Anda di halaman 1dari 41

Bidang

Akademik

Tajuk

Orientasi Mata Pelajaran


Kepentingan mata pelajaran

Objektif

Murid dapat:
1. Memberi maklumat tentang kepentingan mata pelajaran.
2. Mendedahkan peluang kerjaya dengan pilihan mata pelajaran yang
sesuai.
3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik.

Masa

40 minit

Sasaran

Tingkatan Empat

Bahan

Kertas A4.

LangkahLangkah

Set induksi
Guru Kaunseling meminta murid mengaitkan subjek tertentu dengan
kerjaya yang sesuai
1. Guru Kaunseling memulakan perbincangan mengenai
kepentingan menguasai setiap matapelajaran
2. Murid menyenaraikan beberapa kepentingan mengikut
mata
pelajaran dengan peluang pendidikan dan kerjaya .
3. Guru Kaunseling menjelaskan kepentingan setiap mata pelajaran
menengah atas ( rujuk lampiran 1 ).

Penilaian

Murid mencatat maklumat yang diberikan oleh Guru Kaunseling.

Rumusan

Pendedahan tentang kepentingan setiap mata pelajaran dapat


membolehkan murid memperoleh kemahiran asas,
ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni.

Falsafah

Membaca Jambatan Ilmu.

LAMPIRAN 1
PAKEJ YANG DITAWARKAN MENENGAH
ATAS
KUMPULAN 1 PAKEJ SAINS TULEN
Fizik
Kimia
Biologi
Matematik Tambahan
KUMPULAN 2 VOKASIONAL &
TEKNOLOGI
Prinsip Akaun
Sains Pertanian
Matematik Tambahan
KUMPULAN 3 VOKASIONAL &
TEKNOLOGI
Perdagangan
Pendidikan Seni

MATA PELAJARAN TERAS


MENENGAH ATAS
Bahasa Melayu (WAJIB LULUS)
Bahasa Inggeris
Pendidikan Islam
Pendidiakan Moral
Matematik
Sains
Sejarah (WAJIB LULUS)
MATA PELAJARAN ELEKTIF
MENENGAH ATAS
Perdagangan
Sains Pertanian
Matematik Tambahan
Pendidikan Seni Visual
Prinsip Perakaunan
TAMBAHAN
Bahasa Cina
Bahasa Tamil

Bidang

Akademik

Tajuk

Kemahiran Belajar Berkumpulan (1)

Objektif

Murid dapat:
1. Mengetahui teknik kemahiran belajar berkumpulan.
2. Meningkatkan keyakinan diri.
3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik.

Masa

40 minit

Sasaran

Tingkatan Empat

Bahan

Kertas A4, kertas sebak, alat tulis.

Langkahlangkah

1. Set induksi
Guru Kaunseling memulakan perbincangan mengenai
teknik-teknik belajar yang diamalkan oleh murid.
2. Guru Kaunseling berbincang tentang kepentingan belajar.
3. Murid menyenaraikan kepentingan belajar berkumpulan.
4. Guru Kaunseling menjelaskan syarat-syarat belajar berkumpulan.
i. Bilangan ahli antara 3 5 orang
ii. Mempunyai jadual waktu perbincangan kumpulan
iii. Mempunyai seorang ketua dan penolong ketua kumpulan.
Setiap kumpulan digalakkan mempunyai nama etika dan moto
kumpulan.
5. Guru Kaunseling meminta murid membentuk kumpulan belajar.
6. Murid dikehendaki :i. Memilih ahli kumpulan
ii. Melantik ketua dan penolong kumpulan
iii. Menentukan nama, etika dan motto kumpulan.

Penilaian

Guru Kaunseling membuat pemerhatian.

Rumusan

Teknik belajar secara berkumpulan sangat berkesan bagi


meningkatkan keyakinan diri dan prestasi akademik murid.

Falsafah

1. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


2. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
3

Bidang

Akademik

Tajuk

Kemahiran Belajar Berkumpulan (2)

Objektif

Murid:
1. Mengetahui teknik kemahiran belajar berkumpulan.
2. Meningkatkan keyakinan diri.
3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik.

Masa

40 minit

Sasaran

Tingkatan Empat

Bahan

Kertas A4, alat tulis, bahan daripada buku teks

LangkahLangkah

1. Set induksi
Guru Kaunseling memulakan perbincangan mengenai
pengalaman pelajar yang telah mempunyai kumpulan belajar
2. Guru Kaunseling memberikan maklumat asas pemilihan ahli
kumpulan iaitu :
a. mempunyai kepakaran dalam mata pelajaran berbeza
b. sebaik-baiknya saling mengenali
c. sebaik-baiknya ahli kumpulan terdiri daripada jantina yang
sama. Jika tidak nisbah jantina mestilah tidak sama.
d. tiada eleman berpasangan
3. Guru Kaunseling menjelaskan teknik belajar berkumpulan.
i. Teknik satu topik semua murid membaca dan memahami
mengenai sesuatu topik yang sama dan membentangkannya.
ii. Teknik pelbagai topik setiap murid membaca dan memahami
topik tertentu dan membuat pembentangan topik tersebut.

Penilaian

Guru Kaunseling membuat pemerhatian.

Rumusan

Teknik belajar secara berkumpulan sangat berkesan bagi


meningkatkan keyakinan diri dan prestasi akademik murid.

Falsafah

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Bidang

Akademik

Tajuk

Kemahiran Mendengar

Objektif

Murid:
1. Mengetahui bahawa mendengar sebagai satu kemahiran.
2. Memahami langkah-langkah menjadi pendengar yang baik.
3. Mengamalkan nilai-nilai murni sebagai pendengar yang baik.

