Anda di halaman 1dari 11

Contoh Penulisan Kerja Kursus Sejarah STPM Penggal 2

Tajuk: Asal-usul seni bermukun dan persembahannya dalam konteks masyarakat


Melanau di Daerah Matu Daro Sarawak.
Memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, menyebabkan
wujudnya pelbagai persembahan tradisional. Lazimnya setiap masyarakat
mempunyai kepelbagaian persembahan tradisional yang unik. Pelbagai kesenian
kaum ini dipengaruhi oleh masyarakat luar. Secara umumnya, kesenian dan
hiburan tradisional ini dibawa dari luar tetapi telah mengalami beberapa proses
pengubahsuaian dan unsur-unsur budaya tempatan agar mudah diterima oleh
masyarakat di sini.[1]
Secara umumnya, latihan ilmiah ini adalah mengenai kajian tentang
kesenian dan kebudayaan masyarakat tempatan.Secara umumnya kesenian
merupakan aspek-aspek yang dipamerkan atau ditonton di khalayak ramai. Ini
meliputi tarian, muzik nyanyian dan teater. Kebudayaan pula merupakan amalan
dan upacara dalam kehidupan harian. Keadaan ini meliputi pakaian, adat, serta
pelbagai perayaan kaum di Malaysia.[2] Penulis memilihtajuk seni bermukun
atau bergendang dalam konteks masyarakat Melanau di Daerah Matu Daro,
Sarawak. Seni bermukun atau bergendang ini amat popular dalam etnik Melanau
dan Melayu di negeri ini. Persembahan bermukun Melanau tiada bezanya dangan
cara persembahan masyarakat Melayu Sarawak. Bergendang dan bermukun
merupakan satu aktiviti yang masih diamalkan oleh sesetengah masyarakat
Melanau dan Melayu, khususnya di kawasan kampung-kampung. Bermukun
merupakan persembahan tradisional Sarawak yang membabitkan persembahan
tarian dan pantun berlagu yang diiringi oleh gesekan biola dan gendang. Seni ini
merupakan satu khazanah yang diwarisi sejak zaman-berzaman.[3]
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang sejarah asal
usul seni bermukun ini dalam konteks masyarakat Melanau. Sejarah asal
sesebuah kebudayaan seni amat penting kerana melalui sejarah masyarakat
dapat lebih mengenali seni tersebut dan membolehkan masyarakat untuk
mendalami kesenian tersebut. Selain itu, penulis juga akanmengupas berkenaan
elemen-elemen penting dalam persembahan seni bermukun, serta alat muzik
yang digunakan dalam persembahan tersebut. Elemen utama dalam
persembahan bermukun adalah satu perkara yang harus dititikberatkan kerana
ianya merupakan satu pelengkap kepada persembahan tersebut. Persembahan
seni bermukun akan menjadi tidak menarik dan tidak sempurna sekiranya salah
satu daripada elemen tersebut tiada. Pengkaji juga ingin mengenalpasti peranan
seni ini kepada masyarakat agar timbul kesedaran dalam diri pengkaji dan
masyarakat sekitar akan betapa seni bermukun ini berperanan penting dalam
pelbagai aspek kehidupan seperti dari aspek sosial masyarakat.
Permasalahan kajian adalah mengenai kemalapan persembahan
bermukun dalam masyarakat Melanau pada hari ini. Kajian ini bersesuaian
dengan kemalapan beberapa kesenian Sarawak berikutan daripada transformasi
Negara kearah era kemodenan. Kebanyakan rakyat negara ini,terutama golongan
remaja yang masih mentah mula melupakan kebudayaan asal rakyat kerana

