Anda di halaman 1dari 3

Penipuan Evolusi - Harun Yahya Page 1 of 3

--------------Chapters------------

TENTANG PENULIS
>> Bahasa
Adnan Oktar dilahirkan pada tahun 1956, merupakan
seorang ilmuwan dan intelektual terkemuka berbangsa
Turki. menyanjung tinggi nilai-nilai akhlak dan
mengabdikan hidupnya dengan berdakwah kepada
golongan masyarakat. Memulakan jihad intelektualnya
pada tahun 1979 ketika menuntut di Universiti Mimar
Sinan dalam bidang kesenian. sewaktu dalam
pengajiannya, beliau banyak melakukan kajian-kajian
terhadap ideologi dan falsafah materialistik yang
memberi kesan terhadap masyarakat sekelilingnya, hal
ini menjadikan beliau dapat menguasai ilmu-ilmu itu lebih
mendalam berbanding penganut dan perintis ideologi dan
falsafah tersebut

Dengan pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam


kajiannya, dia telah menulis banyak buku mengenai falasi dan pemalsuan dalam teori evolusi.
jihad intelektual yang dilakukannya untuk memerangi fahaman Darwinisme dan Materialisme
ini telah tersebar ke seluruh dunia. Sebuah majalah ilmiah, New scientist pada 22 April 2000,
telah mengiktiraf Adnan Oktar sebagai "pejuang antarabangsa" dalam usaha memaklumkan
dunia mengenai falasi teori Evolusi dan fakta kebenaran mengenai konsep Penciptaan.

Selain ini, beliau juga menulis beratus-ratus buku mengenai nilai-nilai Quranik dan isu
yang berkait dengan nilai kepercayaan

Nama penanya, Harun Yahya berasal dari nama dua Nabi "Harun" dan "Yahya" a.s yang
masyhur dalam usaha memerangi kekufuran

Antara hasil Karya beliau :Gerakan Neo-Mason,'Tangan Rahsia'


di Bosnia, Di Sebalik Drama Terorisme, Kad-Kurdis Israel,
Strategi Nasional Bagi Negara Turki, Moral Quranik: satu Solusi,
Rimbunan Dan Naungan Islam, Komunisme: diserang hendap,
Ideologi Berdarah Darwinisme: Fasisme, Kebencian Darwin
Terhadap Bangsa Turki, Kehancuran dibawa Oleh Darwinisme
kepada manusia, Penipuan Evolusi, Artikel 1-2-3, Senjata
Syaitan: Romantisme, Blok-Blok Barat Mengakui Ketuhanan,
Bangsa Yang Dihancurkan, Kisah Nabi Musa, Kisah Nabi Yusuf,
Zaman Keemasan, Sentuhan Seni Warna Tuhan, KebesaranNya
di Setiap Ruang Semesta, Hakikat Kehidupan Dalam Dunia,
Pengakuan Golongan Evolusionis, Jawapan Untuk Golongan
Evolusionis, Pembohongan Proses Evolusi, Sihir Darwinisme,
Agama Darwinisme, Kehancuran Teori Evolusi Dalam 20 Soalan,
Al-Qur'an Panduan Kepada Bidang Sains, Hakikat Asal Usul
Kehidupan , Hakikat Penciptaan Alam Semesta, Keajaiban Al-Quran, Jiwa Yang Sedar DiDalam
Sel, Satu Petikan Irama Keajaiban, Rekacipta Di Dalam Alam, Tabiat Pengorbanan Diri dan
Kepintaran Dalam Dunia Haiwan, Satu Keabadian Telah Bermula, Anak-Anak Darwin Telah
Berbohong!, Saat Berakhirnya Darwinisme, Memikir Sedalam-dalamnya, Keabadian dan
Hakikat Takdir, Menyelami Hakikat Kebenaran, Kejahilan Bukan Alasan, Rahsia tentang DNA,
Keajaiban Atom, Keajaiban Sel, Keajaiban Sistem Keimunan, Keajaiban Mata, Keajaiban
Penciptaan Tumbuhan, Keajaiban Labah-Labah, Keajaiban Semut, Keajaiban Nyamuk,
Keajaiban Lebah, Keajaiban Biji Benih, Keajaiban Anai-Anai, Keajaiban Hijau: Fotosintesis,
Keajaiban Hormon, Keajaiban Manusia, Keajaiban Penciptaan Manusia, Keajaiban Protein.

file://D:\My%20File\tutorial\harun%20yahya\Penipuan%20Evolusi%20-%20Harun%20... 14/02/2007
Penipuan Evolusi - Harun Yahya Page 2 of 3