Masa

40 minit

Sasaran

Tingkatan Empat

Bahan

Bahan lampiran, alat multimedia, alat tulis

LangkahLangkah

1. Set induksi.
Murid berbual bersama rakan sekelas.
2. Guru Kaunseling membaca teks sepintas lalu.
3. Murid mencatatkan seberapa banyak perkataan yang bermula dengan
huruf-huruf tertentu. Contoh huruf M, A, J, U dan sebagainya.
4. Guru Kaunseling membaca sekali lagi teks tersebut.
5. Guru Kaunseling mengulang langkah 3 dan mengira jumlah perkataan
yang diperolehi dan dikaitkan dengan kemahiran mendengar.
6. Guru Kaunseling mengagihkan edaran mengenai ciri-ciri pendengar
yang baik kepada setiap murid setelah tamat aktiviti ini.(Rujuk
lampiran 2)

Penilaian

Guru Kaunseling membuat pemerhatian.

Rumusan

Kemahiran mendengar dan menulis semula dapat


membantu murid mengekalkan daya ingatan dalam proses
belajar.

Falsafah

1. Untuk menjadi murid dan individu yang berjaya kita perlu


menggunakan deria anugerah Tuhan misalnya telinga dan
mata dengan cara yang betul.
2. Semakin tinggi tahap mendengar, semakin tinggilah tahap
penumpuan murid dalam konteks menuntut ilmu.

LAMPIRAN 2
KEMAHIRAN MENDENGAR
1. Memberi perhatian
2. Membuat parafrasa
3. Penjelasan
4. Pengujian persepsi
TEKNIK KEMAHIRAN MENDENGAR
1. Persediaan mental
2. Mendengar
3. Memahami
4. Mencatat
5. Mengimbas kembali
6. Mengulangi
HALANGAN MENDENGAR AKTIF
1. Gangguan dalaman
2. Gangguan persekitaran
3. Tiada persediaan
4. Emosi
5. Persepsi negatif
6. Tidak serius
7. Tidak bersemuka
8. Bising
9. Mendengar sambil lewa
10. Khayalan

Bidang

Akademik

Tajuk

Kemahiran Mencatat Nota ( Isi Penting )

Objektif

Murid dapat mencatat nota berbentuk isi penting.

Masa

40 minit

Sasaran

Tingkatan Empat

Bahan

Bahan cetak, kertas A4, lembaran kerja, kertas sebak, pen marker,
alat multimedia, pensil warna.

Langkahlangkah

1. Set induksi
Guru Kaunseling membaca petikan teks (sebarang teks dari buku
atau majalah) sepintas lalu dan meminta murid mencatat nota tanpa
panduan. Murid diminta menceritakan semula pengalaman semasa
mendengar dan mencatat nota.
2. Guru Kaunseling menerangkan kaedah-kaedah mencatat nota.
3. Guru Kaunseling memberi petikan kepada murid dan meminta murid
mencatat isi penting.
4. Murid membentangkan tugasan.
5. Guru Kaunseling meminta murid memberi komen.
6. Guru Kaunseling membuat rumusan dan kesimpulan.

Penilaian

Guru Kaunseling memilih hasil pembentangan terbaik untuk


dipamerkan dan bahan diserahkan kepada wakil murid untuk
dimurnikan dalam bentuk lembaran dan diedarkan kepada semua murid.

Rumusan

Murid boleh menggunakan kemahiran mencatat isi penting untuk


membuat nota.

Falsafah

Kemahiran mencatat nota akan membantu pembelajaran yang


berkesan.

Bidang

Akademik

Tajuk

Kemahiran Membaca ( Teknik SQ3R )

Objektif

Murid dapat :
1. Mencari kata kunci.
2. Murid dapat gambaran awal tentang bahan yang hendak dibaca.

Masa

40 minit

Sasaran

Tingkatan Empat

Bahan

Alat multimedia, petikan ( diambil dari buku atau majalah)

Langkahlangkah

1. Set induksi
Guru Kaunseling memulakan perbincangan tentang amalan murid
semasa membaca.
2. Guru Kaunseling menerangkan teknik bacaan SQ3R.
3. Murid menggunakan teknik SQ3R untuk membaca bahan petikan
yang diberikan.
4. Guru bersoal jawab tentang fakta yang dibaca untuk memastikan
kefahaman yang maksimum diperolehi apabila murid menggunakan
teknik SQ3R.

Penilaian

Guru Kaunseling membuat pemerhatian semasa murid


membuat latihan membaca.

Rumusan

Teknik membaca dengan menggunakan kaedah SQ3R


sangat berkesan membantu murid memahami isi kandungan bahan
pembelajaran.

Falsafah

1. Membaca Jambatan Ilmu.


2. Penguasaan kemahiran membaca memudahkan murid memahami
apa yang dibaca.

Bidang

Akademik

Tajuk

Pengurusan Masa

Objektif

Murid dapat:
1. Melihat kaedah peruntukan masa harian.
2. Menentukan jumlah masa yang perlu digunakan
mengulangkaji pelajaran.
3. Melihat kekerapan belajar bagi setiap mata pelajaran.

untuk

Masa

40 minit

Sasaran

Tingkatan Empat

Bahan

Lembaran kerja ( Kontrak Belajar ), alat multimedia, kalkulator

LangkahLangkah

1. Set induksi
Guru Kaunseling bertanya kepada murid tentang cara dan amalan
murid membahagikan masa untuk belajar.
2. Guru Kaunseling menerangkan tentang kepentingan pengurusan
masa.
3. Guru Kaunseling mengedarkan bahan bercetak kepada semua
murid. (Rujuk lampiran 3)
4. Murid melengkapkan lembaran kerja dengan menentukan mata
pelajaran yang akan diduduki dalam peperiksaan SPM.
5. Guru Kaunseling meminta setiap murid untuk mengagihkan jumlah
masa belajar untuk setiap mata pelajaran mengikut keutamaan.
6. Guru Kaunseling meminta murid menentukan kekerapan belajar bagi
setiap mata pelajaran ( minima 3 kali seminggu ).
7. Guru Kaunseling mencadangkan murid supaya memastikan salah
satu masa belajar ditetapkan mestilah sama dengan masa
peperiksaan sebenar.
8. Guru Kaunseling meminta murid membentangkan hasil dan
menggalakkan setiap ahli berkongsi.
9. Guru Kaunseling membuat rumusan dan kesimpulan.