terikut-ikut dengan trend yang wujud pada masa ini.Kemodenan yang wujud
bukan merupakan satu alasan kepada masyarakat hari ini untuk menghapuskan
pelbagai kesenian rakyat, namun sikap rakyat yang mengagung-agungkan
budaya luar adalah menimbulkan permasalahan dalam menerapkan kebudayaan
asal kita ke dalam jiwa masyarakat terutama remaja hari ini. Justeru itu, kajian ini
mengupas sejarah bagaimana kewujudan seni bermukun ini agar remaja pada
hari ini mengetahui tujuan sebenar bermukun ini diadakan pada zaman dahulu
dan bagi mendapatkan semula tempat seni ini dalam hati mereka yang kian
hanyut dalam arus globalisasi.Selain itu,sejauhmana kepentingan beberapa
elemen utama dalam persembahan seni ini juga akan turut dikaji oleh pengkaji.
Sehubungan itu, sejauhmana masyarakat dapat mendalami seni kehalusan
berpantun yang merupakan satu eleman penting dalam adat bermukun ini.
Menurut Mohd Fauzi Abdullah (1985) dalam kajiannya pemikiran cinta
bermukun dalam gendang melayu Sarawak kebudayaan merujuk langsung
kepada the way of life atau cara hidup dan pemikiran masyarakat. Penelitian
terhadap elemen pantun atau mukun dalam seni ini membolehkan kita
menyelami pemikiran dan cara hidup masyarakat terdahulu. Persoalan seperti,
apakah hal yang sering masyarakat fikirkan? Bagaimana persepsi masyarakat
terhadap sesuatu hal yang berkaitan dengan kehidupan mereka? Bagaimana
masyarakat menyelesaikan masalah yang mengganggu hidup mereka ?
Sesungguhnya puisi tradisional seperti pantun mukun agak asing dan misteri
bagi kehidupan masyarakat hari ini.Oleh itu kajian ini juga mengkaji sejauhmana
peranan seni mukun ini dalam kehidupan masyarakat dahulu dan sekarang.[4]

Seterusnya, kajian ini amat penting kepada seluruh lapisan masyarakat


dalam memahami seni bermukun yang menjadi khazanah nenek moyang etnik
Melayu dan Melanau di Sarawak. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan
satu gambaran umum kepada masyarakat terutamanya etnik Melanau yang
menjadi penggiat utama seni bermukun ini. Malahan dapat menimbulkan
perasaan cinta akan seni kebudayaan sesebuah masyarakat itu sendiri.
Masyarakat dapat mengetahui sejarah asal seni itu wujud dalam etnik mereka
sendiri. Pengkaji juga mengharapkan agar hasil kajian ini boleh menjadi rujukan
pengkaji seterusnya. Pengkaji amatlah berharap agar masyarakat sedar akan
peranan seni bermukun ini terhadap pelbagai aspek kehidupan kita. Justeru itu,
kajian ini amat penting bagi menghidupkan semula seni warisan dan khazanah
nenek-moyang masyarakat Melanau iaitu bermukun yang kian tenggelam dalam
arus modenisasi ini. Berdasarkan kajian ini, diharapkan minat masyarakat
terhadap kaeindahan seni dan kebudayaan bermukun ini akan bertambah
seterusnya memperkembangkan seni ini agar dapat dikenali dan menjadi
khazanah yang bakal dihargai dan diteruskan oleh generasi akan datang.
Kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji ialah meliputi kerangka masa
selama 30 tahun iaitu antara tahun 1970 hingga tahun 2000. Perbincangan kajian
ini akan membincangkan tentang asal bermulanya kegiatan seni bermukun ini
dalam konteks masyarakat Melanau di Daerah Matu Daro yang di fokuskan di
Kampung Penibong. Kampung Penibong merupakan sebuah kampung yang

terdapat dalam pulau Bruit di Daerah Matu Daro. Semua penduduk asal kampung
ini merupakan etnik Melanau asli. Kaum melanaumerupakan salah satu etnik
yang sama seperti bangsa lain di Sarawak. Kebanyakan Sarjana Barat
menggambarkan watak dan keperibadian kaum Melanau sebagaigentle and
peace loving people. Menurut pendapat Hugh Low (1968), mengenai kaum
Melanau adalah seperti berikut :

