Anda di halaman 1dari 3

Sulalatus Salatin Sejarah Melayu merupakan satu karya sejarah berkaitan

kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang


ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Ketika Feringgi (Portugis) menakluk
Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa. Sejarah Melayu ditulis di
Melaka dan dibawa bersama semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka
pada tahun 1511. Naskhah asal ini kemudian dibawa ke Johor dari Kampar pada
tahun 1528. Portugis merampas naskhah Sejarah Melayu pada tahun 1536 semasa
menyerang Johor Lama. Naskhah ini kemudian dibawa balik ke Johor oleh Orang
Kaya Suguh.
Terdapat perselisihan pendapat berkenaan Goa. Pendapat pertama merujuk kepada
Goa yang terdapat di India, manakala pendapat kedua merujuk pada sebuah
tempat bernama Gowa yang terletak di Sulawesi. Lihat perbezaan ejaan keduanya.
Pendapat yang kedua ternyata lebih kuat atas alasan sekiranya Portugis mengambil
salinan Sejarah Melayu dan dibawa ke Goa, India, pastinya Sejarah Melayu akan
dibawa terus ke Eropah sebagai harta rampasan. Terdapat sekurang-kurangnya 29
versi tetapi versi yang paling mashyur adalah versi Shellabear. Menurut pengenalan
Sejarah Melayu naskah Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah
Muayat Syah ibnil Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun
Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja
Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021
bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh
Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa.
Ketika itu Sultan Johor Lama, Sultan Alauddin Riayat Syah ibni Sultan Abdul Jalil
Syah telah ditahan di Istana Raja Acheh, Raja Iskandar Muda. Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan,
susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan boleh dikatakan menyerupai
konsep sejarah sahih China, di mana pada setiap pertukaran Dinasti di China,
sejarah Dinasti sebelumnya akan ditulis dan disimpan di arkib negara tersebut.

PENGARANG SULALATUS SALATIN : TUN SRI LANANG


Tun Sri Lanang merupakan timang-timangan yang diberikan kepada Tun
Muhammad, anak Tun Ahmad Paduka Raja yang merupakan seorang Bendahara
Kerajaan Johor pada kurun ke-17 Masihi. Beliau telah dilahirkan di Bukit Seluyut,
Batu Sawar, Johor pada tahun 1565. Beliau adalah Bendahara Johor pada ketika itu
dan setelah Johor kalah dalam peperangan dengan Aceh yang pada ketika itu
diperintah oleh Sultan Iskandar Muda Aceh. Beliau kemudiannya telah dibawa ke
Aceh pada tahun 1613 dan telah menetap di negeri Samalanga. Sultan Iskandar
Muda telah melantik beliau sebagai penasihat utama Baginda dan diberi delaran
Orang Kaya Datuk Bendahara Seri Paduka Tun Seberang. Beliau telah mendirikan
pusat penyebaran agama Islam dan pendidikan terutamanya di negeri-negeri
pesisir timur Aceh. Beliau kemudiannya telah di angkat menjadi raja di negeri
Samalanga pada tahun 1615. Beliau telah mangkat pada tahun 1659 di Lancok dan
telah dimakamkan di sana.

Tun Sri Lanang sangat dikenali oleh kerana karyanya iaituSulalatus Salatin (Sejarah
Melayu) yang merangkumi pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei,
Patani dan Campa. Kebenaran tentang beliau sebagai penulis asal atau sekadar
penyunting kitab tersebut tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun menurut
Syeikh Nuruddin al-Raniri, ulama dan penasihat agama Sultan Aceh, telah
memperakukan Tun Sri Lanang sebagai pengarang dan penyusun Sulalatus
Salatin kerana beliau kenal rapat dengan Tun Sri Lanang. Kitab tersebut telah dapat
disiapkan penulisan dan penyuntingannya oleh Tun Sri Lanang dalam masa dua
tahun iaitu pada tahun 1614 selepas tarikh penulisannya yang dimulai pada tahun
1612 Masihi. Sulalatus Salatin adalah diperakui sebagai satu sumber terkaya dan
terlengkap yang menceritakan tentang sejarah bangsa-bangsa di Nusantara.