Penilaian

Murid merekodkan hasil pembentangan terbaik untuk di


jadikan panduan mengurus masa.

Rumusan

Murid sedar akan kepentingan mengurus masa dengan baik.

Falsafah

Masa Itu Emas.

10

LAMPIRAN 3
Kontrak Belajar
Nama:

..

Tingkatan: ..
Bil
1

Mata pelajaran

Kekerapan

Peruntukan Masa

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13

Tandatangan :__________________
Pelajar
Tarikh :
___________________

Tandatangan :__________________
Guru
Tarikh :
__________________

11

Bidang

Akademik

Tajuk

Kemahiran Mengingat ( Neumonik )

Objektif

Di akhir sesi, murid dapat :


1. Mengetahui beberapa teknik mengingat neumonik
2. Menggunakan teknik mengingat dalam pembelajaran.
3. Mengingat pelajaran dengan cepat.

Masa

40 minit

Sasaran

Tingkatan Empat

Bahan

Alat multimedia, Kertas A4

LangkahLangkah

1. Set induksi
Guru Kaunseling menarik perhatian murid dengan menyebut
beberapa benda dan meminta murid mengulang semula perkataan
tersebut.
2. Teknik Mengingat Akronim.
Guru Kaunseling menerangkan teknik neumonik dengan memberi
contoh : Sains Pengkelasan Haiwan
RIMBA
R Reptilia
I Ikan
M Mamalia
B Burung
A Amfibia
3. Teknik Mengingat Jalan Cerita.
Contoh :Geografi Arah Mata Angin
Utara
Ulam

Timur
Timun

Selatan
Sambal

Barat
Belacan

12

4. Teknik Bunyi Seakan


Contoh :- Sains Kelas Makanan
Lemak, Vitamin,
Karbohidrat.

Pelawas,

Air,

Garam

Mineral,

Protein,

Mak ( Lemak ) Amin ( Vitamin ) Tak Lawas ( Pelawas ) bila minum


Air ( Air ) Mineral ( garam Mineral ) dalam Tin (Protein) Karat (
Karbohidrat )
5. Guru Kaunseling meminta murid menggunakan mana-mana teknik
berdasakan nota dari buku teks yang ada.
Penilaian

Guru membuat pemerhatian semasa pembentangan hasil kerja


murid.

Rumusan

Teknik mengingat ini amat perlu bagi meningkatkan pembelajaran


murid.

Falsafah

Kemahiran ini dapat membantu murid mengekalkan daya ingatan.

13

Bidang

Akademik

Tajuk

Penulisan Resume

Objektif

Murid dapat:
1. Memahami kepentingan resume.
2. Menulis resume mengikut format yang betul.

Masa

80 minit

Sasaran

Tingkatan Empat

Bahan

Contoh resume, format resume.

Langkahlangkah

1. Set induksi
Guru Kaunseling bersoal jawab dengan murid tentang proses
mendapatkan pekerjaan.
i. Bagaimana hendak mengetahui ada jawatan kosong.
ii. Boleh menghantar resume untuk menawarkan diri bagi
menjawat sesuatu jawatan walau pun tiada iklan
dikeluarkan.
2. Murid diperjelaskan tentang butir-butir dalam resume.
3. Guru Kaunseling menerangkan tentang kepentingan resume : i. Tanggapan awal pihak yang berkenaan
ii. Menggambarkan keperibadian penulis.
iii. Mudah untuk mengetahui hal-hal penulis dengan cepat.
4. Guru Kaunseling menerangkan format penulisan resume.
i. Mengikut butir-butir yang dikehendaki
ii. Memenuhi keperluan bakal majikan.
iii. Ditaip dengan jelas dan saiz huruf yang sesuai (Times New
Roman Font 12 )
5.

Guru Kaunseling menunjukkan contoh resume.

6.

Murid menulis resume mengikut format yang diberikan.


(Rujuk lampiran 4a dan 4b)

Penilaian

Pembentangan resume.

Rumusan

Resume dapat membantu murid-murid menyediakan


maklumat secara tersusun untuk menceburi bidang kerjaya.

Falsafah

Pekerjaan adalah satu cabaran

14

LAMPIRAN 4a
Nota Guru
1. Satu daripada tiga langkah untuk mendapatkan pekerjaan selain daripada temuduga
dan tawaran kerja.
2. Merupakan tanggapan pertama yang mendorong bakal majikan menjalankan
temuduga terhadap anda.
3. Hampir semua pekerjaan yang dipohon memerlukan resume walau pun pada asasnya
resume perlu untuk kerja-kerja pengurusan dan profesional sahaja.
4. Resume merupakan perkara yang menarik perhatian majikan walau pun memohon
jawatan yang tidak memerlukan temu duga.
5. Keutamaan diberi kepada pemohon yang menyertakan resume kepada majikan.
6. Resume mengutarakan butir-butir asas diri pemohon pekerjaan iaitu;

Nama, alamat lengkap, nombor telefon


Butir butir peribadi
Objektif
Rekod pekerjaan dengan majikan terdahulu
Latar belakang pendidikan
Pengetahuan bahasa
Keahlian profesional
Karya-karya yang pernah diterbitkan

7. Resume akan dihantar kepada bakal majikan sama ada melalui pos, sistem
penghantaran lain atau e-mail.
8. Bakal majikan akan meneliti resume dan meminta maklumat lanjut pemohon atau
memanggil untuk sesi temu duga.
9. Jangan memberi maklumat yang terlalu mendalam kerana perkara ini boleh di
dilakukan semasa temu duga.
10. Resume cuma pengenalan untuk menarik bakal majikan sahaja dan harus dibuat
sebaik mungkin supaya bakal majikan mendapat tanggapan awal yang baik.

15

11. Resume asas mesti mengandungi perkara berikut :

Data Personal
Objektif
Kelayakan
Pendidikan
Aktiviti Kokurikulum
Pengalaman bekerja
Kemahiran komputer
Hobi

12. Dua jenis resume yang ditekankan ialah

Resume asas untuk mereka yang pertama kali memohon jawatan.


