Anda di halaman 1dari 2

KUMPULAN 5 : KOD ETIKA DALAM PENYELIDIKAN.

NAMA AHLI KUMPULAN : Zuwaidah bt Ahmad Suhaimi, Syidatul Izzati Bt Shamsudin, Siti
Nurbaiti bt Hamzah , Jeojei Jonis, Nursaizurah Bt Kassim.
DEFINISI ETIKA DALAM PENYELIDIKAN.
Etika adalah garis panduan untuk melengkapkan setiap kajian. Menurut (Resnick,2011) etika
boleh didefinisikan sebagai norma-norma perlakuan yang membezakan antara tingkah laku
yang boleh dan tidak boleh diterima.Penyelidik yang tidak mematuhi etika akan merosakkan
reputasi penyelidikan. Mematuhi etika adalah tanggungjawab penyelidik Kegagalan mematuhi
etika akan mengugat kesahan dan kebolehpercayaan kajian yang dijalankan.
UNSUR DALAM KOD ETIKA PENYELIDIKAN.
Terdapat 5 unsur dalam kod etika penyelidikan yang diperkenalkan oleh Reynolds 1979 ,
antaranya adalah nilai. Nilai mengingatkan pengkaji untuk memegang kepada nilai moral
tertentu sebelum semasa dan selepas kajian dilakukkan. Seterusnya adalah kesedaran diri.
Kesedaran ini bermaksud kesedaran terhadap tingkah laku yang dilarang dilakukkan oleh
pengkaji serta tanggungjawab diri terhadap responden kajian. Profesionalisme juga penting ,
kerana ia mengingatkan pengkaji untuk merncang dan menggunakkan kaedah kajian yang tidak
mendatangkan kesan negative kepada responden. Tambahan pula , nilai kebolehpercayaan
pula mengingatkan pengkaji untuk tidak memanipulasikan data dan hasil kajian , serta membuat
laporan secara jujur dan ikhlas. Nilai terakhir sekali yang disebutkan oleh Reynolds adalah
panduan dan disiplin. Panduan dan disiplin ini mengigatkan supaya pengkaji untuk mematuhi
peraturan-peraturan penyelidikan , bahawa pengkaji tanpa disiplin akan menghasilkan dapatan
kajian tidak sah.
PERLAKUAN DALAM KOD ETIKA PENYELIDIKAN.
Perlakuan dalam kod etika penyelidikan memainkan peranan penting semasa melakukkan
kajian. Pengkaji peru mematuhi segala kod etika penyelidikan ini bagi mengesahkan hasil kajian
yang benar. Berikut adalah beberapa perlakuan dalam kod etika penyelidikan yang diharapkan
daripada seseorang penyelidik dalam pendidika. Pertama adalah, jujur dalam semua hal
berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Contohnya, seseorang penyelidik tidak seharusnya
mereka data atau melaporkan dapatan yang palsu.Kedua adalah berintegrasi. Contohnya,
seseorang penyelidik perlu bertindak dengan ikhlas, tekal dengan pemikiran dan tindakannya

dan

akur

dengan

semua

janjinya.

Ketiga,

menghormati

dan

merahsiakan

identiti

responden.Keempat, adil kepada semua responden.Kelima, mendapat persetujuan responden


sebelum melibatkannya.Keenam, membenarkan responden berhenti daripada melibatkan diri
pada bila-bila masa.Selain itu, tidak menggunakan paksaan dalam pengumpulan data. Berhatihati dalam semua kerja berkaitan dengan penyelidikan yang dijalankan.Tambahan pula,
mempunyai sikap terbuka; contohnya sedia menerima kritikan yang berasas. Dan terakhir
adalah menghormati harta intelek dan hak cipta terpelihara semasa membuat laporan.

Anda mungkin juga menyukai