Next members to the kyans,but of much more peaceful habits and


practices,are the orang milanowes, who inhabit the mouth of the great Rejang
river, and the small rivers to the eastward of print sirik. Their principal town is
egan, on the rivers of that name, which is,however.but a mouthof the
Rejang,being that must to the eastward; hoya,on a small riverstwenty miles of
egan ;and Mocha, on another fourteen miles east of the last mentioned
settlement
Berdasarkan penyataan tersebut, memang terbuktilah bahawa masyarakat
Melanau ini merupakan masyarakat yang mendiami kawasan persisiran pantai.
Sorotan kesusasteraan adalah amat penting kepada pengkaji bagi kajian
yang dijalankan. Kajian lepas dapat membantu pengkaji untuk menilai dan
mendapatkan maklumat tentang kajian yang bakal dikaji sekarang dan melihat
sejauh manakah kajian lepas berkait langsung dengan kajian akan datang
(Lawrence Dino, 2007). Pelbagai maklumat yang berkaitan dengan kajian telah
diperoleh daripada beberapa kajian lepas dan juga buku-buku yang berkaitan.
Antaranya ialah kajian yang bertajuk Pemikiran Cinta Bermukun dalam Gendang
Melayu Sarawak (Mohd Fauzi et.all,1985). Selain itu Mary Fatimah Subet dan
Salbia Hassan dalam pembentangannya Bergendang dan Bermukun Dalam
Masyarakat Sarawak pada tahun 2009. Selain itu kajian juga dibuat oleh
Jasiman Ahmad dan Nora Haji Samat dalam bukunya yang bertajuk
Persembahan tradisional pada tahun 2001.
Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data
ialah kaedah kajian lapangan. Pengkaji sendiri meluangkan masa menyaksikan
persembahan adat bermukun ini Selain itu, kaedah temu bual juga digunakan
oleh pengkaji. Kaedah temu ramah dan perbualan merupakan satu kaedah yang
lazim digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang atau
pandangan daripada seseorang. Pengkaji telah menemubual Puan Raunah binti
Mat yang merupakan salah seorang syeh[5] gendang di Kampung Penibong bagi
medapatkan keterangan lisan yang berkaitan dengan kajian yang dilaksanakan.
Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah penyelidikan buku-buku di
perpustakaan dan pelbagai bahan bacaan ilmiah lain bagi memperoleh data
skunder. Kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan juga merupakan satu
panduan pengkaji.Bagi mengukuhkan lagi pemahaman pengkaji, rujukan internet
juga digunakan.
Dalam suatu penyelidikan sejarah, asal-usul sesuatu perkara yang hendak
dikaji adalah amat penting agar pengkaji dapat mendalami sejarah terlebih

