Anda di halaman 1dari 52

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS
TAHUN 6

Terbitan

Bahagian Pembangunan Kurikulum


2015

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

Cetakan Pertama 2015


Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan cara apaapa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
Isi Kandungan
Pendahuluan

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Mikroorganisma
Interaksi antara Haiwan
Tumbuhan Terancam
Geseran
Pengawetan Makanan
Bahan Buangan

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul
selaras dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara
menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka
untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad
ke-21.
Modul pengajaran dan pembelajaran ini telah disediakan untuk membantu guru dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains. Modul ini mengandungi beberapa
unit di mana setiap topik mengandungi satu atau lebih standard pembelajaran. Setiap
unit dalam modul ini mempunyai masa yang dicadangkan. Cadangan masa ini bukanlah
sesuatu yang wajib dipatuhi kerana guru boleh mengadaptasikan cadangan aktiviti yang
terdapat dalam model mengikut kesesuaian persekitaran, bahan dan kepelbagaian
murid. Contoh yang terdapat dalam modul ini hanya meliputi sebahagian daripada
keseluruhan standard Sains yang ditetapkan bagi murid Tahun 6.
Modul ini disediakan dengan menggunakan pendekatan inkuiri di samping
menggabungjalin pendekatan pedagogi lain yang bersesuaian. Penerapan elemen
TMK, keusahawanan dan kreativiti serta inovasi disisipkan di mana yang sesuai dalam
modul ini bagi membimbing guru dalam melaksanakannya. Modul ini menyediakan
pelbagai cadangan aktiviti yang boleh digunakan oleh guru untuk murid pelbagai
kecerdasan supaya semua murid boleh mencapai Standard Pembelajaran yang telah
ditetapkan.
Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam modul ini telah mengambil kira amalan terbaik
bagi membantu murid mencapai standard pembelajaran yang ditentukan di samping
menyediakan suasana learning is fun semasa pengajaran dan pembelajaran. Walau
bagaimanapun, cadangan aktiviti dalam modul ini bukanlah sesuatu yang muktamad.
Guru digalakkan mengubahsuai modul yang bersesuaian dengan murid serta perlatan
yang terdapat di sekeliling mereka. Guru juga digalakkan membina modul p&p yang
bersesuain dengan murid mereka. Dengan ini, guru berpeluang mengembangkan
kreativiti mereka sendiri.
Dalam proses penyediaan modul ini, banyak pihak yang turut sama terlibat.
Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan kepakaran,
masa dan tenaga sehingga terhasilnya modul ini.
4

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS
TAHUN 6

MIKROORGANISMA

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

MATA PELAJARAN

Sains

TAHUN

6 ADIL

TEMA / TAJUK

Sains Hayat / Mikroorganisma

MASA

60 minit

STANDARD
PEMBELAJARAN

3.1.2

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Di akhir pengajaran, murid-murid dapat :


a) Menyatakan mikroorganisma bernafas
b) Mengitlak bahawa mikroorganisma adalah benda hidup
kerana menjalani proses hidup

KPS

Memerhati, Membuat inferens, berkomunikasi

AKTIVITI

Orientasi :
1. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai benda hidup
Guru: Apa ciri benda hidup yang telah kamu pelajari?
Jawapan murid : Bernafas, bergerak, membiak dan membesar
Guru: Bagaimana pula dengan mikroorganisma yang telah kamu
kenal jenis dan contohnya? Adakah mikroorganisma juga benda
hidup?
(terima sebarang jawapan murid)

Aktiviti 1:
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Ketua kumpulan diminta untuk mengambil bahan-bahan yang
telah disediakan.
3. Murid menjalankan penyiasatan terhadap yis. (Lembaran
Aktiviti 1)
4. Murid melaporkan pemerhatian mereka terhadap aktiviti yang
telah dijalankan.

