Anda di halaman 1dari 22

Peranan guru biasa dalam memberi bimbingan yang berterusan dalam

bilik darjah.
Peranan guru adalah amat penting dari segi pencapaian aspirasi dan
matlamat sekolah. Begitu juga dengan memberi bimbingan yang berterusan
dalam bilik darjah. Antara peranan dan tanggungjawab guru biasa adalah seperti
guru sebagai tenaga pengajar yang merancang aktiviti pengajaran, penggerak
pembelajaran, pengurus bilik darjah, ibu bapa kepada murid-murid, pendisiplin,
contoh model hidup, pembimbing dan juga sebagai pemeriksa dan penilai
kepada muridnya.
Guru sebagai tenaga pengajar bertanggungjawab untuk merancang aktiviti
pengajaran

dan

pembelajaran

berdasarkan

sukatan

pelajaran

dan

melaksanakannya di dalam bilik darjah berdasarkan sukatan pelajaran dan


melaksanakannya di dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang
sesuai. Ini kerana gaya pembelajaran setiap murid adalah berlainan dari satu
individu ke individu yang lain. Guru perlu mengambil tahu jenis-jenis gaya
pembelajaran muridnya supaya tidak ada yang tercicir di dalam setiap
pengajaran.
Seterusnya guru sebagai penggerak pembelajaran bermaksud guru harus
membimbing murid supaya mereka berusaha belajar secara individu atau secara
berkumpulan. Selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
JERIS, yakni kepentingan mempertingkatkan perkembangan sosial adalah salah
satu daripadanya dimana setiap murid perlu diajar supaya pandai bergaul,
menghormati, bertolak ansur, bekerjasama dan memupuk nilai-nilai murni
dikalangan mereka di awal usia lagi.
Guru juga bertindak sebagai pengurus bilik darjah seperti menguruskan
jadual tugas bilik darjah, menentukan corak penyusunan kerusi, meja dan
peralatan serta mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai. Menurut teori tingkah laku (behaviorisme) yang diperkenalkan oleh Ivan
Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, mazhab ini berpendapat
bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.
Pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau

tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Maka gurulah yang
bertanggungjawab dalam membentuk tingkah laku yang baik tersebut bermula di
bilik darjah.
Selain itu, guru juga dianggap seperti ibu bapa kepada pelajar,
terutamanya dalam menjaga keselamatan dan kebajikan mereka. Sikap ambil
berat atau ambil tahu ke atas setiap murid adalah sangat digalakkan kerana ini
akan membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam bilik darjah mahupun
sekolah sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.
Guru sebagai pendisiplin bererti guru yang bertanggungjawab menjaga
disiplin murid serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang
sejajar dengan nilai dan norma masyarakat.Guru juga adalah contoh model
hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada murid. Nilai-nilai
murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung diterapkan
dalam jiwa murid. Albert Bandura seorang tokoh mazhab sosial menjelaskan
bahawa aspek pemerhatian murid terhadap apa yang disampaikan atau
dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan (pendekatan permodelan) oleh
murid akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman murid.
Di samping itu juga guru adalah seorang pembimbing dan kaunselor
dengan memberi nasihat dan bantuan kepada murid yang menghadapi masalah
dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi.Manakala guru sebagai
pemeriksa dan penilai bermaksud guru perlu memeriksa buku kerja murid, kertas
ujian dan peperiksaan, dan berdasarkan hasil pemeriksaan, menilai prestasi
murid serta mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam pembelajaran
mereka. Berdasarkan punca kelemahan yang telah dikenalpasti, guru dapat
merancang aktiviti pemulihan untuk membantu murid mengatasi masalah
pembelajaran yang dihadapi.
Oleh yang demikian, dalam menjalankan tugas dan peranannya, guru
mestilah menjadi seorang yang penyabar dan sentiasa bersedia menghadapi
segala kemungkinan yang akan berlaku. Peranan yang amat besar dan
mencabar ini menjadikan guru seorang yang dihormati dan disanjungi di mata
masyarakat. Cabaran ini disahut oleh setiap insan bergelar guru yang

mendukung satu falsafah keguruan iaitu Falsafah Pendidikan Guru Malaysia,


iaitu:
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik dan berdisiplin.
ii) Bincangkan pengurusan rutin bilik darjah yang perlu dilaksanakan oleh
seseorang guru bagi menghasilkan proses pengajaran yang kondusif.
Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai peraturan dan prosedur
yang dicipta untuk mengekalkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran
yang

sihat.

Pengurusan

bilik

darjah

dapat

mengawal

disiplin

serta

mengembangkan rasa hormat murid terhadap guru. Hal ini turut merujuk kepada
proses pembentukan dan mengekalkan persekitaran bilik darjah supaya
pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektifnya.
Menurut Anderson (1989), beliau mengatakan bahawa pengurusan bilik
darjah yang berkesan adalah terdiri daripada tingkah laku yang menghasilkan
penglibatan

pelajar

yang

maksimum

dalam

aktiviti

pembelajaran

dan

meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar
lain dan seterusnya ialah penggunaan masa pembelajaran yang efisyen.
Rutin merupakan satu cara tetap untuk menjalankan aktiviti bilik darjah setiap
hari atau prosedur tetap menjalankan aktiviti harian bilik darjah. Penggunaan rutin di
dalam bilik darjah akan menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah. Guru
sebagai pentadbir menjalankan rutin seperti menanda jadual kedatangan, menyemak
keadaan fizikal bilik darjah, mengeluar dan menyimpan bahan-bahan seperti buku cerita,
berus, menyemak dan memulangkan buku latihan, mengutip yuran dan lain-lain.
Rutin Pentadbiran (Administrative Routine) adalah guru memainkan
pelbagai peranan.

