Anda di halaman 1dari 18

IDEA AKTIVITI SAINS BERSAMA KANAK-KANAK

Teks : Nor Azura Ismail


Foto : Koleksi Peribadi/carian google

JOM BUAT EKSPERIMEN SAINS UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Kanak-kanak di peringkat awal usia perlu didedahkan dengan dunia persekitaran dan awal sains dimana
melalui aktiviti pembelajaran awal sains, kanak-kanak akan dapa, antaranyat ;
Memperhatikan dan menggunakan semua derianya yang ada - deria melihat, mendengar, hidu, rasa
Bertanya pelbagai soalan
Berfikir secara sistematik dan logik
Cuba menyelesaikan masalah yang timbul dari eksperimen
Meneroka dan menyoal
Meramal apa yang akan berlaku
Mencuba dan mengeksperimen sesuatu yang ingin diketahuinya
Mengumpul maklumat dan merekod hasil eksperimen
Membuat kesimpulan
Memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan akibat dari sesuatu perkara.
Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir.
Menghayati sikap dan nilai murni.
mempelajari mengenai alam dan persekitaran

Baiklah , kali ini saya ingin kongsikan idea eksperimen sains bersama anak-anak 3 6 tahun. Eksperimen
ini boleh juga dilakukan juga bersama anak-anak 1 -2 tahun tetapi memerlukan bimbingan dan bantuan
pengasuh@pendidik secara berterusan.
1
AKTIVITI 1 : Menghasilkan gas Karbon dioksida

Mula-mula saya dapat idea ini daripada seorang jurulatih Kursus PERMATA. Kemudian saya membuat
survey sedikit melalui bahan google. Akhirnya saya telah cuba idea ini bersama dengan peserta Kursus
Asas Pendidikan Prasekolah yang saya kendaikan baru-baru ini. Hasilnya sangat mengujakan dan
menyeronokkan. Itu baru buat eksperimen dengan pelajar saya yang kebanyakannnya terdiri dari para
remaja, bagaimana pula jika aktiviti ini dibuat bersama dengan kanak-kanak . Tentu lebih mengujakan.
Saya kongsikan di bawah ini cara membuat eksperimen tersebut dan anda boleh mula buat bersama anakanak samada di TASKA TADIKA atau di rumah anda.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 botol mineral kosong
3 sudu makan cuka
2 sudu teh soda bikarbonat
Sehelai belon
Corong untuk masukkan soda ke dalam belon

CARA BUAT EKSPERIMEN:


Masukkan cuka ke dalam botol mineral. Kemudian, masukkan pula soda bikarbonat ke dalam belon dengan
menggunakan corong. Selepas iru, lekatkan hujung belon ke mulut botol mineral. Perlahan-lahan tegakkan
belon agar semua soda bikarbonat jatuh ke dalam botol mineral tersebut.

Sebaik sahaja soda bercampur dengan cuka, sedikit bunyi mersik akan terhasil dan
gas karbon dioksida akan mula terhasil dan menyebabkan belon yang berada pada muncung mulut botol
mula menegak perlahan-lahan.
Ketika buat eksperimen ini, pelajar saya akan mula menjerit sedikit melihat belon tersebut menegak
perlahan-lahan. Hmmm apatah lagi bila buat dengan kanak-kanak, ye tak?
Apa yang anda boleh ceritakan pada kanak-kanak mengenai eksperimen ini.
Untuk anak-anak 1- 3 tahun, mungkin anda boleh tunjukkan sahaja ekperimen ini dan jadikan ia satu
aktiviti yang menyeronokkan untuk anak-anak mencuba sendiri. INGAT YE, untuk anak-anak kecil, anda

perlu bantu buat dan minta kanak-kanak lakukan perkara yang mudah. Contohnya, minta tuangkan cuka ke
dalam botol melalui corong yang disediakan. Atau boleh minta anak pegangkan botol mineral.
Untuk anak-anak yang lebih besar, BIAR ANAK CUBA eksperimen ini, jangan pula anda yang buatkan
manakala anak-anak cuma melihat. Berikan anak-anak merasai pengalaman sendiri.
Untuk anak-anak 4 6, akan boleh ceritakan juga dengan mudah tentang pembebasan gas karbon
dioksida tersebut hasil tindakbalas campuran soda bikarbonat dan juga cuka.
CUBALAH SEGERA EKSPERIMEN INI YE.