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

Aktiviti 2:
1. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan hasil
penyiasatan yang telah dilakukan.
Guru: Apa yang terjadi kepada belon setelah dibiarkan
beberapa lama?
Murid: Belon membesar, belon berkembang
Guru: Menurut pandangan kamu, mengapa belon tersebut
mengembang?
(terima sebarang jawapan murid)
Guru: Apabila kamu bernafas, apa yang kamu hembus?
Murid: Udara, karbon dioksida
2. Guru membimbing murid untuk mengaitkan pernafasan dengan
pengembangan belon yang diletakkan pada mulut botol.
3. Guru meneruskan sesi soal jawab mengenai proses hidup yang
dilalui oleh benda hidup.
Guru: Pernahkah kamu melihat kulapuk pada roti?
Murid: Pernah
Guru: Apa yang akan terjadi pada kulapok roti sekiranya kamu
membiarkannya untuk beberapa hari lagi?
Murid: Semakin banyak, bertambah
Guru: Itu membuktikan kulapuk roti juga membiak dan
membesar

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

Aktiviti 3:
1. Murid menonton tayangan video yang menunjukkan pergerakan
mikroorganisma.
Guru: Selepas kamu melalui aktiviti hari ini, adakah kamu
berpendapat mikroorgansma adalah benda hidup
Murid: Ya
Guru: Mengapa kamu berkata begitu?
Murid: Mikroorganisma membuat/menjalankan semua proses
hidup seperti manusia.

BAHAN P&P

Yis, botol plastik, belon

EMK
REFLEKSI

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

LEMBARAN PENYIASATAN 1
1. Apa bahan yang diberi:
a) ____________________________________________
b) ____________________________________________
c) ____________________________________________

2. Apa yang saya perlu buat dengan bahan-bahan yang diberi?


a) ___________________________________________________________
b) ___________________________________________________________
c) ___________________________________________________________

3. Apa yang saya perhatikan selepas 15 minit?

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS
TAHUN 6

INTERAKSI ANTARA HAIWAN

10

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

MATA PELAJARAN Sains


KELAS

6 Bestari

TEMA/ TAJUK

Sains Hayat / Interaksi antara haiwan

MASA

60 minit

STANDARD
PEMBELAJARAN

4.1.1 dan 4.1.2

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:


1. Menyatakan bahawa haiwan hidup berkumpulan dan hidup
bersendirian
2. Memberikan contoh-contoh haiwan hidup berkumpulan dan
haiwan hidup bersendirian.
3. Memerihalkan kelebihan dan kekurangan haiwan hidup
berkumpulan dan hidup secara bersendirian.

KPS

Memerhati , Berkomunikasi dan Mengelas.

AKTIVITI

Aktiviti 1:
1. Murid ditunjukkan gambar haiwan-haiwan.
(lipan, semut, kerbau, singa, tikus, lipas, kuda belang dan
harimau)
2. Murid diminta melekatkan gambar haiwan-haiwan tersebut pada
peta bulatan di papan putih dan menamakan haiwan-haiwan
tersebut.
3. Guru mengemukakan soalan di mana biasanya haiwan-haiwan itu
ditemui .
Aktiviti 2:
1. Murid menonton video tentang cara hidup haiwan.
2. Murid ditanya apa yang mereka perhatikan tentang cara hidup
haiwan.
3. Semua jawapan murid diterima oleh guru.

11

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

Aktiviti 3:
1. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan kad gambar haiwan/model haiwan dan
dikehendaki berbincang sama ada haiwan tersebut hidup secara
berkumpulan dan bersendirian.
3. Wakil setiap kumpulan dikehendaki bergerak ke stesen yang
dilabel Hidup Berkumpulan atau stesen Hidup Bersendirian
4. Setiap wakil akan menyatakan mengapa mereka bergerak ke arah
stesen berkenaan.

Aktiviti 4:
1. Murid menonton tayangan video animasi yang menunjukkan
kelebihan dan kekurangan haiwan hidup berkumpulan dan
bersendirian.
2. Murid diminta menyatakan kelebihan dan kekurangan haiwan
yang hidup berkumpulan dan bersendirian dalam peta pokok.
3. Murid dan guru berbincang tentang kelebihan dan kekurangan
haiwan hidup berkumpulan dan bersendirian berdasarkan peta
pokok yang dilakarkan oleh murid.
4. Hasil kerja murid dipaparkan di papan putih.