Salah satu daripadanya ialah sebagai pentadbir. Adalah

penting bagi seorang guru mengurus pentadbiran bilik darjah secara berkesan
kerana ia bukan hanya untuk tujuan keperluan pentadbiran sahaja. Ia juga akan
menjimatkan masa dan tenaga guru dan murid, yang mana ini juga boleh
memberi manfaat kepada pembelajaran murid. Murid juga berasa selamat dan

berdisiplin. . Guru bukan sahaja memikul amanah sebagai seorang pendidik


yang mengajar dan mencurah ilmu kepada anak bangsa, bahkan mereka turut
bertanggungjawab

dalam

kerja-kerja

pengkeranian

seperti

penyediaan,

pentafsiran, dan penyimpanan rekod. Contoh rutin pentadbiran ialahmengambil


kehadiran murid, memungut yuran (seperti yuran peperiksaan dan derma PIBG),
menyediakan laporan kemajuan murid dan juga rekod kesihatan murid. Laporan
kehadiran murid seharusnya dikemaskinikan setiap hujung tahun.
Tugas merekod pendaftaran muridmurid yang baru memasuki sekolah
setelah mereka mengisi borang pendaftaran diri masing-masing. Tugas
pentafsiran dan penyimpanan rekod seperti merekod dan mentafsir buku jadual
kedatangan murid pada setiap hari persekolahan. Manakala, tugas menyimpan
rekod pula turut dipertanggungjawabkan kepada guru iaitu mengumpul dan
menghimpunkan rekod berdasarkan kod, contohnya kod himpunan 001 dan 002.
Kad rekod 001 merupakan rekod persekolahan, manakala kad 002 adalah kad
rekod peribadi.
Selain itu, antara rutin pentadbiran lain yang harus dilaksanakan oleh
seorang guru ialah menulis surat rasmi kepada ibu bapa dan juga pihak jabatan
beberapa kali setahun. Surat rasmi kepada ibu bapa ini contohnya untuk
menjemput mereka menghadiri mesyuarat PIBG, menandatangani buku atau
rekod laporan kemajuan pelajar dan sebagainya. Guru juga bertanggungjawab
menyediakan laporan penilaian setiap kali selepas sesuatu peperiksaan umum.
Selain berperanan mentadbir hal-hal di dalam bilik darjah, guru juga harus
bertanggungjawab dalam melaksanakan bidang kokurikulum seperti merancang
takwim sekolah pada setiap permulaan tahun atau persekolahan. Selain itu, guru
juga harus bijak merancang aktiviti kokurikulum dan aktiviti-aktiviti di luar waktu
persekolahan. Contohnya, program lawatan sambil belajar yang sering
dianjurkan oleh pihak sekolah, maka guru harus bertanggungjawab menyediakan
surat kebenaran sebelum memulakan lawatan tersebut..
Rutin kelas adalah seorang guru perlu mencipta persekitaran fizikal bilik darjah
yang kondusif dan buat beberapa peraturan dan prosedur asas bilik darjah untuk
memudahkan implementasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Pengurusan peraturan dan kebersihan bilik darjah juga bertujuan sebagai pencegahan
dalam mengurangkan masalah pengurusan bilik darjah seperti, penyelewengan tingkah
laku bilik darjah.

Contoh rutin bilik darjah ialah mengurus kebersihan bilik darjah,

termasuk menyapu lantai, menyusun kerusi dan meja serta membersihkan papan tulis,
membentuk peraturan dan jadual kerja bilik darjah.
Rutin pergerakan murid pula merupakan murid perlu tahu prosedur pergerakan
dari satu aktiviti dalam bilik darjah ke luar bilik darjah kepada yang lain. Contohnya
kebanyakan sekolah memerlukan murid untuk beratur sebelum pergi ke makmal sains. Ini
adalah bagi menggalakkan ketertiban dan ketepatan masa untuk muridan bilik darjah.
Rutin pengurusan tugasan pula merupakan rutin persediaan guru terhadap
tugasan, aktiviti sumber pengajaran dan pembelajaran dan membina pusat aktiviti. Untuk
memastikan

kelicinan

dalam

mengimplementasikan

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran, guru perlu memberitahu murid tentang hasil pembelajaran yang


diharapkan, apa yang perlu mereka lakukan dan cara mereka mengetahui pencapaian
hasil pembelajaran mereka. Guru juga perlu memantau aktiviti bilik darjah dan menilai
pencapaian murid.
Rutin pembelajaran murid berlaku dalam murid dan pembelajaran harian dan ia
membantu menyokong aktivi pengajaran dan pembelajaran.prosedur yang betul dalam
sebenar menjalankan rutin adalah penting dan murid harus melibatkandiri di mana perlu.
Contoh rutin pembelajaran:memungut bukulatihan,menanda buku latihan,mengagihkan
bahan dan juga sumber buku. Murid juga perlu melibatkan diri secara aktif.
Rutin Interaksi merupakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
menekakan aktiviti yang menekan kan dan berfokuskan murid. Interaksi seperti
interaksimurid-murid dan guru-murid adalah digalakkan.murid perlu tahu prosedur
bertanya atau menjawab..perkara yang diharapkan serta sentiasa bersopan semasa berada
dipusat pembelajaran semasa menjalankan perbincangan dan aktiviti bilik yang lain.
Contoh rutin interaksi adalah seperti perbincangan kelas dan kumpulan kecil, membuat
ujikaji makmal, aktiviti kumpulan seperti main peranan dan projek.
Urusan dan proses pengurusan bilik darjah yang telah dilaksanakan oleh
golongan guru ini amat penting dengan bertujuan untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran agar lebih lancar dan sistematik.