AKTIVITI 2 : Menghasilkan lava gunung berapi

BAHAN-BAHAN:
Untuk doh bagi membuat acuan gunung berapi :
1 peket Tepung gandum
Setengah pekat garam
Air secukupnya
Beberapa titik Pewarna makanan
minyak masak secukupnya
Bekas@besen

Bahan-bahan untuk lava gunung berapi:


5 sudu makan cuka
2 sudu besar cecair pencuci pinggan
3 sudu teh soda bikarbonat
Botol mineral kosong
Pewarna

CARA BUAT :
Sediakan doh untuk dijadikan gunung berapi. Campurkan tepung gandum, garam dan air untuk diuli
menjadi doh yang lembut. Campurkan dengan pewarna makan yang sesuai. Ikut seperti seakan-akan
warna gunung berapi.
Potong botol mineral kosong menjadi tiga suku ketinggiannya. Masukkan cuka dan sedikit pencuci pingan
ke dalam botol mineral. Fungsi pencuci pinggal ialah untuk menghasilkan sedikit buih. jangan lupa juga
masukkan sedikit pewarna seakan warna lava gunung berapi.
Sekarang letakkan botol mineral ke dalam bekas@besen yang sesuai. Bentukkan gunung berapi di
sekeliling botol mineral. Kalau boleh bentukkan juga bahagian dasar gunung berapi.
Sekarang , tibalah waktu untuk melihat lava gunung berapi terhasil keluar dari mulut gunung. Bagaimana?
Caranya ialah dengan menuangkan soda bikarbonat yang telah dibancuh sedikit dengan air secara
perlahan-lahan ke dalam botol mineral tadi. Tanya pada anak-anak, Apa yang terjadi?
Campuran buih-buih seakan lava gunung berapi akan akan keluar dari botol tersebut. Ini terjadi hasil
daripada campuran cuka, soda dan cecair pencuci pinggan tersebut.
Akhir sekali anda boleh terusnya aktiviti dengan bercerita mengenai gunung berapi. Tunjukkan gambar
gunung berapi sebenar dan mungkin anda boleh tunjukkan juga video bagaimana cecair lava keluar dari
gunung berapi. Tentu , sangat menyeronokkan aktiviti ini.
Sama seperti tadi, kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mencuba aktiviti sains yang menyeronokkan
dan mengujakan kanak-kanak ini.

AKTIVITI 3 : MENCAMPURKAN PELBAGAI WARNA


Untuk aktiviti ini, cuma perlukan poster colour. Boleh juga gunakan pewarna makanan. Terangkan dulu
pada anak-anak tentang warna-warna asas. Berikan mereka mangkuk polistrin setiap seorang. Sekarang,
minta kanak-kanak cuba campurkan 2 pelbagai warna dan lihat warna apa yang akan terhasil. Contohnya
bila warna biru bercampur dengan warna kuning, maka akan terhasillah warna hijau. Warna makanan juga
boleh dibancuh dahulu di dalam botol, campurkan sedikit air. kemudian campurkan beberapa warna dalam
botol lain pula.
Untuk lebih seronok, minta kanak-kanak sapukan warna yang telah bercampur tadi pada kertas lukisan
kosong atau pada sebarang gambar yang tak berwarna.
SELAMAT MENCUBA.

AKTIVITI 4 : BUIH BELON BESAR

Untuk aktiviti ini, masukkan pencuci pinggan dalam besen dan campurkan dengan gula sirap dalam kuantiti
yang banyak. Kacau campuran. Gunakan alat yang sesuai untuk meniup buih, mungkin boleh cuba guna
straw (saya tak cuba lagi guna straw) (guna acuan biskut - plastik) CUBALAH DULU. Belon yang terhasil
boleh jadi lebih besar jika dibandingkan dengan hanya guna buih sabun.

NAK DAPATKAN BANYAK IDEA BAHAN PERMAINAN KANAK-KANAK.


JANGAN LUPA !!! Dapatkan idea koleksi bahan permainan yang telah saya kumpulkan untuk kemudahan
aktiviti permainan kanak-kanak.

1. Oren: Terapung Atau Tenggelam?

Eksperimen ini adalah cara hebat untuk menerangkan hukum daya apung
(buoyancy) dan meminta anak anda mencuci buah secara sukarela.
Bahan-bahan yang diperlukan:

Buah oren biasa

Buah oren yang sudah dikupas kulit

Mangkuk atau kendi air

Salah satu dari buah oren ini akan terapung. Persoalannya, yang mana? Anda akan
terperanjat dengan keputusannya.
Walaupun buah oren dengan kulit adalah lebih berat, ia akan terapung. Buah oren
yang sudah dikupas kulit pula akan tenggelam. Ini kerana kulit oren menyimpan
poket udara. Poket-poket udara ini akan memberikan buah oren ketumpatan yang
lebih rendah daripada air di sekelilingnya, dan menyebabkan ia terapung. Prinsip
ini dipanggil daya apungan.
2. Lada Sulah Berlari

Anda akan lihat lada-lada berlari dengan eksperimen ketegangan permukaan air
ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:

