights Watch (2011). Thailands 2010 Red Shirt Protests and the Government
Crackdown.
Diperoleh
pada
Mei
3,
2015
daripada
http://webcache.googleusercontent.com/search?
q=cache:eKKnaaPNgqQJ:www.hrw.org/sites/default/files/reports/thailand0511webwc
over_0.pdf+&cd=6&hl=en&ct=clnk
Marwaan Macan (2010). THAILAND: In Convoys of Red, Rural Masses Stage Historic
Protest.
Diperoleh
pada
Mei
3,
2015
daripada
http://www.ipsnews.net/2010/03/thailand-in-convoys-of-red-rural-masses-stagehistoric-protest/
MacGregor, A. (2014). A Kingdom in Crisis: Thailands Struggle for Democracy in the
twenty-First Century. New York: Zed Books Ltd.
Thabchumpon (2012). Urbanized Villagers in the 2010 Thai Redshirt Protests. Diperoleh
pada Mei 3, 2015 daripada http://webcache.googleusercontent.com/search?
q=cache:dKiAuY9T2NEJ:www.polis.leeds.ac.uk/assets/files/Staff/naruemon_and_mc
cargo.pdf+&cd=2&hl=en&ct=clnk.
Utusan Online (2010, Mac 14). Jumlah Baju Merah Semakin Meningkat. Daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm.
Rhonda Sharp (2009). The Kingdom of Thailand. Diperoleh pada Mei 3, 2015 daripada
http://www.unisa.edu.au/Documents/EASS/HRI/gender-budgets/thailand.pdf
Thabchumpon (2011). Urbanized Villagers in the 2010 Thai Redshirt Protests. Diperoleh

15

pada
Mei
3,
2015
daripada
http://www.polis.leeds.ac.uk/assets/files/Staff/naruemon_and_mccargo.pdf.
Tempo Interaktif (2010). Pendukung Thaksin Tumpahkan Darah di Rumah Perdana Menteri
Thailand.
Diperoleh
pada
Mei
3,
2015
daripada
http://www.tempo.co/read/news/2010/03/17/118233057/Pendukung-ThaksinTumpahkan-Darah-di-Rumah-Perdana-Menteri-Thailand
Ungpakorn, G. (2007) A Coup for the Rich, Bangkok: Workers Democracy Press. Diperoleh
pada Mei 3, 2015 daripada http://www.isj.org.uk/docs/CFRbook.pdf.
Ungpakorn, G.(2009). Class Struggle between the Coloured T-Shirts in Thailand. Journal of
Asia Pacific Studies ( 2009) Vol 1, No 1, 76-100.
http://fashions-cloud.com/pages/t/thailand-asia-map/
https://antithaksin.wordpress.com/2009/08/16/post-thaksin-thailand-i/
.

16