iii. Bincangkan kemahiran interpersonal yang boleh diaplikasikan oleh guru


bagi menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Kemahiran antara perorangan atau kemahiran interpersonal merujuk
kepada

algoritma

mental

dan

berkomunikasi

yang

digunakan

semasa

komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu.
Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal ialah seperti
konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat. Ia akan membantu
mewujudkan seorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa
berinteraksi dengan persekitarannya. Konsep kendiri terbentuk daripada hasil
interaksi anda dengan orang lain dan penyesuaian diri anda dengan alam
sekitar. Jika penyesuaian anda berjaya konsep kendiri positif akan terhasil
manakala jika gagal konsep kendiri yang negatif akan terhasil.
Konsep kendiri boleh ditakrifkan sebagai gambaran atau pandangan
tentang rupa, kesihatan, kebolehan, kelemahan dan tingkah laku diri sendiri.
Konsep ini telah diperkenalkan oleh William James (Deaux & Wrights, 1988).
Beliau telah menyifatkan kendiri sebagai saya atau aku dan aku dilihat dari
perspektif yang luas dan meliputi badan, pemikiran, pakaian, tempat tinggal,
isteri, anak-anak, kawan-kawan, nenek moyang, reputasi, taraf pendidikan dan
perkara-perkara yang berkaitan dengan diri sendiri. Konsep kendiri merupakan
identiti diri dan ia mempengaruhi diri dengan persekitaran sosial. Konsep kendiri
yang teguh adalah dengan memastikan keseimbangan JERIS (Jasmani, Emosi,
Rohani, Intelek dan Sosial).
Kemahiran berkomunikasi merupakan kemahiran interpersonal yang
paling utama perlu diaplikasikan oleh seseorang guru bagi mewujudkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Menurut Abdullah dan Ainon (2006),
seseorang individu itu cenderung dalam memelihara konsep dirinya supaya tidak
berubah. Malah, individu tersebut akan mencuba sedaya upaya untuk lebih
mengukuhkan konsep diri tersebut. Kedua-dua sarjana ilmu ini turut berpendapat
bahawa individu cenderung memelihara konsep dirinya tanpa mengira perihal

sama ada konsep dirinya itu positif mahupun negatif. Justeru, dapat disimpulkan
bahawa

konsep

diri

memainkan

peranan

yang

amat

penting

dalam

mempengaruhi budaya berkomunikasi secara positif di kalangan insan yang


bergelar guru. Dengan erti kata lain, tutur kata dan body-language seseorang
guru adalah kritikal dalam membentuk personaliti dan kendiri murid. Pada masa
yang sama, komunikasi yang berkesan akan dapat menjalin dan memperbaiki
hubungan, bersifat responsif, meningkatkan harga diri melalui penghargaan dan
penghormatan,

mendapatkan

maklumat,

meraih

kepercayaan,

berkongsi

pengalaman serta mewujudkan keseronokan.


Walau bagaimanapun, iklim komunikasi juga bergantung kepada faktor
emosi kedua-dua belah pihak. Guru yang bekerja dengan rela hati dan
menghargai peranannya akan lebih cenderung untuk berkomunikasi secara
positif kepada pelajarnya. Sementara emosi murid yang stabil pula akan
mendorong mereka untuk berkomunikasi secara positif dengan guru masingmasing. Pendek kata, guru perlu menjadi perintis dalam mewujudkan iklim
komunikasi yang positif dan bijak mengatur langkah jika terdapat kecelaruan
emosi dan tingkah laku di kalangan murid. Sementara itu, interaksi yang
memenuhi keperluan psikologi pula menuntut penggunaan gaya bahasa yang
positif, pengiktirafan, teguran, dan dorongan. Sesungguhnya, guru yang bijak
berkomunikasi dengan muridnya bukan sahaja berperanan sebagai pendengar
yang baik malahan juga adalah di kalangan mereka yang bersedia menerima
sebarang idea dan cadangan murid dengan terbuka.
Berdasarkan kebenaran teori pigmalion, boleh disimpulkan bahawa
ramalan tidak meramalkan masa depan, sebaliknya mencipta masa depan
(Syukri, 2006). Persepsi kendiri yang positif daripada ibubapa, rakan-rakan dan
guru-guru akan membuatkan mereka memperolehi perasaan penghargaan diri
yang tinggi dan mereka akan melibatkan diri secara bersungguh-sungguh dalam
aktiviti pembelajaran di alam sekitarnya (Mok Soon Sang, 2004).
Kesan daripada pigmalion dan optimistik ini adalah ia membolehkan
pelajar selalu memikirkan perkaraperkara yang dapat membawa mereka ke
arah kejayaan yang berterusan. Oleh yang demikian, pemikiran ini dapat

memberikan impak yang besar dalam kehidupan pelajar tersebut supaya terus
berusaha untuk berjaya. Selain itu, guru juga harus memberi pujian kepada
pelajar-pelajarnya kerana dengan inilah guru mampu melihat kelebihan dan
kebaikkan orang lain terutama sekali pelajarpelajarnya. Dengan ini, pelajar
akan berasa diri mereka dihargai dan ia akan menjadi pendorong kepada
mereka. Walaubagaimananpun, guru tidak harus memberikan pujian yang
berlebihan kerana ini akan membuatkan pelajar pelajar terbiasa dan tidak
berasa istimewa lagi di mata guru mereka.
Punca dalam konflik komunikasi wujud apabila kurangnya kemahiran
mendengar dan empati terhadap apa yang didengar. Berapa ramaikah guru yang
sanggup bertanya dan mendengar tentang alasan muridnya; mengapa mereka
ponteng sekolah, tidak siap kerja rumah, tidak faham apa yang diajar, merokok,
membuli dan sebagainya. Suatu cabaran hebat bagi guru adalah mengawal
perasaannya untuk memiliki rasa empati yang tinggi dan mendengar pelbagai
alasan murid. Oleh itu, guru hendaklah menilai setiap percakapan dan luahan
mereka, mengenal pasti sama ada apa yang ucapkan merupakan fakta atau apa
yang berbuku di hati mereka. Guru harus bersikap jujur dan menunjukkan sikap
menyokong dengan gerak geri mengangguk atau sebagainya, bukannya berdiam
diri tanpa ada rasa ingin membaikpulih tingkah laku murid yang sewajarnya. Jika
alasan yang diberi murid tidak munasabah, kemukakan soalan-soalan mengapa
alasan-alasan tersebut diwujudkan dan buatlah penilaian semula bersama-sama.
Mendengar secara aktif memerlukan hubungan mata, isyarat badan bersifat
menyokong,

maklum

balas

yang

positif,

menggunakan

gaya

bertanya

menyokong dan mengelakkan tingkah laku negatif seperti perhatian menghala


kepada perkara lain, keresahan atau membenarkan gangguan lain. Mendengar
juga boleh dianggap sebagai proses rundingan.
Kemahiran bertanya adalah sangat penting dalam komunikasi. Pelbagai
garis panduan kemahiran bertanya telah dikenal pasti oleh Abdullah dan Ainon
(2002). Contohnya, pertanyaan terbuka, pertanyaan tertutup, pertanyaan untuk
mendapatkan

fakta,

mengetahui

perasaan,

memperjelaskan

maksud,

mengembangkan perbincangan, pertanyaan meminta, pertanyaan berandaian,

pertanyaan mengandungi arahan, pertanyaan menguji, pertanyaan sebagai


gema, pertanyaan pihak ketiga dan pertanyaan meminta izin. Tetapi, yang
menjadi isu adalah pertanyaan yang bertujuan memalukan dan bersifat
manipulatif atau cuba mengongkong dan menyekat orang yang kita tanya
supaya

mengikut

arahan

kita

sepenuhnya.

