1. Saya mesti diterima oleh orang yang rapat / signifikan dalam hidup saya,
kerana ini sangat penting bagi saya.
2. Saya mesti disayangi oleh keluarga, kekasih atau sesiapa saja yang
penting dalam hidup saya, kerana ia merupakan perkara penting bagi saya.
3. Saya percaya bahawa semua masalah mesti ada jawapannya, dan jika
saya tidak dapat jawapannya bererti saya tidak bagus, tidak berguna.
4. Saya mesti dapatkan apa yang saya harapkan, mahukan dan jangkakan,
dan jika saya gagal mendapatkannya, ianya suatu keadaan yang sangat
mengecewakan dan teruk.
5. Saya percaya bahawa masalah orang lain mesti menjadi masalah saya,
dan saya bertanggungjawab keatasnya.
6. Lari daripada masalah adalah lebih baik daripada menghadapinya.
7. Saya hanya bagus dan berguna jika... dan jika tidak saya adalah tidak
bagus, teruk, tidak berguna dan orang lain mungkin tidak akan menerima
saya jika mempamerkan kekurangan.
8. Saya percaya bahawa orang jahat, tidak adil, kejam, melampau mestilah
dipersalahkan dan diambil tindakan.
9. Saya mesti bergantung pada orang lain.
10. Saya mesti ingatkan bahaya selalu.
11. Saya tidak boleh berubah, lebih-lebih lagi kerana zaman lampau telah
mencorakkan saya kini.
12. Kebahagiaan saya adalah dari orang lain, atau di luar kawalan diri saya,
dan saya tidak berkuasa untuk mengawalnya.