Anda di halaman 1dari 17

Pengenalan

Perkataan tamadun merangkumi tentang kebudayaan, kemajuan, pembangunan,


peradaban dan kemakmuran yang dicapai oleh sesuatu bangsa. Tamadun berasal
daripada perkataan Arab, iaitu maddana, madinah, madaniyyah, yang bermaksud
Bandar yang terbina melalui proses urbanisasi. Daripada maddana muncul perkataan
maddani yang membawa erti pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti
yang terpuji.1 Selain itu, istilah tamadun menurut perspektif Islam ialah ia merangkumi
pembangunan spiritual dan material secara serentak dan sepadu.
Urbanisasi juga sebagai salah satu ciri-ciri tamadun, kerana bandar biasanya menjadi
pusat berkumpulnya masyarakat, dan juga wujudnya rumah ibadah, institusi
pendidikan, istana, golongan bangsawan, ahli-ahli perniagaan, pusat membeli belah
dan sebagainya. Kewujudan berbagai institusi dan golongan manusia di pelbagai
peringkat menjadikan sesebuah masyarakat tersebut menjadi bertambah maju dan
hidup secara harmoni. Keadaan ini memperlihatkan munculnya pengkhususan bidang
perkerjaan dan sistem politik yang teratur dan perkembangan ekonomi yang pesat.
Pada dekad terakhir abad ke-20, kita berhadapan dengan kemunculan
demokrasi liberal yang berakar umbi dalam peradaban barat. Malah kita dikejutkan
dengan pertembungan peradaban antara barat dengan bukan barat. Susulan daripada
ini, sesebuah negara atau sesuatu masyarakat boleh dianggap beradab ataupun
sebaliknya, diukur mengikut amalan demokrasi dan hak asasi manusia. Di peringkat
individu, hak asasi manusia selari dengan peradaban kerana seseorang yang
1 Chandra Muzaffar et.al, 2001. Pengenalan Ilmu Ketamadunan dalam Tamadun Islam dan Tamadun
Asia, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm.3

menegakkan hak asasi manusia seterusnya menegakkan kepentingan peradaban


masyarakatnya. Setiap peradaban ingin memastikan warganya menikmati hak untuk
mendapat makanan, pakaian, tempat tinggal, dan hak meningkatkan kebahagiaan
hidup.
Disamping itu juga, perkembangan dalam peradaban masyarakat memainkan
peranan penting dalam usaha membawa kemajuan sesebuah tamadun. Sistem
tersebut berkembang bagitu pesat selari dengan perkembangan kemajuan dunia hari ini
menunjukkan bahawa tamadun amat memerlukan kecanggihan sistem komunikasi bagi
menghadapi era globalisasi, iaitu dunia tanpa sempadan.
Definisi Globalisasi
Pada

masa

kini,

globalisasi

merupakan

satu

perkataan

yang

hangat

diperkatakan oleh pelbagai pihak tetapi sering disalah tafsirkan. Globalisasi merupakan
satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh
sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia
akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah
negara lain, di mana pintu sentiasa terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai
maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti
internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan
perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan
sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.
Menurut Kamus Dewan, globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang
menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan
2

perkembangan teknologi maklumat. Manakala cendikiawan barat mentakrifkan


globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti yang
merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh
dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi
milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Menurut Princeton N. Lyman, Felo
Kanan di Institut Keamanan, Amerika Syarikat dan bekas Duta negara itu ke Afrika
Selatan, globalisasi biasanya diertikan sebagai merujuk kepada rapid growth of
interdependency and connection in the world of trade and finance.