Resume kronologi untuk permohonan jawatan berikutnya.

16

LAMPIRAN 4b
Contoh Resume Asas
No. 10 Taman Indah,
83000 Batu Pahat, Johor.

Tel : 07-4847287
RESUME
MOHD. MUIZUDIN B. ASRI

DATA PERSONAL
Tarikh Lahir
: 1 November 1979
Taraf Perkahwinan : Bujang
Kesihatan
: Sihat tubuh badan
OBJEKTIF
Memohon jawatan di bahagian pengurusan
KELAYAKAN
1. Mendapat pendidikan yang baik
2. Kejayaan akademik yang tinggi
3. Berupaya bekerja keras untuk kepentingan syarikat
4. Bersedia bekerja di bawah tekanan
5. Berpengalaman membuat kerja sambilan semasa di universiti sebagai penyelia
kilang elektronik
6. Fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan boleh memahami bahasa Jepun dan
Mandarin.
PENDIDIKAN
1. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran ( Pengurusan Sumber Manusia UTM 2001)
2. Mendapat Anugerah Canselor pada akhir tahun 2001
AKTIVITI KOKURIKULUM
1. Bola Sepak
2. PALAPES
PENGALAMAN BEKERJA
1999 2000 : Syarikat Elektronik Fujitsu, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
KEMAHIRAN KOMPUTER
1. Windows
2. Microsoft Word
HOBI
1. Seni foto, perkhemahan, catur.
17

Bidang

Kerjaya

Tajuk

Mata Pelajaran Elektif

Objektif

Masa

40 Minit

Sasaran

Tingkatan 4

Bahan

Alat multimedia

Langkahlangkah

1. Set induksi

Murid:
1. Mengetahui tentang mata pelajaran elektif yang ditawarkan
mengikut aliran sekolah.
2. Memahami perbezaan mata pelajaran elektif berdasarkan
kepentingan.
3. Menyesuaikan bidang kerjaya dengan elektif yang diikuti.

Guru Kaunseling menerangkan tentang perbezaan dan persamaan


mata pelajaran di menengah rendah dan menengah atas.
2. Guru Kaunseling menyenaraikan mata pelajaran teras dan elektif
yang ada. ( berdasarkan elektif kelas masing-masing)
3. Guru Kaunseling meminta murid meneliti senarai matapelajaran di
papan hitam untuk seketika.
4. Guru Kaunseling menerangkan kepentingan mata pelajaran elektif
kepada murid dengan bidang kerjaya yang sesuai.
5. Sesi soal jawab
6. Guru Kaunseling membuat rumusan dan peneguhan positif.
Murid dapat menerangkan kepentingan mata pelajaran elektif melalui
sesi soal jawab.

Penilaian

Rumusan

Kombinasi mata pelajaran yang diambil diperingkat menengah atas


mestilah menjurus ke arah kerjaya yang akan diceburi.

Falsafah

Keprihatinan terhadap bidang kerjaya yang akan diceburi dengan mata


pelajaran yang dipelajari di sekolah.

18

Bidang

Kerjaya

Tajuk

Mata Pelajaran Elektif dan Sistem Pensijilan.

Objektif

Masa

Murid:
1. Mengetahui mata pelajaran elektif yang ditawarkan mengikut
aliran sekolah.
2. Menyesuaikan bidang kerjaya dengan elektif yang diikuti.
3. Memahami sistem pensijilan SPM.
40 Minit

Sasaran

Tingkatan 4

Bahan

Alat multimedia, bahan edaran

Langkahlangkah

1. Set induksi
Guru Kaunseling menerangkan tentang perbezaan dan
persamaan mata pelajaran di menengah rendah dan menengah
atas.
2. Guru Kaunseling mengedarkan senarai mata pelajaran teras
dan elektif yang ada (seberapa banyak yang boleh).
3. Murid meneliti edaran untuk seketika.
4.

Penilaian

Rumusan

Falsafah

Guru Kaunseling memberi penerangan berkenaan dengan

mata pelajaran elektif.


1. Penilaian secara lisan berkaitan isi penerangan.
2. Sesi soal jawab.
1. Setiap aliran atau pakej mata pelajaran yang diambil semasa
di sekolah ada kaitan dengan kerjaya pada masa hadapan.
1. Peka terhadap perubahan yang berlaku dalam sistem
pendidikan semasa.
2. Rajin dan sentiasa bersedia mengikuti perubahan dalam mata
pelajaran yang dipelajari di sekolah.

19

Bidang

Kerjaya

Tajuk

Sistem Pensijilan Dan Meritokrasi

Objektif

Masa

Murid:
1. Mengetahui tentang konsep sistem persijilan semasa.
2. Mengetahui kaedah dan cara pengiraan meritokrasi kemasukan
ke IPTA.
3. Memahami sistem persijilan.
40 Minit

Sasaran

Tingkatan 4

Bahan

Alat multimedia, bahan edaran

Langkahlangkah

1. Set induksi
Guru Kaunseling menerangkan tentang konsep pensijilan di
peringkat menengah.
2. Guru Kaunseling mengedarkan contoh kaedah pengiraan
meritokrasi kepada murid.
3. Murid dikehendaki membuat pengiraan berdasarkan elektif yang
diambil dan pencapaian semasa.
4. Guru Kaunseling berbincang berkaitan syarat kemasukan ke
IPT.
5. Guru Kaunseling membuat rumusan dan peneguhan positif.
(Rujuk lampiran 5a,5b)
Penilaian secara bertulis dengan membuat pengiraan merit untuk
memasuki IPT.

Penilaian

Rumusan

Mengetahui kepentingan pengiraan merit yang betul untuk


kemasukan ke IPT.

Falsafah

1. Peka terhadap perubahan persaingan semasa untuk


melanjutkan pelajaran di IPT.
2. Rajin dan sentiasa mempunyai inisiatif untuk bersaing dengan
cabaran semasa dalam pendidikan dan kerjaya akan datang

LAMPIRAN 5a
Rujukan Guru Kaunseling Contoh Pengiraan
Pengiraan 5 Mata Pelajaran utama SPM ( Aliran Sains )
20

Bil

Mata Pelajaran

Gred

Markah

1.