Pertanyaan

sebegini

akan

mengurangkan tahap hubungan kerana ia lebih berbentuk arahan dan


pertuduhan.
Menurut Fadzilah dan Ahmad (2007) pula, untuk memahami seseorang
melalui soalan, hendaklah mengajukan soalan yang sesuai, maka manusia
cenderung mendedahkan dirinya terutama nilai kepercayaan mereka terhadap
sesuatu. Oleh itu guru harus pandai membezakan jenis-jenis persoalan yang
ingin diajukan dan memperbetulkan niat pertanyaan agar hubungan antara guru
dan murid tidak terjejas.
Secara amnya, terdapat dua jenis pertanyaan iaitu pertanyaan terbuka
dan pertanyaan tertutup. Pertanyaan terbuka lebih bersifat kepada bukan arahan
manakala pertanyaan tertutup lebih bersifat kepada arahan. Pertanyaan terbuka
tidak boleh dijawab dengan ya atau tidak. Ia dimulakan dengan perkataan
apa, mengapa dan bagaimana. Tujuan kita menggunakan pertanyaan terbuka
ialah :

Menarik minat dan perasaan orang itu supaya perbincangan dapat


diluaskan dan diteruskan.

Meminta orang itu bercakap lebih banyak berkenaan apa yang dia
fikirkan dan rasakan berkenaan topik yang dibincangkan.

Merangsang otak orang itu supaya memikirkan pendapatpendapatnya dengan lebih jelas lagi.

Menolong orang itu memahami masalahnya sendiri.

Oleh yang demikian, pertanyaan terbuka ialah berniat untuk mendorong orang itu
supaya berfikir ke satu arah yang kita mahu, sebaliknya kita menggalakkan dia
berfikir mengikut kemahuannya sendiri.
Pertanyaan tertutup pula meminta jawapan yang tepat dan tegas, iaitu
ya atau tidak. Pertanyaan tertutup sesuai digunakan untuk tujuan-tujuan

berikut :

Mendapatkan fakta dan data.

Apabila kita mahu seseorang itu berfikir sedikit sahaja.

Bertanyakan sama ada orang itu sanggup atau tidak.

Bertanyakan persetujuan dan pendirian orang itu.

Mengawal arah perbincangan supaya menuju matlamat yang


sudah ditentukan.

Menekankan aspek-aspek positif.

Isi sesuatu pertanyaan adalah penting. Begitu juga dengan cara bertanya. Antara
strategi bertanya yang berkesan ialah :

Pilih waktu yang tepat.

Rancang apa yang hendak ditanya.

Minta izin

Memberikan alasan

Tidak menggunakan pertanyaan yang memalukan.

Tidak menggunakan pertanyaan mengancam.

Tidak menggunakan pertanyaan manipulatif.

Kesimpulannya, adalah penting untuk mengingati bahawa soalan jenis terbuka


tidak seharusnya dianggap sebagai satu kemahiran yang baik dan soalan jenis
tertutup pula sebagai satu kemahiran yang tidak baik. Kedua-duanya boleh
menjadi berkesan bila digunakan dengan cara yang sesuai.
Penampilan merupakan salah satu elemen yang penting di dalam
membina hubungan interpersonal yang baik di antara guru dan murid. Ianya
dapat memberi rangsangan yang baik terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran kerana guru merupakan agen sosialisasidan role modelyang
mampu menggambarkan bentuk penampilan yang tepat di mata anak-anak, ibu
bapa dan juga masyarakat. Maka di sinilah terletaknya sensitiviti guru dan antara
salah satu cabaran yang harus dipikul serta diperhebatkan lagi oleh seseorang
guru dari segi penampilan dan perwatakan baru yang harus dibawa. Penampilan

bukan sahaja boleh dikaitkan dengan pakaian yang bukan lagi menjadi masalah
bagi guru namun penampilan juga harus dinilai melalui prestasi kerja, kemahiran
melayan, kebijaksanaan dalam menjawab persoalan yang mencabar, ilmu dan
pengucapan.
Dari perspektif menetapkan standard penampilan seseorang guru,
ketampanan atau kecantikan, kebersihan diri, tiada bau badan, kekemasan,
kerapian rambut, solekan atau cukuran merupakan antara elemen-elemen yang
harus dinilai. Selain itu, guru haruslah memperkemaskan gaya berjalan supaya
ianya lebih teratur, bersikap mesra dan tidak terburu-buru agar ianya dapat
menarik perhatian dan mempersonakan murid-murid beliau. Kadang kala guru
perlu meletakkan diri mereka sebagai ikon yang menarik demi meraih tumpuan
yang bukan menjadi kesalahan malahan membantu di dalam proses pembinaan
hubungan yang mesra antara guru dan murid seterusnya mempermudahkan
proses pembelajaran. Penampilan yang sesuai boleh meningkatkan daya
pengaruh seorang guru serta memberikan motivasi terhadap murid.
Oleh itu, seseorang guru haruslah mengambil berat tentang penampilan
beliau kerana penampilan seseorang guru adalah penting dalam membina
hubungan interpersonal di antara guru dan murid. Hubungan interpersonal yang
baik dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya dapat
melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual
dan sosial seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi
tonggak institusi pendidikan di negara kita.
Unsur kredibiliti perlu ada dalam diri seseorang guru yang ingin berjaya
dalam pembelajaran dan pengajaran bahkan keyakinan diri yang dapat menarik
perhatian pelajar. Fungsi-fungsi kredibiliti akan dibincangkan seperti berikut:
Perkara yang pertama untuk menjadi guru di sekolah ialah mempunyai
sijil atau ijazah dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu seperti dinyatakan
oleh Rahim (2001).

