Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Masrom
penulis
berbanding barang-barangan yang lain. Penulis juga telah diingatkan tentang panduan
serta pantang larang ketika berbelanja di Istanbul. penulis telah dinasihati oleh seorang
pemandu pelancong yang bernama Yuksel tentang perkara-perkara yang perlu diberikan
perhatian bagi mengelakkan penipuan oleh para peniaga. Penulis serta rakan-rakannya
berasa sukar untuk menawar harga barangan yang hendak dibeli kerana tiada tanda harga
dipamerkan dan harga barangan hanya akan diberitahu jika ditanya.
Ketika berkunjung ke Grand Bazaar iaitu sebuah pusat beli-belah yang mempunyai
lebih 6,000 buah kedai, penulis telah disapa oleh seorang lelaki dari sebuah kedai yang
menjual jaket kulit. Lelaki itu telah meminta penulis mencuba sehelai jaket kulit yang
berkualiti tinggi yang diperbuat daripada kulit kijang. Lelaki itu cuba sedaya upaya memujuk
penulis untuk membeli jaket tersebut dengan menawarkan potongan harga yang
rendah. Oleh sebab bukan dalam perancangan, penulis telah menolak secara sopan untuk
membeli jaket yang telah dicubanya sebelum ini. Rupa-rupanya tindakan itu telah
menimbulkan rasa kurang senang lelaki itu. Layanan yang agak kasar itu telah membuatkan
penulis berasa kurang selesa. Penulis akhirnya teringat akan pesanan pemandu pelancong
sebelum ini agar berhati-hati ketika berurusan dengan peniaga di Istanbul.
Dalam perjalanan ke Egyptian Market, penulis didatangi seorang remaja kurus yang
menjual barangan di pasaran gelap (black market) tetapi pihak polis telah menangkap
remaja tersebut tetapi dilayan tanpa ada rasa kemanusiaan. Ketika beratur untuk menaiki
feri menyeberangi Selat Bhosporus pula , seorang lelaki tua dengan berani meletakkan
sehelai jaket kulit berwarna hitam di lengan penulis. Rakan Aku, Shahmeem menunjukkan
minat dan membeli dengan harga AS$ 120, namun tidak sesuai dengannya apabila dipakai.
Shahmeem
menjual
pula
harga
AS$100.
Namun
begitu, penulis menggambarkan tidak praktikalnya jaket itu digunakan di Malaysia kerana
tidak sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia. Jaket tersebut juga perlu dijaga dengan rapi,
tidak boleh dilipat sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak, dan jika koyak pula tidak dapat
dijahit dengan benang. Penulis berpendapat bahawa jaket kulit kijang itu sebenarnya
lambang kemewahan dan kemegahan. Lebih seekor kijang perlu dibunuh untuk
mendapatkan sehelai jaket. Dalam pada itu ingatan pemulis tertumpu pada hasil penulisan
tinggalan Nasreddin Hodja, iaitu tokoh pendidik yang berjiwa homuris dan mengamalkan
cara hidup sederhana. Beliau tidak suka akan pembaziran dan kemewahan.
Pembelian jaket kulit itu telah mendatangkan kegembiraan kepada penjualnya,
Shahmeem, dan kepada penulis sendiri. Penulis pula berhasrat untuk menjual jaket tersebut
apabila pulang ke Malaysia nanti. Tujuannya agar pembelinya berasa gembira kerana
membelinya dengan harga yang murah. Selain itu, tindakan itu dapat menghilangkan sifat
ego pembeli kerana dia sebenarnya membeli barangan terpakai. Penulis bercadang untuk
mendermakan wang jualan jaket itu kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang
kijang. Hal ini sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya
hidup manusia yang penuh kemodenan.
LATAR
Latar Tempat
1. Istanbul, Turki - Rombongan pelancongan dari Malaysia mengadakan lawatan ke Istabul,
Turki.
2. Grand Bazaar - Terdapat lebih 6 000 gerai di Grand Bazaar dan penulis membeli-belah di
situ.
3. Sebuah kedai di Grand Bazaar - Penulis telah dipaksa membeli jaket oleh seorang
peniaga di situ.
4. Bas. Mas membaca puisi daripada buku Mevlana Celaleddin Rumi and The Whirling
Dervishes di dalam sebuah bas.
