Anda di halaman 1dari 9

Sekolah Kebangsaan Taman Midah (2)

Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (2)/2015


Bahasa Malaysia Kertas 1/ Pemahaman
Tahun 4
50 minit
Nama : _______________________________________

Markah: ___________

Kelas : _______________________________________

Arahan : Jawab semua soalan. Pilih satu jawapan yang betul.


Soalan 1-19
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. _______________ berikrar untuk melakukan apa sahaja yang terdaya bagi menjayakan
majlis itu.
A. Aku
B. Saya
C. Awak
D. Anda
2. Sanggupkah _______________ menderhakai sultan dan kerajaan Melaka? kata Hang
Tuah kepada Hang Jebat.
A. patik
C. baginda
B. hamba
D. tuan hamba
3. Se_________________ ayat pun tidak tertulis olehnya walaupun sudah setengah jam
masa berlalu bagi Ujian Penulisan Bahasa Malaysia.
A. butir
B. untai
C. cebis
D. patah
4. Kereta Proton Persona buatan Malaysia buat pertama kalinya _____________ kepada
orang ramai semalam.
A. mempamer
C. dipamerkan
B. dipameri
D. pameran
5. Walaupun telah lulus dengan baik, namun Suzilah ____________ belum puas hati dengan
tahap pencapaiannya.
A. masih
C. telah
B. sudah
D. akan
6. Kamu _________________ perlu menekan suis yang berwarna hijau untuk
menggerakkan mesin pemotong kayu itu.
A. jua
C. sahaja
B. hanya
D. memang
1

Soalan 7 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1
7. Alif Haikal perlu __________ apabila melayani karenah adiknya yang mudah
tersinggung itu.
A. taat
B. setia
C. tekun
D. sabar
8. Mimi membantu kakaknya _____________ kelapa yang diparut itu untuk mendapatkan
santannya.
A. mengacau
C. membancuh
B. memicit
D. memerah
9. Majlis rumah terbuka Atikah berlangsung ________ pagi _______ petang.
A. pada ... hingga
C. pada ... ke
B. dari ... hingga
D. kepada ... sehingga
10. Wahida menjemur baju itu ____________ cepat kering _________ dia mahu
memakainya pada malam nanti.
A. kerana ... supaya
C. supaya ... malahan
B. agar ... kerana
D. dan ... supaya
11. Mula-mula sekali kisar cili kering, serai, bawang, halia dan belacan. ________ goreng
ikan bilis hingga garing.
A. Jadi
C. Kemudian
B. Oleh itu
D. Sebaliknya
12. _____________ hari Nenek Piah termenung mengenangkan nasib anaknya yang tinggal
di perantauan.
A. Tiap-tiap
C. Pertama
B. Separuh
D. Suku

Soalan 13 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2
13. Anak-anak kucing parsi itu sungguh manja __________dengan Masitah.
A. agak
B. benar
C. sekali

D. paling

Soalan 14 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3
14. Emak menyimpan pisau itu di _______________ laci agar tidak diambil oleh adik.
A. celah
B. hujung
C. dalam
D. sudut
15. Keayuan wajah gadis itu ___________ apabila dia mengenakan selendang.
A. terlihat
C. terpamer
B. terserlah
D. terpancar
16. Empat ekor __________ nyamuk aedes telah dijumpai oleh pegawai kesihatan di
kawasan perumahan itu.
A. sesemut
C. lelabah
B. jejentik
D. lelipas
Soalan 17 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4
3

17. Gajah
_______________
kayuC.
balak
menggunakan belalainya.
A. sedang
sebutir mengangkat B.
sebuah
seketul
D. sebatang

Soalan 18 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5
18. Hobi Ah Leong membaca buku. Oleh itu, dia digelar _______________ .
A. ringan tulang
C. otak cair
B. ulat buku
D. buta huruf
19. Setelah berjaya dalam perniagaannya, Ahmad telah melupakan jasa ibu bapanya. Sikap
Ahmad ________________________.
A. bagai menatang minyak yang penuh.
B. seperti kacang lupakan kulit
C. bagai kaduk naik junjung
D. seperti aur dengan tebing
20. Pasukan Bendahara menjadi juara dalam acara sukan tahunan di sekolah Ahmad pada
tahun ini.
Perkataan seerti bagi juara ialah
A. hero
B. hebat
C. tokoh
D. johan
21. Kejatuhan harga saham itu menyebabkan banyak syarikat ditutup kerana mengalami
kerugian.
Pilih perkataan berlawan bagi kerugian.
A. kenaikan
C. kelembapan
B. keuntungan
D. kemerosotan
Soalan 22 23
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
22.