Di antara buku-kecil yang dihasilkan: Misteri Mengenai Atom, Kehancuran Teori Evolusi; Fakta
Mengenai Hakikat Penciptaan, Kehancuran Materialisme, Saat Berakhirnya Materialisme,
Kesilapan Besar Golongan Evolusionis 1, Kesilapan Besar Golongan Evolusionis 2, Kehancuran
Konsep Mikrobiologi Teori Evolusi, Fakta Mengenai Hakikat Penciptaan, Kehancuran Teori
Evolusi dalam 20 Soalan, Penipuan Paling Besar dalam Sejarah Bidang Biologi: DarwinismeDi
antara buku-kecil yang dihasilkan: Misteri Mengenai Atom, Kehancuran Teori Evolusi; Fakta
Mengenai Hakikat Penciptaan, Kehancuran Materialisme, Saat Berakhirnya Materialisme,
Kesilapan Besar Golongan Evolusionis 1, Kesilapan Besar Golongan Evolusionis 2, Kehancuran
Konsep Mikrobiologi Teori Evolusi, Fakta Mengenai Hakikat Penciptaan, Kehancuran Teori
Evolusi dalam 20 Soalan, Penipuan Paling Besar dalam Sejarah Bidang Biologi: Darwinisme.

Hasil Karya beliau berkaitan dengan subjek Quranik termasuk: Konsep Asas Dalam Al-Quran,
NIlai-Nilai Etika dalam Al-Quran, Menggarap Iman dengan Cepat 1-2-3, Pernah Memikir
Mengenai Kebenaran?, Pemahaman Kasar Orang yang Tidak beriman, Taat Kepada Allah,
Meninggalkan MAsyarakat Jahiliyyah, Destinasi Sebenar Mukmin: Syurga, Ilmu pengetahuan
AL-Quran, Senarai AL-Quran, Hijrah Kerana Allah, Sifat Orang Munafik Menurut Quran, Rahsia
Orang Munafik, Nama-Nama Allah, Komunikasi untuk Dakwah dan Golongan Menolak AL
Quran, Jawapan-Jawapan Dari Al-Quran, Kebangkitan dan Neraka, Jihad para Nabi, Musuh
No;1 Manusia: Syaitan, Doa-Doa di Dalam AL-Quran, Kepentingan Celik Al-Quran, HAri
Kebangkitan, Jangan Sekali Terlupa, Hukum Al-Quran Yang dilupakan, Kemanusiaan Dalam
Masyarkat Jahiliyyah, Kepentingan Sabar dalam Quran, Maklumat Umum Dalam AL-QUran,
Keimanan yang Matang, Sebelum Diulit Penyesalan, NAbi kita Bersabda, Kasih Sayang Orang
Mukmin, Takut Kepada Allah, Igauan Buruk Orang kafir, Kembalinya Nabi Isa a.s, Keindahan
Kehidupan Berteraskan Al-Quran, Sejambak Keindahan Ciptaan Allah S.W.T 1-2
Kezaliman Orang yang Mencemuh, Misteri Penurunan Ujian, Kebijaksanaan Menurut Al-Quran,
Perjuangan Melawan Agama:Ateis, Metode Pendidikan Nabi Yusuf, Ikatan-Ikatan Kebaikan,
Fitnah Yang Ditaburkan Ke atas Muslimin sepanjang Sejarah, Peri-Penting Mematuhi Kata-
yang Baik, Kenapa Menipu Diri Sendiri?, Islam: Agama Yang Mudah, Semangat dan Tarikan Di
Dalam Al-Quran, Melihat Secara Positif, Bentuk Penafsiran ALquran Oleh Golongan Cetek
Akal?, Beberapa Rahsia Besar AL-Quran, Galakan Untuk Muslimin, Meninggikan Harapan Di
Dalam AL-Quran, Keadilan dan Toleransi di Dalam AL-Quran, Rukun Asas Islam, Orang Yang
degil Terhadap Al-Quran, Galakan Bagi Orang Beriman.

Hasil Karyanya Penipuan Evolusi, Bangsa-Bangsa Yang


Dimusnahkan, Bagi Kaum Yang Berakal, Hakikat
Kehidupan Di Dalam Dunia, Memikir sedalam-dalamnya,
Kejahilan Bukan Alasan, Keajaiban Dalam Semut,
Sentuhan Seni Warna Allah, Penciptaan Alam Semesta,
Allah Dapat Diketahui Melalui Akal, Nilai Etika dalam Al
Qur'an, Konsep Asas Dalam Al-Quran, Pernahkah
Memikirkan Kebenaran?, Pemikiran Dangkal Kekufuran,
Kepentingan Fitrah Dalam Al-Qur'an, Keajaiban Dalam
DNA telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Keajaiban
Pada Semut dan Allah Dapat Diketahui Melalui Akal telah
diterjemahkan ke bahasa Urdu, Kebangkitan dan Neraka
telah diterjemahkan ke bahasa Poland, Bangsa-Bangsa
Yang Dimusnahkan telah diterjemahkan ke bahasa
Portugis, dan diterbitkan oleh berbagai syarikat penerbit
di luar negeri.