5. Hotel Senator tempat penginapan aku dan rakan-rakannya ketika melancong di Turki.
6. Kedai menjual jaket kulit aku terpaku ketika melihat sepasang sarung tangan kulit
berwarna hitam di rak cermin. / Haji Helmi dan isterinya, cikgu Juliah membeli empat helai
jaket berwarna kuning keemasan. / penulis mencuba jaket kulit kijang namun tidak jadi
membelinya kerana dia tidak mempunyai wang yang mencukupi.
7. Pigeon Valley Penulis bersedekah kepada pengait benang yang kesejukan.
8. Gunung Bolu Penulis bersedekah kepada seorang kanak-kanak bersama-sama datuknya
yang buta.
9. Masjid Ulu Penulis bersedekah kepada seorang lelaki yang cacat anggota.
10. Masjid Biru tempat Penulis menunaikan solat jamak.
11. Egyptian Market tempat membeli belah yang mempunyai dataran burung merpati jinak.
12. Terminal Feri Selat Bhosporus Shahmeem membeli jaket kulit hitam daripada lelaki tua
di pasaran gelap dengan harga AS$120.
Latar Masa
1. Hari kelima lawatan ke Turki. Penulis membeli-belah di Grand Bazaar dan dipaksa
membeli jaket kulit kijang.
2. Hari keenam lawatan ke Turki. Penulis melawat Egyptian Market.
3. Malam terakhir di Istanbul. Penulis menyusun barang-barang untuk dibawa pulang.
Persoalan
Latar masyarakat
Persoalan tentang
kemewahandan gaya hidup
moden yangmengancam
kehidupan haiwan liar
Persoalan tentang sikap
peniaga yang tidak mematuhi
etika perniagaan
Masyarakat yang suka
melancong
Masyarakat penulis
yang banyak
meninggalkan has
penulisan yang
berkualiti
Latihan Pemahaman - Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab
soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri
Kisah aku akhirnya terbeli jaket kulit kijang dari Istanbul ini bermula pada hari
kelima lawatanku ke Turki. Aku sengaja menggunakan perkataan terbeli kerana aku benarbenar tidak ada niat untuk membelinya. Ahli rombongan kami yang seramai 20 orang
dibenarkan pergi membeli-belah di Grand Bazaar yang terletak lebih kurang satu kilometer
dari tempat penginapan kami di Hotel Senator.
Aku sudah mempunyai ilham jenis cenderamata yang akan kubeli untuk ahli keluarga
dan sahabat handai di Malaysia. Sebelum tiba di Istanbul, kami sudah melawat beberapa
kawasan bersejarah di Bursa, Pamukkale, Konya, Cappadocia dan Bolu. Pada setiap
persinggahan itu, aku mendapati bahawa cenderamata yang popular dan unik di Turki
berupa anak patung kain berpakaian tradisi, manisan tradisi lokum yang terkenal sejak
zaman pemerintahan Uthmaniah, teh uncang berperisa epal, rantai kunci daripada kaca biru
berupa mata merpati, botol orga saiz mini, pinggan seramik bertulis ayat suci dan gelang
manik penari gelek. Aku memang bercadang untuk membeli cederamata tersebut di Istanbul
kerana pada pendapat aku, apabila membeli cenderamata dalam jumlah yang banyak, aku
akan dapat membelinya dengan harga yang lebih murah, selain mempunyai pilihan yang
lebih luas. Aku begitu teruja saat mendengar khabar bahawa kedai yang terdapat di Grand
Bazaar berjumlah 6 000.
Pemandu pelancong, Encik Yuskel, telah memberitahu kami beberapa panduan
berbelanja di Istanbul. Pertama, jangan beli barangan daripada penjual di tepi jalan. Kedua,
jangan berjalan sendirian. Ketiga, jangan beritahu negara asal sekiranya ditanya oleh para
pekedai. Keempat, jangan naik ke tingkat atas kedai sekiranya dipelawa. Kelima, tawar
harga setiap barangan yang ingin dibeli sehingga 70 peratus. Keenam, jangan gunakan kad
kredit sebab terlalu berisiko ditipu.
(i) Jelaskan panduan ketika berbelanja di Istanbul seperti yang diberitahu oleh pemandu
pelancong dalam petikan.
[3 markah]