Anda di halaman 1dari 9

PELAKSANAAN PROGRAM BERTANDANG KE BUMI KENYALANG

TENTATIF PENUH PROGRAM


Tarikh: 2 April 11 April 2015
TARIKH
2/4/15
(Khamis)
4/4/15
(Sabtu)

5/4/15
(Ahad)

6/4/15
(Isnin)

7/4/15
(Selasa)

8/4/15
(Rabu)
9/4/15
(Khamis)

AKTIVITI
Perasmian Program Bertandang Ke Bumi Kenyalang
(BKBK) oleh Pengetua Kolej Kelima UPM
Berangkat dari UPM ke KLIA2
Tiba di KIA dan berangkat ke UNIMAS
Program MyIPT di UNIMAS
Program Jelajah UNIMAS
Progam Siswa Ke Masjid di Masjid Bahagian
Kuching
Program Jalinan Kasih Tersemai ke Lembaga
Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak
Program Universiti Matlamatku di SMK Petra Jaya,
Kuching
Program Universiti Matlamatku di SMK Bandar
Samariang, Kuching
Program Kenali Sarawak di sekitar Pusat
Pembangunan & Pendidikan Yayasan Sarawak
Program Universiti Matlamatku di SMK Matang Hilir,
Kuching
Program Universiti Matlamatku di SMK Batu Kawa,
Kuching
Program Universiti Matlamatku di SM Sains
Kuching, Kuching
Program Kamek D Kenyalang Di Kampung Budaya
Sarawak dan Sarawak Waterfront
Program Dunia Baru Di Kubah Ria
Program Siswa Prihatin di Kampung Telaga Air

10/4/15
(Jumaat)

Program Suatu Ketika Dahulu di Muzium Sarawak


Program Uniknya Kuching di Muzium Kucing

11/4/15
(Sabtu)

Program Indahnya Sarawak di Taman Negara Kubah


Majlis Penutup

KHAMIS (2 APRIL 2015)


MASA

AKTIVITI

10.00 PM
10.15 PM

Kehadiran peserta Program Bertandang Ke Bumi Kenyalang


Kehadiran Yang Berbahagia, Dr. Amini Amir Bin Abdullah,
Pengetua Kolej Kelima. Nyanyian Lagu Negaraku dan Putra

10.30 PM

Gemilang
Ucapan daripada Mohammad Hanif bin Md Ali, Pengarah

10.40 PM

Program BKBK
Ucapan Perasmian Program Bertandang Ke Bumi Kenyalang

11.15 PM

oleh Pengetua Kolej Kelima


Bersurai/ makan malam

SABTU (4 APRIL 2015)


MASA

AKTIVITI

4.00 AM
10.05 AM
12.00 PM
2.00 PM
4.00 PM
6.00 PM
6.30 PM
7.30 PM
9.00 PM
10.00 PM
11.00 PM

Bertolak dari UPM (Penerbangan AirAsia pukul 7.10 AM)


Tiba di KIA dan bertolak ke tempat penginapan UNIMAS
Makan tengahari/ solat Zuhur
Program MyIPT di UNIMAS
Program Jelajah UNIMAS
Bertolak pulang ke tempat penginapan
Solat Maghrib/ pengisian kerohanian/ solat Isyak
Makan malam
Taklimat oleh pengarah
Post mortem
Bersurai/ tidur

AHAD (5 APRIL 2014)


MASA

AKTIVITI

5.00 AM
6.00 AM
7.00 AM
8.00 AM
12.00 PM
1.00 PM

Bangun pagi/ solat Subuh


Sarapan pagi
Bertolak ke Masjid Bahagian Kuching
Melaksanakan Program Siswa Ke Masjid
Program Tamat/Solat/Makan Tengah hari
Bertolak ke Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak

2.00 PM

Melaksanakan Program Jalinan Kasih Tersemai bersama

5.00 PM
6.30 PM
7.30 PM
9.00 PM
10.00 PM
11.00 PM

anak-anak yatim
Program Tamat/Bertolak Pulang
Solat Maghrib/ pengisian rohani/ solat Isyak
Makan malam
Taklimat oleh pengarah
Post mortem
Bersurai/ tidur