Princeton N. Lyman, Globalization and the demands of governance, Georgetown


Journal of International Affairs (Winter/Spring 2000), Premier Issue, hal. 90.
Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal.
Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadansempadan namun, kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini, kita telah dapat
merasakan apakah itu globalisasi, di mana dunia bukan sahaja tidak bersempadan dari
segi geografi tetapi pengaruh globalisasi menjangkau sempadan ekonomi, teknologi,
bahasa, budaya, ideologi, politik, dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah
masyarakat.
Walau bagaimanapun, konsep globalisasi masih banyak kekaburan. Kita sebagai
rakyat Malaysia memerlukan lebih banyak wacana ilmiah tentang globalisasi yang
dapat memperjelaskan dan menghalusi konsep tersebut. Kebanyakan perbincangan
tentang globalisasi lebih tertumpu kepada isu-isu ekonomi dan bukan dari sudut
3

globalisasi kebudayaan dan globalisasi ilmu dan maklumat. Semua aspek globalisasi
sepatutnya diperhatikan kerana ia adalah penting kepada masa depan masyarakat dan
negara ini. Disamping itu juga, konsep globalisasi dari perspektif Islam dan perspektif
dunia Timur perlu diketengahkan ke peringkat nasional dan antarabangsa secara yang
lebih berkesan supaya masyarakat dunia berpeluang membandingkan antara satu
perspektif dengan perspektif yang lain secara adil dan saksama.
Kesan Globalisasi
Proses globalisasi sudah membawa banyak kesan-kesan yang baik yang telah
memperkayakan kehidupan manusia, khususnya kepada masyarakat Malaysia. Di sini,
kita dapat lihat di mana Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi
maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik serta teknologi. Kesungguhan Kerajaan
dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun dalam era
globalisasi jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional
dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum dan juga
pada penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia
(MSC) misalannya, adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut
panggilan globalisasi.
Sungguhpun begitu, dalam menghadapi gelombang besar globalisasi ini,
terdapat pelbagai kesan yang dapat dilihat sama ada dari sudut positif atau negatif, di
mana banyak pihak sedang menilai buruk baiknya globalisasi ke atas peradaban
Malaysia. Sebagai contoh, Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia,
beliau banyak menumpukan pemikirannya kepada globalisasi dan perkongsian pintar

sebagaimana yang terpancar dalam beberapa ucapan beliau tentang perkara ini di
forum kebangsaan dan juga antarabangsa. Dr. Mahathir menggambarkan keadaan
sebenar yang mungkin terjadi tentang natijah dan dampak globalisasi ini jika tafsiran
globalisasi yang ada pada hari ini diterima tanpa banyak soal jawab. Seperti agama
besar dan ideology yang lain, globalisasi dapat mewujudkan sebuah dunia yang lebih
baik lagi. Tetapi beliau memberi amaran bahawa globalisasi juga boleh disalah gunakan
dan secara langsung mengakibatkan backlash atau tindakan balas yang ganas ke atas
peradaban kita sendiri. Selain itu, Chandra Muzaffar juga berpendapat bahawa
globalisasi membawa kesan positif dan juga negatif, di mana beliau telah
menyenaraikan lapan kebaikan globalisasi tetapi senarai keburukannya ternyata lebih
panjang, iaitu sebanyak tiga belas keburukan.
Selain memberi impak yang baik, globalisasi juga mendatangkan kesan buruk
kepada peradaban Malaysia, di mana kita dapat lihat konsep globalisasi ini lebih
sinonim dengan maksud peng-amerika-an dunia. Ia merupakan proses untuk
menjadikan budaya Amerika diikuti oleh semua penduduk dunia. Maklumlah globalisasi
dikatakan Semua Untuk Satu. Proses ini akhirnya akan merosakkan budaya lain
selain budaya Amerika. Perkara ini tidak menjadi negatif sekiranya budaya Amerika
ialah budaya yang baik, bertepatan dengan fitrah kejadian manusia dan budaya timur
serta

agama

Islam.

Sebaliknya

budaya

Amerika

merupakan

budaya

yang

kebanyakkannya bertentangan dengan akhlak dan norma hidup masyarakat timur


amnya dan Malaysia khususnya.