KANDUNGAN SULALATUS SALATIN


Tun Sri Lanang telah menghasilkan sebanyak 15 bab dalam Sulalatus Salatin ini.
Dalam setiap bab, dipecahkan pula kepada beberapa bab-bab kecil mengikut
kesesuaian penulisannya. Berikut adalah perincian sinopsis dalam Sulalatus Salatin :
PERINCIAN SINOPSIS
Raja Iskandar Zulkarnain dari Makaduniah berperang dengan Raja Kida Hindi dan
kemudian berkahwin dengan Puteri Syahrul Bariah. Raja Suran turun ke Dika dan
berkahwin dengan Puteri Mahtabul Bahri. Hasil perkahwinan itu, mereka mendapat
tiga orang putera iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama. Kesemua
anak-anak Raja Suran menjadi raja di negeri masing-masing. Nila Utama
menggunakan nama Seri Teri Buana semasa menjadi raja dan mahu berkahwin
dengan puteri Demang Lebar Daun dan diadakan waad di antara mereka. Seri Teri
Buana gemar mengembara sehinggalah berjumpa dengan Singapura.
Badang merupakan seorang hamba yang beroleh gagah setelah memakan
muntah hantu dan akhirnya dimerdekakan oleh tuannya. Merah Silu dan Merah
Caga merupakan dua bersaudara. Merah Silu menahan lukah dan mendapat cacing
gelang yang apabila direbus bertukar menjadi emas. Merah Caga ingin membunuh
saudaranya itu kerana merebus cacing tersebut dan akhirnya Merah Silu melarikan
diri sehinggalah bertemu dengan sebuah tempat yang diberikan nama Semundera.
Tuan Jana Khatib datang ke Singapura dan menunjukkan kepandaiannya menilik
sepohon batang pinanh di hadapan istana raja sehingga membuatkan raja murka
lalu membunuhnya.
Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya untuk diberikan kepada Seri Nara
Diraja atas tujuan mendamaikan Melaka dan kemudian berkahwin dengan Puteri
Raden Galuh Cendera Kirana. Hang Tuah difitnah bermukah dengan dayang raja dan
dihukum bunuh. Orang-orang Melaka yang diketuai Tun Perpatih Putih dapat melihat
wajah raja China setelah memakan kangkung yang dibelah tanpa dikerat. Tun
Muhammad membunuh Tun Besar kerana sepak raga terkena destar Tun
Muhammad. Sultan Mansur Syah merajakan Tun Muhammad di Pahang.

Raja Cempa menjumpai seorang budak dalam mayang pinang dan diberi
nama Pau Gelang. Raja Haru mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis
salam disebut sembah. Selepas Telanai Terengganu pulang, Sultan Muhammad
menitahkan Seri Akar Raja membunuh Telanai itu. Sultan Muhammad Syah
mengganggu isteri Tun Biajid dan hampir-hampir dibunuh oleh Tun Biajid. Seri Wak
Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap melarikan
diri. Bendahara Putih mati dan digantikan dengan Bendahara Seri Mahara Tun
Mutahir. Sultan Mahmud menitahkan pembesar untuk meminang Puteri Gunung
Ledang dan muncul seorang tua memberitahu syarat-syaratnya.
Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu tentang kecantikan Tun Teja,
Sultan Mahmud mahukan Tun Teja meskipun ketika itu menjadi tunangan orang.
Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja. Laksamana Khoja Hasanpergi ke Pahang
dan berjaya melarikan gajah Ai Kening. Sultan Mahmud Raja Zainal dibunuh dan
tugas ini disempurnakan oleh Hang Berkat. Raja Legor ingin menyerang Pahang
atas suruhan Raja Siam. Tun Perpatih Hitam dan Tun Hussain dibunuh kerana
bersikap biadap di hadapan raja. Maulana Sadar Jahan datang ke Melaka dan Sultan
Mahmud telah berguru dengan beliau.
Bendahara Seri Maharaja telah mengahwinkan anaknya dengan Tun Ali. Nina
Sura Dewana memberi rasuah kepada Bendahara Seri Maharaja dan ini telah dilihat
oleh Si Kitul. Si Kitul membuat fitnah bahawa Bendahara Seri Maharaja mahu
membunuh Raja Mendaliar. Peringgi telah menyerang Melaka di bawah pimpinan
Alfonsod'Albuquerque tetapi serangan kali pertama gagal. Berlaku pertempuran
hebat antara tentera Peringgi dengan orang-orang Melaka. Peringgi menyerang
Bintan dan Sultan Mahmud terpaksa berundur hingga ke Kampar.
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah ditabalkan menjadi raja selepas kemangkatan Sultan
Mahmud Syah dan baginda meninggalkan Kampar menuju ke Pahang dan
berkahwin dengan Raja Kesuma Dewi, anak Sultan Mansur Syah. Sultan Alaud'-Din
Ri'ayat Syah membuka sebuah negeri di Kuala Johor. Raja Omar, iaitu cucu Sultan
Mansur Syah di Pahang berkahwin dengan Raja Fatimah, anak Sultan Alaud'-Din
Ri'ayat Syah. Sultan Muzzafar Syah menggantikan Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah
yang mangkat dan baginda membuka sebuah negeri bernama Seluyut. Raja Omar
menceraikan isteri pertamanya setelah Raja Fatimah hamil. Sultan Muzaffar Syah
pula jatuh hati dan berkahwin dengan bonda Raja Mansur. Kemangkatan Sultan
Muzaffar digantikan oleh Sultan Abdul Jalil Syah.
SUMBER
A.Samad Ahmad (2008). Edisi pelajar: sulalatus salatin sejarah melayu. Kuala
Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.


http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/tun-seri-lanang.html