Anda di halaman 1dari 28

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.

IKRAR GURU
Bahawasanya kami guru Negara Malaysia dengan ini
berikrar:
Mendukung terus cita-cita kami terhadap tugas kami dan menyatakan
keyakinan kami pada cita-cita murni pekerjaan kami.
Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan Negara kami.
Kami sentiasa menjunjung perlembagaan Negara kami dan
mengamalkan prinsip-prinsip rukunegara pada setiap masa.

VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk


Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
MOTO SEKOLAH
TAAT
JUJUR

SLOGAN SEKOLAH

yes, everyone can learn"

OBJEKTIF SMK KATHOLIK, BENTONG

1. Meningkatkan kualiti keinsanan dan kesempurnaan serta jati diri berasaskan pegangan
dan ajaran agama
2. Meningkatkan profesionalisme guru-guru dan staf sokongan
3. Melonjak dan mengekalkan kecemerlangan kurikulum
4. Mengekal dan meningkatkan kecemerlangan kokurikulum
5. Meningkat dan menambah kecemerlangan keceriaan, kesihatan, keselamatan dan
kebersihan
6. Mewujudkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang sistematik dan berkesan
7. Mewujudkan hubungan baik dan kerjasama antara sekolah dengan PPD, JPNP, KPM dan
komuniti

PIAGAM PELANGGAN SMK KATHOLIK

Kami sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan yang mesra, adil dan saksama
kepada para pelanggan. Kami akan:
1. sentiasa melayani sebarang pertanyaan dengan ramah dan mesra.
2. menyampaikan maklumat dengan cepat dan tepat.
3. kesediaan menjalin hubungan yang baik dengan semua pihak.
4. sentiasa menjalankan tugas dengan dedikasi dan efisyen sebagai satu ibadah.
5. sedia menerima teguran dan pandangan secara terbuka.
6. sentiasa peka terhadap sebarang keperluan dan kehendak pelanggan.

TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju
ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan
berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah
pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan
Prinsip-Prinsip Rukunegara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan
mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan
mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut
sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan
yang setinggi-tingginya.
I.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR


1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,
mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan ugama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka
yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata
pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,
lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

II.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA


1. Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.
6

3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumahtangga

atau

mengenai

anak

mereka

sebagai

sulit

dan

tidak

akan

membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.


4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

III.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA


1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara atau pun yang bertentangan dengan
Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya
perbezaan kebudayaan, keturunan dan ugama.
3. Menghormati

masyarakat

tempat

kami

berkhidmat

dan

memenuhi

segala

tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil


bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiawanan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

IV.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN


1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau
berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai
guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin
dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan
sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu
dalam profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

(Catitan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyibarkan
ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi
termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan)

Mutiara Kata
Jika kita melakukan sesuatu dengan
keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita
terima juga setanding dengan apa yang

FOKUS UTAMA SEKOLAH


1. PENGURUSAN SEKOLAH YANG BERKUALITI

Memastikan semua warga sekolah termasuk ibu bapa mengetahui matlamat sekolah hendak
mewujudkan pengurusan sekolah yang berkualiti.

Mewujudkan pasukan pengurusan yang mantap dan berkualiti.

Memantapkan pelaksanaan, penyeliaan dan penilaian program sekolah.

Mempertingkatkan keberkesanan pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah.

Mempertingkatkan kualiti urusan melalui telefon dan faks.

Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kaunter atau mesra pelanggan.

Mempertingkatkan tahap kompetensi, kemahiran dan ilmu pengetahuan staf.

Memastikan sumber kewangan dan kemudahan dari segi kelengkapan, peralatan dan
infrastruktur mencukupi dan berfungsi.

Mengemaskini data dan maklumat sekolah.

Menyegerakan pelaksaan arahan atau tindakan.

Meminimumkan perbezaan pendapat, pendekatan dan salah faham dalam kalangan staf.

**.
2. KECEMERLANGAN AKADEMIK

Memastikan semua warga sekolah termasuk ibu bapa sedar akan matlamat sekolah dan
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya

Memastikan semua guru dan pelajar berkualiti

Memastikan sistem pemantauan, penyeliaan dan penilaian berkesan.

Memastikan sistem pengajaran dan pembelajaran berlangsung secara berkesan dan


menyeronokkan

Memastikan kemudahan dari segi kelengkapan, peralatan dan infrastruktur mencukupi dan
berfungsi dengan baik.