1)
Lihat
Joseph A.
Camilleri & Chandra
Muzaffar,Sosial
eds. Globalization, hal. 180-186.
Kesan
Globalisasi
dari Sudut

1.1

Kesan globalisasi dari sudut kekeluargaan


Terdapat pelbagai kesan yang dapat dilihat daripada globalisasi. Salah satu

kesan positif yang dapat dilihat ialah lebih ramai wanita yang sudah berkeluarga
ataupun yang belum berkeluarga terlibat dalam pelbagai lapangan kerjaya. Kesan ini
dilihat positif kerana dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. Selain itu,
peningkatan bilangan wanita yang berpendidikan tinggi dapat memenuhi permintaan
dalam pasaran kerja di Malaysia, seterusnya mengurangkan kadar kebergantungan
terhadap tenaga mahir asing. Namun begitu, terdapat juga kesan negatif. Salah satu
kesan negatif tersebut ialah masalah kekeluargaan serta gejala sosial yang semakin
menular. Kesan tersebut dapat dilihat daripada peningkatan kes perceraian sejak akhirakhir ini. Masalah gejala sosial juga semakin meningkat dan salah satu penyebabnya
adalah kerana anak-anak kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.
Malah, terdapat juga ibu bapa yang bergantung sepenuhnya kepada khidmat pembantu
rumah seolah-olah pembantu rumah juga bertanggung jawab dalam memberi asuhan
dan didikan kepada anak-anak mereka. Hal ini menjadi punca utama kepada
kemusnahan sistem kekeluargaan seterusnya menjurus kepada berlakunya gejala
sosial dikalangan anak-anak remaja.
Disamping itu, berlakunya peningkatan kes perceraian mungkin disebabkan
kurangnya fahaman serta didikan dalam agama disebabkan kemajuan serta globalisasi
yang dicapai, pendidikan agama diketepikan. Selain dari kes penceraian, peningkatan
juga dapat dilihat pada kes penderaan terhadap wanita serta kanak-kanak.
Sesungguhnya Islam melarang keras perbuatan tersebut kerana ia bukan sahaja salah
di sisi agama, malahan bertentangan dengan norma kehidupan manusia biasa.
6

1.2

Kesan globalisasi dari sudut pemakaian


Jika dilihat dari aspek pemakaian pula, ramai rakyat Malaysia terutama golongan

remaja terikut-ikut dengan arus pemodenan dalam cara berpakaian. Arus pemodenan
dalam berfesyen tersebut didominasi oleh barat yang telah berjaya mempengaruhi
masyarakat Malaysia. Ramai remaja sekarang ini berpakaian menjolok mata tanpa
mengira adat serta budaya sebagai orang timur. Lebih parah lagi, golongan ini langsung
tidak menghiraukan suruhan agama agar setiap Muslim menutup aurat. Disamping itu,
cara berpakaian juga mencerminkan akhlak. Oleh itu, ia amat penting untuk
dibincangkan bagi menjaga akhlak remaja kita. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman
dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuanperempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya
(semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai
perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah
adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.
Jika diteliti dari ayat di atas, jelas pada kita bahawa sebilangan besar remaja kini
berpakaian bertentangan dengan suruhan dan perintah Allah. Malah, mereka dengan
perasaan bangga mendedahkan aurat mereka asalkan mereka nampak bergaya,
menarik, dan mengikut gaya fesyen terkini.
1.3

