Anda di halaman 1dari 4

WAHABI & SALAFI BUKAN AHLI SUNNAH.

Mazhab wahabi dan gerakan wahabi BUKAN mazhab di .1


kalangan ahli sunnah wal jamaah sebagaimana yang di
kemukakan oleh pihak tertentu malah jauh terpesong dari ajaran
yang sebenar .Mereka sebenarnya telah merubah ajaran Islam
sehingga sebagai contoh ajaran Islam dan amalan nabi yang
: telah di rubahnya seperti berikut
1. BERTAWASUL
Bertawasul merupakan amalan nabi dan juga para sahabat sehinggalah
kepada salaf soleh dari turun temurun sehinggalah kepada kepada para
ulamak yang muktabar , malangnya ia telah dihapuskan dan di
pesongkan oleh gerakan dan golongan wahabi dengan alasan yang
mudah dan ringkas sahaja ia itu SYIRIK sedangkan erti syirik mereka
pun tidak tahu. Erti syirik yang sebenar ialah : Mengakui bahawa
ada Tuhan lain selain Allah , seperti Agama Kristian ATAU
menyembah Tuhan yang lain selian dari Allah seperti agama Budda ,
Hindu dan Cina yang menyembah patung-patung. Mereka yang datang
ke maqam awliyak serta bertawasul bukan syirik dan bukan pula
menyembah qubur. Jikalau kita mengatakan mereka yang datang ke
maqam awliyak menyembah qubur maka nabi Adam sudah lama
menyembah Muhammad, malah sujud begitu juga keluarga nabi
Yakub telah menyembah dan sujud kepada nabi Yusuf apakah ini
juga syirik .
2. AQIDAH .
'Aqidah Wahabi BUKAN aqidah Abu Hassan Asyari tetapi aqidah
SYAITAN sebagimana pendapat sebilangan para ulamak. Gerakan
Wahabi menentang keras terhadap mereka yang berpegang kepada
'aqidah Abu Hassan Asaari dengan alasan bertaqlid buta. Malah apa
yang menghairakan aqidah mereka adalah aqidah Ibnu Taimiyah iaitu
aqidah Mujasimah ertinya : Allah berada di atas langit, Allah
duduk di atas Kursi, sedangkan Allah itu tidak bertempat dan tidak
boleh di sifatkan dengan makhluk. Mereka mencipta satu kaedah dan
aqidah sendiri yang lain yang lain, malah jauh dari pegangan sunnah

wal -Jamaah. Mereka menambah beberapa aqidah dah TAUHID


seperti Tauhid Rububiyah, Tauhid Uluhiyah , Tauhid Asmaul Sifat dan
macam lagi yang lain dari yang lain dan pelik-pelik . Mereka juga
mengakui bahawa orang kafir dan orang musyrik mempunyai Tauhid.
Sebab itu kita tidak pelik jikalau golongan wahabi mengatakan orang
musyrik lebih baik Tauhidnya dari orang Islam begitu juga Abu Jahal
lebih afdhal dari orang Islam.
3. BUGHA( PEMBERONTAK)
Jikalau kita mempelajari kitab feqah bab Hudud kita akan menemui
tajuk yang sebut BUGHA, iaitu pemberontak berpasukan yang
menyerang kerajaan atau pemerintahan Islam . Jadi kita tidak akan
mengatakan wahabi berpegang kepada mazhab Ahli Sunanh wal
Jamah kerana ia menentang kerajaan Islam yang pada masa itu
berpusat di Turki . Sebagaimana yang telah kita maklumi bahawa
gerakan ini telah dipatahkan oleh Sultan Muhamamd 'Ali Basha
dan anaknya yang telah menyekat kemaraan golongan wahabi ini dari
terus tersebar di negeri Mesir . Gerakan ini cuba untuk mencerobohi
sestem pendidikan Al-Azhar dan juga telah sedaya upaya untuk
menakluki al-Azhar yang menjadi markaz Islam di dunia ini .
4. MENGKAFIRKAN SAHABAT DAN UMAT ISLAM.
Muhamad Abdul Wahab mengkafirkan sahabat dan semua umat
Islam , adakah kita hendak mengatakan ia berpegang kepada mazhab
ahli sunnah wal jamaah ???? Sabda nabi :Barang siapa yang
mengkafirkan seorang muslim maka kekafiran itu akan di timpa
( berbalik ) ke atasnya" .Bolehlah kita simpulkan disini bahwa
sebahagian besar kitab Aqidah dan Tauhid Wahabi memuatkan katakata syirik kafir, murtad, bidaah dan sebahgianya .
5. MENGHAPUSKAN KESAN SEJARAH
Golongan Wahabi juga berpendapat dan berfatwa kita WAJIB
menghapuskan kesan sejarah , begitu juga pendapat mufti wahabi
sependapat dengan Muhammad Abdul Wahab. Ini juga jauh terpesong

