Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SUNWAY SEMENYIH

43500 SEMENYIH, SELANGOR


PROGRAM TEKNIK MENJAWAB
SOALAN BAHASA MALAYSIA

ANJURAN : PANITIA BAHASA MELAYU


SK BANDAR SUNWAY SEMENYIH

TARIKH

: 29 & 30 April 2015

HARI

: Rabu & Khamis

MASA

: 8:00-10:00 Pagi

TEMPAT

: Tahun 4 Bilik Muzik


Tahun 5 Pusat Sumber

1.0

PENDAHULUAN

Ahli Panitia Bahasa Melayu telah sebulat suara untuk mengambil langkah inisiatif
bagi menjayakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Malaysia (Pemahaman
dan Penulisan) pada 29 & 30 April 2015. Dianggarkan seramai 144 orang murid
Tahun 4 dan 5 akan menyertai program ini. Program ini bertempat di Bilik Muzik
(Tahun 4 dan Pusat Sumber (Tahun 5). Melalui program ini besarlah harapan agar
pendedahan teknik menjawab soalan Bahasa Malaysia akan meningkatkan lagi
peratusan kelulusan, memartabatkan prestasi mata pelajaran teras dan menambah
bilangan murid yang mendapat A dalam kertas Pemahaman dan Penulisan.
Sehubungan dengan harapan yang besar ini, maka pendedahan teknik menjawab
soalan Bahasa Malaysia kepada murid Tahun 4 dan 5 adalah dirasakan sangat
perlu.

2.0

OBJEKTIF

2.1

Peningkatan pencapaian murid dalam gred A meningkat.

2.2

Murid-murid akan didedahkan dengan konsep pengajaran dan


pembelajaran yang memfokuskan kecemerlangan prestasi.

2.3

Pendedahan awal dan terancang melalui teknik-teknik yang diadakan bagi


menangani masalah tidak tahu cara menjawab dalam menepati kehendak
soalan.

3.0

TEMPAT
Program ini bertempat di Bilik Muzik (Tahun 4 dan Pusat Sumber
(Tahun 5).

4.0

TARIKH
Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Malaysia akan dijalankan pada
tarikh 29 & 30 April 2015 (Rabu dan Khamis ) bermula 8.00 pagi hingga
10.00 pagi.

5.0

SASARAN
Dianggarkan seramai 144 orang murid Tahun 4 dan 5

akan menyertai

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Malaysia.

6.0

PENUTUP
Program kecemerlangan ini sangatlah penting kepada guru- guru dan murid-

murid dengan harapan program ini dapat mencapai objektif yang disasarkan. Ia
merupakan langkah permulaan untuk melahirkan modal insan yang berbudaya ilmu
pengetahuan, berdisiplin dan berdaya saing dalam melengkapkan diri menghadapi
cabaran globalisasi.
Ahli Panitia berharap agar program sebegini menjadi agenda tahunan dalam
usaha melahirkan insani yang gemilang dalam akademik dan sahsiah diri. Dengan
itu, mercu menuju kegemilangan dalam peperiksaan akan tercapai serta memenuhi
slogan sekolah SEKOLAHKU MEMBENTUK KECEMERLANGANKU .

Disediakan Oleh,

Disemak oleh,

...................................................
.
(Zuhaya Binti Yazid )
Ketua Panitia Bahasa Melayu,

................................................

SK Bandar Sunway Semenyih

Anda mungkin juga menyukai