Anda di halaman 1dari 8

TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-13

SMK SUNGAI KRUIT, SUNGKAI, PERAK

TARIKH : 20 FEBRUARI 2010


HARI : SABTU
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : PADANG SMK SUNGAI KRUIT, SUNGKAI
PERASMI : TUAN HAJI MAT NOH BIN SUPAAT
(PEGAWAI PELAJARAN DAERAH BATANG PADANG)

ATUR CARA MAJLIS


1. 8.00 - PARA PELAJAR DAN PESERTA TEMASYA OLAHRAGA MENGAMBIL TEMPAT
2. 8.30 - KETIBAAN IBU BAPA DAN PARA JEMPUTAN
3. 9.00 - KETIBAAN PERASMI
4. 9.10 - NYANYIAN LAGU NEGARAKU
5. 9.15 - PERBARISAN LINTAS MASUK PARA PESERTA
6. 9.45 - UCAPAN PENGETUA
7. 9.55 - UCAPAN PERASMIAN
8. 10.15 - PERSEMBAHAN PELAJAR
9. 10.30 - ACARA BERMULA
- 100 METER PB
- 100 METER PA
- 100 METER LB
- 100 METER LA
- 100 METER PENDIDIKAN KHAS
10. - PENYAMPAIAN HADIAH DAN REHAT (PERASMI)
11. - SUKANEKA PENDIDIKAN KHAS
12. - ACARA IBU BAPA DAN PEGAWAI
13. - 4X100 METER JEMPUTAN SEKOLAH RENDAH
14. - 4X100 METER JEMPUTAN SEKOLAH MENENGAH
15. - 4X100 METER PB
16. - 4X100 METER LB
17. - 4X100 METER PA
18. - 4X100 METER LA
19. - PENYAMPAIAN HADIAH
20. 2.00 - BERSURAI
UCAPAN ALU-ALUAN TUAN PENGETUA
Bismillahir rahmanir rahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yang berusaha Tuan Haji Mat Noh bin Supaat, Pegawai Pelajaran Daerah Batang
Padang, Yang berbahagia, Encik Isyam bin Shaharudin, Yang Dipertua PIBG SMK
Sungai Kruit, pengetua-pengetua, guru-guru besar, barisan Penolong Kanan dan Guru
Kanan, guru-guru, AJK PIBG , ibu bapa seterusnya para pelajar yang dikasihi.

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya,


Temasya Olahraga Tahunan Kali ke-13 SMK Sungai Kruit 2010 ini dapat dilaksanakan
dan diuruskan dengan penuh kecemerlangan dan semangat kesukanan yang tinggi,
yang telah dipamerkan melalui komitmen yang diberikan oleh guru-guru dan para
pelajar yang mengambil bahagian.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Yang Berusaha, Tuan Haji Mat
Noh bin Supaat, Pegawai Pelajaran Daerah Batang Padang kerana dapat hadir untuk
memeriahkan temasya ini dan seterusnya merasmikannya. Sesungguhnya bahang
semangat kesukanan ini memang terasa dan syabas diucapkan kepada semua warga
sekolah khasnya para pelajar yang mengambil bahagian.

Hadirin yang dihormati,

Temasya yang dijalankan ini bukan sahaja bagi meneruskan tradisi yang telah tercatat
dalam takwim sukan sekolah, tetapi merupakan arena terbaik untuk mencungkil atlet-
atlet yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi seterusnya
mewakili daerah, negeri dan negara. Sukan merupakan wadah dan pemangkin untuk
membakar semangat juang pelajar dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
Sesungguhnya pelajar yang cergas tubuhnya akan cerdas mindanya.

Hadirin yang dihormati,

Saya merasakan temasya olahraga ini merupakan gelanggang terbuka untuk


mewujud dan memupuk semangat kerjasama berpasukan apatah lagi dalam kalangan
pelajar yang berbilang kaum dan budaya. Lebih ramai relajar yang terlibat bermakna
lebih banyak rekod akan tercipta, lebih banyak atlet berbakat dapat dilahirkan. Tidak
mustahil jika atlet-atlet ini akan mewakili negeri dan negara jika diberi pendedahan dan
bimbingan yang berterusan.
Kepada ibu bapa, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan memberikan
semangat kepada anak-anak untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana
potensi dan keterlibatan pelajar dalam bidang kokurikulum akan membantu pelajar
mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum.