Adakah sijil-sijil yang diperolehi oleh seorang guru

mencukupi untuk mengajar di sekolah? Guru berperanan untuk mengajar murid


berpandukan kepada sukatan pelajaran yang ditentukan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Guru juga adalah pembimbing kepada generasi baru untuk

membimbing mereka menjadi seorang yang berguna pada masa depan.


Seorang guru yang berkredibiliti perlu memberi nasihat dan bercakap
mengenai perkara yang benar dan tidak mengajar perkara yang tidak pasti
keesahannya. Hal ini kerana murid-murid akan mempelajari perkara yang
dikatakan oleh guru walaupun perkara yang tidak betul. Justeru, guru mestilah
berwaspada akan percakapan mereka dan memerlukan ilmu pengetahuan yang
luas agar tidak mengajar perkara yang tidak pasti betul atau salah.
Seterusnya, guru haruslah tidak bersikap berat sebelah dan mempunyai
daya tarikan tersendiri, lucu, menghiburkan, berfikiran terbuka, penuh dengan
idea dan mempunyai pendapat-pendapat yang bernas (Fadzilah dan Ahmad,
2007). Murid akan senang untuk berdepan dengan guru kerana perwatakan guru
yang tidak berat sebelah dan disegani akan menarik minat murid untuk belajar
dengan guru.
Kemudian, karisma merupakan salah satu unsur yang mempengaruhi
seseorang murid terhadap guru. Bentuk fizikal badan yang tinggi dan besar lebih
berpengaruh dari tubuh badan yang kecil dan rendah. Perkembangan tubuh
badan murid adalah cepat dan kebanyakan kanak-kanak tahun enam sudah
sama tinggi dengan ketinggian tubuh badan guru. Mereka memerlukan guru
yang lebih tinggi daripada mereka supaya personaliti guru menjadi idola mereka.
Lantas, guru yang tidak mempunyai fizikal yang tinggi haruslah
mempersiapkan diri dari kekuatan dalaman seperti membincangkan isu-isu
global dengan pengetahuan yang tinggi dan berkepakaran, tidak sekali-sekala
mempersoalkan perkara yang remeh, menepati masa dan sentiasa bersedia.
Gaya percakapan yang lancar, perkataan yang betul dan tidak campur dengan
bahasa lain dan tidak tersekat yang dinyatakan oleh Fadzilah dan
Ahmad (2007). Karisma akan hadir dari kehebatan dalaman seseorang dalam
mengawal emosi dan mindanya (Fadzilah dan Ahmad, 2007).
Menurut kamus Webters (1994), pemikiran kreatif ialah,The ability to
bring something new existence. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah
kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru. Kreativiti juga melambangkan suatu
tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat dan dapat melakukan apa

sahaja yang diinginkan malahan dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia


masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah
serta menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti (Azhar
et. al, 2006). Ransangan Kreatif dalam proses pembelajaran boleh dibentuk
melalui pelbagai cara.

Peluang Bereksplorasi
Guru amat menyenangi apabila melihat pelajar atau muridnya yang
cergas dan punya daya kreatif yang tinggi. Sebagai orang yang lebih
dewasa, sewajarnya guru membantu menumbuhkan kreativiti mereka
dengan cara memberi ruang kepada mereka bereksplorasi. Suasana di
luar bilik darjah banyak mendedahkan murid persekitaran yang boleh
diamati, difikirkan dan diperbincangkan (Majalah Nur, 2008). Menurut
Sarina dan Yusmini (2007), kaedah pengalaman atau pendedahan kendiri
dianggap dapat memberi ruang kepada pelajar bagi meluahkan perasaan,
emosi dan pemikiran. Ia juga memudahkan murid memperolehi maklumat.
Masa dan pengalaman mereka haruslah selari (Mc Farland, 1965). Oleh
itu, kanak-kanak memerlukan waktu panjang dan tidak boleh digesa-gesa
untuk melakukan penerokaan. Berikan waktu untuk melihat segala
kemungkinan, berpindah dari idea popular kepada idea yang lebih unik
dan asli.

Penyelesaian masalah
Penyelesaian masalah secara kreatif, menggalakkan guru menggunakan
masalah yang biasa terjadi dalam kehidupan sehari-hari untuk mendengar
pertanyaan dan minta penjelasan mengenai sesuatu yang murid lihat.
Menurut teori Kohler, penyelesaian masalah sebenarnya memerlukan
celik akal. Kohler percaya penyelesaian masalah tidak akan berlaku tanpa
rancangan dan pemikiran realistik (Azizi et. al, 2005).
Oleh itu, pemikiran yang realistik melalui penjelasan dan kata-kata murid
boleh diambil dan diamati untuk melihat sejauh mana tahap kekreatifan
murid menyelesaikan masalah melalui pengalamannya. Terima apa
sahaja idea walaupun itu kedengaran luar biasa. Menurut Rogers

berkenaan konsep kendiri, penghargaan kepada usaha mereka memberi


sedikit motivasi dan sokongan agar mereka mempercayai kemampuan
yang dimiliki (Arkes, 1982). Biarkan juga murid memiliki kebebasan dan
bertanggungjawab malah bersiap dengan sebab-sebab tindakannya
(Majalah Nur, 2008)

Sumber Inspirasi
Kanak-kanak biasanya sukar menjadi kreatif tanpa inspirasi yang konkrit.
Justeru itu, menurut Azhar et. Al (2006), pendidik berupaya memupuk dan
memperkayakan kebolehan dan bakat kreativiti orang yang dididiknya.
Selain daripada itu, murid lebih senang menggambarkan sesuatu secara
langsung menurut rasa atau memori mereka. Seperti yang digambarkan
oleh Bruner berkenaan factor kesediaan belajar murid adalah dari
kemahiran asas, pengalaman, minat dan sikap murid yang dipupuk oleh
guru dalam set induksi yang menarik perhatiannya (Mok Soon Sang,
2004). Memori ini akan jadi lebih cemerlang dan mudah dijangkakan
melalui persiapan dan provokasi orang dewasa. Oleh itu, perspektif yang
berbeza harus diperkenalkan. Budaya, adat, kepercayaan, nilai, norma,
institusi dan produk-produk komuniti yang diturunkan dan diwarisi oleh
generasi-generasi memberi impak ke atas pemikiran, perasaan dan
tingkah laku seseorang itu (Rahil dan Habibah, 2007).

