Anda di halaman 1dari 30
1" National Conference on Communication Research and Exhibition (1" NCCRE): Media and Communication in Islamic Perspectives, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 4 Mac 2014 HUBUNGAN TINGKAH LAKU KEPIMPINAN DENGAN BUDAYA 5S DALAM KALANGAN KAKITANGAN SOKONGAN DALAM SEKTOR AWAM DI PUTRAJAYA. ‘NurZakira Afnee Zakaria Hazlin Falina Rosli Faradillah Igmar Omar Jabatan Komunikasi Fakulti Pengurusan dan Muamalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) nurzakira@kuis.edu my, hazlinfalina@kuis.edu.my, faradillah@kuis.edu.my, ABSTRAK Kepimpinan yang efektif’ melambangkan kejayaan sesebuah jabatan kerajaan, Tingkah laku kepimpinan yang sesuai dalam sesebuah organisasi dilihat sebagai suatu yang amat penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan organisasi tersebut. Pembentukan budaya kerja 5S yang cemerlang bergantung pada tingkah laku kepimpinan dalam sesebuah organisasi Penggunaan tingkah laku kepimpinan yang sesuai akan membantu organisasi untuk membentuk budaya kerja SS dengan lebih berkesan, Kajian ini memfokuskan kepada hubungan tingkah laku kepimpinan dengan budaya kerja 5S dalam sektor awam di Putrajaya. Objektif kajian ini adalah untuk melihat hubungan tingkah laku Kepimpinan dengan budaya kerja 5S dalam kalangan kakitangan kumpulan sokongan sektor awam di Putrajaya. Kaedah kajian dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 156 responden yang terdiri daripada kakitangan kumpulan sokongan sektor awam di Putrajaya. Hasil kajian mendapati bahawa pembolehubah tingkah laku kepimpinan dalam kajian ini mempunyai hubungan yang positif dengan budaya kerja 5S. Diharapkan dengan maklumat yang diperolehi daripada hasil kajian dan pendekatan tingkah laku Kepimpinan yang telah dikenalpasti dapat meningkatkan keberkesanan dalam melaksanakan budaya kerja 5S. 1" National Conference on Communication Research and Exhibition (1" NCCRE): Media and Communication in Islamic Perspectives, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 4 Mac 2014 1.1 Pengenalan Budaya kerja memainkan peranan yang amat penting dalam setiap organisasi. Sctiap pemimpin dalam organisasi bertanggungjawab membentuk budaya kerja yang cemerlang dan menjadi contoh kepada pekerja-pekerja bawahan. Werner (2007) menyatakan bahawa pemimpin- pemimpin organisasi perlu untuk menentukan apa jenis budaya akan mencerminkan visi organisasi dan nilai, mengenal pasti tingkah laku yang sesuai untuk membentuk seperti budaya dan kemudian membangunkan strategi untuk memupuk tingkah laku di seluruh organisasi. Organisasi adalah budaya kepada organisasi dan personaliti adalah untuk individu (Johnson 1990). Oleh itu, setiap budaya yang dibentuk dalam organisasi mencerminkan identiti organisasi tersebut dan personaliti seseorang pemimpin dalam mentadbir sesebuah organisasi_ bagi mewujudkan dan membuktikan corak kepimpinan yang lebih efektif dan cemerlang. Salah satu strategi yang telah diaplikasikan dalam organisasi di sektor awam ialah konsep 5S iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke. Konsep 5S ini merupakan satu budaya kerja yang diamalkan di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Konsep ini mula diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan tahun 1980an dan ia mula dipraktikkan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti seperti lebih selesa, teratur, bersih dan selamat dalam organisasi. Ia juga menentukan piawaian tertentu untuk menyeragamkan hal pengurusan dan mampu memupuk kepada usaha penambahbaikan budaya kerja yang lebih kondusif. Sei "san dus cote Qu Sin 1" National Conference on Communication Research and Exhibition (1" NCCRE): Media and Communication in Islamic Perspectives, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 4 Mac 2014 Rajah 1.1 di atas menunjukkan item-item yang wujud dalam konsep 5S dan setiap item tersebut mempunyai hubungan antara satu sama lain, Hubungan antara item-item yang wujud ini telah membentuk satu konsep 5S dan konsep ini menjadi satu budaya kerja dalam orga i sektor awam. Pengamalan konsep 5S secara berterusan akan membentuk satu budaya kerja yang positif dalam organisasi. Penggunaan 5S adalah amat sesuai diaplikasikan ke dalam organis. si kerana ia menyediakan satu platform yang membolehkan sesebuah organisasi untuk memenuhi piawaian antarabangsa dengan mengurangkan kos ke tahap yang paling minimum. Konsep 5S ini dilihat mampu memberikan sumbangan utama kepada produktiviti, kualiti, kos, penghantaran, keselamatan dan moral. Penulis barat turut menyatakan bahawa pengiktifaran konsep 5S ini adalah selaras dengan pendekatan pengurusan alam sekitar yang mantap yang dijalankan di Jepun (Bicheno 2004), Kepimpinan yang efektif melambangkan kejayaan sescbuah jabatan kerajaan. Kejayaan atau kegagalan sesuatu matlamat adalah bergantung kepada pemimpin tersebut. Kepimpinan dalam sesebuah organisasi dilihat sebagai sesuatu yang amat penting untuk menerangkan atau membuat se atu ramalan tentang kejayaan organisasi. Kepimpinan secara umumnya banyak berasaskan andaian bahawa kepimpinan adalah penycbab kepada keberkesanan organisasi, Kepimpinan yang berkesan mampu membcrikan impak yang positif kepada kejayaan organisasi. Secara umumnya kajian ini akan memfokuskan kepada pengaruh budaya kerja 5S terhadap tingkah laku kepimpinan dalam sektor awam di Putrajaya. 