Matematik

1A

18

2.

Matematik Tambahan

1A

18

3.

Fizik

1A

18

4.

Kimia

1A

18

5.

Biologi

1A

18

Jumlah
Pengiraan 3 Mata Pelajaran terbaik SPM ( Aliran Sains )
Bil

Mata Pelajaran

90

Gred

Markah

1.

Bahasa Melayu

1A

18

2.

Pendidikan Islam

1A

18

3.

Sejarah

1A

18

Jumlah

54
Kaedah Pengiraan Merit SPM
Markah 5 M/P X 90
90

Markah (a)
90 X90 = 90
90
Markah 3 M/P X 30
54
Markah (b)
54 X30 = 30
54
Jumlah markah

a + b = 90 + 30
= 120

LAMPIRAN 5b
Pengiraan Meritokrasi Berdasarkan Pencapaian Semasa
Nama :
21

Tingkatan :
Bil

Pengiraan 5 Mata Pelajaran utama SPM


Mata Pelajaran
Gred

Markah

1.
2.
3.
4.
5.
Jumlah
Pengiraan 3 Mata Pelajaran terbaik SPM
Mata Pelajaran
Gred

Bil

Markah

1.
2.
3.
Jumlah

Markah (a)
Kaedah Pengiraan Merit SPM
Markah (b)

Jumlah markah

Bidang

Kerjaya

Tajuk

Ujian Minat Kerjaya

Objektif

Murid:
1. Mengenal pasti bidang kerjaya yang diminati.
22

Masa

2. Menyediakan diri secara terancang ke arah jurusan/bidang yang


tepat.
3. Mengetahui bidang kerjaya yang diminati bersesuaian dengan
personaliti diri sendiri.
40 minit

Sasaran

Tingkatan 4

Bahan

Buku teks, Ujian Minat Kerjaya.

Langkahlangkah

1. Set induksi
Guru Kaunseling memberi penerangan kepada murid
berhubung dengan personaliti diri / minat kerjaya.
2. Guru Kaunseling mengedar soal selidik personaliti / minat
kerjaya.
3. Guru Kaunseling memberi arahan mentadbir ujian.
4. Murid menjawab soalan dalam edaran soal selidik.
5. Guru Kaunseling membuat interpretasi terhadap dapatan ujian.
6. Guru Kaunseling membuat peneguhan positif dan rumusan
secara keseluruhan.

Penilaian

1. Murid dapat menjawab soal selidik minat kerjaya


2. Ujian, Merekod dan Pemerhatian
Murid mengenal pasti minat kerjaya.

Rumusan
Falsafah

1. Murid menyayangi diri dan mengetahui bidang yang diminati.


2. Melahirkan rasa syukur dengan anugerah bakat, potensi dan
kemahiran.
3. Murid dapat menjawab soalan secara jujur dan telus.

Bidang

Kerjaya

Tajuk

Maklumat Kerjaya

Objektif

Murid:
1. Menggalakkan murid meneroka alam kerjaya.
2. Mengetahui tentang sumber-sumber maklumat kerjaya masa
23

kini.

Masa

3. Menggunakan kemahiran komunikasi dan mengklasifikasikan


maklumat.
40 Minit

Sasaran

Tingkatan 4

Bahan

:
1. Persembahan kiosk/power point/ vcd tentang sesuatu bidang
kerjaya.

Langkahlangkah

1. Set induksi
Guru Kaunseling menayangkan persembahan kiosk / power
point kerjaya.
2.

Guru Kaunseling mengagihkan murid kepada beberapa


kumpulan mengikut bidang-bidang kerjaya yang berbeza
(RIASEC)

3. Murid-murid membincangkan beberapa jenis kerjaya yang


berkaitan dengan mengikut kumpulan kerjaya.
4. Membentangkan hasil perbincangan kumpulan.

Penilaian

5. Guru Kaunseling membuat rumusan dan peneguhan.


Murid dapat membezakan jenis-jenis kerjaya mengikut
kumpulannya.

Rumusan

Pentingnya mengetahui jenis-jenis kerjaya.

Falsafah

1. Perlunya kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan untuk


menjayakan aktiviti kumpulan.
2. Rajin dan sentiasa berinisiatif untuk bersaing bagi
mendapatkan hasilan yang terbaik.

Bidang

Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk

Kemahiran Asertif
1. Definisi asertif
2. Ciri-ciri asertif
3. Tingkah laku asertif

24

Objektif

Murid:
1. Memahami maksud asertif
2. Mengenalpasti ciri-ciri asertif
3. Meningkatkan tingkah laku asertif

Masa

80 minit

Sasaran

Tingkatan Empat

Bahan

1. Bahan edaran
2. Tayangan gambar

Langkahlangkah

1. Guru Kaunseling mengedarkan skrip dialog dan meminta pelajar


melakonkan watak-watak dalam dialog tersebut.(Rujuk lampiran
6)
2. Guru Kaunseling menerangkan definisi asertif, agresif dan pasif.
3. Guru Kaunseling menerangkan perbezaan asertif, agresif dan
pasif dalam bentuk dialog.
4. Murid diminta main peranan bagi peneguhan asertif, agresif dan
pasif dalam bentuk dialog.
5. Guru Kaunseling menerangkan ciri-ciri orang yang asertif.

Penilaian

Murid diminta menyatakan semula definisi serta ciri-ciri asertif dan


melakonkan tingkah laku asertif.

Rumusan

Murid seharusnya berkeupayaan untuk meluahkan perasaan,


keperluan dan buah fikiran secara jujur dan berterus terang. Pada
masa yang sama, murid juga perlu menghormati keperluan dan
perasaan orang lain.

Falsafah

Tegas diri membantu meningkatkan keyakinan diri dan melahirkan


rasa hormat-menghormati.

