Anda di halaman 1dari 14

1.

0 Pendahuluan
Pepatah Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi menerangi orang
lain masih relevan dalam era globalisasi. Guru sanggup berkorban jiwa dan raga demi
melahirkan generasi cemerlang dari segi budaya, agama, sahsiah dan pemikiran. Namun,
golongan guru boleh menguntum senyuman kerana jasa mereka terpapar pada kejayaan
dikecapi, bukan saja murid diajar bahkan pada setiap pelosok pembangunan. Inilah lilin
yang membakar diri demi kebahagiaan orang lain. Betul kata pujangga Usman Awang yang
berpendapat bahawa setiap kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya bermula daripada
guru. Meskipun guru tidak boleh bermegah dengan kejayaan anak didik mereka, guru harus
bangkit daripada kesibukan bagi memberi didikan kepada anak bangsa untuk mencapai
kejayaan cemerlang.
Benarlah Islam meletakkan profesion guru itu tinggi darjatnya. Hakikat ini ditunjukkan sendiri
Imam Shafie ketika beliau pada saat-saat hampir menghembuskan nafas terakhir, meminta
anak muridnya mengajar sesuatu kepadanya. Beliau tahu betapa tingginya martabat orang
yang mengajar, begitu juga orang yang belajar di sisi Tuhan. Dalam era globalisasi ini, guru
menghadapi pelbagai cabaran semasa yang menguji ketahanan dan kesabaran guru di
Malaysia. Anatara cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh guru ialah kepelbagaian
budaya, pendemokrasian pendidikan, integrasi nasional dan perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi.
1.1 Cabaran semasa guru sekolah rendah.
Guru ialah satu profesion yang selama ini diagung agungkan. Dari zaman ke
zaman, guru amat penting dalam kehidupan masyarakat. Ini kerana guru membimbing
masyarakat menjadi manusia yang berguna. Tanpa jemu dan usaha yang berterusan guru
sentiasa mendidik dan membimbing masyarakat.
`CABARAN

pula

didefinisikan

sebagai

perihal

mencabar

(mempersoalkan,

mempertikaikan), ajakan (untuk berlawan) dan sesuatu (unsur, factor) yang mencabar
(menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan sebagainya).
Jika kita renungi definisi di atas maka kita dapati CABARAN itu sebenarnya satu
situasi atau kesukaran yang perlu kita tempuhi. Jika satu situasi itu tidak ada kesukaran
maka ianya bukanlah CABARAN. Manakala yang lebih penting kesukaran yang dilalui itu
haruslah mempunyai ciri-ciri untuk menguji diri seseorang individu supaya dapat bertindak
membuat sesuatu. Kita dilahirkan di bumi ini sememangnya untuk diuji. Ujian datang dalam
pelbagai bentuk sama ada ujian dari segi fizikal dan mental.

Sebagai seorang guru di sekolah rendah, saya juga menghadapi beberapa cabaran
serta masalah yang sentiasa berada di sekeliling. Tidak kira dengan pelajar, rakan pejabat
dan juga pihak pentadbir. Antara cabaran yang dihadapi di sekolah ialah :
Bebanan kerja
Cabaran ini selalunya dihadapi oleh semua guru. Tugas dan kerja yang di berikan
melampaui kebolehan serta kemahiran guru. Beban kerja yang terlalu menghimpit guru
guru adakalanya membuatkan emosi guru terganggu.
Perubahan Dasar Pendidikan.
Pada dasarnya kerajaan mahukan perubahan dalam pendidikan. Usaha ini amat baik tetapi
telah menyebabkan guru guru seperti saya terpaksa mengubah cara pengajaran untuk
mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Sebagai contohnya, saya telah didedahkan
dengan kurikulum terdahulu iaitu KBSR(Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dan pada
masa yang sama kurikulum itu akan ditukar kepada yang baru iaitu KSSR(Kurikulum
Standard Sekolah Rendah). Ini telah menyebabkan para guru terpaksa melalui dua dasar
pendidikann dalam suatu masa yang sama.
Keupayaan Jalur Lebar
Cabaran ini pasti berlaku kepada guru guru yang berada nun jauh di luar bandar atau
pendalaman. Ini tidak termasuk rangkaian jalur lebar ke pulau pulau. Saya terpaksa
mencari kedudukan yang paling strategik bagi mendapatkan rangkaian jalur lebar ini. Pada
masa kini, penggunaan internet amat penting dalam urusan penghantaran maklumat,
perkongsian ilmu serta pembelajaran dalam talian. Adakalanya panggilan mesyuarat juga
hanya diberitahu melalui pesanan emel sahaja. Jurang perbezaan jalur lebar amat ketara
diantara pusat pusat bandar dengan kawasan di luar bandar.
Jaminan Keselamatan Guru
Kini guru tidak lagi dilindungi oleh sesiapa pun. Tidak kira dimana, pasti akan ada kesalahan
yang ditimbulkan oleh Ibubapa dan penjaga. Guru tidak lagi dihormati dan disanjungi.
Walaupun ada pihak yang melindungi guru guru, tetapi itu semua masih tidak mencukupi.
Guru terpaksa mempertahankan maruah diri sendiri kerana apa yang ingin disampaikan
hanyalah pengetahuan serta pendidikan yang akan digunakan hungga ke akhir hayat.

