Anda di halaman 1dari 5

Jurnal : Gaya Pengurusan Konflik Guru Dalam Kalangan Guru Besar Sekolah Rendah

Daerah Johor Bahru.


Penulis

: Lokman Bin Mohd Tahir & Normah Binti Abd Kadir

Abstrak
Kajian ini meneliti gaya penyelesaian masalah berdasarkan kepada model Thomas-Kilmann iaitu
gaya persaingan, kolaborasi, mengelak, akomodasi dan tolak ansur yang digunakan oleh guru
besar sekolah rendah untuk menyelesaikan konflik dalam kalangan guru. Populasi kajian adalah
seramai 88 orang guru besar sekolah rendah di daerah Johor Bahru.
Pengenalan
Sekolah merupakan organisasi yang paling penting dalam menghasilkan modal insan yang
cemerlang. Pendidik pula memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan
potensi pelajar. Pengurusan sekolah pada pendapat pengkaji sangat kompleks pada masa kini
kerana terdapat pelbagai masalah dan konflik dalam kalangan kakitangannya. Terdapat beberapa
cabaran yang digariskan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua di bawah Dasar
Pembangunan Negara antaranya dalam aspek politik, social, kebudayaan dan sikap masyarakat
Malaysia. Cabaran-cabaran ini memberi kesan yang besar kepada sistem pendidikan yang
menuju ke taraf pendidikan dunia. Cabaran utama adalah untuk melahirkan warganegara yang
berdaya tahan , dinamik, progresif, berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing
hingga ke peringkat global. Di samping itu aspek penerapan nilai juga penting bagi melahirkan
modal insan yang cemerlang dari pelbagai aspek. Sesuatu konflik berlaku antara dua pihak di
dalam organisasi. Ianya kemungkinan bersifat dinamik dan
perubahan.
1

sering menghadapi pelbagai

Pernyataan Masalah
Dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian tugas antara unit-unit kecil bagi tujuan
pengagihan tugas yang lebih seimbang dan menyeluruh. Oleh itu dalam melaksanakan tanggung
jawab tersebut sering berlaku konflik di kalangan individu yang mana tugas yang diberikan
memerlukan mereka untuk saling bergantungan antara satu sama lain. Konflik sering berlaku
sekiranya saling kebergantungan ini berterusan di mana untuk menjalankan sesuatu tugas akan
memerlukan sokongan atau bantuan pihak yang lain untuk menyelesaikan masalah tersebut
terlebih dahulu. Konflik juga sering timbul dalam hal-hal yang melibatkan akademik seperti
kemerosotan dalam pencapaian subjek-subjek tertentu yang menyebabkan berlaku perubahan
yang besar dalam pencapaian keseluruhan sekolah. Konflik-konflik dalam sesebuah organisasi
menimbulkan pelbagai akibat kepada sesebuah organisasi. Oleh itu konflik ini perlu di
kurangkan agar tidak memberi kesan kepada hasil yang diharapkan. Penyelesaian masalah amat
penting kerana masalah yang dihadapi oleh guru besar adalah berbeza mengikut tempat masingmasing. Pengkaji mengenalpasti gaya pengurusan konflik guru besar dengan merujuk kepada
model Thomas-Kilmann.
Objektif Kajian
i.

Mengenal pasti sama ada guru besar menggunakan kelima-lima gaya pengurusan

ii.

konflik berdasarkan model Thomas-Kilmann.


Mengenal pasti gaya pengurusan konflik paling digemari guru besar sekolah rendah

iii.

daerah Johor Bahru.


Mengenal pasti gaya pengurusan paling tidak digemari oleh guru besar sekolah
rendah daerah Johor Bahru.

iv.

Menentukan perbezaan antara factor demografi (jantina, umur kelayakkan akademik,


tempoh menjadi guru besar dan keterlibatan kursus konflik) berdasarkan gaya
pengurusan konflik Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru.