Kesan globalisasi dari sudut pemakanan


Seperti mana yang kita lihat sekarang ini, kewujudan restoran serta francais

makanan segera, seperti KFC dan McDonald telah tumbuh bak cendawan di negara
7

kita dan makanan segera ini semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia dan
mendapat sambutan dari semua lapisan masyarakat sama ada kanak-kanak, mahupun
golongan dewasa. Fenomena yang berlaku ini merupakan salah satu daripada
globalisasi yang melanda bidang pemakanan khususnya di Malaysia. Jadi, tidak
hairanlah, perniagaan makanan segera tersebut dapat bertapak dengan kukuh serta
berkembang hingga ke hari ini.
Kemasukan perniagaan makanan segera daripada barat ini sebenarnya telah
membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Hal ini seterusnya akan
mengurangkan kadar pengangguran serta mengurangkan gejala sosial dalam kalangan
belia. Selain itu, proses penyediaan makanan yang disediakan juga telah mendapat
pengesahan status halal daripada pihak berkuasa. Namun begitu, terdapat juga kesan
negatif daripada kemasukan produk asing tersebut. Contohnya, golongan remaja tidak
suka makan ulam dan mereka berpendapat bahawa ulam ialah makanan golongan tua
yang sudah ketinggalan zaman. Mereka sebenarnya tidak menyedari bahawa makanan
segera ini memudaratkan kesihatan mereka. Satu kajian yang dijalankan oleh
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini menunjukkan bahawa hampir
40% daripada remaja kita mengalami obesiti, dan seterusnya akan membawa kepada
penyakit serangan jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, kerosakan buah
pinggang dan sebagainya. Hal ini demikian kerana makanan segera ini mengandungi
bahan kimia seperti Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan pengawet yang
menjejaskan kesihatan dalam jangka panjang.
Selain itu, dengan peningkatan jumlah restoran tersebut, pengusaha-pengusaha
makanan yang berniaga samada melalui gerai atau restoran biasa akan mengalami
8

kesukaran untuk mempertahankan perniagaan mereka. Walaupun ianya dilihat sebagai


persaingan sihat, namun kerajaan juga harus memberi peluang serta ruang kepada
golongan ini untuk memajukan industri makanan tempatan. Jika dilihat, ramai
pengusaha-pengusaha yang tidak dapat bertahan lama dek kerana persaingan sengit
yang terpaksa dihadapi dengan francais makanan dari luar negara tersebut.
1.4

Kesan Globalisasi Dari Sudut Media


1.4.1 Media Elektronik
Kehidupan manusia yang melalui liku-liku arus pemodenan mutakhir ini tidak

terlepas daripada penggunaan media elektronik dalam kehidupan seharian samada


secara langsung atau tidak langsung. Media menurut kamus dewan edisi ketiga
bermaksud alat atau perantara komunikasi. Contoh media elektronik ialah radio,
televisyen, komputer dan telefon bimbit. Alat-alat ini berfungsi sebagai medium
perhubungan serta alat untuk menyebarkan maklumat dengan pantas dalam masa
yang singkat. Kemajuan teknologi dalam media elektronik memang tidak dapat
dinafikan lagi serta membawa banyak faedah kepada manusia. Melalui media
elektronik, manusia dapat berhubung antara satu sama lain dengan hanya menekan
beberapa butang sahaja. Contoh alat perhubungan tersebut ialah telefon bimbit di mana
seseorang itu dapat berhubung dengan manusia lain yang duduk berjauhan beribu-ribu
kilometer dengannya. Peningkatan teknologi penciptaan telefon mudah alih juga
melahirkan model telefon yang menampilkan kemudahan internet di mana sahaja
seseorang itu berada. Begitulah hebatnya teknologi. Melalui media elektronik, kita akan
sentiasa mempunyai sumber maklumat terbaru mengenai perkara-perkara yang berlaku