Banyak hasil karya Harun Yahya yang kini sedang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris,
Perancis, Jerman, Italia, Rusia, Spanyol, Arab, Portugis, Albania, Serbo-Kroasia (Bosnia),
Polandia, Urdu, Indonesia, Melayu dan Malayalam. Sasaran yang hendak dicapai adalah
penterjemahan semua buku ke bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain dalam tahun 2001,
dan menyebarkannya ke seluruh dunia agar bermanfaat bagi masyarakat sejagat.

Ciri-ciri umum dalam semua hasil karya Penulis adalah tajuk dan isu-isu yang selaras dengan
Al-Quran, dan dikuatkan dengan nilai-nilai kesedaran Quranik. Perbahasan-perbahasan dalam
bidang sains yang dianggap rumit dan mengelirukan juga dibahaskan dengan bahasa yang
mudah dan jelas terang dalam buku-buku Harun Yahya. Dengan sebab ini, semua buku-
ini sesuai untuk pembacaan semua lapisan umur dan masyarakat.

Hasil karya beliau yang berkaitan dengan kepercayaan mengesahkan kewujudan Maha Suci
Tuhan yang Esa dan Tunggal ditulis dengan tujuan mendekatkan islam kepada golongan

file://D:\My%20File\tutorial\harun%20yahya\Penipuan%20Evolusi%20-%20Harun%20... 14/02/2007
Penipuan Evolusi - Harun Yahya Page 3 of 3

awam, dan mendamaikan hati-hati mereka kepada hakikat kebenaran. Bagi orang islam,
ianya adalah sebagai nasihat dan peringatan. Penulis menyiarkan hasil tulisan yang
berteraskan asas-asas Al-Quran yang ditujukan khusus sebagai renungan dan pemacu
ketakwaan bagi kaum muslimin

Setiap buku karangan beliau yang berkaitan dengan perbahasan sains sering menekankan
kebesaran, ketinggian dan keagungan Allah s.w.t dalam setiap huraian kajian dan bukti-
saintifik, melalui ta'amul dan penghayatan yang dalam. Semua karangan beliau menunjukkan
kepada golongan non-muslim, tanda-tanda kewujudan dan kebesaran Tuhan, dan
kecanggihan ciptaanNya dengan cara yang paling jelas dan tepat. Di satu sudut, semua ini
akan menguatkan keimanan dan ketaatan bagi orang yang beriman, dan juga bermanfaat
sebagai material untuk berdakwah kepada golongan masyarakat (di mana agama tidak
dipraktikkan dengan cara yang sempurna). Satu tajuk yang sering dibahaskan dalam
kebanyakan siri karangan beliau ialah "menghancurkan pembohongan teori evolusi".

Matlamat utama tajuk ini ialah untuk menghancur-leburkan falsafah dan kepercayaan
kepercayaan materialis dan ateis yang dikemukakan kepada dunia sejagat sebagai alternatif
dan saingan kepada agama sejak abad ke 19. Impak besar tajuk ini membuatkan para
pembaca menyedari bahawa matlamat ini diusahakan sehingga sampai ke satu tahap yang
tinggi. Tajuk ini, seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran dalam ayat "Kami melontarkan
kebenaran kepada yang batil, dan kebenaran itu menghancurkan akalnya" (surat Al-Anbiya,
18), menghancurkan akal i.e..., sistem fahaman dan ideologi yang berlandaskan kekufuran;
dan berjihad menyempurnakan cahaya (wahyu ) Allah s.w.t (Surah As-Saff, 8). Atas sebab ini
buku-buku ini memainkan peranan penting untuk membanteras fahaman-fahaman yang
menyeleweng.)

Makna simbolik cop nama Nabi Muhammad di setiap muka depan buku-buku karangan beliau
sebenarnya dikaitkan dengan kandungan isi buku. Cop ini menunjukkan bahawa al-Quran
adalah kitab dan wahyu tuhan yang terakhir, dan Nabi Muhammad adalah utusanNya yang
terakhir. Dengan mengambil ciri-ciri Al-Quran dan Nabi Muhammad, penulis berusaha dalam
semua hasil karyanya, untuk menolak semua dakwaan-dakwaan mengenai sistem-sistem
yang kufur dengan mengutarakan "kalimat terakhir' ini yang akan melenyapkan semua
dakwaan kekufuran. Cop nama Nabi Muhammad yang mempunyai kemuliaan dan hikmah
yang besar, digunakan sebagai satu doa dengan niat menyebut 'kalimah akhir' ini.

file://D:\My%20File\tutorial\harun%20yahya\Penipuan%20Evolusi%20-%20Harun%20... 14/02/2007