Memastikan semua kemudahan yang disediakan dimanfaatkan sepenuhnya.

Mewujudkan budaya cintakan ilmu

Mewujudkan budaya membaca.

Memberikan penekanan kepada mata pelajaran kritikal (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik dan Sains) selaras dengan perubahan sukatan pelajaran Matematik dan Sains

Memberi penekanan untuk mencapai matlamat 60:40 (60% Sains dan 40% Sastera) selaras
dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. KECEMERLANGAN KOKURIKULUM

Memastikan semua warga sekolah termasuk ibu bapa mengetahui matlamat sekolah dan
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Melengkapkan kemudahan dan peralatan mencukupi, berfungsi dan selamat digunakan.

Memastikan semua guru komited dan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam aktiviti
kokurikulum

Memastikan semua pelajar melibatkan diri dalam satu aktiviti sukan dan permainan, satu
pasukan beruniform dan satu persatuan atau kelab

Mewujudkan etos sekolah (sekolah berwatak) berasaskan kecemerlangan kokurikulum.

Mewujudkan budaya bersukan sepanjang tahun.

4. KECEMERLANGAN SAHSIAH DAN KESEJAHTERAAN


PELAJAR

Memastikan semua warga sekolah termasuk ibu bapa sedar akan matlamat sekolah dan
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Menyemai budaya ilmu, berakhlak mulia, berdisiplin, beriman dan bersih rohani serta
jasmani dalam kalangan pelajar.

Membentuk sikap positif kendiri pelajar.

Memperkembangkan potensi, bakat kepimpinan, bekerjasama dan keyakinan diri dalam


kalangan pelajar.

Mengutamakan kesejahteraan pelajar dengan mengambil berat tentang kebajikan, kesihatan


dan keselamatan.

Merealisasikan pendidikan agama dalam kehidupan harian pelajar.

Memastikan semua guru bertindak sebagai guru disisplin dan pembimbing.

Mewujudkan pemuafakatan dengan pelbagai pihak yang boleh memberi sumbangan kepada
kecemerlangan sahsiah pelajar.
5. KECEMERLANGAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN
FIZIKAL, KEMUDAHAN DAN PERSEKITARAN SEKOLAH

Memastikan semua warga sekolah termasuk ibu bapa sedar akan matlamat sekolah dan
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Memastikan kemudahan dan kelengkapan mencukupi, berfungsi dan selamat digunakan.

Memastikan keberkesanan perkhidmatan pekerja-pekerja perkhidmatan cucian bangunan dan


kawasan sekolah.

Memastikan keberkesanan perkhidmatan pekerja-pekerja kawalan keselamatan sekolah

Mewujudkan mercu tanda yang berfungsi dan menjadi kebanggaan seluruh warga sekolah
10

6. KECEMERLANGAN PENGURUSAN PERHUBUNGAN


KOMUNITI : PERSEKITARAN SEKOLAH

Memastikan semua warga sekolah termasuk ibu bapa sedar akan matlamat sekolah dan
berusaha mewujudkan perhubungan akrab dengan pihak luar seperti agensi kerajaan, badan
berkanun, badan bukan kerajaan, pihak swasta, pemimpin-pemimpin tempatan dan
masyarakat setempat.

Menarik minat pihak luar membantu sekolah baik dalam bentuk galakan, sokongan moral,
sumber kewangan, tenaga, idea mahupun kepakaran.

Mengadakan pakatan strategik dengan syarikat-syarikat setempat untuk membantu sekolah


dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum sahsiah pelajar dan
fizikal sekolah.

Menggalakkan pihak luar mengadakan program-program yang boleh memanfaatkan muridmurid dan anggota sekolah.

11

PENTADBIRAN AM UNTUK GURU


DAN STAF SMK KATHOLIK
1. ARAHAN AM

Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah
Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi
Perintah Am tersebut.

Guru dan kumpulan pelaksana sekolah dinasihati supaya membaca, memahami dan boleh
mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.

Guru hendaklah menghayati tatasusila profesional keguruan dan menjunjungnya sebagai satu
profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.

Semua guru dan kumpulan pelaksana hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
perkhidmatan cemerlang.

Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Moto, Visi, Misi, Falsafah, Objektif dan
Piagam Pelanggan Sekolah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia.