di sekitar kita dan lain-lain maklumat. Penyebaran maklumat dengan pantas ini dapat
menyediakan setiap orang untuk melakukan tindakan sewajarnya. Namun begitu,
bukan kebaikan semata-mata yang dibawa oleh media elektronik. Melalui media
elektronik, ramai remaja yang terpengaruh dengan gejala serta aktiviti yang tidak
bermoral yang ditonton. Bermula sebagai hiburan, lama-kelamaan program-program
hiburan menjadi ikutan remaja pada masa kini. Selain itu, melalui media elektronik juga
tersebarnya perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti fitnah, kutukan, malahan
laman-laman porno juga tidak ketinggalan. Aktiviti-aktiviti kurang sihat ini jika tidak
dibendung bakal mengundang keburukan yang lebih besar seperti jenayah siber,
kejadian sumbang, budaya kuning dan lain-lain lagi.
1.4.2 Media Cetak
Media cetak merupakan salah satu medium perhubungan terpenting di Malaysia.
Contoh media cetak ialah surat khabar, majalah, risalah, dan buku. Media cetak juga
mempunyai fungsi yang hampir sama dengan media elektronik dimana ia berfungsi
menyebarkan maklumat kepada umum. Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat
Malaysia membeli serta membaca surat khabar setiap hari dan perbuatan ini sudah
menjadi amalan harian. Untuk menampung permintaan tinggi daripada pembaca,
pelbagai teknologi canggih digunakan dalam percetakan surat khabar. Kilang-kilang
percetakan juga bertambah dari semasa ke semasa. Perkembangan ini mendatangkan
pelbagai manfaat kepada rakyat Malaysia. Pembukaan kilang-kilang baru semestinya
memerlukan tenaga kerja serta tenaga mahir untuk menggerakkan operasi. Justeru,
pelbagai peluang pekerjaan akan diperolehi oleh penduduk setempat seterusnya
mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.
10

Selain daripada surat khabar, terdapat berbagai lagi media cetak yang lain yang
terdapat di pasaran seperti majalah. Majalah pula datang dengan pelbagai bentuk serta
tujuan. Ada majalah mengenai pendidikan, fesyen, hiburan, kartun, dan lain-lain lagi.
Kepelbagaian bentuk bahan bacaan ini memberi lebih kebebasan kepada kita dalam
memilih bahan bacaan. Selain itu, majalah-majalah ini amat senang untuk diperolehi.
Namun begitu, jika kemudahan serta kelebihan ini disalahgunakan buruk padahnya.
Ramai kita lihat golongan di luar sana terutamanya golongan remaja yang terpengaruh
dengan budaya barat samada cara berhibur mahupun cara berpakaian. Pengaruh ini
tersebar salah satunya melalui media cetak seperti majalah hiburan serta majalah
fesyen yang banyak memaparkan gaya fesyen dari barat yang bertentangan dengan
adat timur serta hukum berpakaian dalam Islam itu sendiri.
1.5

Kesan globalisasi dari sudut pendidikan


Globalisasi dalam pendidikan memberikan kesan yang positif dan negatif kepada

masyarakat Malaysia. Antara kesan positif yang dapat diberikan melalui globalisasi
dalam pendidikan ialah wujudnya budaya pembelajaran sepanjang hayat atau
pengajian terbuka jarak jauh. Melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga
(2001-1020) contohnya, secara jelas memberi penekanan kepada penggalakan
pembelajaran sepanjang hayat dengan menyediakan pelbagai kemudahan bagi
menguasasi ilmu pengetahuan dan kemahiran walaupun telah tamat latihan dan
pendidikan secara formal. Sebagai contoh, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) telah
menjadikan lima buah negara sebagai lokasi pusat pembelajaran global iaitu negara
Yaman, Bahrain, Maldives, Sri Lanka dan Ghana. Perkembangan seperti ini dapat
melaksanakan agenda pengantarbangsaan seterusnya mengkomersilkan pendidikan di
11