Kemudahan dan Infrastruktur sekolah


Bangunan- bangunan yang digunakan di sekolah telah uzur. Walaupun ada yang telah
dibaik pulih tetapi masih lagi menggunakan infrstruktur yang sama. Sebagai contoh,
bangunan yang masih lagi menggunakan papan dan beralangkan kayu amat tidak selamat
digunakan lagi. Ini amat bahaya bagi murid murid yang masih hijau dan baharu dalam
alam persekolahan.
Masalah Murid
Cabaran yang dihadapi oleh guru disekolah juga berpunca daripada murid itu sendiri. Murid
murid ini bukanlah tidak pandai tetapi mempunyai sikap m iaitu malas. Lama kelamaan
murid murid ini akan lemah dari segi pemahaman serta pemikiran. Adakalanya saya
terpaksa mengajar daripada mula semula. Murid murid pada hari ini telah terlalu
dimanjakan dengan berbagai bagai kemudahan yang disediakan. Antaranya ialah
kemudahan pinjaman buku teks, rancangan makanan tambahan, kelas tambahan percuma,
vitamin serta susu percuma. Semuanya telah disediakan dengan begitu sempurna.
Pergaulan bebas
Murid murid sekarang begitu hamper dan sangat terdedah dengan pergaulan. Pergaulan
di luar sekolah adakalanya mendatangkan kebaikan dan adakalanya mendatangkan
keburukan. Sebagai contoh, murid murid ini pasti akan ingin melakukan perkara yang
sama dengan rakan rakan mereka yang lebih berusia seperti merempit,menghisap rokok,
mencuri serta berbagai masalah disiplin.
Kurang pembelajaran berbentuk kemahiran
Masalah ini juga dihadapi oleh guru seperti saya disekolah rendah. Adakalanya guru
terpaksa menghabiskan setengah jam masa pembelajaran hanya untuk membuat aktiviti
yang melibatkan kemahiran. Murid murid ini juga tidak menguasai kemahiran kemahiran
asas dalam sesuatu pembelajaran. Pembelajaran yang berbentuk kemahiran hanya
tertumpu kepada perkara perkara asas sahaja. Guru terpaksa melakukan berulang kali
sehingga murid murid memahami sesuatu pengajaran. Alat batu mengajar juga kurang
mendapat sambutan daripada murid murid. Adakalanya ABM ini rosak dan tidak boleh
digunakan lagi. Kesungguhan guru disentap dengan masalah ini. Guru terpaksa mengubah
cara pembelajaran supaya murid dapat memahami pembelajaran yang diajar.

Berfikiran positif
Guru harus selalu berfikiran positif dalam menghadapi bebanan kerja yang banyak. Sentiasa
meletakkan diri dalam suasana yang gembira dan tidak terlalu tertekan dengan apa kerja
yang

telah

diamanahkan.

Guru

mesti

selalu

berbincang

dalam

kumpulan

bagi

menyelesaikan masalah serta tugas yang diberikan.