dahulu dan menimbulkan minat pengkaji untuk mengetahui dengan lebih


mendalam tentang sesuatu isu. Menurut Kamus Dewan edisi ke-4 perkataan
asal-usul boleh didefinisikan sebagai salasilah, asal keturunan seseorang. Asalusul juga merupakan kaedah yang mula-mula dan punca kewujudan sesuatu
perkara. Oleh itu, pengertian tersebut bertepatan dengan objektif pengkaji yang
ingin mendalami tentang punca kewujudan dan kaedah mula-mula kesenian
bermukun dalam konteks masyarakat Melanau di Daerah Matu Daro.
Menurut Tuan Haji Mohd Yassin (2000) secara umumnya seni tari melayu amat
rapat dengan hubungan pengaruh luar seperti kesenian Arab.
Bagaimanapun,dasar atau asas sesuatu seni itu bersifat seni melayu dan segala
yang diambil dari luar itu telah disesuaikan dengan kesesuaian melayu yang
sedia wujud. Budaya bermukun dikatakan bermula sebelum era Brooke ataupun
lebih awal. Penduduk sekitar juga telah menyatakan bahawa, kesenian
bermukun ini mula wujud di Daerah ini ketika kemasukan Islam yang mula
bertapak di kawasan tersebut seperti di Kampung Sekaan Matu. Pengaruh
pemerintahan kesultanan Brunei di Sarawak sekitar tahun 1600-an, telah banyak
mencorakkan hidup masyarakat Melanau yang tinggal di sekitar daerah ini.
Buyong Adil (1989) menyatakan peranan kerajaan Kesultanan Brunei menjadi
penting dalam penyebaran Islam dan kebudayaan Melayu. Hal ini tertumpu
kepada beberapa tempat barat daya Borneo terutama sekali di Kuching, Kelaka,
Sadong, Semanggang, Sibu, Lundu, Saribas, Muara Sungai Rejang hingga
sepanjang kawasan Tanjung Datu dan Tanjung Sirik.
Namun begitu, Puan Raunah Binti Mat yang merupakan penduduk tetap di
Daerah Matu Daro atau spesifik di Kampung Penibong menyatakan bahawa, tiada
terdapat kesasihan yang sebenar tentang bermulanya seni bermukun dalam
masyarakat Melanau ini. Namun demikian, budaya bermukun ini merupakan satu
khazanah yang diperturunkan daripada nenek moyang mereka sejak dahulu kala.
Ketiadaan hiburan pada zaman dahulu mendorong masyarakat untuk mencipta
sesuatu persembahan bagi mengisi masa lapangdan dapat memberikan hiburan
kepada masyarakat.[6] Bostami (1992) juga berpendapat bahawa dalam proses
penciptaan seni traadisional, terjadi hubungan antara subjek pencipta dan
kondisi lingkungan. Pencipta seni tradisional biasanya terpengaruh oleh keadaan
sosial budaya masyarakat di suatu tempat.Keterangan tersebut adalah sejajar
dengan penjelasan Puan Raunah iaitu, asal usul persembahan bermukun di
kawasan Kampung Penibong apabila orang terdahulu memulakan aktiviti
bergendang dengan menggunakan papan terbuang. Idea tersebut muncul
apabila mereka mengetuk papan dan ianya menghasilkan bunyi dan irama yang
berbeza dan dapat menimbulkan minat penduduk untuk menari mengikut rentak
yang dipukul. Oleh itu, pelbagai idea untuk mengubah alat muzik tersebut dan
akhirnya mereka terfikir untuk menggunakan gendang yang diperbuat daripada
kulit binatang seperti lembu. Akhirnya persembahan tersebut terus
diperkembangkan dalam kalangan masyarakat Melanau di Kampung tersebut.[7]
Tarian dalam persembahan tersebut juga diringi dengan pelbagai kesusteraan
melayu terutamanya pantun. Pantun yang dipersembahkan dalam seni ini
berlandaskan pemikiran cinta, walaupun digambarkan agak sederhana namun

ianya ringan dan menghiburkan, namun isinya mampu menggambarkan


peradaban dan etika masyarakatnya,Mohd Fauzi bin Abdullah (1985). Penjelasan
tersebut di perkuatkan lagi oleh Mary (2009) yang menyatakan bahawa menurut
kata orang tua-tua, pada zaman dahulu, acara bermukun atau bergendang
adalah masa untuk mencari jodoh, berkenal-kenalan sambil berhibur. Keadaan
tersebut tidak menghairankan kerana pada masa dahulu anak- anak gadis jarang
keluar rumah dengan bebas.[8] Tambahan lagi,pada zaman dahulu, majlis
bergendang dan bermukun mengikut aturan umum seperti bercampak iaitu
mencampak sesuatu seperti bunga, duit syiling atau sapu tangan ke dalam tabir
yang memisahkan tukang gendang dan para penari.[9]
Selain itu persembahan bermukun atau bergendang ini juga dipanggil bernopeng
oleh masyarakat dahulu kala kerana para penari menggunakan topeng ketika
persembahan tersebut.[10] Gendang melayu ini wujud untuk mendidik budaya
berbahasa juga mendidik akhlak menerusi pantun dan tandak (tarian) mudah.
Namun, budaya ini pernah disalahgunakan oleh segelintir individu sebagai
medium 'menjerat' dan maksiat.[11] Isu tersebut menjadi sindiran menerusi
novel Melati Sarawak oleh Mohamad Rakawi Yusuf terbitan tahun 1932
mengenai kelonggaran akhlak masyarakat Melayu Sarawak dalam bermukun.
Pandangan serong terhadap seni gendang tersebut ternyata memberi konflik
terhadap golongan bangsawan, perabangan, pengiran, syed dan tunku yang
tergolong dalam istilah 'Melayu Sarawak'. Disebabkan perkara tersebut, mereka
yang menggemari budaya ini memenuhi kehendak mereka dengan memakai
topeng bagi menyembunyikan wajah sambil berpantun dan bertandak. Sejak itu,
lahirlah istilah 'menopeng' dalam budaya bermukun.
Seterusnya, pengkaji mendalami cara persembahan seni tersebut serta elemenelemen utama dalam persembahan seni bermukun ini dalam konteks masyarakat
Melanau. Menurut pengalaman pengkaji sendiri yang telah menghadiri majlis
bermukun ini, aktiviti bermukun ini dikendalikan dalam kalangan wanita seramai
dua atau lebih yang duduk dibahagian balik tabir untuk memukul gendang sambil
berpantun. Mereka ini dipanggil atau dikenali sebagai tukang gendang atau juga
syeh gendang. Para lelaki pulaakan duduk berselerak atau sejajar mengikut
keselesaan sendiri diluar tabir. Namun begitu mereka meninggalkan ruang
dibahagian berdekatan tabir dan tukang gendang sebagai gelanggang tarian.
Mereka menari secara bergilir-gilir dengan pasangan masing-masing sambil
menunjukkan kehebatan berbalas pantun bersama mak gendang. Majlis
bergendang ini biasanya berjalan sepanjang malam hinggalah kesubuh mengikut
kehendak dan kemampuan tukang gendang dan penarinya dengan keizinan tuan
rumah. Persembahan bermukun ini biasanya diadakan di anjung rumah dan
dalam keadaan terbuka. Selain itu, aktiviti bermukun ini biasanya diadakan pada
malam hari perkahwinan sebagai tanda kesyukuran dan aktivi bersuka ria.[12]
Penyataan tersebut juga dijelaskan oleh Abdullah Haji Saidol yang merupakan
Ahli Dewan Undangan Negeri Semop dalam ucapannya dalam program
TitikSentuhan dan Mukun Ria anjuran RTM Sibu (2012) berkata :