LAMPIRAN 6
KEMAHIRAN ASERTIF
Situasi: Ponteng kelas.
Dialog Pasif:
25

Musa :
Chua
Mohan
Musa
Chua
Mohan
Chua
Musa

Subjek Matematik Tambahan tu ... habislah. Cikgunya pun


lembab. Jom kita lepak.
Boleh ke kita buat macam tu?
Boleh. Musa, kat mana port engkau.
Ala ... kau ikut je lah aku.
Nanti kantoi habis kita.
Apalah kau ni, penakut.
Oklah, aku ikut.
Macam itulah member.

:
:
:
:
:
:
:

Dialog Agresif:
Musa :

Kita berdua jangan jadi bangang nak belajar matematik bodohtu.


Jom kita blah.
Apalah kau ni. Takkan tiap-tiap hari kau nak ponteng.
Kau Musa, cakap tu biar betul.
Kau berdua ni memang penakut. Nak tunggu.. jadi
perempuanlah. Nak tunjuk baik konon.
Kau jangan banyak cakap Musa... nanti kena penumbuk aku.
Kau ponteng sorang jelah. Jangan nak libatkan kami.

Chua :
Mohan :
Musa :
Chua :
Mohan :
Dialog Asertif:
Musa :

Jomlah, berapa kali aku nak ajak kau orang berdua ni. Sekejap
lagi cikgu masuk. Nanti susahlah kita.
Kau nak ke mana Musa? Kita kan nak belajar.
Aku setuju dengan kau, Chua. Aku bukan tak sukakan kau Musa,
tapi ponteng tu tak berfaedah. Kau ada masalah dengan cikgu tu
ke Musa?
Aku boringla. Dahlah slow tak faham langsung. Menyusahkan
betul matematik ni.
Kau ni tak sukakan matematik atau tak sukakan cikgu tu? Apa
pun kita boleh bincang, Musa. Marilah kita masuk kelas. Petang
nanti kita pergilah lepak kat mana-mana, ok.

Chua :
Mohan :
Musa :
Chua :

Bidang
Tajuk

:
:

Keibubapaan
Komunikasi
1. Nilai komunikasi dalam keluarga.
2. Muhasabah diri.
3. Sumbangan ibu bapa terhadap anak

26

Objektif

Murid:
1. Menghargai sumbangan ibu bapa kepada keluarga.
2. Berperanan dan memberikan sumbangan kepada keluarga.

Masa

40 minit

Sasaran

Tingkatan 4

Bahan

Alat multimedia,nota

LangkahBidang
langkah

Set induksi.
: : Keibubapaan

Tajuk

1. Murid dipilih secara rawak untuk menceritakan serba sedikit

Objektif

Masa

Sasaran

Perkembangan
Emosi
Individu
mengenai
pekerjaan
ibu bapa mereka.
2. Murid membuat refleksi sumbangan ibu bapa terhadap
1. Padakeluarga.
akhir sesi murid dapat mengawal emosi dengan baik
semasa berinteraksi dengan ahli keluarga.
3. Perbincangan mengenai sumbangan ibubapa terhadap
60 Minit
keluarga.
4. Perbincangan mengenai apa pula sumbangan anak-anak
Tingkatan 4
( murid ) terhadap ibubapa.

:
:

Penilaian
Bahan

Murid
membuat
penilaian
tentang tanggungjawab ibu bapa.
LCD,
kertas
A4, alat
tulis

Rumusan
Langkahlangkah
Falsafah

Ahli keluarga yang bertanggungjawab berupaya membentuk


induksi bahagia.
: Set keluarga
1. Sekumpulan murid 10 15 orang dipilih membentuk bulatan
kecil.
:
Pengorbanan ibu bapa terhadap anak tidak dapat dinilai dengan
2. Guru
wang memilih
ringgit. seorang murid untuk berada di tengah bulatan
dan melakonkan watak sebagai anak.
3. Guru mengedarkan kad situasi kepada semua pelajar dalam
bulatan.
4. Berdasarkan kad situasi, pelajar dalam bulatan melontarkan
kata-kata untuk mencetuskan sentuhan emosi pelajar di tengah
bulatan (aktiviti main peranan).(Rujuk lampiran 7a)
5. Guru meminta pelajar di tengah bulatan menceritakan apa yang
telah dirasai hasil daripada aktiviti yang dijalankan tadi.
6. Guru merumuskan dengan cara menjelaskan jenis-jenis dan
cara mengawal emosi (Rujuk Lampiran 7b).

Penilaian

Latihan mengawal emosi.

Rumusan

Pengalaman dalam pembelajaran ini akan memberi kesan


positif terhadap kawalan emosi.

Falsafah

Manusia yang kuat ialah manusia yang dapat mengawal 27


marahnya, memiliki sifat sabar dan berani .

LAMPIRAN 7a
PERKEMBANGAN EMOSI
1.

(isi kad situasi)


Isu pencapaian pelajaran.

2.

Tidak solat.

3.

Pergaulan bebas.

4.

Tidak hormat antara adik beradik.

5.

Tidak belajar.

6.

Balik lewat.

7.

Malas.

8.

Kerap menonton televisyen.

9.

Kuat tidur.

10.

Degil.

28

LAMPIRAN 7b

KAEDAH MENGAWAL EMOSI


1.

Setiap masalah yang berlaku mesti ada puncanya.

2.

Gangguan perasaan adalah kerana reaksi emosi dan bukan atas apa yang
berlaku.

3.

Gangguan emosi itu adalah andaian pemikiran yang tidak realistik terhadap apa
yang berlaku.

4.

Andaian yang tidak realistik boleh dibuang dari dalam diri.

5.

Tingkah laku positif, konstruktif dan optimistik berdasarkan keyakinan diri.

29

Bidang

Keibubapaan

Tajuk

Kepemimpinan
Kepemimpinan Keluarga Cemerlang
Pembentukan Keluarga Bahagia

Objektif

Murid:
1. Mendapat maklumat sebagai persediaan menjadi
pemimpin dalam keluarga.
2. Memahami kepentingan kasih-sayang dalam keluarga.