Mendalami ilmu pengetahuan
Guru juga harus sentiasa mengikuti perkembangan ilmu yang ada di sekelilingnya. Guru
tidak harus hanya menumpukan kepada satu ilmu sahaja tetapi mendalami berbagai bagai
ilmu pengetahuan. Bukan hanya boleh bercakap tetapi menghayati ilmu tersebut. Guru juga
berusaha bersungguh sungguh bagi mengangkat martabat keguruan.
Membina budaya kerja berpasukan
Walau penat bagaimana sekalipun, bekerja dam pasukan akan menjadikan guru serta murid
sentiasa dalam keadaan yang berasa puas dan akan terus mencipta kecemerlangan dari
masa ke semasa. Budaya kerja berpasukan begitu penting bagi merealisasikan visi serta
misi. Kita akan sentiasa terus bergerak dalam paskan dan menjadikan sesuatu kerja itu
mudah.
Belajar sepanjang hayat
tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Ini bermakna menuntut ilmu itu
wajib dan tiada batas umur, malah hingga ke akhir hayat. Guru serta staf sokongan di
sekolah harus sentiasa di berikan kursus-kursus dalaman berdasarkan kepada keperluan.
Lawatan bench marking juga boleh membuka minda guru melalui pemerhatian pencapaian
dan kejayaan orang lain yang boleh di pelajari.
Setiap pengorbanan guru akan sentiasa dihargai walaupun dengan cara apa sekalipun.
Guru sentiasa berada dilandasan ang betul dan tepat bagi melaksanakan misi serta visi
sekolah. Guru bukan sahaja menumpukan kepada akademik tetapi juga sahsiah murid
murid untuk menjadikan sesebuah Negara itu maju dan mencapai visi Negara. Malaysia
juga tidak terlepas dengan visi iaitu Wawasan 2020. Setiap guru harus memainkan peranan
yang penting dalam merealisasikan sesebuah tamadun yang cemerlang dan terbilang.
Jangan kita memandang guru sebelah mata sahaja kerana gurulah yang membentuk
pemimpin yang Berjaya menguasai ekonomi,masyarakat dan sebagainya. Justeru itu, guru
harus menjadi satu profesion yang paling tinggi di mata setiap generasi.

1.2 Definisi Gangguan Emosi


Gangguan emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih
karekteristik oleh murid-murid. Menurut kamus dewan, gangguan emosi bermaksud
gangguan akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan
sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Gangguan emosi ini juga dapat
ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai emosi yang
tidak stabil.
Antara gangguan emosi yang berlaku ialah antisosial dimana murid-murid lebih suka
menyendiri dan tidak suka bergaul dengan rakan-rakan yang lain, ketidak mampuan untuk
belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual serta gangguan kesihatan
seperti mudah sakit perut, sakit kepala dan sebagainya. Secara ringkasnya gangguan emosi
boleh dikatakan sebagai gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan
emosi murid itu tidak stabil. Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan
terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan emosi ini juga boleh menyebabkan
pelajaran murid terganggu dan seterusnya mempengaruhi pencapaiannya di sekolah.
Jenis-jenis gangguan emosi
Terdapat tiga jenis gangguan emosi dalam kalangan murid-murid iaitu gangguan emosi
ringan, gangguan emosi sederhana dan gangguan emosi berat. Walau apapun tahap
gangguan emosi pada murid-murid ini, jika ianya tidak diatasi pasti akan menyebabkan
masalah yang lebih teruk lagi yang boleh menganggu pencapaian murid dalam akademik
dan juga membawa kepada gejala yang lebih buruk. Sebagai seorang guru, kita hendaklah
sentiasa peka dengan emosi pelajar kita. Sebarang perubahan tingkahlaku yang berkait
rapat dengan emosi murid perlu diambil kira supaya keadaan tidak menjadi bertambah
buruk dan seterusnya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Sebagai seorang guru yang telah mempunyai pengalaman mengajar selama dua puluh
tahun, berbagai gangguan emosi yang dialami oleh murid yang telah saya hadapi.
Antaranya yang telah saya kenal pasti ialah tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang
munasabah, tidak boleh duduk diam dan suka menganggu rakan-rakan serta sering
mendatangkan masalah dalam bilik darjah, sering berasa cemas dan takut semasa proses
pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan, selalu tidak menyiapkan kerja rumah yang
diberi oleh guru dan pencapaian akademik yang semakin merosot.

2.0 PUNCA GANGGUAN EMOSI DI KALANGAN MURID


Menurut Kauffman (2001), gangguan emosi boleh dibahagikan kepada beberapa faktor. Di
antara faktor tersebut ialah pertama adalah disebabkan faktor biologikal seperti genetik,
ketidakfungsian otak, malnutrisi atau alah kepada sesuatu, panas baran dan gangguan
kesihatan fizikal; kedua adalah faktor keluarga seperti interaksi keluarga, pengaruh keluarga
terhadap kejayaan atau kegagalan di sekolah, masalah atau tekanan luaran memberi kesan
kepada keluarga; dan ketiga adalah faktor sekolah seperti ketidakbolehan pihak sekolah
memberi peluang kepada pelajar yang yang mempunyai kecerdasan pelbagai, pencapaian
akademik dan kemahiran sosial.
2.1 Gaya pengajaran dan tindakan guru
Gangguan emosi yang dialami oleh murid boleh mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Akauntabiliti seorang guru adalah untuk memberi murid ilmu
pengetahuan sepanjang murid berada di dalam kelas. Namum begitu, proses pengajaran
guru tidak dapat berjalan dengan lancar sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah
gangguan emosi sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Malahan situasi seperti ini turut menyebabkan murid-murid lain tidak dapat memberi
tumpuan kepada pengajaran di dalam kelas. Akibatnya guru tidak dapat mencapai objektif
pengajaran dan murid pula tidak dapat menumpukan sepenuhnya