Kepentingan Kajian
Kajian ini penting kepada pengurusan pendidikan bagi menentukan kaedah pengurusan
konflik yang boleh diaplikasikan oleh pihak pengurusan sekolah demi memastikan prestasi
sekolah meningkat apabila konflik dapat ditangani dengan baik. Memberi kesedaran kepada
Guru besar agar mengurangkan konflik dengan guru-guru. Memberikan gambaran yang jelas
kepada pihak seperti Jabatan Pendidikan Negeri untuk merangka program atau kursus yang
boleh menangani konflik serta kajian ini diharap dapat membantu guru besar menggunakan
gaya pengurusan konflik demi memastikan matlamat sekolah tercapai apabila konflik dapat
dikawal.
Reka Bentuk Kajian
Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan yang merupakan pendekatan deskriptif bagi
mengumpul data dan maklumat.
Populasi Kajian
Populasi merupakan semua ahli dalam kelompok individu yang akan diselidik. Responden
yang terlibat adalah seramai 88 orang dalam kalangan guru besar sekolah rendah dalam
daerah Johor Bahru.
Instruman Kajian
Berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan.
3

Kajian Rintis.
Instrumen diuji dahulu sebelum kajian dijalankan unntuk melihat keupayaan responden
menjawab item-item yang dikemukakan. Ini bertujuan untuk menguji kesahan dan keboleh
percayaan soalan-soalan yang dikemukakan sebelum kajian sebenar dijalankan. Sepuluh
orang responden dipilih bagi menjawab soalan yang terdapat dalam borang soal selidik yang
terdiri daripada guru besar sekolah rendah daerah Kulai. Hasil Kajian menunjukkan sepuluh
responden yang dipilih boleh menjawab dan memahami soalan soal selidik tersebut.
Analisa Data.
Berdasarkan data yang diperolehi menunjukkan gaya kolaborasi merupakan gaya pengurusan
konflik yang paling digemari oleh guru besar ketika mentadbir khususnya dalam menangani
konflik yang berlaku di sekolah.
Perbincangan
Hasil kajian menunjukkan bahawa guru besar lebih cenderung menggunakan gaya kolaborasi
dalam menangani konflik yang dihadapi diikuti dengan gaya tolak ansur, gaya mengelak,
gaya akomodasi dan gaya persaingan. Gaya kolaborasi menjadi pilihan utama kerana
berdasarkan gaya ini, ianya memberi peluang kepada kedua-dua pihak yang berkonflik untuk
bertemu dan berbincang dengan cara bermesyuarat bagi membincangkan atau menyelesaikan
konflik yang dihadapi. Gaya kolaborasi merupakan situasi menang-menang berdasarkan
Thomas-Kilmann. Guru besar menggunakan gaya kolaborasi ini kerana andaian bahawa
semangat berpasukan dan kerjasama yang rapat akan daapat membantu untuk mencapai
matlamat yang disasarkan disamping mengekalkan hubungan sedia ada. Kesimpulannya
gaya kolaborasi membawa kepada kaedah penyelesaian yang terbaik yang menggabungkan
4

kelakuan dan pemikiran setiap individu dalam suasana yang harmoni dalam organisasi
seterusnya meningkatkan prestasi dan pencapaian organisasi. Berdasarkan ujian hipotesis
pula didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pengurusan konflik
mengikut jantina dalam kalangan guru besar. Ini membuktikan bahawa guru besar perempuan
juga mmempunyai kebolehan yang setanding dengan guru besar lelaki dan mereka juga
mampu menangani konflik yang berat. Namun begitu guru besar perempuan lebih gemar
untuk menggunakan gaya akomodasi dan gaya tolak ansur berbanding guru besar lelaki yang
lebih gemar kepada gaya persaingan. Ini mungkin kerana sifat wanita yang lembut, patuh
kepada arahan, beremosi dan mudah mengalah berbanding guru besar yang lelaki yang lebih
tegas dan berfikiran jauh.

Anda mungkin juga menyukai