I
II
III
IV

Azam menarik diri daripada menganggotai pasukan koir sekolahnya.


Cerita yang diperdengarkan oleh datuk sungguh menarik.
Raju sungguh menarik akan persembahan Tarian Inang yang dipersembahkan.
Ali menarik tali itu sekuat-kuat hatinya.

A. I dan II
4

23.

B.
C.
D.
I
II
III
IV

III dan IV
I, II dan III
I, II dan IV
Kopi itu pahit rasanya.
Gulai lemak cili padi ikan tenggiri itu sangat pahit.
Adik enggan menelan ubat yang pahit itu.
Bapanya seorang penghisap pahit.

A.
B.
C.
D.

I dan II
I dan III
I, II, dan III
I, II, III, dan IV

24. Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.
Datuk Azhar Mansor mengambil masa selama 190 hari mengelilingi dunia.
A. Bilakah Datuk Azhar Mansur mengelilingi dunia?
B. Bagaimanakah Datuk Azhar Mansur mengelilingi dunia?
C. Berapa lamakah masa yang diambil oleh Datuk Azhar Mansur untuk mengelilingi
dunia?
D. Benarkah Datuk Azhar Mansur mengelilingi dunia selama 190 hari?
25. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Bilakah pertandingan bola sepak itu bermula?
A. Pertandingan bola sepak itu telah dibatalkan.
B. Pertandingan bola sepak itu merupakan pertandingan persahabatan.
C. Pertandingan bola sepak itu akan ditangguhkan pada minggu hadapan.
D. Pertandingan bola sepak itu bermula sebaik sahaja pengadilnya meniup wisel.
Soalan 26 27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
26. Yang berkebaya biru dan berkaca mata itulah kakak sulung saya.
A. Menurutnya, kakak sulungnya berkebaya biru dan berkaca mata.
B. Kakak sulungnya berkebaya dan tidak memakai kaca mata.
C. Saya memakai baju kebaya berwarna biru manakala kakak sulung saya memakai
kaca mata.
D. Kakak berkebaya biru dan memakai kaca mata.
27. Puan Low menjual pelbagai barangan di kedai runcitnya.
A. Pelbagai barangan di kedai runcit dijual oleh Puan Low.
B. Pelbagai barangan dijual oleh Puan Low di kedai runcitnya.
C. Berbagai-bagai barangan dijual di kedai runcit Puan Low.
D. Berbagai-bagai barangan di kedai runcit Puan low dijual oleh.
5

Soalan 28 30
Pilih ayat yang betul.
28.

A.
B.
C.
D.

Kereta api dari Seremban akan tiba sebentar lagi.


Ayah menyimpan permainan itu dalam almari.
Seluruh penduduk-penduduk Kampung Manggis diserang wabak taun.
Budak lelaki itu nakal amat sekali.

29.

A.
B.
C.
D.

Pada waktu pagi ibu bersiram sayur-sayuran di belakang rumah.


Tolong tuan menunggu sebentar.
Pemandangan di situ paling amat indah sekali.
Johan masih menuntut di luar negara.

30.

I
II
III
IV

Berapa kaki cendawan merah telah ditemui.


Wajahnya mirip ibu saya.
Tiap hari dia ke sekolah bersama adiknya.
Baju itu sudah lusuh.

A.
B.
C.
D.

I dan II
I dan III
II dan III
II dan IV

Soalan 31- 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
BALIK PULAU, 28 April- Semangat gotong-royong memang baik diamalkan.Tradisi
bekerjasama dan gotong-royong dalam melaksanakan sesuatu kerja masih diteruskan
walaupun tidak sehebat zaman dahulu.
Lebih kurang tiga ratus orang penduduk sekitar dan dibantu oleh sekumpulan
mahasiswa Universiti Sains Malaysia dan beberapa kakitangan Majlis Perbandaran
Pulau Pinang telah mengadakan gotong-royong. Mereka membersihkan kawasan
masjid dan tanah perkuburan orang Islam di sini.
Aktiviti gotong-royong ini turut dihadiri oleh beberapa pemimpin masyarakat
tempatan. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk
Shariff Omar.
Menurut Datuk Shariff, sikap kerjasama dan gotong-royong mempunyai banyak
kebaikan. Selain mencantikkan dan membersihkan kawasan, amalan ini juga dapat
mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat. Gotong-royong juga boleh
menyihatkan badan apabila peluh keluar ketika melakukan sesuatu kerja.