perhatian terhadap

pembelajaran.
2.2 Kemahiran sosial yang rendah
Murid mengalami gangguan emosi kerana keadaan biologikal mereka telah mempengaruhi
emosi

murid.

Pemikiran

murid

menjadi

tidak

stabil

apabila

mereka

mengalami

ketidakfungsian otak sehingga menyebabkan mereka melakukan sesuatu tindakan diluar


kawalan mereka sendiri. Selain daripada itu, gangguan kesihatan fizikal murid turut boleh
menyebabkan emosi menjadi tidak normal. Murid yang menghadapi masalah ini sering kali
berasa rendah keyakinan diri dan menyisihkan diri disebabkan masalah kesihatan. Seorang
murid yang bersikap panas baran tidak dapat mengawal emosi mereka sekiranya berada
dalam keadaan geram atau marah. Akibat daripada perasaan tersebut murid akan bertindak
untuk menjadi agresif dalam situasi tertentu.
2.3 Pengaruh keluarga
Keluarga juga menjadi faktor terhadap emosi murid terutama sekali semasa mereka
berada di rumah. Murid menghabiskan masa setiap hari berada di rumah sendiri dan
pengaruh daripada keluarga adalah lebih kuat berbanding dengan pengaruh dari luaran.
Keluarga memberikan harapan yang tinggi terhadap pencapaian anak mereka supaya dapat

memperolehi kejayaan. Sekiranya anak mereka gagal dalam pencapaian, maka timbul
perasaan marah yang menyebabkan ibu bapa bertindak di luar jangkaan. Hal ini akan
menyebabkan murid berasa tertekan dengan situasi sehingga menyebabkan emosi
terganggu. Tekanan luaran juga mempengaruhi emosi seseorang murid sekiranya keluarga
tidak dapat mengatasi masalah tersebut. Antara tekanan luaran yang boleh mengganggu
emosi murid seperti masalah hutang ibu bapa yang berlambak. Keadaan ini boleh
menyebabkan masalah lain timbul seperti pembayaran yuran sekolah tertangguh, pakaian
sekolah murid tidak dibeli dan banyak lagi. Hubungan keluarga yang regang akan turut
mempengaruhi interaksi antara ahli keluarga. Terdapat ibu bapa yang tidak menghiraukan
masalah anak mereka yang ingin berkongsi masalah dengan ibu bapa. Perkara ini akan
menyebabkan interaksi antara anak dengan ahli keluarga tidak menjadi begitu baik
sehinggakan murid terpaksa memikul masalah mereka sendiri. Maka berlakulah gangguan
emosi murid akibat permasalahan yang ditanggung oleh diri sendiri.
2.4 Persekitaran sekolah
Di sekolah juga murid boleh mengalami gangguan emosi sekiranya pihak sekolah
tidak dapat menangani masalah-masalah yang melibatkan murid. Sekiranya sekolah tidak
mampu untuk menyediakan peluang kepada murid yang mempunyai kecerdasan pelbagai,
minat murid untuk pergi ke sekolah semakin lama semakin terhakis. Apabila kemahuan
murid untuk mencapai sesuatu tidak dapat dipenuhi menyebabkan gangguan emosi pada
diri murid mula timbul. Terdapat sekolah yang terlalu mengharapkan murid-murid mereka
mencapai keputusan yang baik. Namun begitu, terdapat juga murid yang tidak berupaya
untuk mempamerkan pencapaian pada tahap yang optimum. Keadaan ini menyebabkan
murid berasa begitu tertekan dengan kemahuan sekolah. Murid tidak dapat menumpukan
perhatian terhadap pembelajaran kerana terlalu fokus terhadap pencapaian yang perlu
mereka capai. Kemahiran sosial yang rendah di kalangan murid juga akan menyebabkan
keyakinan diri serta ketidakupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Keadaan ini
akan menyebabkan murid tidak mempunyai ramai kawan dan sering disisihkan oleh rakanrakan lain. Murid akan berasa diri mereka tidak diperlukan atau tidak bermakna lagi.