Aktiviti 5
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid ( Lembaran 1 )
2. Murid diminta mengelaskan haiwan-haiwan berkenaan kepada
haiwan hidup berkumpulan dan haiwan hidup bersedirian.
EMK

Nilai Murni , Kreativiti

BBB

Gambar haiwan, tayangan video,Lembaran kerja 1,Kertas mahjung

REFLEKSI

12

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

PETA BULATAN

HAIWAN

13

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

Aktiviti 2 - KAD TUGASAN


1. Murid telah dibahagikan kepada 6 kumpulan dan satu kumpulan terdiri daripada
6 orang ahli.
2. Murid diberikan satu gambar haiwan atau model haiwan yang maujud untuk
setiap kumpulan.
3. Murid dikehendaki berbincang sesama ahli kumpulan tentang gambar haiwan
yang telah diberi oleh guru tentang haiwan tersebut Hidup Berkumpulan atau
Hidup Bersendirian.
4. Murid diberi masa 2 minit untuk berbincang sesama ahli kumpulan tentang
keputusan berdasarkan gambar tersebut sama ada haiwan tersebut Hidup
Berkumpulan atau Hidup Bersendirian.
5. Wakil setiap kumpulan dikehendaki bergerak ke stesen sama ada ke stesen
Haiwan Berkumpulan atau Haiwan Bersendirian yang telah disediakan oleh
guru.
6. Murid akan bersoal jawab dengan guru tentang kenapa mereka telah memilih
stesen tersebut.

14

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

KAD GAMBAR

15

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

16

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

17

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

LEMBARAN KERJA
Kelaskan haiwan haiwan yang berikut mengikut kumpulan yang betul dan lengkapkan
peta pokok di bawah:

18

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

Peta pokok untuk lembaran kerja 1

CARA HIDUP HAIWAN

HIDUP BERSENDIRIAN

HIDUP BERKUMPULAN

19

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS
TAHUN 6

TUMBUHAN TERANCAM

20

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

MATA PELAJARAN

Sains

KELAS

6 Cemerlang

TEMA / TAJUK

Sains Hayat / Tumbuhan

MASA

60 minit

STANDARD
PEMBELAJARAN

5.1.3 dan 5.1.4

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran murid-murid dapat,


1.Menyatakan contoh tumbuhan yang terancam.
2.Menjelaskan melalui contoh faktor ancaman terhadap
tumbuhan dan cara mengatasinya.

KPS

AKTIVITI

Memerhati , Membuat inferens , Berkomunikasi


Orientasi (5 minit)
1. Murid mendengar dan menyanyi bersama-sama video lagu
Hijau nyanyian Zainal Abidin.
( Lirik lagu disertakan dalam lampiran 1 )
(http://www.youtube.com/watch?v=68PJW15iJSw )
2. Guru bersoal jawab dengan murid.
Guru : Daripada lagu ini, apakah aktiviti yang kamu boleh
perhatikan?
Murid : Menebang pokok/ Kemusnahan alam/ Pencemaran.
Pencetusan idea (10 minit)
1. Guru menunjukkan gambar beberapa jenis bunga kepada
murid.
2. Guru meminta murid melabelkan gambar dengan nama
tumbuhan hasil pembacaan artikel yang diberi.
3. Murid mula melabel gambar dengan kata nama khas yang
sesuai yang terdapat dalam artikel.

21

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

Penstrukturan idea (10 minit)


1. Murid menonton tayangan slaid / gambar contoh tumbuhan
terancam.
(melalui tayangan slaid / gambar ini, murid akan
menentukan sendiri sama ada mereka telah melabel dengan
betul atau tidak)
Guru : Pernahkah anda menemui pokok ini di persekitaran
rumah/kawasan kediaman anda?
Murid : Tidak cikgu.
Guru : Di manakah bunga ini boleh dijumpai ?
Murid : Hutan (terima sebarang jawapan)
Guru : Mengapakah bunga ini susah ditemui ?
Murid : Ia hanya hidup di hutan yang tertentu sahaja/pokok
ini tidak banyak di Malaysia / semakin terancam
(terima sebarang jawapan)
Guru : Kenapa tumbuhan tersebut terancam?
Murid : Hutan terbakar/ banjir/ pokok di tebang
(terima sebarang jawapan)
Guru : Adakah kita biarkan sahaja situasi ini terus berlaku?
Murid : Tidak.
Guru : Apa yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah
ini?
Murid : Panggil bomba / Tanam pokok / Elakkan
pembakaran hutan
(terima sebarang jawapan)
Catatan : Guru menambah baik jawapan murid