31. Di manakah gotong-royong itu diadakan?


A.
B.
C.
D.

Bandar Balik Pulau


Masjid dan tanah perkuburan Islam di Balik Pulau
Berhampiran rumah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang
Di kawasan sekitar Universiti Sains Malaysia

32. Amalan bergotong-royong telah dimulakan sejak bila?


A.
B.
C.
D.

Sejak zaman dahulu


Sejak sekarang
Sejak beberapa tahun lalu
Sejak adanya masjid

33. Siapakah yang merasmikan aktiviti bergotong-royong itu?


A.
B.
C.
D.

Penduduk sekitar
Pemimpin masyarakat tempatan
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang
Mahasiswa Universiti Sains Malaysia

34. Selain mencantikkan dan membersihkan kawasan, kebaikan bergotong-royong adalah


seperti berikut, kecuali
A.
B.
C.
D.

merosakkan pokok
mengeluarkan peluh
berjumpa dengan pemimpin masyarakat
mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat

35. Perkataan mengeratkan dalam petikan bermaksud


A.
B.
C.
D.

menyatukan
memperkuatkan
merapatkan
mencantumkan

Soalan 36- 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pada minggu lepas, sekolah saya telah mengadakan temasya sukan tahunan secara
besar-besaran. Temasya sukan tahunan ini sungguh meriah kerana dihadiri oleh para jemputan
khas yang terdiri daripada Pengarah Pelajaran Negeri Pahang dan Pegawai Pelajaran Daerah.
Acara bermula tepat pada pukul dua petang. Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang
telah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan temasya sukan tahunan sekolah saya.
Beberapa acara padang seperti lontar peluru,lompat jauh, dan lompat tinggi telah
diadakan sebelum hari sukan . Manakala acara balapan seperti 100 meter, 200 meter, 4 X 100
meter, dan 4 X 200 meter telah diadakan pada hari sukan .
Pasukan beruniform seperti pasukan Pengakap dan Persatuan Bulan Sabit Merah telah
menjalankan tugas dengan baik. Mereka membantu menyediakan peralatan sukan dan
memberikan pertolongan cemas kepada peserta yang mendapat kecederaan.
Temasya sukan tahunan pada kali ini berjalan dengan lancar. Olahragawan pada tahun
ini disandang oleh Hakim bin Bakar daripada rumah Gunung Ledang, manakala olahragawati
pula disandang oleh Mashitah Mohamad daripada rumah Gunung Benom. Rumah Gunung
Tahan diumumkan sebagai juara keseluruhan sukan tahun ini.
Acara penutupan disempurnakan
oleh Pegawai Pelajaran Daerah. Beliau
menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Acara tamat pada 6.35 petang. Semua murid
gembira dan berpuas hati .
36. Siapakah yang merasmikan temasya sukan tahunan?
A.
B.
C.
D.

Guru Besar
Pegawai Pelajaran Daerah
Tuan Pengarah Pelajaran Daerah
Tuan Pengarah Pelajaran Negeri

37. Pada hari sukan beberapa acara sukan telah dipertandingkan . Antaranya adalah ...
A.
B.
C.
D.

acara balapan
acara padang
acara balapan dan sukaneka
acara padang dan balapan

38. Johan keseluruhan sukan dimenangi oleh ...


A.
B.
C.
D.

Rumah Gunung Ledang


Rumah Gunung Benom
Rumah Gunung Tahan
Rumah Gunung Kinabalu

39. Berapa lamakah temasya sukan ini berlangsung ?


A.
B.
C.
D.

3 jam 25 minit
4 jam 25 minit
4 jam 35 minit
5 jam 35 minit

40. Perkataan disempurnakan dalam petikan bermaksud


A.
B.
C.
D.

dijalankan
dilancarkan
diselesaikan
dilakukan
--- KERTAS SOALAN TAMAT ---

Disediakan oleh,
_____________________________
(Cik Nurul Fatekah Binti Abdullah)
Guru BM Tahun 4

Disemak oleh,
____________________________
(Puan Norsharina Binti Mohamed)
Ketua Panitia Bahasa Melayu

Disahkan oleh,
_____________________________
(En.Borhannuddin Bin Mustafah)
GPK Tadbiran dan Kurikulum

Disemak oleh ibubapa,


___________________________