Malaysia disamping dapat membuktikan bahawa kualiti program pengajian sepanjang


hayat setanding dengan program di peringkat antarabangsa.
Selain daripada itu, globalisasi dalam pendidikan dapat memberi kemudahan
kepada golongan istimewa (OKU) yang mempunyai kekurangan sama ada dari segi
fizikal atau mental. Sebagai contoh, penyediaan perpustakaan dicipta untuk golongan
ini seperti yang telah dilakukan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang
dengan kerjasama sekolah Pendidikan Khas Alma, St. Nicholas Home Penang, dan
Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dimana pihak-pihak ini telah menyediakan
catalog induk untuk kegunaan golongan isitimewa yang cacat penglihatan. Antara
bahan-bahan yang dibekalkan dalam bentuk Braile adalah seperti Talking Book dan
Large Prints. Dengan adanya kemudahan-kemudahan seperti ini dapat memberi
peluang kepada golongan OKU kemudahan pendidikan sama rata dan jelasnya
globalisasi memberikan kemudahan pendidikan kepada golongan istimewa sama
seperti masyarakat normal.
Walau bagaimanapun, terdapat juga kesan negatif akibat daripada globalisasi
dalam pendidikan seperti berlakunya peminggiran Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui buku,
ensiklopedia dan diinternet. Maklumat yang disebarkan sebahagian besarnya dalam
bahasa Inggeris. Sebagaimana yang kita maklum, Bahasa Inggeris merupakan bahasa
standard yang diterima pakai oleh semua negara membangun. Selain itu, bahasa
Inggeris telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai bahasa pengantaraan dalam
proses pengajaran bagi memudahkan mendapatkan maklumat. Kini, sudah banyak
IPTA dan IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal
12

ini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu akan
menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia seterusnya akan
membantutkan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berasaskan Bahasa
Melayu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa globalisasi pendidikan akan meminggirkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Selain dari itu juga, globalisasi juga menyebabkan jurang perbezaan antara
negara-negara kaya dengan negara-negara miskin bertambah luas. Menurut Dr.Yusuf
al-Qaradawi, Sesungguhnya globalisasi hanyalah untuk kebaikan golongan yang kuat
terhadap yang lemah, untuk menguntungkan yang kaya dan untuk memanfaatkan blok
utara yang kaya terhadap blok selatan yang miskin. Dalam sistem globalisasi, negara
yang kaya akan bertambah kaya, manakala yang miskin akan terus miskin.
Pertubuhan-pertubuhan

antarabangsa

seperti

Bank

Dunia

berperanan

dalam

mewujudkan jurang yang besar antara negara blok utara dan blok selatan. Negaranegara dunia ketiga yang berada dalam blok selatan, ketika berhutang dengan Bank
Dunia, akan dikenakan faedah dan syarat-syarat tertentu yang rata-ratanya akan
mendatangkan kesan negatif kepada peminjam. Dalam era globalisasi, negara blok
selatan yang masih merangkak tidak mampu mengejar, apatah lagi menyaingi negaranegara maju di blok utara. Oleh itu, jelaslah bahawa globalisasi merupakan satu bentuk
penjajahan negara maju ke atas negara miskin dan negara yang sedang membangun
seperti Malaysia.
Disamping itu, jika dilihat dari aspek budaya, warga Malaysia perlu bersiap sedia
menangani segala bentuk ancaman perpecahan kepelbagaian budaya akibat daripada
globalisasi. Walau bagaimanapun, ungkapan kesatuan dalam kepelbagaian boleh
13

