Anda di halaman 1dari 9

MODUL PdP SAINS TAHUN 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Proses Hidup Tumbuhan

TEMA/TAJUK
KELAS

Tahun 5 Ibnu Sina

MASA

60 minit (2 waktu)

STANDARD
PEMBELAJARAN

4.1. 1

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat:


1. Mengenal pasti 5 ciri khas tumbuhan bagi melindungi
diri seperti:
Duri contoh pokok kaktus;
Getah contoh pokok nangka;
Bulu halus contoh pokok tebu;
Racun contoh buah pong pong;
Bau contoh daun sireh.
2. Murid dapat membezakan cara tumbuhan ini
melindungi diri dari musuh.

KPS

Memerhati, Membuat inferens dan Berkomunikasi

AKTIVITI
Persediaan
10 minit

Aktiviti 1.
1. Guru menunjukkan sepasu pokok kaktus.
2. Murid membuat pemerhatian
3. Cadangan komunikasi :
a) Pernahkah kamu tersentuh batang tumbuhan ini?
Boleh kamu ceritakan.
b) Apakah ciri yang terdapat pada tumbuhan ini?
c) Apakah kegunaan ciri ini?
d) Cuba bayangkan jika tumbuhan ini tidak mempunyai
ciri ini?
4. Murid diminta membentuk kumpulan dengan 4 orang
ahlinya.

MODUL PdP SAINS TAHUN 5

Imaginasi
25 minit

Aktiviti 2
1. Guru memberi penerangan tentang tugasan setiap
kumpulan.
2. Murid- murid dikehendaki membuat pemerhatian di
Taman Sains Sekolah bagi mengenal pasti contoh
tumbuhan yang mempunyai ciri khas untuk melindungi
dirinya. ( 5 stesen ditetapkan oleh guru)
3. Murid diminta mengumpulkan maklumat beberapa
sampel tumbuhan dan merekodkannya
4. Murid dibenarkan mengumpul 3 sampel sahaja di
stesen yang ditetapkan. (daun atau ranting)
5. Setiap kumpulan membuat pemerhatian tentang
ciri tumbuhan tersebut dan merekodnya dalam
Lampiran 1.
6. Semasa mengendalikan tumbuhan tersebut murid-murid
diminta berhati-hati dan memastikan mereka
menggunakan sarung tangan dan tidak merasa dengan
lidah.

Perkembangan
25minit

Aktiviti 3:
1. Kesemua murid dikehendaki mengumpul 5 ciri khas
tumbuhan setelah semua kumpulan membentangkannya. .
3. Guru bertindak sebagai pemudahcara pada setiap
kumpulan bagi menambahbaik hasil dapatan kumpulan.
Cadangan komunikasi guru dan murid:
a. Apakah ciri-ciri khas yang terdapat pada sampel
tumbuhan itu?
b. Mengapakah tumbuhan mempunyai ciri khas ini?
c. Apakah kesimpulan hasil daripada aktiviti ini?

Tindakan

Guru membuat ulasan tambahan :


Tumbuhan ini ada ciri khas untuk melindungi diri daripada
musuh tumbuhan tidak boleh bergerak seperti haiwan. Oleh
itu tumbuhan mempunyai ciri khas untuk melindungi diri dari
musuh dan cuaca melampau.

MODUL PdP SAINS TAHUN 5

EMK

Keusahawanan

BAHAN BANTU
MENGAJAR

Gambar slaid , Kertas mahjong, plastik beg, double side tape


, gunting bunga, pen marker, taman sumber sains tumbuhan
berbunga dan tak berbunga.

PENILAIAN P&P

PENGUKUHAN- melengkapkan lembaran kerja 1-4


PENGAYAAN- membuat buku skrap/ persembahan slaid
PEMULIHANC:\Users\chyemei\Desktop\TAHUN 5\DSKP SK\RPH
KSSR TAHUN 5\SIMPANAN BACKUP MODUL\1 RPH KSSR THN 5
(TUMBH)\RPH & LK ttumbuhan\LEMBARAN AKTIVITI.docx

MODUL PdP SAINS TAHUN 5

TUMBUHAN 1
Ciri khas

TUMBUHAN 2
Ciri khas

TUMBUHAN 3
Ciri khas

MODUL PdP SAINS TAHUN 5

Tumbuhan ini mempunyai ciri khas melindungi diri daripada musuh.


Nyatakan ciri khas tumbuhan ini dan kelaskan berdasarkan ciri khasnya.

Cendawan

buluh

Rafflesia

pokok pisang

Semalu

pokok ros

Kaktus

lalang

betik

tebu

keladi

nangka

MODUL PdP SAINS TAHUN 5

CIRI KHAS TUMBUHAN

MODUL PdP SAINS TAHUN 5

Arahan:
1. Padankan yang benar antara jenis tumbuhan dengan cara tumbuhan ini melindungi dirinya.
Gunakan pensil warna yang berlainan bagi setiap tumbuhan apabila dipadankan.
Getah= merah

bulu halus= hijau

Bau= Kuning

Duri= jingga

Racun= biru
Bunga tahi

Pokok
keembung

ayam

Getah

Bulu halus *
bambu

Bau

Serai

Duri

betik
Racun *
tuba

Buah pong
pong
Cempedak

cendawan

2. Tumbuhan manakah memastikan kemandirian spesies dengan cara mengeluarkan getah?

3. Tumbuhan yang manakah mempunyai lebih daripada satu cara ia melindungi diri?
Tumbuhan tersebut ialah ..

MODUL PdP SAINS TAHUN 5

Buah
C

1. Buah C ialah sejenis buahan. Apabila cukup matang kulit dan


isinya berwarna kuning. Kita manusia, tupai dan burung amat
meminati isinya yang sedap dan manis. Apabila buah ini di
potong, sejenis cecair akan keluar dan melekat di jari.
Apakah nama buah ini?
____________________________________________________
Apakah ciri khas yang dimiliki oleh tumbuhan untuk
melindungi diri?
_____________________________________________________

Buah
J

Pokok J di tanam secara meluas di ladang-ladang. Buahnya


berwarna kuning dan sangat disukai oleh ulat buah, tikus, burung,
dan lembu. Akarnya berserabut, batang mudah melentur,daunnya
tajam serta berbulu.
Apakah nama buah ini?
____________________________________________________
Apakah ciri khas yang dimiliki oleh tumbuhan ini untuk
melindungi diri?
_____________________________________________________

Rajah 3. Pokok ini daun dan buahnya selalu digunakan dalam


masakan. Kulit buahnya berwarna hijau tua, tidak manarik dan
mengerutu. Serangga bersayap dan burung-burung tidak suka
mendekati pokok ini.
Apakah nama buah ini?
____________________________________________________
Apakah ciri khas yang dimiliki oleh tumbuhan ini untuk
melindungi diri?
__________________________________________________

MODUL PdP SAINS TAHUN 5

Arahan :

Murid dikehendaki menyediakan sebuah buku skrap yang mengandungi maklumat seperti
berikut:
1. (a)Pilih satu jenis tumbuhan.
(b) Perihalkan ciri khas tumbuhan tersebut cara ia melindungi diri daripada
musuh.

DAN
2.(a) Pilih satu jenis tumbuhan.
(b) Perihalkan ciri khas tumbuhan tersebut cara melindungi diri daripada cuaca
Melampau.