Anda di halaman 1dari 2

MINGGU SAINS SK ULU BAWAN KANOWIT 2015

1. Pendahuluan.
Minggu Sains merupakan satu aktiviti yang dapat memberi pendedahan kepada
murid terutamanya berkaitan dengan sains, disamping itu juga dapat melahirkan
pelajar yang minat terhadap sains serta menghargai sumbangan sains dan
teknologi terhadap manusia. Berhubungan itu Panitia Sains Sekolah Kebangsaan
Ulu Bawan mengambil inisiatif merencanakan program Minggu Sains sebagai
pemangkin dalam membina pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
2. Objektif.
2.1 Melahirkan pelajar yang berminat terhadap sains.
2.2 Memberi pendedahan kepada murid mengenai kemajuan sains dan
teknologi masa kini.
2.3 Melahirkan murid yang menghargai sumbangan sains dan teknologi
terhadap manusia.
2.4 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid mengenai sains
dan teknologi
seterusnya meningkatkan peratus kelulusan sains UPSR.
2.5 Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan sains dan
teknologi kepada
manusia.
4. Sasaran.
4.1 Semua Murid Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan
5. Tarikh & masa.
Tarikh : 22 hingga 24 Jun 2015
Hari : Isnin Rabu.
Masa : Waktu Sains
Tempat : Mengikut Kelas
Ahli Jawatankuasa Minggu Sains 2015
PENASIHAT
EN PETER TINGOM
(Guru Besar SK ULU BAWAN)
PENGERUSI
Pn Kong Siu Fong (GPK Kurikulum)
KETUA PANITIA
En. Mohamad Zulhazly bin Mohamad Haidzar

SETIAUSAHA
En. Ahmad Zakwan bin Zaimani
Aktiviti yang dicadangkan.
a) Teka Silangkata (tahap 2)
b) Artikel Sains (Tahap 2)
c) Mencari Perkataan Sains (Tahap 1)
d) Kuiz Sains (Tahap 1 & 2)
e) Mewarna (Tahap 1)
f) Buku Skrap (Tahap 2)
g) Program guna semula (Tahun 6)
8. Kewangan (pendapatan/anggaran perbelanjaan)
a) Anggaran perbelanjaan
Bil Perbelanjaan Amaun (RM)
1 Hadiah RM 100.00
2 Runcit RM 20.00
JUMLAH RM 120.00
9. Penutup
Diharap aktiviti Minggu Sains ini dapat dilaksana dengan jayanya supaya dapat
memberi pendedahan dan kesedaran kepada murid Sk Ulu Bawan berkaitan
dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini, disamping itu juga dapat
melahirkan pelajar yang berminat terhadap sains serta menghargai sumbangan
sains dan teknologi terhadap manusia.

Disediakan oleh
.
(Ahmad Zakwan Zaimani)
Setiausaha Panitia Sains Ketua Panitia Sains
Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan