Anda di halaman 1dari 3

SEKAPUR SIREH

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Guru-guru dan Warga SMK Rantau Panjang yang


saya muliakan.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan limpah


kurniaNya, Perancangan Pengurusan dan Takwim Sesi Persekolahan
2016 dapat disiapkan sebelum sesi persekolahan bermula. Semoga
kita

semua

diberi

kekuatan

untuk

melaksanakan

setiap

perancangan dengan jayanya.


Perancangan Pengurusan dan Takwim Sesi Persekolahan 2016
ini adalah sebagai garis panduan dan rujukan utama bagi semua
guru dan warga SMK Rantau Panjang. Justeru, saya berharap
Perancangan ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru dan staf
sokongan agar dapat meningkatkan lagi integriti dan akauntabiliti
dalam pengurusan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan
kokurikulum sepanjang tahun ini. Semoga ia akan dapat membantu
dan memudahkan semua pihak dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah


menggariskan panduan untuk semua pendidik dan warga sekolah
bagi

menjalankan

tugas

yang

dipertanggungjawabkan

bagi

mencapai hasrat mentransformasikan Pendidikan Negara kearah


Pendidikan Bertaraf Dunia. Ini adalah cabaran yang amat besar buat
kita

semua

bagi

merealisasikannya.

Semoga

dengan

berkat

kegigihan dan ketabahan, kita akan memastikan pencapaian Visi


dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Marilah

kita

sama-sama

mendokong

cita-cita

murni

Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini yang menggariskan 5


Aspirasi Sistem, 6 Aspirasi Murid, 9 Keberhasilan Utama, 11 Anjakan
Utama dalam 3 Gelombang yang bermula 2013 hingga 2025.

Mengimbau kembali tahun 2015, kita masih mempunyai


banyak ruang untuk mempertingkatkan pencapaian kita sama ada
dalam bidang kurikulum, kokurikulum mahupun dalam elemen
kemenjadian

murid

Justeru,

kita

akan

cuba

sedaya

upaya

merealisasikan KPI Sekolah bagi tahun 2016 ini berdasarkan KPI


Pengarah dan KPI Pegawai Pendidikan Daerah.

Akhirkata, ingin saya mengucapkan sekalung penghargaan


dan

ucapan

terima

kasih

kepada

semua

Ahli

Jawatankuasa

Perancangan Pengurusan dan Takwim Sesi Persekolahan 2016 atas


usaha gigih dan komitmen yang begitu tinggi dalam memastikan
perancangan

ini

dapat

disiapkan

mengikut

ditetapkan.

Sederap Menggarap Kecemerlangan

Sekian, terima kasih.

jadual

yang

telah

Saya yang menjalankan tugas,

.............................................................................
(SOMASUNDARAM A/L GOVINDARAJ)
Pengetua,
SMK Rantau Panjang.