PUNCA-PUNCA GANGGUAN EMOSI

Persekitaran
Persekitaran
sekolah
sekolah

mempunyai
keyakinan diri

Tidak

pengaruh
rakan sebaya

Kemahiran sosial
yang rendah

SEBAB DAN
AKIBAT
GANGGUAN
EMOSI MURID

Pengaruh
keluarga

Gaya pengajaran
dan tindakan guru
Peristiwa dalam
keluarga

3.0 Cadangan Menangani Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid


Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah
mengalami gangguan emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu perasaan
itu dengan sebaiknya. Kini kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi kerana
mereka

tidak

menguruskan

emosinya

secara

berpatutan

dengan

kebijaksanaan

menggunakan kecerdasan emosinya. Antara-antara langkah-langkah yang boleh diambil


oleh guru,ibubapa, murid dan pihak sekolah adalah seperti berikut:
3.1 Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik
Sebagaimnana yang telah yang kita kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan
interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat, mesra dan harmonis di
antara guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan
suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak
merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan
demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di antra satu sama lain, dan
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.

3.2 Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan


Aktiviti Kumpulan member banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara
satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti
kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti
pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti
sebegini akan merangsang murid untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta
mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh
menggalakkan murid untuk menujukkan bakat yang terpendan dalam diri mereka.
3.4 Menggunakan Percakapan Yang Sesuai
Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh
mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adala diklasifikasikan di bawah kategori
pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain
menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan murid
mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka. Contohnya guru boleh
menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji
diberi kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Hukuman dikenakan perlu
adil dan berseuaian.
3.5 Guru membantu murid yang bermasalah

Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam,
penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka
mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru menggalakkan mereka menyertai dalam
aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru harus juga mendorong muridmurid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid yang bermasalah dalam
kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut. Cara ini dapat
mengelakkan mrid yang bermasalah mengalami gangguan emosi.
3.6 Unit Bimbingan dan kaunseling
Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan programprogram yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan
tingkahlaku. Program-program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah
gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran
social, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkahlaku dan meningkatkan konsep
kendiri murid-murid.
3.7 Murid bersifat self-efficacy
Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-officacy iaitu murid yang boleh belajar
daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan, memikir bagaimana
memabaikinya demi menukarnya kepada kemenangan, dan bukan membimbang atau
menyedih kerana kekalahan. Murid belajar untuk memandang segala perkara secara
optimistic kerana ia merupakan cara yang paling berkesan untuk menentang emosi yang
kurang sihat ini.
Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu mendapat perkhidmatan psikologi dan
kaunseling. Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan kepada ahli psikologi, kaunselor
dan personel yang berkelayakan atau bertauliah. Kerjasama dengan ibubapa juga perlu
semasa seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada ahli psikologi, kaunselor dan
personel yang bertanggungjawabnya. Ini kerana ibubapa juga perlu diberi maklumat yang
berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Perbincanga antara dua
pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga cadangan untuk menangani masalah
yang dihadapinya perlu dibuat bersama-sama.
Selain daripada itu, ibubapa juga membelikan buku-buku yang berkaitan dengan teknikteknik meningkatkan kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada anak yang
mengalami gannguan emosi. Ibubapa juga memberikan beberapa tunjuk ajar tentang cara
menguruskan emosi masing-masing.
Guru atau ibubapa tidak memukul murid atau anak yang mempunyai tingkah laku yang tidak
diingini seperti anak yang seringkali ponteng sekolah atau anak yang merokok. Murid perlu
diberi peluang untuk mengenalpasti kesalahan atau tingkah laku yang tidak diingini.
Seterusnya diberi ruang untuk memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini itu. Ini kerana

sekiranya mereka memukul anak tersebut wujudnya perasaan benci, marah terhadap orang
yang memukulnya dan anak itu tidak akan memperbaiki tingkah laku

itu. Ini akan

meyebabkan anak atau murid itu mengalami gangguan emosi.


Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu diberi bimbingan kerjaya. Dengan ini,
mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang yang lebih positif.
Langkah-langkah diatas adalah langkah-langkah yang paling berkesan kepada murid
yang gagal menguruskan emosi ,mereka dengan berkesannya. Langkah-langkah di atas ini
akan membantu seseorang individu yang mengalami gangguan emosi untuk menguruskan
emosinya dengan lebih berkesan secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan
kecerdasan emosinya.