Masa

80 minit

Sasaran

Tingkatan 4

Bahan

Kertas A4

Langkah
-langkah

Penilaian

Catatan isi penting yang dicatat oleh murid

Rumusan
:

Pengalaman dalam pembelajaran ini akan memberi


kesan positif terhadap ciri kepimpinan.

Falsafah

Set induksi
1. Murid diagih secara kumpulan dan diberi tugasan (pidato)
yang bertajuk :
a. Keluarga Cemerlang
b. Sayangi Keluarga
c. Utamakan Keluarga
d. Keluargaku Kebahagiaanku.
2. Murid berbincang dan menyediakan bahan.
3. Seorang
dilantik
dari
setiap
kumpulan
untuk
menyampaikan pidato.
4. Murid lain mencatat isi-isi penting.
5. Guru Kaunseling membuat rumusan.

: 1. Semua orang perlu bersedia menjadi pemimpin keluarga.


2. Berdikari, prihatin,berusaha dan mengambil berat.

30

Bidang

Keibubapaan

Tajuk

Objektif

Masa

80 minit

Sasaran

Tingkatan 4

Bahan

Langkahlangkah

Perkembangan Remaja
(Konflik Dan Perbezaan Pendapat Dalam Keluarga)

Murid:
1. Memperkayakan corak pemikiran dengan gaya yang kreatif
dan kritis.
2. menggunakan kemahiran berfikir untuk membuat keputusan
yang positif

Kelengkapan majlis forum ( rujuk lampiran 8 )

1. Membentuk beberapa kumpulan kecil dan diberikan tajuk


untuk wakil dibincangkan dalam kumpulan.
2. Memilih seorang ahli kumpulan untuk menjadi ahli forum.
3. Mengendalikan forum.
4. Sesi soal jawab.

Penilaian

Sesi soal jawab.

Rumusan

Konflik dan perbezaan pendapat dalam keluarga boleh


diselesaikan secara bijaksana.

Falsafah

1. Perbezaan pendapat ialah pencetus kepada perubahan dan


kemajuan.
2. Hasil yang baik adalah daripada keputusan dan tindakan yang
baik.

31

LAMPIRAN 8
TAJUK FORUM REMAJA
1.

Remaja Ceria Keluarga Bahagia

2.

Remaja Tunjang Kebahagiaan Keluarga

3.

Remaja Nur Keluarga

4.

Remaja Berakhlak Mulia Ibu Bapa Gembira

5.

Remaja Berwawasan Keluarga Gemilang

32

Bidang

Keibubapaan
Isu-Isu Keibubapaan :
Kerukunan Dan Kesejahteraan Keluarga.
(Membuat Keputusan Yang Praktikal Dan Rasional)

Tajuk

Objektif

Murid:
1. Membuat keputusan secara bijak dan bermaklumat dengan
strategi yang berkesan.
2. Membuat aplikasi penyelesaian masalah dengan istilah
menang-menang.

Masa

1 jam

Sasaran

Tingkatan 4

Bahan

Langkahlangkah

Kertas A4, kad imbasan, petak untung rugi


1. Set induksi :
Guru Kaunseling menyoal beberapa soalan berkaiatan :
i. Keputusan yang dibuat mengambil kira kebaikan dan
keburukan
ii. Penglibatan

ahli

keluarga

semasa

membuat

keputusan.
2. Murid diberi tunjuk cara menggunakan empat Petak Untung
Rugi (Rujuk lampiran 9). Semasa membuat keputusan akan
ada kebaikan dan keburukan.
3. Guru Kaunseling memastikan semua murid membuat aktiviti.
Penilaian

Murid menyenaraikan
bersama.

kepentingan

membuat

keputusan

Rumusan

Keputusan bersama akan memberikan rasa puas hati dan rasa


dihargai dalam keluarga.

Falsafah

Setiap ahli keluarga bertanggungjawab terhadap keputusan


yang telah dibuat.
LAMPIRAN 9

33

PETAK UNTUNG RUGI

BIL

UNTUNG
(Kebaikan)

RUGI
(Keburukan)

Bidang

Pembangunan Diri Murid

Tajuk

Halangan Komunikasi
34

Objektif

Murid memahami halangan komunikasi.

Masa

40 minit

Sasaran

Tingkatan 4

Bahan

Kertas A4

Langkah
-langkah

1. Set induksi
Guru Kaunseling mengadakan sesi berkenalan di kalangan
murid.
2. Guru Kaunseling mengedarkan sehelai kertas kepada seorang murid
mengandungi 20 perkataan berbentuk ayat.
Contoh: Pak Mat membeli parang ditangkap oleh polis dan
dituduh membunuh. Pak Mat terkejut besar dan terus pengsan.
Polis mengusung Pak Mat ke Hospital Bahagia.
3. Murid bergilir-gilir menghafal dan memberitahu semula apa yang
dihafal seorang demi seorang sehingga selesai.
4. Murid terakhir menyebut semula apa yang dihafal
5. Analisa ketepatan ayat. Setiap murid akan memberi pendapat dan
ulasan.
6. Guru Kaunseling meminta murid mengenal pasti apa yang
menghalang komunikasi (Rujuk lampiran 10)

Penilaian

Guru Kaunseling meminta murid menyenaraikan beberapa halangan


komunikasi.

Rumusan

Halangan komunikasi membawa kepada konflik.

Falsafah

1. Dalam komunikasi ada halangan-halangan.


2. Halangan komunikasi boleh menyebabkan salah faham dan
konflik.

LAMPIRAN 10
HALANGAN KOMUNIKASI
35

1. Kelupaan
2. Kebisingan
3. Perbezaan Budaya
4. Perbezaan Tafsiran
5. Perbezaan Bahasa
6. Faktor Ingatan
7. Faktor Tumpuan / Fokus kepada bahan
8. Faktor Kejelasan
9. Tanggapan awal terhadap penyampai.

Bidang

Pembangunan Diri Murid

Tajuk

Kemahiran Komunikasi

Objektif

Murid dapat:
i.

Mendengar secara aktif


36

ii.

Memahami halangan komunikasi

iii.