22

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

Aplikasi idea (25 minit)


1. Murid melakukan aktiviti berkumpulan.
2. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan yang terdiri
daripada 6 orang ahli.
3. Setiap kumpulan diberikan kad gambar tumbuhan dan
dikehendaki berbincang faktor ancaman dan cara
mengatasi.
4. Wakil setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil
perbincangan dalam bentuk peta pemikiran dengan
bimbingan guru.
Catatan :
Guru digalakkan mendapatkan gambar penuh pokok
merangkumi ciri-ciri, akar dan sebagainya.
Jika tumbuhan berkenaaan berada di persekitaran guru
digalakkan menunjukkan tumbuhan sebenar.
Refleksi (10 minit)
1. Guru dan murid berbincang mengenai jawapan dari
lembaran kerja yang telah dijawab oleh murid.
2. Guru mengaitkan set induksi tadi dengan hasil
pembelajaran.
Pengayaan
Murid membina replika bunga Rafflesia dalam kumpulan
dengan bahan-bahan buanga (mengikut kesesuaian murid dan
sekolah)
EMK

TMK, Kreativiti Bahasa dan Nilai

BAHAN BANTU
BELAJAR

lagu , slaid , kad gambar , TMK , artikel berkenaan jenis-jenis


tumbuhan terancam berserta penerangan (diberi sebelum
pengajaran)

REFLEKSI

Lembaran 1

23

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

LAMPIRAN Aktiviti 1
Lirik Lagu Hijau Zainal Abidin
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau
Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat
Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini
Oo anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

24

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

KAD TUGASAN 1

Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :


1. Nama tumbuhan
2. Faktor ancaman tumbuhan ini.
3. Cara mengatasi daripada ancaman.
Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil
perbincangan.

25

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

KAD TUGASAN 2

Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :


1. Nama tumbuhan
2. Faktor ancaman tumbuhan ini.
3. Cara mengatasi daripada ancaman.
Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil
perbincangan.

26

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

KAD TUGASAN 3

Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :


1. Nama tumbuhan
2. Faktor ancaman tumbuhan ini.
3. Cara mengatasi daripada ancaman.
Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil
perbincangan.
27

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

KAD TUGASAN 4

Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :


1. Nama tumbuhan
2. Faktor ancaman tumbuhan ini.
3. Cara mengatasi daripada ancaman.
Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil
perbincangan.

28

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

KAD TUGASAN 5

Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :


1. Nama tumbuhan
2. Faktor ancaman tumbuhan ini.
3. Cara mengatasi daripada ancaman.
Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil
perbincangan.

29

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

PETA PEMIKIRAN

30

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

Lembaran Kerja

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.


Jadual menunjukkan bilangan pokok meranti di sebuah habitat semula jadi.
Tahun
Bilangan
pokok
meranti

1995

2000

2005

2010

970

860

740

610

2015

1. Apakah corak perubahan bilangan pokok meranti dari tahun 1995 hingga 2010.
__________________________________________________________

2. Nyatakan dua sebab ( inferens ) tentang perubahan bilangan pokok meranti dari
tahun 1995 hingga 2010 ?
________________________________________________________________
3. Nyatakan tiga cara untuk mengatasi tumbuhan daripada ancaman?
i. __________________________________________________
ii. _________________________________________________
iii. __________________________________________________
4. Ramalkan bilangan pokok meranti pada tahun 2015 ?
__________________________________________________________________

31

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS
TAHUN 6

DAYA

32

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

MATA PELAJARAN

Sains

TAHUN

6 STIGMA (30 orang)

TEMA / TAJUK

Sains Fizikal / Daya

TEMPOH MASA

60 minit

STANDARD
PEMBELAJARAN

6.2.1, 6.2.2

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Di akhir pengajaran, murid-murid dapat :


c) Menyatakan maksud daya geseran
d) Menjalankan eksperimen bagi mengenal pasti jarak
gerakan objek di atas 4 permukaan yang berbeza