digunakan bagi merujuk perkembangan budaya dalam era globalisasi ini. Terdapat
beberapa ciri budaya etnik yang boleh diterima oleh bangsa yang lebih besar di negara
yang berlainan hingga menjadi ciri budaya yang universal. Kesatuan budaya boleh
disatukan dengan kemudahan telekomunikasi, teknologi maklumat, dan juga ekonomi.
Pelbagai usaha perlu dipergiatkan bagi melahirkan bangsa serantau dan bangsa yang
berkeperibadian nasional yang utuh, berperikemanusiaan, memiliki daya maju, daya
tahan, dan berdaya saing untuk menempuh era globalisasi dan liberalisasi yang
berterusan menyerang perkembangan budaya etnik, khususnya melalui hegemoni
budaya Amerika Syarikat. Fahaman pelbagai budaya oleh pelbagai suku bangsa dan
kaum di Malaysia tidak menjadi suatu masalah sekiranya rakyat di Malaysia bersatu
padu. Bersatu padu dalam erti kata penyertaan menyeluruh yang memungkinkan
perkongsian tradisi agama dan budaya dan saling menghormati kewujudan masingmasing.
Kesimpulan
Kesimpulannya, globalisasi harus ditangani dengan berhati-hati. Kerajaan kita
harus mengambil langkah-langkah yang proaktif agar rakyat kita amnya dan remaja
khususnya tidak terjerumus dalam lembah kehinaan yang sememangnya dirancang
oleh negara maju untuk memusnahkan golongan muda agar negara-negara miskin dan
membangun senantiasa melutut kepada mereka dan menagih simpati dan pertolongan
yang akhirnya membelenggu kita dari segala aspek kehidupan kita. Jelaslah bahawa
globalisasi boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk penjajahan, iaitu penjajahan dari segi
mental, ekonomi, budaya, sosial dan politik. Oleh itu, kita perlu berhati-hati menghadapi
era globalisasi ini kerana kita sedia maklum bahawa cabaran globalisasi dan
14

implikasinya terhadap ekonomi, budaya dan teknologi adalah luas dan mempunyai
kesan yang negatif dan positif. Penerimaan terhadap perubahan yang baik haruslah
difikirkan dan diterima secara positif, manakala kesan negatif haruslah dielakkan bagi
membina kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara kita.
Disamping

itu,

globalisasi

merupakan

suatu

bentuk

perubahan

dan

pembaharuan yang harus dihadapi oleh masyarakat Malaysia dalam kesatuan konsep
bangsa dan negara dan tidak seharusnya dianggap sebagai ancaman kepada budaya
etnik dan konsep kebudayaan Malaysia. Menurut Friedman (2000), beliau tidak
memulakan globalisasi malah tidak mampu untuk menghalang globalisasi, kecuali
dengan menanggung kos pembangunan manusia yang besar.
Jika dilihat dari persepektif peradaban, ia lebih mementingkan isu pembentukan
budaya yang sihat baik budaya politik mahupun budaya intelektual. Sebagaimana yang
kita semua ketahui, peradaban Islam merupakan teras kepada peradaban di Malaysia.
Ini adalah kerana perspektif Islam yang digunakan adalah perspektif universal, maka
segala pertimbangan yang dibuat seharusnya dapat diterima oleh agama-agama lain di
Malaysia. Pengaruh globalisasi sungguh besar dan luas sehingga meliputi semua
bidang peradaban. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini
berlandaskan kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain,
penilaian baik dan buruk fenomena globalisasi perlu dinilai dengan berterusan dan lebih
teliti lagi. Untuk mencapai kejayaan, kita perlu menggunkan segala kekuatan dan
kekayaan yang ada pada kita terutamanya kekayaan dalaman yang terdapat dalam
agama dan tradisi kita baik dari aspek kerohanian ataupun dari aspek intelektual.

15

APENDIKS
1.

5.

Antara kesan buruk laman web sosial

Dan apabila artis diagungkan melebihi


pemimpin sendiri

2.

6.

Inilah antara sebab mengapa barat


memperkenalkan globalisasi
Antara medium yang digunakan barat dalam
sistem globalisasi

3.

Di manakah letaknya budaya ketimuran


sebenar pada generasi muda kini

4.

Fahamilah maksud sebenar 'sistem


pengecilan dunia'
16

RUJUKAN
A. Aziz Deraman & Rohani Zainal Abidin. (2003). Globalisasi dan Peradaban di
Malaysia. . Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fayers, P.M & MacHin D. (2000). Quality of life and Assesment, Analysis and
Interpretation. UK. John Wiley and Sons.
Hashim Yaacob & Abdul Jalil Othman. (2007). Dunia Pendidikan Dalam Era Globalisasi:
Peranan dan Cabaran. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya.
Nurani Othman. (2000). Malaysia menangani globalisasi, peserta atau mangsa?
Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
www.nst.com.my/

17