Anda di halaman 1dari 1

MODUL LDK

TAJUK : Sayang Si Buta


MASA

: 10 minit

BAHAN : Kertas majung, marker pen dan kain penutup mata

OBJEKTIF

1)

Menerapkan amal jamaei dalam gerak kerja berkumpulan.

2)

Membentuk jalinan ukhuwwah secara fisabilillah dan tampung-menampung antara satu


sama lain.

3)

Melatih peserta supaya mendengar dan mentaati arahan ketua.

4)

Membentuk satu kronologi yang menjelaskan kepada para peserta secara tersirat realiti
kehidupan yang memerlukan kesepakatan dalam merealisasikan satu matlamat.

KAEDAH

1)

Permaianan ini dilakukan secara serentak oleh setiap kumpulan.

2)

Salah seorang ahli kumpulan akan dibawa ke suatu tempat dan ditutup matanya oleh
fasilitator.

3)

Setiap ahli kumpulan perlu mengambil inisiatif untuk membawa ahli kumpulan mereka yang
ditutup matanya sama ada secara beramai-ramai atau menghantar wakil supaya ia dibawa
ke tempat mereka berkumpul.

4)

Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan sehelai kertas lukisan yang mengandungi titiktitik lukisan objek yang tidak lengkap.

5)

Berbekalkan sebatang marker pen, peserta yang ditutup matanya perlu mendengar arahan
daripada rakan-rakan sekumpulan untuk melengkapkan lukisan tersebut di mana ia sendiri
tidak mengetahui objek yang hendak dilukis.

6)

Fasilitator pula akan memainkan peranan mengganggu untuk mengelirukan peserta..

KESIMPULAN:
Hasil daripada permainan ini adalah bertujuan untuk mendidik para peserta bahawa kita yang
berperanan sebagai pendakwah haruslah menyedari bahawa maduu kita ini diibaratkan seperti
cawan kosong atau si buta yang tidak dapat melihat. Cawan yang kosong perlu diisi dengan air,
begitu jualah hakikatnya maduu kita yang perlu dibajai dengan kefahaman dan tarbiyah secara
berperingkat dan tersusun. Sebagai pendakwah kita dalah umpama nur pemberian Allah untuk
menyuluh hati mereka supaya kembali kepada Islam dengan cara yang bijaksana. Sesuatu matlamat
dapat direalisasikan jika dipimpin oleh pemimpin yang cekap, kuat dan bijak merancang serta
didokong oleh anak buah yang setia dan taat kepada pemimpin. Kesukaran dan kesulitan dapat di
atasi dengan terhapusnya sifat nafsi-nafsi dan terpeliharanya kemantapan ukhuwah.