ISNIN (6 APRIL 2015)


MASA

AKTIVITI

5.00 AM
6.30 AM
7.00 AM
7.30 AM
8.00 AM
10.00 AM
10.30 AM
11.30 AM
12.30 PM
2.30 PM

Bangun pagi/ solat Subuh


Sarapan pagi
Bertolak SMK Petra Jaya, Kuching
Tiba di SMK Petra Jaya, Kuching
Program Universiti Matlamatku bersama pelajar
Program tamat
Bertolak ke SMK Bandar Samariang, Kuching
Makan tengah hari/ solat Zuhur
Program Universiti Matlamatku bersama pelajar
Program tamat dan bertolak ke Pusat Pembangunan &

3.00 PM

Pendidikan Yayasan Sarawak


Tiba di Pusat Pembangunan & Pendidikan Yayasan Sarawak

5.00 PM
5.30 PM
6.30 PM
7.30 PM
9.00 PM
10.00 PM
11.00 PM

melaksanakan program Kenali Sarawak


Bertolak pulang ke tempat penginapan UNIMAS
Riadah
Solat Maghrib/ pengisian rohani/ solat Isyak
Makan malam
Taklimat oleh pengarah
Post mortem
Bersurai/ tidur

SELASA (7 APRIL 2015)


MASA

AKTIVITI

5.00 AM
6.30 AM
7.00 AM
7.30 AM
8.00 AM
10.00 AM
11.00 AM

Bangun pagi/ solat Subuh


Sarapan pagi
Bertolak SMK Matang Hilir, Kuching
Tiba di SMK Matang Hilir, Kuching
Program Universiti Matlamatku bersama pelajar
Program tamat dan bertolak ke SMK Batu Kawa, Kuching
Tiba di SMK Batu Kawa, Kuching. Program Universiti

Matlamatku bersama pelajar


1.00 PM
Tamat program/ bersurai/ makan tengahari/ solat Zuhur
1.30 PM
Bertolak ke SM Sains Kuching, Kuching
2.00 PM
Program Universiti Matlamatku bersama pelajar
4.00 PM
Program tamat dan bertolak ke tempat penginapan
5.00 PM
Riadah/ solat Asar
6.30 PM
Solat Maghrib/ pengisian rohani/ solat Isyak
7.30 PM
Makan malam
9.00 PM
Taklimat oleh pengarah
10.00 PM
Post mortem
11.00 PM
Bersurai/ tidur
RABU (8 APRIL 2015)
MASA

AKTIVITI

5.00 AM
6.30 AM
8.00 AM
9.00 AM
1.00 PM
2.00 PM
2.30 PM
6.00 PM
6.30 PM
7.30 PM
9.00 PM
10.00 PM
11.00 PM

Bangun pagi/ solat Subuh


Sarapan pagi
Bertolak Ke kampung Budaya Sarawak
Menjalankan Program Kamek D Kenyalang I
Makan Tengah hari/Solat
Bertolak ke Sarawak waterfont
Menjalankan Program Kamek D Kenyalang II
Bertolak pulang ke tempat penginapan
Solat Maghrib/ pengisian rohani/ solat Isyak
Makan malam
Taklimat oleh pengarah
Post mortem
Bersurai/ tidur

KHAMIS (9 APRIL 2015)


MASA

AKTIVITI

5.00 AM
6.30 AM
7.00 AM
8.00 AM
12.00 PM
1.00 PM
2.00 PM

Bangun pagi/ solat Subuh


Sarapan pagi
Bertolak Ke Kubah Ria
Melaksanakan Program Dunia Baru
Makan Tengah Hari/Solat
Bertolak Ke Kampung Telaga Air, Kuching
Melaksanakan Program Siswa Prihatin di Kampung Telaga

5.00 PM
6.30 PM
7.30 PM
9.00 PM
10.00 PM
11.00 PM

Air.
Bertolak pulang ke tempat penginapan
Solat Maghrib/ pengisian rohani/ solat Isyak
Makan malam
Taklimat oleh pengarah
Post mortem
Bersurai/ tidur