KPS

Mengeksperimen

AKTIVITI

Aktiviti 1:
2. Guru memanggil seorang murid untuk menolak objek yang
berat di atas lantai kelas. (contohnya kotak yang diisi benda
berat).
Guru : Sukar atau mudah untuk kamu menolak kotak
tersebut?
Murid : Mudah
Guru: Bagaimana pula jika kamu menolak kotak tersebut
berada atas permaidani?
Murid: Mungkin lebih sukar
(terima sebarang jawapan murid)
Guru: Mengapa terjadi demikian?
Murid: Kerana permukaan permaidani lebih kasar / banyak
bulu
3. Guru menerangkan mengenai daya geseran yang berlaku
pada kotak yang digerakkan di atas permukaan (boleh
menggunakan Lampiran A sebagai bahan bantu).
4. Guru meminta murid menguji sendiri pendapat mengenai
sukar atau senang menolak sesuatu yang berat pada
permukaan berlainan melalui aktiviti seterusnya.

33

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

Aktiviti 2:
2. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
3. Murid-murid diminta menjalankan satu eksperimen untuk
mengkaji sama ada jenis permukaan mempengaruhi jarak
pergerakan kereta mainan.
4. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua, seorang
pencatat dan yang selebihnya akan mengukur jarak
pergerakan kereta mainan secara bergilir-gilir.
5. Setiap kumpulan dibekalkan dengan Lembaran
Penyiasatan untuk membantu mereka menjalankan
ekpserimen tesebut.
6. Setiap kumpulan diberikan tempoh selama 6-8 minit bagi
setiap permukaan untuk diuji.
*Guru dicadangkan menggunakan wisel untuk mengawal
murid.
Setiap kumpulan disarankan agar menjalankan percubaan
sebanyak 3 atau 4 kali bagi mendapatkan kejituan jawapan.
7. Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil kerja
kumpulan di hadapan makmal.
8. Murid berbincang dengan guru hasil dapatan eksperimen
yang dijalankan.
9. Murid membuat kesimpulan mengenai daya geseran
dengan bimbingan guru.

BAHAN P&P

Papan 1 m, pita pengukur, kereta mainan, permukaan


bersimen, permukaan berjubin, permukaan bertar, permukaan
plastik, lembaran penyiasatan

EMK

Sains dan Teknologi dan nilai murni

REFLEKSI

34

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

LAMPIRAN A
Aktiviti : Objek ditolak ke arah kanan.

objek

permukaan
lantai

arah gerakan

Konsep 1:
Geseran terhasil apabila dua permukaan bersentuhan
( Objek bersentuhan dengan permukaan lantai semasa bergerak)

objek

permukaan
lantai

arah gerakan

arah geseran
Konsep 2:
Geseran menentang arah gerakan sesuatu objek.

35

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

LEMBARAN PENYIASATAN
4. Apa bahan yang diberi kepada kumpulan:
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
5. Pada pendapat saya:
a. Kereta mainan akan bergerak paling jauh di atas permukaan
_______________
b. Kereta mainan akan bergerak paling dekat di atas permukaan
______________

6. Apa yang perlu dilakukan untuk menguji kesukaran kereta mainan bergerak di
atas permukaan yang berlainan?

landasan
Kereta mainan

batu-bata

jarak dilalui

a) ___________________________________________________________
b) ___________________________________________________________
c) ___________________________________________________________
d) ___________________________________________________________
e) ___________________________________________________________
f) ___________________________________________________________
36

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

7. Apa yang saya perhatikan dan rekodkan?

Jenis Permukaan

Jarak yang dilalui oleh kereta

8. Perbincangan:
a) Pada permukaan manakah kereta bergerak dengan jarak yang paling
dekat?
___________________________________________________________
b) Berikan inferens berdasarkan jawapan di (a).
___________________________________________________________
c) Pada permukaan manakan kereta bergerak dengan jarak yang paling
jauh?
___________________________________________________________
d) Berikan inferens berdasarkan jawapan di (c).
___________________________________________________________
e) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai daya pada pemukaan
yang telah kamu uji?