Semua guru dan kumpulan pelaksana dikehendaki meletakkan kepentingan pelajar dan
sekolah lebih daripada kepentingan diri ketika bertugas.

Semua guru dan kumpulan pelaksana dikehendaki bertanggungjawab menjaga dan menjamin
keselamatan pelajar ketika belajar di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.

Semua guru dan kumpulan pelaksana hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang
berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

2. WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN


Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu persekolahan.

Semua guru wajib berada dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali
menjalankan tugas rasmi di luar.

3. MASA TIBA SEKOLAH

Semua guru hendaklah sampai dan berada di sekolah sebelum jam 7.20 pagi.

Guru bertugas harian dikehendaki berada di sekolah jam 7.00 pagi dan berada di tapak
perhimpunan untuk mengendalikan perhimpunan pelajar dan mengawal disiplin mereka.

Waktu balik bagi guru bertugas harian adalah jam 4.30 petang.

Semua guru WAJIB menulis masa tiba ke sekolah dan masa balik.
12

4. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

Semua guru WAJIB menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan hari yang
ditetapkan.

Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher. Guru perempuan
WAJIB memakai pakaian yang menutup aurat dan kemas.

Guru-guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan lagu
Sekolah.

Guru bertugas harian hendaklah merekod, melapor dan mencatat semua aktiviti yang berlaku
sepanjang hari bertugas di dalam buku laporan harian yang disediakan di pejabat sekolah.

5. MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH WAKTU BERTUGAS

Guru dan kumpulan pelaksana tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam
waktu persekolahan kecuali mendapat kebenaran daripada pengetua.

Guru yang mendapat arahan PPD/JPN/KPM/LPM/MPM dan lain-lain mesti memaklumkan


kepada Pengetua terlebih dahulu.

Guru dan kumpulan pelaksana juga dikehendaki MENCATAT BUTIRAN DALAM BUKU
KEBENARAN KELUAR dan dapatkan tandatangan Pengetua / Guru Penolong Kanan.

Guru yang mendapat kebenaran daripada pengetua hendaklah merakamkan waktu keluar dan
waktu kembali semula ke sekolah DALAM BUKU KEBENARAN KELUAR.

Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta mendapatkan guru ganti ATAU MELELONG
WAKTU untuk kelas yang ditinggalkan dan hendaklah memaklumkan kepada Pengetua /
Penolong Kanan.

Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan
kecemasan.

6. PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS


Guru wajib mematuhi Surat Pekeliling Bil. 6/1995 (rujuk salinan surat yang dilampirkan)
7. WAKTU KEHADIRAN

Rakaman kehadiran guru / catatan kehadiran guru adalah dokumen yang membantu pengetua
untuk membuat penilaian Prestasi Tahunan .

Guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum dan kelas tambahan juga dikehendaki
menandatangani buku kehadiran kokurikulum / kelas tambahan
13

Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan atau
sebab-sebab yang munasabah dan mendapatkan tandatangan Pengetua dengan segera.

8. KEHADIRAN MESYUARAT / PROGRAM RASMI SEKOLAH / KURSUS DALAMAN

Guru wajib menghadiri semua mesyuarat dan program rasmi sekolah.

Guru yang tidak hadir hendaklah mendapat kebenaran daripada pengetua dengan permohonan
secara rasmi. Bukti ketidakhadiran hendaklah disertakan.

Semua mesyuarat mesti mempunyai agenda dan minit. Keputusan mesyuarat mesti
disampaikan kepada pihak berkenaan dan diambil tindakan.

Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian rasmi. Kemeja T, pakaian sukan,
sandal dan selipar tidak dibenarkan.

9. KEGIATAN KOKURIKULUM

Semua guru akan ditugaskan menjadi Penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah
dijalankan dengan cekap.

Semua guru wajib menghadiri kegiatan kokurikulum dan menulis nama dalam buku kehadiran
kokurikulum yang disediakan di pejabat sekolah.

Guru hendaklah memastikan buku laporan aktiviti kokurikulum diisi oleh pelajar dan
mengesahkan laporan tersebut.

Buku laporan tersebut hendaklah dihantar kepada Penyelaras setiap minggu untuk disemak
dan dihantar sebulan sekali kepada Pengetua / PK Kokurikulum untuk disahkan.