bermukun merupakan satu aktiviti yan dikhazanahkan dan merupakan aktiviti


bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang dikhalayak ramai
terutama pada majlis perkhwinan dan pelbagai majlis keramaian.

Seterusnya adalah berkenaan dengan gendang yang merupakan elemen


utama dalam persembahan seni bermukun dan merupakan satu-satunya alat
muzik yang digunakan oleh masyarakat Melanau bagi menyempurnakan seni
khazanah mereka. Gendang mempunyai dua muka yang tidak sama besar. Muka
yang kecil dipasang belulang[13] kambing manakala, muka yang besar pula
dipasang belulang lembu. Belulang-belulang tersebut disirat dengan tali rotan
dan dililit dengan rotan yang sudah dibelah dua. Belulang ditegangkan dengan
memasangkan gelong-gelong yang diperbuat daripada kulit.[14] Badan gendang
melayu diperbuat daripada kayu nagka. Badan ini dipanggil temiang. Gendang
dimainkan dengan cara meribanya dengan kedudukan melintang. Muka gendang
akan dipukul dengan telapak tangan.[15] Dalam persembahan bermukun,
gendang tersebut dipukul oleh dua orang wanita dengan irama yang asas agar
dapat disamakan dengan gerak tari para penari atau dipanggil sebagai penandak
yang terdiri daripada golongan lelaki. Pukulan asas tersebut adalah pukulan tepi
dan tengah. Ditengah pikulannya berbunyi pak dan pada bahagian tepi
gendang berbunyi pung. Pukulan tersebut dikenali sebagai pukulan induk.[16]
Kedua-dua seh gendang boleh menggunakan pukulan induk dalam persembahan
bergendang. Namun, pukulan gendang harus dikendalikan dengan berhati-hati
agar tidak merosakkan atau menyumbangkan pukulan keseluruhannya.
Elemen yang seterusnya adalah pemukul gendang dan penari ataupun
penandak. Pemukul gendang adalah paling penting dan memainkan dua tugas
utama iaitu memukul gendang dan berbalas pantun dengan penari.Pemukul
gendang adalah terdiri daripada dua orang wanita atau lebih. Pemukul gendang
mestilah mereka yang bergiat aktif dan mahir dalam pukulan gendang
melayu.Tambahan lagi,mereka haruslah mempunyai kemahiran berpantun.
[17]Penandak atau juga penari pula adalah terdiri daripada lelaki. Mereka akan
berbalas pantun dengan tukang gendang sambil menari.Para penandak menari
berdasarkan irama pukulan gendang.
Seterusnya adalah tandak.Tandak ialah satu bentuk tarian yang ditari oleh
golongan lelaki. Tuan Haji Mohammad Yasin (2002) mendefinisikan tarian sebagai
memandang dan meneliti gerak-geri, lenggang liuk daun kayu dan sebagainya,
menurut kudrat dan bakat yang ada padanya, manusia mencipta tarian sebagai
hasrat jiwanya. Terdapat juga pelbagai bunga tandak dicipta oleh masyarakat itu
sendiri. Di Kampung Penibong, para penandak kebanyakannya menari
meggunakan bunga sorong tarik iaitu hayunan tangan yang bertentangan
dengan kaki. Seperti hayunan kaki dan tangan dalam perbarisan. Ciptaan tarian

tersebut adalah sinonim dengan pelbagai aktiviti harian masyarakat setempat.


Kepelbagaian aktiviti tersebut diterjemahkan dalam bentuk aktiviti kebudayaan
bergendang. Masyarakat lama akrab dengan alam semulajadi seperti alam
tumbuhan, haiwan dan cakerawala. Ini adalah disebabkan masyarakat pada
masa tersebut sering berinteraksi dengan alam yang berada di sekeliling mereka
sama ada di laut, di hutan, di bendang, di ladang dan di gunung. Harun Mat Piah
(1989) menjelaskan bahawa penggunaan lambang-lambang dan simbol-simbol
daripada alam perlu diketahui untuk memahami sesuatu kebudayaan pada
zaman dahulu. Tambahan lagi, ahli sejarah tarian dan muzik Jerman, C.Sachs
mengatakan bahawa,tarian merupakan:
gerakan berirama dan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama
yang indah. Gerak-geri yang dimaksudkan itu adalah berbentuk ciptaan yang
indah boleh memberi kepuasan kepada orang lain
Seterusnya adalah pantun yang merupakan sumber penarikan utama seni
tersebut. Pantun dalam adat bergendang juga dipanggil mukun. Pemukul
gendang dan penari akan berbalas pantun secara bergilir. Aktiviti berbalas
pantun ini merupakan satu aktiviti bagi mengasah minda masyarakat.Ada kajian
yang dilakukan oleh ahli akademik mendapati bergendang dan bermukun adalah
bertujuan untuk mempamerkan kebijaksanaan, kemahiran, kecekapan tingkah
laku dan menguji minda.[18] Pantun yang terdapat dalam acara ini adalah
berdasarkan pemikiran masyarakat tentang aktiviti harian mereka. Zaba di
dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu (1965), mengatakan bahawa
penciptaan pantun merupakan puisi tertua dan milik asal kepunyaan masyarakat
Melayu. Oleh itu, umum telah menerima bahawa pantun adalah ciptaan asli
orang Melayu bagi mentafsirkan kelakuan harian mereka.Belles Lettres (2000)
juga berpendapat :
if one of the assets of poetry at its best is the magic and beauty accomplished
by language, the Malay pantun can be placed among the highest achievements
of mankind in this form of art

Jelaslah bahawa pantun dalam seni bermukun adalah amat penting kepada
kehidupan masyarakat Melanau pada zaman dahulu.
Seterusnya adalah berikutan masalah seni bermukun ini yang kian malap
dalam kehidupan masyarakat Melanau pada hari ini. Menurut Mary berdasarkan
kaji selidik yang dilakukan bersama seorang lagi pensyarah Pusat Pengajian
Bahasa, Unimas, Salbia Hassan, 70 peratus daripada responden mengatakan
mereka mengetahui wujudnya aktiviti itu tetapi tidak pernah menyertainya.[19]
Berdasarkan penyataan tersebut,ternyata seni ini semakin luput ditelan

kemodenan. Oleh itu, adalah amat wajar bagi pengkaji mendalami kepentingan
ataupun peranan seni bermukun dalam kehidupan masyarakat Melanau pada
zaman dahulu dan juga sekarang.Menurut Richie (2008) terdapat tiga peranan
seni hiburan tradisional bergendang dan bermukun iaitu sebagai medium bagi
merapatkan hubungan silaturrahim, medium komunikasi antara manusia, dan
juga sebagai medium untuk mendidik generasi muda (menerusi pantun).

Pertama sekali seni bermukun adalah amat penting sebagai medium bagi
merapatkan hubungan silaturrahim antara masyarakat. Hal ini demikian kerana,
ketika persembahan seni dilangsungkan, seluruh masyarakat sekitar akan
berkumpul dan bersuka ria. Sopi Smile (2008) berkata:
majlis bermukun bukan hanya dihadiri oleh mereka yang datang dari satu
kampung, namun ia disertai oleh para pemuda dari kampung-kampung yang
berdekatan

Melalui aktiviti bermukun ini,masyarakat sekitar dapat berkenalan sesama sendiri


dan dapat merapatkan jurang yang wujud antara masyarakat hari ini yang
disebabkan perubahan gaya hidup. Tambahan lagi, persembahan seni bermukun
yang sering diadakan pada malam majlis perkahwinan ini dapat dijadikan oleh
masyarakat bagi mengumpulkan ahli keluarga masing-masing dan meraikan satu
keluarga baru yang bakal menempuhi alam rumahtangga.
Seterusnya adalah amat wajar dikatakan bahawa seni bermukun ini
adalah sabagai medium komunikasi antara masyarakat pada masa dahulu
terutamanya.Mohd Taib Osman (1996) menganggap pantun, selain daripada alat
komunikasi dalam konteks sosialnya, adalah artifak budaya.Elemen utama dalam
seni tersebut iaitu pantun merupakan ucapan spontan oleh masyarakat dalam
seni bermukun. Hal ini juga sejajar dengan ucapan Abdullah Haji Saidol (2012)
iaitu :
unsur bahasa yang istimewa ini memberi keindahan dan kehalusan tersendiri
kepada sastera melayu kerana sesuatu penyataan dan fikiran hanya akan
dikemukakan dalambentuk yang tidak langsung, tidak menyinggung perasaan
tetapi tepat pada makna dan tujuannya

Bermukun sebagai satu medium komunikasi juga dinyatakan oleh Mary Subet
dalam kajian menyatakan bahawa pada zaman dahulu, persembahan bermukun
adalah masa yang dinantikan oleh anak-anak muda untuk mencari jodoh dan
berkenal-kenalan.[20] Ketiadaan teknologi komunikasi pada zaman dahulu juga
menyebabkan masyarakat menggunakan persembahan bermukun iaitu ketika
kebanyakan masyarakat sekitar berkumpul. Pada majlis tersebut, masyarakat
juga boleh berbincang tentang soal duniawi mahupun akhirat, kerana hanya pada
masa tersebut sahaja mereka boleh berkumpul beramai-ramai sambil

menenangkan fikiran. Selain itu, menurutMohamad Saleeh Rahamad, Universiti


Malaya,bagi tujuan berkomunikasi sesama manusia pantun tergolong dalam
fungsi untuk berkasih sayang, adat resam, agama dan kepercayaan, budi, jenaka
dan permainan, teka teki, kepahlawanan, nasihat dan pendidikan, kritikan,
kembara, dan sebagainya. Jelaslah, seni bermukun merupakan medium
komunikasi masyarakat pada masa dahulu dan sekarang.
Selain itu, seni bermukun juga merupakan satu medium bagi mendidik
generasi muda melalui pantun. Pantun-pantun yang berkenaan dengan hubungan
kasih-sayang, berbudi bahasa dan norma kehidupan masyarakat. Masyarakat
Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai nasihat. Sebagai
golongan yang makan garam terlebih dahulu pastinya mereka mempunyai
pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap perubahan sesuatu perkara.
Justeru,jika mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena atau
bertujuan untuk memberikan peringatan kepada golongan muda atau kanakkanak, mereka akan menggunakan pantun sebagai alat untuk menyampaikan
nasihat dan didikan. Pantun lebih lanjut dikatakan harus berperanan untuk
menyampaikan pesan-pesan moral yang penuh berisi nilai-nilai luhur agama,
budaya, dan norma-norma sosial masyarakat (Hodijah widyaiswara, 2009).
Sebagai rumusan, aktiviti seni bermukun dalam kalangan masyarakat
Melanau ini sememangnya sudah menjadi khazanah nenek moyang masyarakat
Melanau sejak zaman dahulu kala. Menurut beberapa pendapat umum, dapat
dirumuskan bahawa tiada asal usul sebenar kewujudan seni ini, mereka hanya
menyatakan bahawa seni ini adalah turun temurun daripada nenek moyang
mereka. Selain itu, dalam mengupas beberapa aspek dalam elemen penting
dalam persembahan bergendang, terdapat elemen seperti gendang iaitu alat
muzik utama, pemukul gendang, penari iaitu lebih dikenal sebagai penandak,
tarian atau tandak,dan juga pantun. Seterusnya, seni ini juga berperanan
sebagai, medium bagi merapatkan hubungan silaturrahim, medium komunikasi
antara manusia, dan juga sebagai medium untuk mendidik generasi muda
(menerusi pantun). Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa seni
bermukun adalah amat penting dalam beberapa aspek kehidupan masyarakat
pada zaman dahulu dan sekarang.

[1] Hamidah Husein, kesenian dan hiburan tradisional,1995, hal 1.


[2]Ibid, hal 2.
[3]Sopi Samile, bermukun meriah keramaian, utusan Malaysia(Kuching
Sarawak) 24 september 2008.hal.2
[4] Mohd Fauzi Abdullah et.al. pemikiran cinta bermukun dalam gendang
melayu Sarawak (Institusi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, 1985, hal.2.

[5] Syeh gendang ialah panggilan bagi pemukul gendang dalam masyarakat
Melanau.
[6]Op.cit., Hamidah Husein, hal.2.
[7]Raunah bin Mat, (2013) temubual lapangan, Kampung Penibong Matu Daro.
[8] Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan bergendang dan bermukun dalam
masyarakat melayu Sarawak(kertas kerja dibentangkan dalam 55TH seminar in
the cls research seminar series, UNIMAS, 4th May 2009) diterbitkan dalam artikel
my Sarawak bermukun semakin malap, hal. 3.
[9]Ibid.
[10]Op.cit., Sopi Samile, hal.2.
[11]Mohd RakawiYussuf, Melati Sarawak, 1932, hal.20.
[12]Temuramah dengan Raunah binti Mat.
[13] belulang ialah kulit binatang yang telah dikeringkan.
[14]Op.cit., Hamidah Husein, hal.51.
[15]Ibid, hal.52.
[16] Temuramah dengan Raunah Binti Mat.
[17]Temuramah dengan Raunah Binti Mat.
[18]Op.ci., Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan, hal.2.
[19]Ibid.
[20]Ibid, hal. 3

(Jumlah Perkataan: 3394 )

Bibliografi :

Sumber Primer :

Temuramah lisan:

Raunah Binti Mat, temu bual lapangan di kampung Penibong, Daro, pada 8
Februari 2013, pukul 4.30 petang.

Sumber Skunder:

Hamidah Husein, Kesenian dan Hiburan Tradisional, Selangor, Penerbit Prisma,


Sdn. Bhd. 1995.

Jermai Bedihi Pesta Bermukun 2013 Mingguan Sarawak (Sarawak), 31 Mac


2013.

Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan, Gendang dan Bermukun Dalam
masyarakat melayu Sarawak, kertas kerja dibentangkan dalam 55th Seminar in
the CLS research seminar series, 2009.

Mohd. Fauzi et.al, Pemikiran Cinta Bermukun Dalam Gendang melayu Sarawak,
Kuala Lumpur, Institusi Bahasa Melayu Malaysia, 1985.

Mohd Rakawi Yussuf, Melati Sarawak, Sarawak, The Sarawak Printing Company,
1932.

Sopi Samaile, Bermukun Meriah Keramaian, Kuching Sarawak, Utusan Malaysia,


200

Anda mungkin juga menyukai