37

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

MODUL PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

SAINS
TAHUN 6

PENGAWETAN MAKANAN

38

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

MATA PELAJARAN

Sains

KELAS

6 IXORA

TEMA / TAJUK

Sains Bahan / Pengawetan Makanan

STANDARD
PEMBELAJARAN
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

8.1.1 , 8.1.2

TEMPOH

60 minit

SUMBER

makanan yang segar dan yang telah rosak(susu , roti , kek,


buah limau, kari ayam , Ikan, kuih, strawberi, bayam, nasi),
kanta pembesar

SPS

Pemerhatian ,Membuat inferens, Berkomunikasi, Meramal,


Mentafsir data, Menggunakan perhubungan ruang dan masa.

PENGETAHUAN
SEDIA ADA

Murid telah mempelajari tentang jenis-jenis mikroorganisma


dan kerosakan makanan disebabkan oleh mikroorganisma.

AKTIVITI

Aktiviti 1:

Murid boleh:
i)
Menjelas dengan contoh ciri-ciri makanan yang telah
rosak melalui pemerhatian pada makanan yang
sebenar.
ii)
Menentukan faktor air boleh mempengaruhi
pertumbuhan mikroorganisma secara penyiasatan.

1. Murid bersoaljawab dengan guru:


Guru: Adakah kamu minum susu? Apakah rasanya?
Murid: Pernah. Rasanya sedap
Guru: Jika susu tersebut dibiarkan beberapa hari , apa
akan
terjadi kepada susu berkenaan?
Murid: Rasa tak sedap, bau busuk/masam
Guru: Apakah yang menyebabkan kerosakan makanan?
Murid: Letak di luar peti ais/ ada kuman
(terima sebarang jawapan murid)

39

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

Aktiviti 2:
1. Murid ditunjukkan dua gelas susu. (susu tidak rosak dan
susu telah rosak)
Guru: Apakah perbezaan cecair dalam kedua-dua gelas?
(terima sebarang jawapan murid berdasarkan pemerhatian
mereka)
2. Kemudian murid ditunjukkan 2 keping roti. (roti berkulat
dan tidak berkulat)
Guru: Apa pula perbezaan pada kedua-dua keping roti ini?
(terima sebarang jawapan murid berdasarkan pemerhatian
mereka)
Catatan: Jawapan murid tidak dibetulkan pada ketika ini
tetapi dicatat untuk perbincangan di fasa
refleksi.

Aktiviti 3:
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan 2 sampel makanan yang
berbeza iaitu makanan yang telah rosak dan yang belum
rosak. (Contoh: roti, kuih, buah strawberi, bayam, nasi).
3. Murid membuat pemerhatian ke atas sampel makanan
menggunakan kanta pembesar.
4. Murid diminta menyenaraikan hasil pemerhatian di atas
yang diberikan dengan bantuan peta bulatan.
5. Wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil
pemerhatian dan dibimbing oleh guru.
6. Murid dikehendaki mengaitkan ciri-ciri makanan yang telah
rosak berpandukan hasil pemerhatian.
7. Murid dikehendaki menjawab soalan dalam lembaran kerja
1 dan 2.
8. Murid diberi masa untuk menjawab kemudian dibincang
dalam kelas.

40

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

Aktiviti 4:
1. Murid bersoaljawab dengan guru.
Guru: Pada pendapat kamu, mengapa susu dan roti tadi
boleh menjadi rosak?
Murid: Mikroorganisma/kuman/bakteria
Guru: Apakah faktor yang memudahkan mikroorganisma
membiak pada makanan?
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
3. Setiap kumpulan diberikan 2 keping roti. Murid melakukan
aktiviti berikut pada roti tersebut.
Roti A : Direnjis dengan air
Roti B : Tidak direnjis dengan air
Kedua-duanya dimasukkan ke dalam plastik yang
berlainan dan diikat serta diletakkan di meja belakang bilik
sains.
4. Murid diminta membuat pemerhatian dan merekod
keadaan permukaan roti berkenaan setiap hari selama
seminggu.
5. Murid dimaklumkan perbincangan lanjut mengenai
penyiasatan ke atas faktor yang mempengaruhi
mikroorganisma berkenaan pada masa akan datang.
Aktiviti 5:
1. Murid diminta merujuk kepada jawapan soaljawab semasa
Aktiviti 2 untuk dibandingkan dengan idea yang baru
dipelajari.
2. Murid diminta membuat pembetulan jika idea awal mereka
tidak betul atau tidak lengkap.
3. Murid bersoaljawab dengan guru dalam membuat
rumusan.