10. MELAKUKAN KERJA LUAR


Penjawat awam tidak dibenarkan melakukan kerja luar kecuali dengan mematuhi Perintah Am
Bab D seperti berikut :

Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.


Tidak dilakukan semasa waktu pejabat.
Tidak menjejaskan kredibiliti sebagai penjawat awam.
Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan
jabatan.

14

Berhubung dengan menjalankan tuisyen di luar, guru-guru diingatkan bahawa tindakan


tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) subseksyen 79 ( e ) dan
subseksyen 132 ( g ) di mana boleh didenda tidak melebihi RM 50,000 ( Ringgit Malaysia
Lima Puluh Ribu ) atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

11. CUTI
11.1

Cuti Rehat / Cuti Penggal

11.2

Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh


24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk
menggantikan cuti rehat. Namun guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak
melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugastugas seharian daripada tugas mengajar.

Cuti Rehat Khas ( CRK )

Tidak melebihi daripada tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977 diganti
dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalender.
( rujuk Perintah Am 1 ( ix ) bab C )
11.3Cuti Sakit

Guru-guru yang tidak dapat hadir bertugas kerana sakit hendaklah memaklumkan
kepada Pengetua atau Penolong Kanan Kurikulum/ Penolong Kanan HEM, Penolong
Kanan KoKurikulum mengikut tatacara berikut :

Menelefon segera kepada Pengetua.

Sijil Perakuan Doktor mesti diserahkan segera kepada Pengetua apabila datang
bertugas kembali (tidak melebihi 2 hari). Jika tidak, cuti tersebut akan dianggap
sebagai Cuti Rehat Khas (CRK).

11.4Cuti Kecemasan / Cuti Rehat Khas

11.5

Untuk memohon cuti ini, sila baca surat Pekeliling KPM yang dilampirkan bersama.

Dapatkan borang permohonan daripada Pejabat Sekolah.

Serahkan borang yang siap diisi untuk kelulusan

Cuti Keluar Negara

Guru-guru mesti mengisi borang kebenaran ke luar negara sama ada semasa cuti sekolah atau
semasa penggal persekolahan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat sekolah
selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.
15

11.6

Cuti Tanpa Rekod

11.7

Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat

11.8

Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli terdekat selama tiga (3) hari sebagai
cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah : suami atau isteri, anak-anak,
ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am.
Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

Cuti Khas Isteri Bersalin

11.9

Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti
latihan pasukan sukarela menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan /
persatuan latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan
ikhtisas mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan.

Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota
perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan
am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan
perkhidmatan.

Cuti Tanpa Gaji

Cuti ini tidak digalakkan kecuali tidak dapat dielakkan.


12. BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

Buku persediaan mengajar ialah dokumen rasmi dan harta kerajaan. Semua butiran hendaklah
disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.

Fail / Buku ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan Mata
Pelajaran pada setiap minggu mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangan. (rujuk
jadual).

Semua guru perlu melengkapkan semua maklumat yang ditetapkan iaitu : Sukatan Pelajaran,
Rancangan Pengajaran, Jadual Waktu Kelas Dan Persendirian, Senarai Buku Rujukan, Biodata
Diri, Senarai Nama Pelajar, Markah Ujian, TOV dan ETR Pelajar dan maklumat-maklumat
lain di ruangan yang disediakan.

Guru Kanan Mata Pelajaran akan menyemak rancangan pengajaran dan sukatan pelajaran di
dalam buku persediaan mengajar.

Format terkini KBSM hendaklah digunakan untuk menyediakan rancangan pengajaran

Guru yang ditugaskan menjadi guru ganti diwajibkan mencatat di dalam buku persediaan
mengajar perkara berikut :
1. Mata pelajaran yang diganti
2. Tingkatan
3. Masa
16

Buku Persediaan Mengajar ialah dokumen yang membantu dalam menyedia dan
melaksanakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

Jika seseorang guru bercuti, fail / buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong
Kanan, untuk urusan guru pengganti.

Fail / Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah pada hari terakhir tahun
persekolahan.

13. WAKTU MENGAJAR

Memastikan kehadiran dan disiplin pelajar di dalam kelas.

Melengkapkan Buku Kawalan Kelas (BKK).


Memastikan kelas teratur, bersih dan kondusif.
Mencatat bilangan pelajar yang ada di dalam borang kawalan kelas.