Menekankan Soal Proses


Begitu juga guru yang efektif lebih menekankan soal proses dan
bukannya hasil. Menikmati dan berperasaan santai dalam proses kreativiti
secara langsung akan timbulnya kepercayaan diri. Penghargaan yang
diberikan juga turut membantu menikmati proses tersebut sekali gus
mengurangkan tekanan di mana pengurangannya dapat meningkatkan
kreativiti (Majalah Nur, 2008).
Isu-isu dan cabaran dalam dunia pendidikan tidak boleh lari dari masalah

disiplin yang berpunca daripada kurangnya penerapan nilai murni dalam diri
seseorang. Menurut Othman (1995), istilah masalah tingkah laku meliputi tingkah
laku yang liar seperti agresif, melawan, bermusuhan, suka bergaduh,

memencilkan diri, tidak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sekolah, bertingkah


laku secara introvert, sukar menumpukan perhatian, kurang berminat, malas,
suka berkhayal, pasif, masalah kurang kemahiran bersosial dan mempunyai
konsep kendiri yang negatif, berasa bimbang, mempunyai sifat suka memaksa,
prejudis dan mengamalkan tingkah laku yang biasa oleh pada mereka yang tidak
matang.
Oleh itu, murid memerlukan motivasi dan sokongan daripada guru-guru
sekali gus meletakkan diri mereka sebagai kaunselor untuk setiap pelajar di
sekolah begitu juga terhadap masyarakat. Menurut John (1979), kajian Deci
(1971) mengemukakan hasil ujikajinya terhadap 24 orang pelajar kolej. Mereka
dibahagikan kepada 2 kumpulan yang berasingan tempat untuk menyelesaikan
cantuman bentuk yang dinamakan Soma. 12 subjek yang diberi puzzle tersebut
akan dijanjikan dengan wang satu dolar jika berjaya menyelesaikannya dalam
tempoh masa pilihan iaitu 8 minit atau masa yang bebas. Manakala, 12 subjek
lagi tidak menerima apa-apa ganjaran dan dikehendaki juga menyelesaikannya
dengan tempoh masa dan pilihan yang sama.
Hasil kajian menunjukkan, subjek yang mendapat bayaran lebih
bersungguh-sungguh

menyelesaikan

puzzle

tersebut

dalam

masa

yang

ditetapkan berbanding subjek yang tidak menerima bayaran lebih suka


menyiapkan puzzle dengan memilih waktu yang bebas. Bukti menunjukkan
motivasi intrinsik (dalaman) subjek yang tidak mendapat bayaran adalah kurang.
Tetapi, terdapat juga situasi yang sukar untuk ditafsirkan apabila terdapat
perubahan yang meningkatkan motivasi dalaman seseorang. Sebagai contoh
dalam kajian Deci (1971) juga, terhadap 8 pelajar kolej yang bekerja sambilan
sebagai penulis tajuk utama akhbar mingguan. Sebahagian subjek diberi
bayaran sebanyak 0.50 sen untuk setiap tajuk utama akhbar dan sebahagian lagi
tidak diberi apa-apa bayaran. Apabila pembayaran diberhentikan, subjek yang
tidak mendapat bayaran lebih banyak menulis daripada subjek yang mendapat
bayaran. Menurut Festinger (1957) yang dinyatakan oleh John (1979), subjek
yang tidak mendapat bayaran tersebut berkehendakkan diri mereka dan hasil
kerja mereka dinilai. Menurut Bruner (1966) yang dinyatakan oleh Mok Soon

Sang (2004), mereka juga mempunyai dorongan untuk mencapai kecekapan


Selain dari itu, sebagai guru yang mampu beranggapan diri mereka sebagai
kaunselor perlulah menuntut serba sedikit ilmu atau panduan mengendalikan
sesi tolong bantu anak-anak. Menurut Mansur dan Nordinar (2003), terdapat
peringkat-peringkat proses kaunseling yang telah dirumuskan dan disimpulkan
secara ringkas seperti berikut:

Keseluruhan proses kaunseling mempunyai kekuatan psikologi tersendiri yang


boleh memecahkan benteng-benteng permasalahan. Agenda pertama iaitu
menerima klien seadanya seterusnya kepada pembinaan hubungan merupakan
suatu pendekatan awal untuk memulakan sesi pernyataan masalah.

Seterusnya, di peringkat meneroka masalah sekaligus mencari puncanya


memerlukan kemahiran-kemahiran asas dalam mengajukan soalan dan
memahami serta empati oleh kaunselor dan ia merupakan suatu usaha ke arah
menyelesaian masalah klien dalam menentukan rawatan yang perlu mereka
jalani.

Membina matlamat bersama merupakan suatu peringkat yang menunjukkan


klien hampir berubah dari segi kepercayaan, keyakinan dan tingkah lakunya
bahkan semakin matang dalam perancangan hidupnya. Bantuan kaunselor juga
memberi ruang lebih luas untuk klien melihat peluang-peluang kejayaan dengan
sikap, minda dan emosi yang bermotivasi.

Di peringkat alternatif-alternatif yang disarankan, klien akan belajar bagaimana


membuat keputusan yang sesuai dan terbaik tentang dirinya demi masa
hadapan. Segala buruk baik diberi renungan bersama yang mendalam serta
penilaian dalam apa sahaja pilihan klien berkenaan alternatif yang disenaraikan.