EMK

Apakah yang menyebabkan makanan rosak?


Apakah ciri-ciri pada makanan rosak?

Bahasa, nilai murni


41

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

BBM

Susu segar, susu masam, roti, roti yan berkulapok, kuih, buah,
sayuran, nasi, kanta pembesar

REFLEKSI

42

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

LEMBARAN KERJA 1
Arahan: Lengapkan jadual di bawah.
MAKANAN

CIRI-CIRI MAKANAN
ROSAK

nasi

susu

daging

sayuran

roti

43

DERIA YANG
DIGUNAKAN

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

LEMBARAN KERJA 2
Tuliskan keadaan/ciri makanan apabila menjadi rosak.

44

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

PETA PEMIKIRAN
Arahan : Isikan maklumat berkenaan pada peta pemikiran di bawah.

CIRI- CIRI
MAKANAN
ROSAK

45

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS
TAHUN 6

BAHAN BUANGAN

46

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

MATA PELAJARAN

Sains

TAHUN

6 DAHLIA

TEMA / TAJUK

Sains Fizikal / Bahan Buangan

TEMPOH MASA

60 minit

STANDARD
PEMBELAJARAN
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

9.1.3, 9.1.4

KPS

Memerhati, Mengelas, Berkomunikasi

AKTIVITI

Aktiviti 1:

Murid akan dapat


iii)
Menyatakan maksud bahan buangan
terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi.
iv)
Mengelaskan bahan buangan kepada bahan
buangan terbiodegradasi dan tidak
terbiodegradasi

1. Guru menayangkan slaid gambar berkaitan bahan


buangan.
2. Murid bersoal jawab dengan guru berdasarkan gambar
tersebut.

Apakah yang kamu lihat tadi?


Apakah barang-barang yang sering kamu buang?

Aktiviti 2:
1. Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan gambar yang menunjukkan
jenis bahan buangan.
3. Murid diminta mengenalpasti jenis bahan buangan pada
gambar.
4. Murid melengkapkan peta pokok bagi mengelaskan
contoh bahan buangan terbiodegradasi dan tidak
terbiodegradasi pada kertas mahjong dalam kumpulan
kecil .
*Semua jawapan murid dipamerkan kepada kelas tanpa
membincangkan jawapan yang telah diberikan.

47

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

Aktiviti 3:
1. Murid menonton tayangan video tentang proses
pereputan bahan buangan.
(Guru boleh juga menggunakan gambar untuk
menunjukkan proses pereputan)
2. Murid membuat sumbang saran tentang maksud bahan
terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi berdasarkan
tayangan video.
Apakah yang berlaku pada bahan buangan dalam
tayangan tadi?

Nyatakan maksud bahan terbiodegradasi dan tidak


terbiodegradasi berdasarkan pendapat anda?

3. Murid merumuskan maksud bahan terbiodegradasi dan


tidak terbiodegradasi dengan bimbingan guru.
Aplikasi Idea ( 20 minit)
1. Murid mengumpul maklumat keratan akhbar dan
membuat perbincangan dalam kumpulan kecil tentang
kebaikan yang boleh diperolehi daripada bahan
buangan terbiodegradasi.
2. Murid membentangkan hasil perbincangan mereka.
(Cadangan aktiviti lain : puzzle berkaitan jenis bahan
buangan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi)
Refleksi (5 minit)
1. Guru meminta murid menilai semula peta pokok di awal
pembelajaran.
2. Murid diminta membuat buku skrap secara berpasangan
berkaitan bahan buangan terbiodegradasi dan tidak
terbiodegradasi.
BBM

Gambar bahan buangan, video, kertas mahjong, akhbar

EMK

Keusahawanan dan nilai murni

PENTAKSIRAN

Peta pokok dan buku skrap

PEMULIHAN

Guru membantu memurnikan peta pokok

PENGAYAAN

Murid-murid menghasilkan buku skrap


48

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

GAMBAR BAHAN BUANGAN

49

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

50

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

51

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

52