Anda di halaman 1dari 15

PENGARUH SOSIAL

TERHADAP
PENDIDIKAN TEKNIKAL

FARA HAIRANI BINTI SAHAR


HB130044
SASLIZAWATI BINTI IZAM
HB130055

DEFINISI KONSEP INSTITUSI SOSIAL


Konsep utama bagi mengkaji isu kelemahan akademik dan prestasi pelajar ialah konsep
institusi sosial.
Sosial - interaksi dengan masyarakat.
Institusi sosial pola tingkahlaku yang menjadi kebiasaan atau satu pola hubungan sosial
yang mempunyai matlamat sosial yang tertentu.
Institusi sosial utama institusi keluarga, institusi politik, institusi pendidikan, institusi
ekonomi dan institusi agama.
Peranan institusi sosial sebagai ejen-ejen penentu dan pengawal yang memastikan
masyarakat berjalan dengan lancar.

KONSEP KELAS SOSIAL


Kelas sosial menurut Karl Marx:

Kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca


pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran.

Mengelaskan masyarakat kapitalis kepada dua kategori: bourgeoise ( memiliki punca


pengeluaran ) dan proletariat ( hanya mempunyai tenaga kerja ).
R.J. Stalcup (1968) ; A level in society made up of people who consider themselves equal
due to similarities in family background, level of education, occupation, race and attitudes
towards social issues.
( Tahap dalam masyarakat terdiri daripada orang yang menganggap diri mereka sama kerana
persamaan dalam latar belakang keluarga, tahap pendidikan, pekerjaan, bangsa dan sikap
terhadap isu-isu sosial ).

Giddens (1979), menggabungkan kedudukan kelas-kelas sosial melalui idea-idea Karl


Marx dan Max Waber seperti berikut :
a. Kelas atasan - memiliki sumber-sumber pengeluaran dan memegang peranan ekonomi
sebagai pentadbir.
b. Kelas menengah - memiliki kelayakan pendidikan atau latihan teknikal - memegang
peranan sebagai pekerja kolar putih (pengurusan dan pentadbiran).
c. Kelas bawahan - memiliki tenaga fizikal dan menjadi buruh dalam sistem pengeluaran
barangan dan perkhidmatan.
Kelas sosial para pelajar selalu dikorelasikan dengan kelakuan dan pencapaian
mereka di sekolah.

TARAF SOSIOEKONOMI
Sosioekonomi - berkaitan dengan atau melibatkan unsur-unsur atau faktor-faktor kemasyarakatan
dan ekonomi (Kamus Dewan Edisi Keempat).
Berkait rapat dengan kelas sosial para pelajar.
Terdapat perbezaan antara para pelajar yang datang dari golongan berstatus ekonomi bawahan
dengan berstatus ekonomi atasan.
Boleh digambarkan dari segi kedudukan ekonomi, kesihatan, tempat tinggal dan cara memberi
pendidikan.

TARAF SOSIO-EKONOMI TINGGI

Pencapaian akademik dan


persekolahan tinggi
Menurut peraturan sekolah
Keluarga yang stabil
Kecerdasan akal melebihi 120.
Akan menyambung pelajaran ke
peringkat lebih tinggi.

TARAF SOSIO-EKONOMI RENDAH

vs

Sering dikaitkan dengan masalah


disiplin, kegagalan,digantung
sekolah.
bertingkah laku tidak mengikut
peraturan yang ditetapkan oleh pihak
pentadbiran sekolah.
Masalah keluarga yang kurang stabil.
Kecerdasan akal kurang daripada 90.
Akan keciciran dalam pelajaran.

Berdasarkan kajian oleh Herriott dan St.John (1966) meliputi 41 bandar di Amerika
Syarikat pada tahun 1960-1961.

EKONOMI
TARAF SOSIO-EKONOMI TINGGI
Berkemampuan menyediakan segala
keperluan untuk mendapatkan ilmu
Mampu bayar yuran sekolah
Mampu beli peralatan dan keperluan
pembelajaran (contoh: komputer riba,
peralatan teknikal)
Mampu bayar kelas tambahan
Mampu beli buku tambahan
Mempunyai jangkaan yang tinggi
setelah segala keperluan pembelajaran
anak dipenuhi.

TARAF SOSIO-EKONOMI RENDAH


Sukar mendapatkan wang bagi
menampung keperluan pembelajaran
anak.
Mempunyai jangkaan pencapaian
anak di sekolah yang rendah.
Lebih gemar jika anak mereka dapat
mencari pekerjaan yang tetap dengan
cepat untuk menampung pendapatan
keluarga.

KESIHATAN
TARAF SOSIO-EKONOMI TINGGI

TARAF SOSIO-EKONOMI RENDAH

Berkemampuan menyediakan
makanan yang bagus untuk
tumbesaran badan dan otak.
Mampu bayar kos perubatan jika sakit.
Mampu mendapatkan perkhidmatan
perubatan yang terbaik.
Tidak ketinggalan dalam pelajaran
kerana sentiasa hadir ke sekolah.

Makan makanan kurang berkhasiat atau


tidak seimbang.
Tidak mampu membayar kos perubatan
yang tinggi jika sakit.
Makanan tidak seimbang/kurang
berkhasiat mudah jatuh sakit tidak
hadir ke sekolah pembelajaran
terganggu / ketinggalan.

TEMPAT TINGGAL
TARAF SOSIO-EKONOMI TINGGI

TARAF SOSIO-EKONOMI RENDAH

Berkemampuan menyediakan
rumah besar yang dilengkapi pelbagai
kemudahan dan peralatan canggih
(kemudahan asas yang mencukupi,
terdapat sambungan internet / wifi,
mempunyai pendingin hawa )
Selesa untuk belajar kerana rumah
sentiasa sejuk dan luas.
Dapat tidur yang mencukupi segar
untuk ke sekolah hari berikutnya.

Tempat tinggal yang tidak kondusif


untuk pembelajaran (sempit, bising,
kurang kemudahan asas seperti
bekalan elektrik, air, telefon dsb).
Sukar untuk membuat kerja sekolah
atau mengulangkaji pelajaran.
Jika menggunakan pelita : berbahaya
sentiasa menghidu asap dapat alahan
ganggu pembelajaran sebab sering
sakit.
Juga terdedah kepada kebakaran
rumah tiada tempat tinggal semakin
susah untuk belajar.

CARA MEMBERI PENDIDIKAN


TARAF SOSIO-EKONOMI TINGGI
Mementingkan kemajuan dan prestasi
pembelajaran anak-anak.
Sentiasa memastikan keperluan
pembelajaran anak mencukupi sanggup
berbelanja besar.
Menyediakan pelbagai ganjaran sebagai
imbalan jika berjaya dalam pelajaran.

TARAF SOSIO-EKONOMI RENDAH


Tidak berapa mementingkan pelajaran.
Tidak memberi motivasi terutama dalam
bidang pelajaran (tiada hadiah, ganjaran
atau pujian sebagai dorongan untuk anak
belajar)
Terbinanya kendiri negatif anak untuk terus
belajar.

justeru
Masyarakat golongan kelas sosial bawahan perlu:
Membuat satu perubahan atau anjakan paradigma - ubah sikap dan pemikiran mereka ke
arah yang lebih positif demi kejayaan anak-anak mereka
Memberi sokongan padu terhadap apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah
untuk kecemerlangan anak- anak.
Menekankan kepentingan pendidikan anak-anak mereka di rumah.
Memberi motivasi dan pendorong kepada anak-anak supaya mengekalkan kecemerlangan
dalam bidang akademik dan kegiatan ko-kurikulum di sekolah.