JUMAAT (10 APRIL 2015)


MASA

AKTIVITI

5.00 AM
6.30 AM
8.00 AM
9.00 PM

Bangun pagi/ solat Subuh


Sarapan pagi
Bertolak ke Muzium Sarawak
Tiba di Muzium Sarawak melaksanakan program Suatu

12.00 PM
2.00 PM
2.30 PM

Ketika Dahulu
Tamat program/ bersurai/ makan tengahari/ Solat Jumaat
Bertolak ke Muzium Kucing
Tiba di Muzium Kucing melaksanakan program Kenali

5.00 PM
6.30 PM
9.00 PM
11.00 PM
11.00 PM

Kuching
Bersurai/ minum petang/ solat asar/Bertolak ke Penginapan
Solat Maghrib/ makan malam
Taklimat Pengarah
post mortem
Bersurai/ tidur

SABTU (11 APRIL 2015)


MASA

AKTIVITI

5.00 AM
6.30 AM
7.30 AM
8.00 AM
10.30 AM
11.00 PM
12.30 PM
2.00 PM

Bangun pagi/ solat Subuh


Sarapan pagi
Bertolak ke Taman Negara Kubah, Kuching
Melaksanakan program Indahnya Sarawak
Program tamat dan bertolak ke tempat penginapan
Makan tengahari/ solat Zuhur
Bersiap untuk majlis penutup
Majlis penutup disempurnakan oleh Yang Berhormat, Dato
Fadillah Yusuf

5.00 PM
9.55 PM
11.00 PM

Bertolak ke KIA (Penerbangan pukul 7.35 PM)


Tiba di KLIA2 dan bertolak ke UPM
Tiba di UPM

PERINCIAN PROGRAM/AKTIVITI
Perincian Program Bertandang Ke Bumi Kenyalang adalah seperti berikut:
1.1 PROGRAM MYIPT
Program ini secara rasminya melibatkan kerjasama dengan pihak Universiti Malaysia
Sarawak (UNIMAS). Program ini bertujuan untuk mewujudkan jalinan hubungan yang baik
dengan UNIMAS melalui perkongsian input yang berguna. Pendekatan meja bulat akan
diadakan melibatkan wakil-wakil daripada UPM dengan UNIMAS dalam membincangkan
isu-isu

penglibatan

mahasiswa

universiti

dalam

program

kemasyarakatan

dan

kesukarelawanan.
1.2 PROGRAM JELAJAH UNIMAS
Wakil MPP UNIMAS telah membawa pelajar UPM melawat sekitar UNIMAS, di antara
tempat menarik yang mereka bawa ialah perpustakaan UNIMAS, Fakulti Sains dan Sosial
(FSS), Kolej Cempaka dan banyak lagi tempat menarik.
1.3 PROGRAM SISWA KE MASJID
Dalam program ini, peserta akan bergotong-royong dengan penduduk setempat untuk
membersihkan kawasan masjid. Selain itu, sumbangan turut akan disampaikan kepada
pihak pengurusan masjid. Program ini adalah selaras dengan matlamat universiti yang
ingin melahirkan mahasiswa yang cemerlang sahsiah termasuk dalam aktiviti kerohanian.
1.4 PROGRAM JALINAN KASIH TERSEMAI
Di sini para peserta akan pergi ke rumah anak-anak yatim untuk berbakti kepada mereka.
Selain daripada memberi sumbangan kepada mereka, para peserta juga akan
menjalankan aktiviti-aktiviti untuk menceriakan mereka di samping memberikan motivasi
dan nasihat untuk menguatkan semangat mereka supaya menjadi seorang yang berjaya.