Serbuk lada sulah

Sabun pencuci pinggan

Semangkuk air

Tuang lada sulah ke dalam mangkuk air. Lada-lada sulah ini akan terapung di atas
air. Letakkan beberapa titik pencuci pinggan ke jari anda dan titikkan jari anda ke
permukaan air. Lada-lada sulah ini akan terserak ke tepi-tepi mangkuk!
Perkara ini berlaku disebabkan ketegangan permukaan iaitu satu sifat air yang
menghalang elemen-elemen luar. Sabun pencuci pinggan mengurangkan
ketegangan permukaan air, menyebabkan air di dalam mangkuk anda terserak ke
luar dan membawa lada bersama-sama dengannya.
3. Oobleck Menari

Oobleck adalah cecair non-Newtonian yang diperbuat daripada kanji jagung dan
air. Jika dibiarkan, ia berfungsi seperti air, tetapi apabila ditolak atau dicubit ia
terasa seperti pepejal. Macam flubber.
Bahan-bahan yang diperlukan:

Mangkuk besar

Bungkusan plastik

Pita pelekat

Air (1 cawan)

Kanji jagung (2 cawan)

Subwoofer atau pembesar suara

Nada audio 40 Hz (melalui YouTube atau fail audio)

Peranti untuk memainkan nada (iPod, tablet atau telefon mudah alih)

Kabel stereo untuk menyambung peranti anda ke pembesar suara

Adunkan oobleck dengan mencampurkan satu bahagian air dengan 2 bahagian


kanji jagung. Uji sifatnya dahulu. Ia patut melantun semula apabila dicubit dan
patut bertindak seperti cecair apabila disentuh lembut.
Gelombang bunyi akan memberi kesan yang sama. Balut kon subwoofer dengan
bungkusan plastik dan lekatkan pita di bahagian tepi. Tuangkan sedikit oobleck ke
atas plastik dan biarkan ia berehat di ruang kon. Sambungkan peranti anda dan
mainkan nada 40 Hz. Apabila bunyi sudah cukup kuat dan plastik sudah cukup
merenggang, oobleck anda akan mula menari!
Gelombang bunyi memberi cukup tekanan untuk memberikan oobleck sifat pepejal.
Dan apabila oobleck berehat, ia akan bertukar sifat menjadi cecair semula.
4. Pelangi Dalam Balang

Bestnya bila dapat buat pelangi dalam dapur rumah sendiri.


Bahan-bahan yang diperlukan:

Balang besar

Sirap jagung

Minyak zaitun

Sabun pencuci pinggan berwarna biru

Air

Pewarna makanan (merah dan hijau)

Balang kecil untuk mengadun bahan

Sediakan setiap lapisan pelangi dalam balang berasingan. Gunakan kuantiti yang
sama untuk setiap bahan (dua cawan).

Tambah pewarna makanan merah ke dalam sirap jagung

Tambah pewarna makanan hijau ke dalam air.

Minyak zaitun sudah sememangnya kuning.

Sabun pencuci pinggan sudah sememangnya biru.

Tuangkan cecair satu demi satu ke dalam balang yang besar mengikut turutan ini:
1. Sirap jagung berwarna merah
2. Sabun pencuci pinggan berwarna biru
3. Air berwarna hijau
4. Minyak zaitun berwarna kuning
Cecair ini tidak akan bercampur satu sama lain. Sebaliknya, anda akan mendapat
lapisan berasingan bagi setiap warna. Eksperimen ini berjaya dilakukan kerana
setiap cecair mempunyai ketumpatan yang berbeza, dan cecair tertentu (seperti
minyak dan air) enggan bercampur.
5. Gunung Berapi Kebaboom!

Gabungkan ketakutan terhadap gunung berapi kebaboom dengan kegembiraan


serbuk glitter untuk mencipta sesuatu yang luar biasa.
Apa yang anda perlukan:

Pasu tinggi

Serbuk penaik

Cuka

Pewarna makanan merah

Serbuk glitter berwarna biru

Dulang

Tuangkan serbuk penaik ke dalam bahagian bawah pasu. Tambah pewarna


makanan merah dan serbuk glitter lebih banyak, lebih bagus! Apabila anda sudah
bersedia, tuangkan cuka dan jangan lupa untuk jauhkan diri anda sedikit daripada
pasu. Gunung berapi akan meletup dan serbuk glitter yang berkilau akan menghiasi
letusan ini.
Eksperimen ini dapat berlaku disebabkan tindak balas kimia. Serbuk penaik
bersifat alkali dan cuka bersifat asid, apabila kedua-dua bertemu, berhati-hatilah!
Serbuk glitter pula hanya untuk suka-suka :D.