Anda di halaman 1dari 1

Bong Nyuk Ban

No. 665, Taman Kakai


94700 Serian
Sarawak
_________________________________________________________________________________
Setiusaha,
Majlis Daerah Serian,
No. 1 Jalan Bunga Tanjung,
94700 Serian,
Sarawak

11 Oktober 2015

Tuan,
Aduan Berkaitan Semak Samun di Belakang Perumahan Taman Kakai
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Saya seperti nama dan alamat di atas merupakan pemilik rumah perumahan di Taman Kakai.
Semasa membuat pemantauan di rumah yang disewa, saya mendapati kawasan belakang rumah
perumahan yang disewa tidak selamat untuk didiami atas faktor keselamatan.
3.
Untuk pengetahuan pihak tuan, kawasan belakang perumahan tersebut kini dipenuhi semak
samun serta pohon-pohon mati yang mungkin mengundang kepada kehadiran haiwan liar atau berbisa.
Pohon-pohon mati yang tidak ditebang juga pernah merosakkan kediaman penghuni ketika berlakunya
bencana alam ribut baru-baru ini. Saya juga ada melampirkan beberapa keping gambar sebagai bukti
ujukan pihak tuan.
3.
Sehubungan dengan itu, saya dengan rasa tanggungjawab serta rendah hati ingin memohon
kepada pihak tuan agar dapat memberi perhatian serta kerjasama untuk membersih kawasan semak samun
di kawasan perumahan taman kakai ini untuk keselamatan penghuninya.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

...................................
(BONG NYUK BAN)
Penduduk Taman Kakai