4.0 Penutup
Dalam mengatasi masalah gangguan emosi di kalangan muri-murid, pelabagai cara dan
strategi boleh diambil bagi membendung masalah ini daripada terus merebak dan
berpanjangan yang boleh menyebabkan implikasi yang lebih teruk berlaku kepada muridmurid. Antaranya ialah mengadakan program-program dalam bentuk pendidikan seperti
program yang boleh membantu murid yang mengalami gangguan emosi untuk
meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan
kemahiran mengawal tingkahlaku dan menaikkan kembali keyakinan diri murid-murid ini.
Selain itu, perkhidmatan psikologi dan bimbingan kaunseling juga boleh dilaksanakan
terhadap murid-murid seperti ini. Mereka perlu mendapatkan khidmat-khidmat seperti ini
daripada orang yang terlatih dan berkelayakan. Kaunselor boleh memberikan kaunseling
bimbingan kerjaya kepada mereka supaya mereka boleh meningkatkan konsep kendiri yang
lebih positif dan boleh meningkatkan semangat mereka untuk lebih berkeyakinan untuk
berjaya.
Disamping itu, ibu bapa haruslah lebih terbuka dalam membincangkan masalah sebegini.
Mereka perlu memberikan maklumat yang betul dan tepat akan sebab-sebab masalah
sebegini berlaku keatas anak mereka kepada pihak yang berpengetahuan seperti kaunselor
mahupun doktor. Perbincangan juga haruslah berlaku secara berpanjangan dari semasa ke
semasa bagi memastikan masalah yang dihadapi dapat diselesaikan.
Di sekolah pula, guru haruslah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah
gangguan emosi di kalangan pelajar. Peneguhan positif haruslah diberikan kepada murid
yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini manakala hukuman juga haruslah berpatutan
dan bersesuaian dengan apa yang telah murid lakukan. Ini adalah bagi menggalakkan lagi
tingkah laku yang baik dilakukan oleh pelajar dan mengurangkan tingkah laku yang kurang
baik. Guru juga perlulah mahir dalam mengendalikan bilik darjah. Peraturan yang ditepkan
juga mestilah difahami dan dipersetujui oleh pelajar dan ia juga mestilah bersesuaian
dengan peringkat umur dan kumpulan murid itu.
Akhir sekali, murid haruslah diberikan peluang untuk mengenalpasti sendiri kesalahan atau
tingkah laku yang tidak diingini yang telah mereka lakukan. Ini adalah bagi menggalakkan
mereka berfikir secara lebih rasional dan secara tidak langsung boleh melatih mereka untuk
lebih berdikari. Seterusnya mereka juga diberi peluang untuk memperbaiki tingkah laku
mereka itu. Apabila mereka berfikir secara tersendiri secara tidak langsung ia akan lebih
memberikan kesan kepada mereka.

Kesimpulannya, tekanan emosi boleh dialami oleh kanak-kanak. Manifestasi yang


ditunjukkan berbeza-beza mengikut tahap perkembangannya. Ibu bapa perlu memahami
dan mengenali ciri-ciri tekanan emosi di kalangan anak-anak tersebut. Kadangkala, keluhan
dikalangan kanak-kanak itu perlulah diperiksa dengan teliti supaya segala punca boleh
dikenal pasti dan langkah-langkah pencegahan dapat diambil. Ia adalah seperti
pepatah iaitu, mencegah lebih baik daripada merawat.

kata

Rujukan

Noriati A.R, Boon P.Y.,Sharifah Fakriyah S.A., & Zuraidah A.M. (2010). Guru dan Cabaran
Semasa, Oxford Fajar Sdn.Bhd, Shah Alam, Selangor..
Psikologi Online. (2009). Apakah gangguan emosi? diperoleh daripada

http://psikologi-

online.com/
Terri Mauro. (2004). Emotional Disturbance, diperoleh daripada
http://specialchildren.about.com/od/mentalhealthissues/a/ED.htm
Lessard, J.J. (1998). Adolescent Stress an Workload: From Bamboo Seed to Flying.
Guidance & Counseling. 14: 15-19.
Cooper, R.K. and Sawaf, A. (1997), Executive EQ: Emotional Intelligence in
Leadership and Organisations, Grosset/Putnum, New York,NY.
Crow dan Crow. (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.
Kauffman, J. M. (2001). Characteristics of emotional and behavioral disorders of
children and youth (7th ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Anda mungkin juga menyukai