Berkomunikasi dengan cara berhemah

Masa

80 minit

Sasaran

Tingkatan Empat

Bahan

Bahan edaran

Langkahlangkah

Aktiviti 1
1. Set induksi:
Guru Kaunseling menceritakan mengenai kehidupan masa
lampaunya.
2. Guru Kaunseling meminta murid mencari pasangan dan duduk
secara berhadapan.
3. Murid menceritakan 10 perkara berkaitan dirinya seorang lagi
sebagai pendengar.
4. Murid yang telah mendengar menceritakan semula
5. Tukar peranan murid B bercerita sepuluh perkara dan murid A
mendengar
6. Bincangkan ketepatan murid yang mengulangi semula
cerita
tersebut. Kenapa ketepatan tidak berlaku
Aktiviti 2
1. Guru Kaunseling memberikan satu situasi di mana seorang anak
meminta izin bapanya untuk ke parti hari jadi.
2. Guru Kaunseling meminta murid mencari pasangan untuk
melakonkan watak ayah dan anak.
3. Guru Kaunseling memberi peluang kepada pelajar untuk
menggunakan dialog sendiri.
4. Bincangkan kesesuaian dialog yang digunakan.
5. Guru Kaunseling memberikan dialog contoh yang sesuai sebagai
panduan kepada pelajar. (Rujuk Lampiran 11)

Penilaian

Murid dapat menyenaraikan 5 halangan mendengar secara


bertulis dan lisan.

Rumusan

Meningkatkan nilai kehidupan murid ke arah kehidupan berkualiti.

Falsafah

Mendengar secara aktif menghasilkan komunikasi berkesan.

LAMPIRAN 11
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Situasi:
37

Seorang anak meminta izin daripada ayahnya untuk ke parti hari jadi kawannya pada
waktu malam.
Anak: Ayah, bolehkah saya cakap sesuatu?
Ayah: Apa dia?
Anak: Saya nak minta izin ke parti hari jadi kawan saya.
Ayah: Bila majlis tu?
Anak: Malam esok, pukul lapan malam.
Ayah: Di mana dan dengan siapa kamu nak pergi?
Anak: Majlis tu di rumah Azizul, di Cheras Perdana. Saya akan ke sana dengan beberapa
orang kawan.
Ayah: Ayah tak izinkan.
Anak: Maafkan saya ayah. Boleh tak saya tahu kenapa ayah tak izinkan saya ke parti
tersebut.
Ayah: Ayah bimbang tentang keselamatan kamu. Majlis tu di waktu malam dan jauh pula
dari rumah kita.
Anak: Oh, kalau pasal tu, ayah tak perlu risau. Kami pergi beramai-ramai. Lagi pun ibu bapa
Azizul ada bersama-sama dalam majlis tersebut.
Ayah: Kalau begitu baiklah. Jaga diri kamu baik-baik dan jangan balik lewat.
Anak: Terima kasih ayah. Sayang ayah!

Bidang

Pembangunan Diri Murid

Tajuk

Kemahiran Asas Kaunseling


38

Objektif

Murid dapat:
i.
Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
ii.
Meningkatkan kemahiran kepimpinan
iii.
Mengetahui teknik mendengar yang berkesan

Masa

60 minit

Sasaran

Tingkatan Empat

Bahan

Kertas A4 dan bahan edaran

LangkahLangkah

1. Set induksi
Guru Kaunseling mengadakan sesi berkenalan dalam kalangan
murid.
2. Guru Kaunseling mengedarkan bahan mengenai kemahiran asas
kaunseling. (Rujuk lampiran 12)
3. Murid mempraktikkan kemahiran asas kaunseling dalam kumpulan
kecil.
4. Murid merumuskan teknik dan kemahiran asas kaunseling dalam
kumpulan besar.

Penilaian

Secara bertulis

Rumusan

Meningkatkan nilai kehidupan murid ke arah kehidupan


berkualiti.

Falsafah

1. Murid yang cemerlang perlu berilmu dan beretika.


2. Asas kaunseling membantu cara berfikir dan bertindak serta yakin
diri

LAMPIRAN 12
ASAS-ASAS KAUNSELING
39

1. KEMAHIRAN INTERPERSONAL
1.
2.
3.
4.
5.
6.

MENDENGAR
MENYOAL
MEMAHAMI
EMPATI
REFLEKSI
BERSEMUKA

2. TEKNIK KAUNSELING
1. Refleksi
2. Parafrasa
3. Pentafsiran
4. Semakan Persepsi
5. Kesenyapan
6. Dorongan Minima
7. Memandu Klien
8. Penjelasan
9. Memberi Nasihat
10. Rumusan
3. KEMAHIRAN MENGENDALIKAN SESI KAUNSELING
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Membina hubungan
Mengenal pasti masalah
Mengenal punca masalah
Mencerakinkan masalah
Membuat alternatif
Membuat rumusan
Membuat tindakan susulan

Bidang

Pendidikan Pencegahan

Tajuk

Remaja dan Wawasan 2020.


40

Objektif

Murid menjadi pembimbing yang berkesan untuk


membasmi gejala penyalahgunaan dadah.

Masa

80 minit

Sasaran

Murid tingkatan 4

Bahan

- buku panduan PPDa


- vcd berkaitan
- kiosk kerjaya
1. Guru menayangkan vcd yang berkaitan dengan
kehidupan penagih dadah.
2. Murid menyenaraikan ciri-ciri kehidupan seorang
penagih.
3. Murid menyenaraikan ciri-ciri tingkah laku yang
dapat meningkatkan produktiviti diri dan rakan.
4. Perbincangan dan soal jawab.

Langkahlangkah

Penilaian

Rumusan

Perkongsian maklumat yang berterusan di samping


mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan
mampu mengelakkan murid terjerumus di dalam
penyalahgunaan dadah.

Falsafah

Maklumat yang tepat serta keupayaan komunikasi yang


berkesan dapat membantu mencegah penyalahgunaan
dadah.

1. Soal jawab

41

Anda mungkin juga menyukai