Strategi dan langkah-langkah yang dikendalikan oleh kaunselor merupakan jenis


rawatan yang hendak dipilih bersesuaian dengan masalah klien. Apa sahaja
strategi yang dilakukan hendaklah memberi penekanan dalam perubahan
tingkah lakunya. Kaunselor juga akan mewujudkan beberapa unsur kritikal jika
terdapat risiko yang perlu dihadapi oleh klien dan bagaimana cara mereka
mengatasinya.

Penilaian dalam pelan tindakan yang dibina oleh kaunselor dan dilaksanakan

oleh klien perlu dibuat dan melihat sejauh mana maklum balas yang diterima
sama ada ia berkesan atau pun tidak. Di peringkat terakhir dalam sesi
kaunseling ini pengubahsuaian dalam tindakan boleh dilakukan jika keadaan
sedemikian memerlukan.
Oleh itu, kesungguhan, usaha dan penguasaan kemahiran kaunseling
mengendalikan sesi kaunseling untuk mencapai objektif bergantung kepada
kemampuan guru. Melalui pengalaman, latihan, pembacaan dan pendedahan
berkenaan kaunseling juga dapat membantu sesebuah kejayaan dalam proses
kaunseling.
Secara keseluruhan, kemahiran interpersonal perlu dikuasai oleh setiap
guru bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas
dapat dilakukan dengan lancar. Setiap guru hendaklah menguasai setiap aspek
kemahiran interpersonal seperti kemahiran komunikasi, mendengar, bertanya
serta memiliki penampilan yang menarik yang boleh menarik minat pelajar untuk
belajar. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan para guru untuk menjadi pembimbing
dan kaunselor kepada pelajar sebagai salah satu kemahiran.

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING

Ramai berpendapat bahawa kerjaya sebagai seorang guru merupakan


suatupekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang
banyak.Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan
memperolehpendapatan tinggi dan tetap. Pelbagai tanggapan yang boleh
disimpulkan sama adadalam kalangan masyarakat umum tentang profesion
guru. Namun, sebenarnyaprofesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu
pekerjaan yang murni dan baikmalah menjadi seorang guru perlu menggalas
suatu tugas dan cabaran yang hebatuntuk mendidik, membimbing dan menunjuk
ajar dalam proses membentuk seorangmanusia untuk menjadi modal insan yang
berguna untuk agama, bangsa dan negara.Dalam mengharungi proses dan
sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kitaseorang guru sering
menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan kontekstugasannya di bilik
darjah dan sekolah. Tugas seorang guru bukan sahaja mengajar di sekolah atau
memberi ilmukepada murid-murid malah semua guru yang terlatih berperanan
sebagai gurubimbingan ataupun guru pembimbing. Sepertimana yang telah kita
tahui, perkhidmatanbimbingan di sekolah bukan semata-mata dijalankan oleh
guru bimbingan dankaunseling sahaja. Setiap orang guru sama ada guru mata
pelajaran atau guru kelasmampu memainkan peranan sebagai guru pembimbing
dengan mengambil kirapengalaman hidup dan kematangan emosi serta kognitif
masing-masing. Sebagai guru pembimbing, guru biasa membantu guru
bimbingan dankaunseling untuk mengumpulkan maklumat mengenai muridmurid. Pengumpulanmaklumat oleh guru biasa amat membantu kepada guru
bimbingan dan kaunselinguntuk membuat semakan serta digunakan sebagai
rujukan untuk tindakan susulannanti, sama ada dalam bentuk sesi kaunseling
atau intervensi lain.
Peranan guru biasa sebagai guru bimbingan amatlah besar dan penting. Antara
peranan seorang guru biasa sebagai guru pembimbing adalah menolong murid
membuat penyesuaian. Dalam hal ini, guru biasa membantu anak-anak
muridnyamenyesuaikan diri mereka dalam pelbagai aspek seperti fizikal, mental,
emosi,persekitaran dan sebagainya. Kedua, guru biasa yang berperanan
sebagai gurupembimbing juga menolong murid dalam pelajaran. Murid pada

zaman sekarangmenghadapi pelbagai masalah dan masalah-masalah tersebut


kadang-kala menjadisatu halangan kepada mereka untuk mengikuti atau
menguasai proses pengajaran danpembelajaran. bagi mengatasi masalah
tersebut, guru sedia membantu murid dalampelajaran mereka. Misalnya,
sekiranya murid menghadapi masalah dalam matapelajaran Bahasa Melayu,
guru bertanggungjawab untuk menolong murid berkenaandalam mata pelajaran
tersebut. Segala kemuskilan yang wujud dalam kalangan muridperlulah
diselesaikan oleh guru dengan mengambil tindakan sewajarnya sepertimember
penerangan yang ringkas, tepat dan jelas, memberikan contoh-contoh
yangbersesuaian dengan topik yang diajar serta menggunakan pendekatan,
strategi, kaedahdan teknik yang sesuai dengan tahap penerimaan murid. Selain
itu, guru juga bolehmembuat perancangan yang sistematik serta melaksanakan
proses pengajaran danpembelajaran yang lebih menarik bagi membantu murid
mengikuti pembelajaran. Ketiga, guru biasa memberi kesedaran tentang
pentingnya pelajaran. Terdapatmurid yang sangat aktif untuk belajar dan pada
masa yang sama terdapat juga muridyang datang sekolah hanya sebagai rutin
harian. Dalam hal ini, guru biasa memberikesedaran kepada anak-anak murid
bahawa betapa pentingnya pelajaran pada masakini sebab pendidikan yang
diperoleh oleh seseorang akan menentukan masa depanmereka. Apabila guru
memberikan kesedaran, murid-murid berpeluang untukmengubah dirinya dan
bersedia untuk menghadapi cabaran di dunia pendidikan ini. Keempat pula, guru
biasa menolong murid untuk membuat keputusan rasional.Murid-murid di
sekolah rendah berupaya mengambil keputusan sendiri tetapimasalahnya
mereka tidak tahu bahawa keputusan yang diambil itu rasional atau tidak.Jadi,
adalah menjadi tugas kepada guru biasa untuk menolong murid
membuatpertimbangan, mengenal pasti baik buruk sesuatu tindakan dan
sebagainya.
2. Seterusnya, guru biasa juga haruslah selesaikan masalah pembelajaran murid
denganmemberi tumpuan yang lebih, melaksanakan aktiviti yang sesuai,
memberikan tugasanyang boleh meningkatkan kefahaman murid terhadap
sesuatu pembelajaran. Tambahan pula, guru biasa sebagai guru pembimbing