14. GURU GANTI (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981)


Sila lihat Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai Masa Luang (Free Period).
Guru-guru hendaklah mematuhi jadual guru ganti yang ditetapkan.

15. BUKU LATIHAN / NOTA PELAJAR / BUKU KERJA / BUKU REKOD KOKURIKULUM
Buku-buku tersebut hendaklah sentiasa diperiksa dengan teliti
Buku yang telah diperiksa hendaklah segera dikembalikan kepada pelajar.
Sila turunkan tandatangan ringkas dan tarikh di dalam buku / nota yang telah diperiksa.

Pengetua / Penolong Kanan / Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum / Guru
Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Panitia Mata Pelajaran akan menyemak buku-buku tersebut
mengikut jadual.

16. GURU SEBAGAI GURU DISIPLIN (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001)
Semua guru SMK Katholik adalah guru disiplin dan guru bimbingan. Guru-guru hendaklah
sentiasa memberi bimbingan kepada pelajar dan mengamalkan budaya Sekolah Penyayang
. Buku Peraturan Sekolah menjadi panduan untuk mengurus pelajar-pelajar.
17. KESELAMATAN PELAJAR

Semua guru bertanggungjawab menjaga keselamatan pelajar sepanjang waktu berada di dalam
kawasan sekolah.

Jika berlaku kemalangan atau kecederaan guru diminta segera memaklumkan kepada pengetua
atau penolong-penolong kanan, ibu bapa atau penjaga kepada pelajar berkenaan mesti
dimaklumkan segera.
17

Peraturan keselamatan yang disediakan mestilah dipatuhi


Latihan kebakaran wajib diadakan sekali sepenggal.

18. PERHUBUNGAN SESAMA GURU DAN KUMPULAN PELAKSANA

Guru dan Kumpulan pelaksana sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang
baik dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengamal tutur kata, dengan harapan akan
mewujudkan perasaan kekitaan.
Guru dan Kumpulan pelaksana tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan /
fahaman / pendapat / kepercayaan sesama rakan ataupun pelajar sekolah ini.
Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosio
ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
Guru dan kumpulan pelaksana WAJIB menjadi ahli badan kebajikan dan mematuhi
perlembagaan badan kebajikan tersebut.
19. BILIK GURU

Kebersihan, keceriaan dan keselamatan Bilik Guru adalah menjadi tanggungjawab semua
guru. Jadikan bilik guru sebagai contoh kepada pelajar.
Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah
dianggap non-teaching period dan bukannya free period. Oleh itu guru hendaklah
menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. Sebarang aktiviti berunsur
perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru.
Pelajar tidak digalakkan berada di bilik guru.
Pelawat tidak dibenarkan menggunakan bilik guru untuk berbincang sesuatu dengan guru.
Sebarang pertemuan ( tetamu luar ) hendaklah diadakan di luar bilik guru / kantin.

20. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan bolehlah berurusan dengan
Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua.

Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Ketua
Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang atau Penolong Kanan dan Pengetua.

21. TUGAS

Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan
pentadbiran. Tugas tersebut mesti dilaksanakan dengan dedikasi, cekap dan
bertanggungjawab.

Guru hendaklah melaksanakan sesuatu tugas / arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi
ke Jabatan Pendidikan Negeri atau sekolah lain dengan penuh tanggungjawab. Guru yang
ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua.
18

Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai
hendaklah dikemukakan kepada Pengetua dengan menggunakan borang khas yang boleh
diperoleh di Pejabat Sekolah.

Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke
sekolah hendaklah menjalankan Kursus Dalaman kepada guru dan dimaklumkan kepada
Penolong Kanan / Pengetua tarikh dan masa pelaksanaannya.

Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan untuk
pelajar dan mengisi borang maklumat tugasan dan diserahkan kepada Penolong Kanan.

22. JADUAL WAKTU


Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.

Guru Kelas dan Guru Bilik Khas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk
dipamerkan di dalam kelas / bilik khas masing-masing.

23. JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

Setiap Guru Kelas akan diberi sebuah Buku Kedatangan Pelajar. Buku ini amat penting kepada
pihak audit dan menjadi satu kesalahan sekiranya hilang atau tidak melengkapkan dengan
sempurna. Buku ini mesti disimpan di pejabat sekolah pada setiap masa.