1.5 PROGRAM UNIVERSITI MATLAMATKU


Universiti matlamatku memfokuskan kepada pelajar sasaran seperti pelajar tingkatan lima
dan tingkatan enam di beberapa sekolah menengah yang terpilih di negeri Sarawak. Para
peserta program akan bersuai kenal dengan para pelajar, mengenali latar belakang
mereka, membantu, dan memberikan motivasi kepada mereka dalam hala tuju mereka
supaya lebih bersemangat untuk menyambung pelajaran ke peringkat IPTA.
1.6 PROGRAM KENALI SARAWAK

Yayasan Sarawak sangat dikenali kerana banyak memberikan sumbangan dan


membantu negeri Sarawak serta penduduknya melalui peningkatan taraf hidup dan
ekonomi penduduk Sarawak khususnya melalui pendidikan. Menerusi program ini, para
peserta akan mendapat banyak input-input yang bermanfaat seperti pengendalian dan
pengurusan ekonomi yang berkesan, kepimpinan diri dan sebagainya ke arah melahirkan
generasi pencetus ilmu yang menyumbang kepada agama, bangsa, dan negara.
1.7 PROGRAM KAMEK D KENYALANG
Program ini bertujuan untuk mendekatkan mahasiswa dengan persekitaran di Sarawak
amnya. Di samping itu, mahasiswa dapat mengenali budaya dan keunikan negeri bumi
kenyalang itu sendiri yang sememangnya kaya dengan tradisi dan adat resam. Peserta
akan dibawa ke Kampung Budaya Sarawak dan Waterfront di bandar raya Kuching.
1.8 PROGRAM DUNIA BARU
Aktiviti ini menzahirkan empati mahasiswa pada masyarakat golongan bawahan.
Mahasiswa akan diberi tugas untuk memikul tanggungjawab mencantikkan dan
mengindahkan kawasan Kubah Ria dan merasai sendiri pengalaman bekerja di bawah
pantauan Dewan Bandaraya Kuching (DBKU). Aktiviti ini juga secara tidak langsung
mampu melahirkan mahasiswa yang sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki dan
akan berusaha memperbaiki diri untuk berjaya.
1.9 PROGRAM SISWA PRIHATIN
Program ini dapat menimbulkan perasaan bersyukur dan semangat bantu-membantu
kepada mereka yang memerlukan. Dalam program ini, peserta akan pergi menziarahi ke
rumah beberapa keluarga miskin untuk menyampaikan sumbangan di samping beramah
mesra dengan mereka.
1.10 PROGRAM SUATU KETIKA DAHULU
Sejarah merupakan satu elemen penting kerana terdapat banyak pengajaran baik yang
boleh di peroleh melalui kajian sejarah. Oleh itu, Muzium Sarawak dilihat sebagai salah
satu tempat untuk di kunjungi. Dengan melihat sendiri dan merasai sejarah ini dengan
lebih dekat, akan timbul kesedaran dan sifat menghargai kemerdekaan yang kita rasai
pada hari ini. Secara tidak langsung, para peserta akan menjadi lebih bertanggungjawab
dan bersemangat untuk berbakti kepada agama, bangsa, dan negara.
1.11 PROGRAM UNIKNYA KUCHING
Dalam program ini, peserta akan dibawa melawat ke Muzium Kucing. Muzium ini adalah
satu-satunya muzium kucing yang terdapat di Malaysia sekali gus dapat menonjolkan
keunikan bandar raya Kuching yang menjadi lokasi muzium ini. Peserta dapat menimba
pengetahuan mengenai haiwan ini kerana pelbagai pameran yang dipaparkan di
dalamnya.

1.12 PROGRAM INDAHNYA SARAWAK


Sarawak amat memelihara alam sekitarnya dengan baik hingga kini. Di dalam slot
program ini pula peserta akan didedahkan kepada alam sekitar yang masih cantik dan
bersih di kawasan Taman Negara Kubah. Taman Negara Kubah mempunyai pelbagai
flora dan fauna serta kepelbagaian biodiversiti yang menarik seperti air terjunnya, anakanak sungai, kolam mandi, serta 93 spesies pokok palma. Oleh itu, peserta akan dapat
mensyukuri nikmat ciptaan Tuhan yang indah lagi menarik tersebut

Anda mungkin juga menyukai