perlu membentuk tabiatkerja murid. Pembentukkan tabiat positif mampu


memberi kesan yang positif ke arahpeningkatan prestasi dalam pembelajaran. Di
antara tabiat positif yang perlu dibentukialah seperti positif terhadap kesukaran
yang dihadapi, peka terhadap masa, yakinterhadap kebolehan diri, berani
mencuba untuk kebaikan dan lain-lain lagi.Pembentukan tabiat positif ini
haruslah diberi penekanan oleh guru di awal tahun lagiagar segala masalah
dapat dibendung dan dapat dijadikan sebagai ikhtibar dalammenghadapi
cabaran yang pastinya menguji kita dalam usaha mencapai kejayaan. Bidang
tugas guru biasa sebagai guru pembimbing yang seterusnya adalah
gurusentiasa merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling. Sekiranya guru
biasamenghadapi sebarang masalah dalam menguruskan anak muridnya,
mereka bolehmerujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk
mendapatkan idea ataupendapat yang waras di samping mendapatkan
maklumat. Seterusnya, guru juga bolehbekerjasama dengan guru bimbingan dan
kaunseling sebelum mengambil sebarangtindakan terhadap anak muridnya.
Mengisi kad 001 bagi murid-murid sekolah rendah juga merupakan tugasseorang
guru biasa yang berperanan sebagai guru pembimbing. Antara butir-butirperibadi
murid yang perlu diisi oleh guru ialah seperti rekod berat, tinggi, rabun atautidak,
markah peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, sikap pelajar dan cita-cita.
Kad001 ini, adalah satu-satunya kad peribadi murid yang diterima pakai dalam
mahkamah.Sekiranya terjadi apa-apa musibah ke atas anak murid tersebut
semasa dalam usiabersekolah, pampasan yang sewajarnya boleh diberi
berdasarkan rekod peribadi dancita-cita anak murid itu. Di samping itu, guru
biasa perlu bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga. Halini adalah demikian
kerana guru merupakan ibu bapa kedua di sekolah bagi seseorangmurid. Jadi,
mereka perlu sentiasa memaklumkan perkembangan murid dari semasa ke
semasa.Kerjasama antara dua pihak ini iaitu guru dengan ibu bapa dapat
membantukedua-dua pihak untuk mengenali tentang murid atau anak. Hal ini
akan mendorongkepada guru atau ibu bapa untuk mengambil sebarang tindakan
seterusnya. Peranan Guru Biasa Sebagai Guru Pembimbing Menolong murid
membuat penyesuaian. Menolong murid dalam pelajaran. Beri kesedaran

tentang pentingnya pelajaran. Menolong murid buat keputusan rasional.


Selesaikan masalah pembelajaran. Bentuk tabiat kerja pelajar. Merujuk kepada
guru bimbingan dan kaunseling. Kerjasama dengan guru bimbingan dan
kaunseling. Isi kad 001 (sekolah rendah). Kerjasama dengan ibu bapa. Jadual
menunjukkan peranan guru biasa sebagai guru pembimbing. Terdapat dua teknik
yang biasa digunakan oleh guru untuk mengumpulmaklumat murid-murid, iaitu
teknik ujian dan teknik bukan ujian. Secara amnya, teknikujian merujuk kepada
ujian-ujian piawai yang dibentuk untuk mengukur ciri-ciri muridseperti kebolehan,
pencapaian, minat, sikap, nilai dan personaliti.
Dalam usaha mengenal pasti masalah murid-murid sekolah rendah, terdapat
pelbagai cara yang sering digunakan oleh guru-guru biasa. Antara cara-cara
yangselalu digunakan oleh guru-guru bagi mengenal pasti masalah anak-anak
muridnyaialah pemerhatian, senarai semak, sosiogram, hasil karya murid, foto
serta audio danvideo. Walaupun terdapat banyak cara untuk mengenal pasti
masalah, kebanyakkanguru menggunakan cara pemerhatian sebagai cara utama
mengenal pasti masalahanak-anak muridnya. Berdasarkan perbincangan yang
telah saya lakukan dengan guru-guru di sekolah praktikum saya, mereka
berpendapat bahawa cara pemerhatian inisangat berkesan dan mudah untuk
mengenal pasti masalah murid. Menurut mereka, semasa membuat
pemerhatian, guru atau pemerhati perlumengikuti beberapa prosedur yang
penting. Yang pertama, sebelum sesi pemerhatianguru hendaklah menentukan
objektif atau tujuan pemerhatian, sasaran yang akandiperhatikan, tempoh
pemerhatian iaitu jangka masa, dan cara merekod hasilpemerhatian. Prosedur
yang kedua, guru perlu masuk ke kelas atau tempat di manamurid-murid sedang
berkumpul dan menjalankan aktiviti pembelajaran. yang ketigapula, pemerhati
duduk di belakang kelas atau tempat yang sesuai supaya tidakmengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala, prosedur yang keempatialah
pemerhati membuat pemerhatian sambil mencatat nota lapangan yang
relevan.Hasil pemerhatian dicatatkan dalam borang-borang pemerhatian khusus
seperti rekodanekdot, rekod running, persampelan masa, persampelan peristiwa,
dan penulisan dairiyang dijadikan sebagai bahan-bahan bukti bagi pemerhatian

yang telah dijalankan. Selain pemerhatian, guru biasa juga menggunakan


senarai semak yang bergunauntuk guru mengetahui tentang penguasaan
kemahiran murid. Ia juga digunakan apabila guru sedang memerhatikan satu
aspek tingkah laku murid.

Anda mungkin juga menyukai