dari mazhab Ahli Sunhah wal Jamaah. Saya datang satu athar dan
contoh, ketika para sahabat datang ke Syam beliau melihat menara
yang dibina oleh golongan bukan Islam , tetapi para sahabat tidak
memusnahkan. Begitu juga ketika nabi dan para sahabat masuk ke
Madinah. Beliau juga tidak merosakan dan memusnahkan tempattempat ibadah agama lain. Begitu juga sahabat nabi Amru al-Assa
ketika tiba di Mesir tidak merobohkan dan tidak merosakan patungpatung fiarun atau kesan sejarah atau peninggalan sejarah Islam.
Manakala di Nusantara para Wali Songo juga tidak memusnahkan
kesan-kesan peninggalan agama hindu malah kesan peningglan
tersebut sbahagianya dijadikan masjid untuk dimanafatakan .Mazhab
ahli sunnah wal Jamah tidak bertindak demikian menghapuskan kesan
peninggalan sejarah lebih-lebih lagi kesan sejarah Islam . Di Mekah
ada satu tempat iaitu tempat penyembelihan nabi Ismail , akan tetapi
tempat ini telah dimusnahkan oleh golongan wahabi .Begitu juga di
Madinah ada satu kawasan tempat Saidina Fatimah menyisir rambut
baginda Nabi serta mengoleskan celak di mata baginda , malangnya
kawasan tersebut telah dimusnahkan oleh wahabi .Begitu juga di baqe'
yang menempatkan 10 ribu sahabat ada satu kawasan tinggi tempat
nabi berdoa tempat itu juga telah diratakan dan di musnahkan oleh
wahabi, sehingga kini kita dilarang mendekati maqam para sahabat ,
dan ahli bait. Malah ada golongan wahabi yang tidak berminat untuk
menzairahi maqam sahabat dan nabi yang kononya telah mati dan
tidak mendatangkan hasil. Kiyahi Sirajuddn Abbas ada menyatakan :
Jika sekiranya Wahabi memerintahm Mesir sudah pasti yang pertama
akan di musnahkan adalah qubah Imam Sayafe dan Qubah Saidina
Hussin '
6. TANDUK SYAITAN .
Di dalam hadis nabi ada menyatakan satu golongan yang akan
membuat malapetaka dan akan merubah agama , para ulamak
menyebut beliau tidak lain tidak bukan adalah Musilamtul Kazab dan
Muhamamd Abdul Wahab. Mereka ini di beri gelaran TANDUK
SYAITAN . Di beritakan bahawa jika tanduk ini dipotong maka ia
akan tumbuh semula di tempat lain. Begitulah seterusnya ia akan
tumbuh dan muncul yang sekarang ini telah bertapak di Jordan, Syam
dan seluruh Tanah Arab sehinggalah ke India , Pakistan dan Tanah

Melayu. Para ulamak menyebut bahawa TANDUK SYAITAN ini tidak


dapat di musnahkan sehingga timbul dan munculnya DAJAL.
Kemudian golongan ini akan menjadi pengikut Dajal. Kenyatan ini
boleh anda baca di dalam kitab Syeikh Zaini Dahlan Mufti Mekah
bertajuk : Durarus suniyah 'ala rad al-wahabiyah. Gerakan ini maha
merbahya pada abad ini yang diumpakan sebagai 'Gunting di dalam
lipatan atau Api di dalam sekam, dan Duri di dalam daging'
7. MENGHAPUSKAN AMALAN KEAGAMAAN
Golongan ini amat membenci dan mengeji serta mencaci amalan
keagaman yang menjadi syair Islam seperti Ihtifal mawlid nabi, Ihtifal
menyambut malam lailatul Qadar, ihtifal bulan Rejab, nisfu Sya'aban,
dan sebaginya. Acara keagaman ini telah ditentang keras oleh
golongan wahabi dan ini amat bertentangan dengan perinsip dan
pegangan mazhab ahli sunnah wal Jamaah malah menyifatkan ia
seumpama amalam Yahudi dan Nasrani. Syiar agama Islam ini di
anggap Bidaah Dhalalah yang menyesatkan sehingga membawa ke
lembah neraka .

Anda mungkin juga menyukai