Guru Kelas hendaklah mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah


memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian dalam
kulit hadapan.

Buku Kedatangan Pelajar hendaklah ditulis secara teratur dengan dakwat hitam sahaja atau
biru sahaja, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh Guru Kelas pada waktu pertama. Jika
Guru Kelas tidak hadir, Buku Kedatangan Pelajar hendaklah diisi oleh Guru
Penyelaras Tingkatan.

Guru Kelas tidak boleh mewakilkan pelajar untuk menanda Buku Kedatangan Pelajar.

Pelajar yang tidak hadir 3 hari berturut-turut atau berselang seli selama 10 hari dalam satu
bulan, ibu bapa / penjaganya hendaklah dihubungi secara bertulis.

Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh PK HEM.

24. KESELAMATAN DAN PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH

Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta
benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau
tidak sengaja hendaklah disampaikan ke pengetahuan pihak sekolah.

Ketua Panitia / Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan ada peraturan peraturan
mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.

Alat-alat dan harta sekolah adalah harta kerajaan. Penggunaan untuk peribadi adalah dilarang.
Sesuatu alat yang dipinjam hendaklah mendapat kebenaran guru kanan / guru yang
bertanggungjawab dengan mengisi borang pinjaman. Alat yang digunakan hendaklah
dikembalikan semula dan menandatangan buku pinjaman.
19

25. KEBERSIHAN

Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar
hendaklah disediakan oleh guru kelas untuk kelas masing-masing. Alatan yang digunakan
untuk membersihkan kelas hendaklah disimpan dengan rapi dan selamat.

Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat
khas ( bengkel , bilik kaunseling, makmal dan lain-lain ) bertanggungjawab untuk menjaga
kebersihan dan keselamatan bilik tersebut.

Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, kumpulan pelaksana dan
pelajar.

26. SURAT RASMI


Semua surat rasmi berkaitan dengan perjawatan atau sekolah hendaklah dihantar melalui
pengetua.
27. SURAT YANG DITERIMA

Semua surat masuk yang telah diminitkan oleh Pengetua perlu diambil tindakan segera.
Semua surat keluar hendaklah menggunakan kepala surat sekolah yang ditandatangani oleh
Pengetua.
Sekiranya guru perlu menghantar sebarang maklumat kepada pihak-pihak berkaitan, maka
maklumat tersebut hendaklah ditaip dan menyerahkan ke pejabat. Pihak pejabat akan
menyediakan surat iringan yang ditandatangani oleh Pengetua.\

28. PERGI KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI / PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan
Daerah untuk urusan peribadi.

29. PELAWAT

Semua pelawat, penjual dan pengedarWAJIB berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan
terlebih dahulu sebelum berurusan dengan guru-guru. Promosi atau mengiklan sesuatu
barangan di sekolah untuk pelajar adalah dilarang kecuali mendapat kebenaran pengetua.
30. PEMBELIAN

Guru/staf perlu menyediakan kertas kerja sebelum membuat pembelian sesuatu barangan.

Guru/staf yang hendak membeli barang daripada koperasi sekolah/syarikat-syarikat perlu


memohon kebenaran dengan mengemukakan nota minta yang terdapat di pejabat untuk
ditandatangan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran/Penolong Kanan berkaitan sebelum diluluskan
oleh Pengetua.
20

Pembelian barangan untuk melaksanakan aktiviti/program perlu disertakan dengan kertas kerja
dan nota minta.

31. BUKU STOK / INVENTORI

Ketua Panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan
memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa
dikemaskini. (Setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan serta
merta )

Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok inventori ini
dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk
disahkan oleh PK / Pengetua.

32. TANDA NAMA


Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah
atau di luar sekolah.
33. KEAHLIAN KELAB GURU / PIBG
Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.
Semua guru hendaklah membayar yuran kelab guru dan mematuhi perlembagaan kelab

34. PENGGUNAAN ALATAN


Penggunaan alatan sekolah hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
Guru/staf perlu mendapat kebenaran daripada Ketua-Ketua Bahagian/Unit atau Penjaga Stok
dan perlu direkodkan.
Alatan hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera dalam
berkeadaan baik.
Alatan yang rosak hendaklah dilaporkan dengan segera.
35. ARAHAN DAN PEKELILING

Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti
dan dipatuhi serta ditandatangan selepas membacanya.

