Anda di halaman 1dari 3

Hukum DM

FRASA DM DAN HUKUM DM:


1. MAKSUD:
a. Frasa DM berkaitan dengan cara sebutan frasa dalam bahasa Malaysia. Frasa dalam
bahasa Malaysia adalah bertentangan dalam bahasa Inggeris.
b. D bermaksud dibuat atau benda/ perkara/objek. M pula bermaksud membuat atau
sifat benda itu.
c. Frasa bahasa Malaysia berbentuk DM kerana benda mendahului sifatnya.
2. CONTOH PERBANDINGAN HUKUM DM :
Frasa Bahasa Malaysia : ('benda' diikuti 'sifat')
Contoh:
-Rumah saya
-Kereta baru
-Bebola ikan
-Lampu kereta
-Buku teks
-Kereta Proton
-Idea baru
Frasa Bahasa Inggeris : ('sifat' diikuti 'benda') / dikira salah dalam bahasa Malaysia.
Contoh:
-Saya rumah (my house)
-Baru kereta (new car)
-Ikan bebola (fish ball)
-Kereta lampu (car lamp)
-Teks buku (text books)
-Proton kereta (proton cars)
-Baru idea (new idea)

3. KESALAHAN PENGGUNAAN HUKUM DM:


i. Kesalahan kerana meletakkan sifat di hadapan manakala benda di belakang.

Salah : (kerana mengikut struktur MD/ bahasa Inggeris)


- dia menaiki mini bas.
-makan di Aisyah Restoran.
-makan Maggie mee.
-naik Mara Ekspress
-bercicahkan cili sos.
-membeli goreng pisang.
-di Ah Kong kedai basikal.
-berbincang lain hal.
Betul: (kerana mengikut struktur DM/ struktur bahasa Malaysia)
-dia menaiki bas mini.
-makan di Restoran Aisyah.
-makan mi Maggie.
-naik Ekspress Mara.
-bercicahkan sos cili.
-membeli pisang goreng.
-di kedai basikal Ah Kong.
-berbincang hal lain.
ii. Kesalahan kerana menggandakan sifat benda. Pastikan benda di hadapan dan
benda yang digandakan.
Contoh:
Salah: (salah kerana sifat digandakan)
-hal lain-lain
-perkara lain-lain
-peristiwa lain-lain
-buku lain-lain-buku bacaan lain-lain
Contoh:
Salah: (salah kerana 'sifat' diletak di hadapan dan 'sifat' digandakan)
-lain-lain hal
-lain-lain perkara
-lain-lain peristiwa
-lain-lain buku
-lain-lain buku bacaan
Contoh:

Betul: (betul kerana benda di depan dan benda digandakan)


-hal-hal lain
-perkara-perkara lain
-peristiwa-peristiwa lain
-buku-buku lain
-buku-buku bacaan lain.
4. Contoh penggunaan hukum DM yang salah:
i. Ahmad Said menjamu tetamunya dengan goreng pisang yang masih panas.
ii. Kami menaiki mini bas yang berhawa dingin untuk menuju ke destinasi tersebut.
iii. Pada akhir waktu pembelajaran, Cikgu kamil menerangkan lain-lain faktor yang
mengakibatkan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.

Anda mungkin juga menyukai