Untuk makluman, sekolah kita amat beruntung kerana pihak Kementerian Pelajaran
telah menempatkan dua orang guru Sains Sukan yang berpengalaman di sekolah kita
pada tahun ini. Terima kasih kepada tuan PPD. Saya amat berharap agar kehadiran
dua orang guru sains sukan ini mampu meningkatkan kecemerlangan sukan di sekolah
kita.

Kepada para guru, syabas diucapkan lantaran komitmen mendidik dan melatih para
pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima
kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan khususnya Tuan Pegawai Pelajaran
Daerah. Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan puan telah membakar semangat para
atlet untuk berusaha bersungguh-sungguh memenangi setiap acara yang disertai.

Sekian, majulah sukan untuk negara.

Terima kasih.
.

UCAPAN PERASMIAN OLEH PEGAWAI PELAJARAN DAERAH BATANG PADANG


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya amat berbesar hati kerana mendapat penghormatan daripada pihak sekolah
kerana sudi menjemput saya untuk menghadiri dan seterusnya merasmikan Temasya
Olahraga Tahunan SMK Sungai Kruit Kali Ke-13 pada hari ini. Sesungguhnya,
penganjuran temasya sebegini amat tepat dan bersesuaian sekali dengan aspirasi
kerajaan seperti yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
iaitu Teras Ke-2: Membangunkan Modal Insan dan Teras ke-3 Memperkasakan
Sekolah Kebangsaan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Berdasarkan hakikat ini, dan jika dikaitkan dengan pelaksanaan kegiatan sukan oleh
setiap atlet yang mengambil bahagian, nyatalah bahawa membangunkan modal insan
melalui kegiatan sukan dapat direalisasikan kerana melalui kegiatan bersukan
seseorang atlet itu perlu menjalani pelbagai latihan intensif, bukan sahaja dari segi
latihan fizikal malah lebih penting lagi ialah melalui latihan persiapan mental dan
spiritual.
Melalui latihan persiapan mental dan spiritual, seseorang atlet itu dilatih agar
mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi. Mental yang kuat perlu didorong
oleh latihan fizikal yang teratur di samping pemakanan yang teratur dan seimbang.
Dengan latihan fizikal dan pemakanan yang teratur menjadikan perjalanan darah lebih
teratur. Dengan perjalanan darah yang teratur, otak akan sentiasa cergas. Otak yang
cergas akan menjadikan seseorang itu lebih mudah memahami ilmu pengetahuan yang
sentiasa berkembang. Pengetahuan yang sentiasa berkembang akan meningkatkan
daya fikir. Daya fikir yang sentiasa berkembang akan menjadikan pengalaman
seseorang insan itu bertambah luas.

Kita memang menyedari bahawa melalui kegiatan sukan, kita mampu membangunkan
modal insan yang berkualiti atau insan yang memiliki minda kelas pertama yang bakal
menjadi peneraju negara pada masa hadapan.

Para pelajar sekalian,

Dalam konteks memperkasakan Sekolah Kebangsaan, pelajar yang memiliki minda


kelas pertama yang didorong antara lain melalui kegiatan sukan, akan menjadi faktor
penyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Melalui kegiatan sukan, bukan sahaja
akan melahirkan pelajar yang sihat fizikalnya tetapi pelajar yang memiliki minda yang
cergas. Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan di sini menyeru para pelajar agar
mengambil bahagian dengan bersungguh-sungguh menjayakan temasya olahraga
pada tahun ini. Secara tidak langsung, para pelajar telah memberi sumbangan ke arah
merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Memandangkan aktiviti kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum


pendidikan di negara kita, maka ambillah peluang dan kesempatan yang ada untuk
menggalakkan anak-anak mengambil bahagian secara aktif dalam setiap aktiviti
kokurikulum seperti temasya olahraga yang dianjurkan pada hari ini. Syarat 10%
markah kokurikulum untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam telahpun
dilaksanakan sepenuhnya. Jadi, hanya pelajar yang aktif kokurikulum sahaja berpotensi
untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak
yang terlibat termasuklah para penaja yang telah menghulurkan sumbangan kewangan
sehingga temasya olahraga ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih dan
Tahniah. Kepada para atlet yang mengambil bahagian yang meraih pingat kejohanan
selepas ini saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya pula jangan putus asa,
kerana penyertaan anda sudahpun menunjukkan bahawa anda telah menunjukkan
kejayaan.

Dengan lafaz Bismillahir Rahmannir Rahim, saya dengan ini merasmikan Temasya
Olahraga Tahunan Kali Ke-13 SMK Sungai Kruit.
Sekian, terima kasih.

AHLI JAWATANKUASA
PENGERUSI : PN. NATASYA CHEW BT. ABDULLAH (PENGETUA)
TIMBALAN PENGERUSI : EN. ABDUL RAHIM BIN GHAZALI (PK KOKURIKULUM)
NAIB PENGERUSI I : EN. MOHAMMAD ABDUL AZIZ BIN MOHD. SALLEH (PK
PENTADBIRAN)
NAIB PENGERUSI II : TN. HAJI KHAIRUL ANUAR BIN SHAHALUDDIN
(PK HEM)
PENYELARAS : EN. KAMAL HADI BIN HAMZAH
SETIAUSAHA : EN. ZAINAL ABIDIN BIN SANUSI
JAWATANKUASA KECIL
JEMPUTAN DAN SAMBUTAN STATISTIK DAN PENCATAT
En. Mohammmad Abdul Aziz Pn. Malarvilli a/l Marimuthu
En. Abdul Rahim bin Ghazali Pn. Rohaya bt. Zainal Abidin
En. Khairil Majdi bin Abdullah Pn. Suzilawati bt. Zahari
Pengerusi PIBG dan AJK. Pn. Rosida bt. Zamri
PERASMIAN,PENUTUP & PROTOKOL KECERIAAN,KESELAMATAN, KHEMAH PESERTA
Tn. Hj. Khairul Anuar & L.LINTAS
Pn. Hjh Zaliha Abd Wahab En. Mohamad Shamsuri Abdullah
Pn. Noraini bt. Aris En. Salleh Darus
Pn. Nor A’ini bt. Najri En. Subramaniam a/l Periannan
En. Othman bin Mohd Ali En. Velumani a/l Nadason
Pengawas Sekolah KEPEGAWAIAN / HAKIM
PENGURUS TEKNIK DAN PERTANDINGAN & Pn. Kasinap Md Salleh
PERSIAPAN PADANG En. Khairil Majdi Abdullah
En. Kamal Hadi bin Hamzah Pn. Hjh Zaliha bt. Abd Wahab
En. Zainal Abidin bin Sanusi En. Azahar bin Osman
En. Mahadzer bin Umar BUKU PROGRAM
En. Rohizad En. Mohd. Ihsan bin Ramli
En. Mohd. Nor Khan Pn. Junaidah
Pekerja Kontrak Sekolah HADIAH DAN CENDERAMATA
JURUACARA Pn. Zabidah bt. Harun
En. Mohd. Norrazli Pn. Nik Rosnita bt. Mat Soh
Cik Petimah bt. Ibrahim Pn. Asnida bt. Misnan
JAMUAN Guru-guru Pelatih
Pn. Azizah bt. Mohd. Saleh ACARA PEGAWAI DAN SELINGAN
Cik Marzian Pn. Nor Syafina bt. Imadudin
Pn. Noor Izura bt. Ali Guru-guru Pelatih
Puteri Islam PERTOLONGAN CEMAS
PERALATAN Pn. Adabiah bt. Yahya
En. Kamal Hadi bin Hamzah Cik Petimah bt. Ibrahim
En. Zainal Abidin bin Sanusi Ahli BSMM Sekolah.
Pasukan Pengakap Sekolah PENYELIA PESERTA
ALAT SIARAYA Cik Khasliza bt. Mohd. Yakim
Tn. Hj. Abd Razak A. Khalid Pn. Nor Latifah bt. Mat Kasim
En. Nor Azman Shah bin Wahab PERBARISAN LINTAS HORMAT
En. Zahari En. Azahar bin Osman
PENYELIA PASUKAN RUMAH En. Badrul Hisham b. Hj. Abd. Aziz
Cik Novenni bt. Jusoh - Bendahara Pn. Anida bt. Mohd. Yassin
Pn. Nurrul Azuin bt. Mustapha - Laksamana DOA
Pn. Norzela bt. Noh - Temenggung En. Salleh bin Darus
Pn. Sharmizan bt. Shaffee - Syahbandar RAKAMAN / FOTOGRAFI
JURI RAYUAN En. Nasri bin Abidin
Pn. Natasya Chew bt. Abdulah
En. Abdul Rahim bin Ghazali
En. Mohammad Abdul Aziz
Tn. Hj. Khairul Anuar
En. Kamal Hadi bin Hamzah

PEGAWAI TEMASYA OLAHRAGA


PENGURUS KEJOHANAN EN. KAMAL HADI BIN HAMZAH

REFERI EN. ZAINAL ABIDIN BIN SANUSI

PELEPAS EN. MOHAMMAD ABDUL AZIZ BIN MOHD. SALLEH

PENOLONG PELEPAS EN. VELUMANI A/L NADASON

PENYELIA PESERTA 1. CIK KHASLIZA BT. MOHD. YAKIM


2. PN. NOR LATIFAH BT. MAT KASIM
1. PN. KASINAP BT. MD. SALLEH(K)

2. EN. KHAIRIL MAJDI B. ABDULLAH


HAKIM PENAMAT
3. EN. AZAHAR BIN OSMAN

4. PN. HJH ZALIHA BT. ABD WAHAB

1. PN. ASLINDA BT. MUSA


PENJAGA MASA 2. PN. TUAN ZALINI BT. TUAN ABDULLAH
3. PN. KHARUL AZMI MUAZZAM
4. PN. ROHAYA
STATISTIK DAN PENCATAT STATISTIK DAN PENCATAT
Pn. Malarvilli a/l Marimuthu
Pn. Rohaya bt. Zainal Abidin
Pn. Suzilawati bt. Zahari
Pn. Rosida bt. Zamri

CATATAN KEPUTUSAN
1. JOHAN SUKANTARA - RUMAH MATA
2. NAIB JOHAN SUKANTARA - RUMAH MATA
3. TEMPAT KETIGA SUKANTARA - RUMAH MATA
ACARA NAMA PESERTA RUMAH

4. 100 METER PB

7. 100 METER LB

10. 100 METER PA

13. 100 METER LA

4X100 METER
16. JEMPUTAN SEKOLAH
RENDAH
4X100 METER
19. JEMPUTAN SEKOLAH
MENENGAH

22. 4X100 METER PB

25. 4X100 METER LB

28. 4X100 METER PA

31. 4X100 METER LA

34. KEDUDUKAN PINGAT RUMAH EMAS PERAK GANGSA


JOHAN
NAIB JOHAN
KETIGA

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

UNIT KOKURIKULUM MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH


KEPADA;
TUAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH BATANG PADANG
TUAN PENGETUA SMK SUNGAI KRUIT
YANG DIPERTUA PIBG SMK SUNGAI KRUIT
KOPERASI SMK SUNGAI KRUIT
SIN THYE LOKE
GARAGE VENTURE
KC YUE ENTERPRISE
GATRO ENTERPRISE
GURU DAN KAKITANGAN SMK SUNGAI KRUIT
PARA PELAJAR SMK SUNGAI KRUIT
IBU / BAPA PELAJAR-PELAJAR SMK SUNGAI KRUIT

KERANA MEMBANTU MENJAYAKAN


TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-13
SMK SUNGAI KRUIT

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai