Anda di halaman 1dari 3

PERISTIWA HIJRAH

RASULULLAH (SAW)

Pada malam berlakunya peristiwa hijrah, rumah Rasulullah Sallallahu


Alaihi Wassalam telah dikepung oleh pemuda pemuda yang dipilih
daripada kabilah kabilah kafir Quraisy. Tujuan mereka mengepung rumah
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam ialah untuk membunuh baginda.

Sebelum Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam keluar dari rumahnya,


baginda menyuruh sepupunya Sayidina Ali bin Abi Talib tidur di tempat
tidur baginda. Setelah itu, baginda keluar dari rumah dengan membaca
firman Allah Subhanahu Wa Taala:-

Baginda berjaya keluar dari rumahnya dalam keadaan selamat dan terus
menuju ke rumah Sayidina Abu Bakar As Siddiq. Sayidina Abu Bakar
menjadi teman setia baginda sepanjang perjalanan ke Yathrib tanpa
diketahui oleh kafir Quraisy.

Sebelum terbit fajar, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam dan Sayidina


Abu Bakar keluar melalui pintu belakang rumah sahabat baginda itu
menuju ke Gua Thur. Mereka sengaja mengikut arah Selatan dan tidak
mengikut arah Utara yang menjadi jalan biasa agar tidak dikesan oleh
musuh. Apabila keadaan menjadi tenang, mereka keluar dari Gua Thur
menuju ke Yathrib dengan dipandu oleh Abdullah bin Uraiqat.

Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam dan Sayidina Abu Bakar

sampai di Quba, iaitu kira kira 5km dari Kota Yathrib setelah menempuh
perjalanan yang meletihkan selama 8 hari. pada hari Isnin, 8 Rabiul Awal
bersamaan dengan 20 september 622 Masehi baginda mendirikan masjid
Quba. Inilah masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wassalam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Taala:-

Maksudnya: Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid


Quba) sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya
Gambar 1. Masjid Quba terletak di Kota Madinah Al Munawwarah

Setelah 4 hari di Quba, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam dan

rombongan berangkat meneruskan perjalanan. Sebelum sampai ke Yathrib,


baginda singgah di suatu tempat yang bernama Lembah Ranuna. Di

lembah ini baginda telah menunaikan solat fardhu Jumaat. Ini adalah solat
Jumaat yang pertama dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam
dan juga khutbah pertama disampaikan.

Pada hari Jumaat, 12 Rabiul Awal bersamaan 24 September 622 Masehi,

baginda dan rombongan telah sampai ke Yathrib. Inilah hari bermulanya


Kalendar Islam (Kalendar Hijrah). Ketibaan baginda dan rombongan
disambut dengan penuh meriah, kesyukuran dan kegembiraan oleh
penduduk Yathrib. Mereka mendendangkan alunan nasyid.

Di setiap jalan, unta Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam ditahan oleh


penduduk Yathrib meminta baginda berhenti dan tinggal di tempat mereka.
Namun Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasaalam mengarahkan agar
membiarkan sahaja unta yang ditunggangi baginda itu berhenti sendiri.
Akhirnya, unta itu berhenti di suatu tempat yang dimiliki oleh dua orang
anak yatim. Di sinilah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam mendirikan
masjid yang terkenal dengan nama Masjid An-Nabawi atau Masjid Madinah
Al Munawwarah.

Gambar 2. Masjid An Nabawi di Kota Madinah Al Munawwarah