Sekiranya arahan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail
khas.

36. TELEFON

21

Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan direkodkan dalam buku
yang disediakan. Guru atau staf sekolah hendaklah menggunakan telefon awam untuk urusan
peribadi.
Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah.
37. KUNCI

Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi
Buku Rekod Peminjaman di pejabat.

Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran
daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.

22

MAKLUMAT
PERHARIAN
SEKOLAH

23

24

PENGURUSAN
PENTADBIRAN

SENARAI JAWATANKUASA/TUGAS 2016


25

A.

Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

A1.

Jawatankuasa Induk Pengurusan & Pentadbiran


Pengerusi

Pengetua

Pn.Tui Soke Lai

Naib Pengerusi

PK Kurikulum

Pn.Rodiah bt Zakaria

Setiausaha

KB Bahasa

Pn Noorul Aida bt. Mohd Roslan

AJK

PK HEM

En. Tan Thon Lim

PK Kokurikulum

Pn. `Ainida bt Ahmed Noordin

KB Vokasional & Teknikal

Pn Tan Kai Yong

KB Kemanusiaan

Y.Bhg.Datin Tam Swee Fah

KB Sains & Matematik

En Su Hou Lay

KB Bahasa

Pn Noorul Aida Bt Mohd Roslan

Pembantu Tadbir

Pn.Aizah Bt Ab.Karim

SENARAI TUGAS
1.Bertanggungjawab terhadap PPD, JPN dan KPM.
2.Bertanggungjawab memastikan Misi, Visi dan Piagam Pelanggan dilaksanakan mengikut
3.Petunjuk Prestasi Utama.
4.Memastikan dasar-dasar Kementerian Pelajaran dilaksanakan di peringkat sekolah.
5.Memantau semua guru dan kakitangan melaksanakan tugas yang ditetapkan.
6.Menentukan proses refleksi dan penambahbaikan sentiasa dijalankan.

26

A2.

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS)

Pengerusi

Pengetua

Pn.Tui Soke Lai

Naib Pengerusi

PK Kurikulum

Pn.Rodiah bt Zakaria

PK HEM

En. Tan Thon Lim

PK Kokurikulum

Pn. `Ainida bt Ahmed Noordin

Setiausaha

SU Kurikulum

Pn Poziah bt Md Yusoff

AJK

KB Kemanusiaan

Y.Bhg.Datin Tam Swee Fah

KB Sains & Matematik

En Su Hou Lay

KB Bahasa

Pn Noorul Aida Bt Mohd Roslan

KB Vokasional dan Teknik

Pn Tan Kai Yong

Semua Ketua Panitia


Guru Bimbingan dan Kaunseling

Pn Wong Su Le

Guru Cemerlang

En Siew Ah Hoi

Guru Pusat Sumber/Media

Pn Suriati bt A Rashid

Setiausaha Peperiksaan SPM

Pn Foong Yoke Mui

Setiausaha Peperiksaan PT3

Pn Leung Keat Hui

Setiausaha Peperiksaan PBS

Pn Suriani bt Taib

Setiausaha SPBT

Pn Saraswathy a/p Chilliah

SENARAI TUGAS
1. Bertanggungjawab terhadap PPD, JPN dan Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan
Kurikulum Sekolah.
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun.
3. Merancang dan melaksanakan kelas pemulihan dan bimbingan.
4. Mengesan dan memastikan supaya Sukatan dan Perancangan Pengajaran dilaksanakan dengan
sempurna.
5. Mengkaji analisis keputusan PT3 dan SPM serta peperiksaan dalaman untuk merangka program
jangka pendek dan panjang bagi meningkatkan kecemerlangan.
6. Memberi panduan kepada guru mata pelajaran.
7. Berusaha untuk memperbanyak bahan-bahan sumber pendidikan di sekolah.
8.
Mengkaji dan menilai buku-buku teks dan buku tambahan yang digunakan oleh pelajar untuk
menentukan kesesuaian dan membuat pembetulan jika terdapat kesalahan.
9.
Mengesan dan memastikan supaya Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran dilaksanakan
dengan sempurna.

PENGURUSAN
KURIKULUM

10.
11.

Merancang takwim program akademik dan membuat pemantauan pelaksanaan program.


Mengendalikan pengurusan dalam pentadbiran hal ehwal akademik.
27

28

Anda mungkin juga menyukai