1.2 Permasalahan Kajian Amalan 5S merupakan satu falsafah dan prinsip yang boleh membantu meningkatkan prest sesebuah organisasi. Pelaksanaan SS bukan suatu tugas yang mudah malah memerlukan 1" National Conference on Communication Research and Exhibition (1" NCCRE): Media and Communication in Islamic Perspectives, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 4 Mac 2014 menunjukkan bahawa pengurusan yang tertinggi memerlukan komitmen yang tinggi untuk memimpin pekerja dalam penciptaan budaya organisasi iaitu termasuklah budaya kerja 5S dalam setiap perancangan strategik organisasi. Sclain itu, latihan lanjutan diperlukan untuk meningkatkan persepsi atau pandangan yang positif ke atas amalan SS iaitu sebagai satu corak gaya hidup atau budaya kerja dan bukan sebagai alat pengurusan. Kajian yang dilakukan oleh Hakimi et al. (2010) menyatakan bahawa pemimpin yang memperkasakan tingkah laku adalah satu kriteria yang penting untuk memastikan keberkesanan kepimpinan walaupun tiada kajian yang dijalankan untuk mengkaji latar belakang tingkah laku sescorang pemimpin, Beliau melihat kepimpinan dalam dua aspek kajian iaitu memperkasakan tingkah laku seseorang pemimpin bukan hanya bergantung kepada kepercayaan pemimpin tethadap tingkah laku pekerja yang mempunyai integriti dan prestasi yang bagus tetapi sifat-sifat seperti berhati-hati, prihatin, peka dan sebagainya harus ada pada seorang pemimpin. Kajian yang kedua adalah melanjutkan dan melihat hasil yang diperolehi dalam paradigma yang berbeza-beza. Beliau berpendapat bahawa terdapat potensi risiko jika pemimpin memberikan kuasa kepada pekerja atau pengikut terutamanya dalam melakukan sesuatu keputusan kerana mungkin ada pekerja yang kurang teliti atau peka dalam melakukan keputusan, Seorang pemimpin itu perlu mempunyai sifat yang berhati-hati supaya mereka lebih sedar akan tanggungjawab mereka yang sebenar serta menjadi seorang pemimpin yang komited dan bertanggungjawab. Secara keseluruhannya, kajian ini memperlihatkan bagaimana tingkah laku kepimpinan boleh mempengaruhi pembentukan budaya kerja organisasi dan seterusnya_ membentuk persekitaran kerja yang lebih selesa dan berkualiti. Tingkah laku kepimpinan mampu memainkan peranan yang amat penting kepada setiap pemimpin dalam membentuk budaya kerja organisasi 1" National Conference on Communication Research and Exhibition (1" NCCRE): Media and Communication in Islamic Perspectives, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 4 Mac 2014 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tingkah laku kepimpinan dengan budaya kerja SS dalam kalangan kakitangan kumpulan sokongan sektor awam di Putrajaya. 1.5 Sorotan Literatur Budaya organisasi Budaya organisasi merupakan suatu sistem perkongsian yang dimiliki oleh setiap anggota dan dipraktikkan dengan cara yang berbeza bagi setiap organisasi. Soedjono (2005) menyatakan bahawa budaya organisasi dapat memberikan pedoman bagi seseorang pekerja mengenai bagaimana ia dapat mempersepsikan perwatakan budaya organisasi, nilai-nilai yang diperlukan oleh pekerja dalam melakukan kerja, berinteraksi dengan kumpulan, sistem dan pentadbiran serta berkomunikasi dengan pihak atasan. Salah satu faktor ulama dalam setiap organisasi adalah budaya organisasi. Keberkesanan sesuatu organisasi diukur melalui penciptaan budaya yang kukuh dan boleh digunakan untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai dalam setiap organisasi. Schein (2004) memerhatikan bahawa budaya organisasi dan kepimpinan adalah saling bethubungan antara satu sama lain, Kemudian, Luthans (2006) mendefinisikan budaya sebagai ilmu pengetahuan yang diperolehi untuk mengintepretasikan pengalaman dan menghasilkan perilaku sosial. Manakala menurut Robbins (2006) budaya organisasi adalah suatu sistem makna bersama yang diamalkan oleh anggota-anggota dalam setiap organisasi dan ia membezakan satu organisasi tersebut dengan organisasi-organisasi lain. Berhubung dengan huraian ini, Brown (1998) mentakrifkan budaya organisasi sebagai corak kepercayaan, nilai dan cara-cara belajar untuk menangani pengalaman yang telah dibangunkan sepanjang sejarah organisasi dan yang 1" National Conference on Communication Research and Exhibition (1" NCCRE): Media and Communication in Islamic Perspectives, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 4 Mac 2014 Tingkah Laku Kepimpinan Kepimpinan merupakan salah satu unsur penentu kejayaan sesebuah organisasi dan untuk memahami erti kepimpinan adalah lebih baik untuk mengetahui erti_ pemimpin. Terdapat kepelbagaian definisi dan konsep yang diutarakan oleh para sarjana dengan memberikan pengertian yang berbeza mengikut kefahaman mereka, Robbins (2006) menyatakan bahawa kepimpinan merupakan kemampuan untuk mempengaruhi kelompok atau kumpulan menuju pencapaian sasaran, Kepimpinan memiliki peranan penting kerana pemimpin merupakan fungsi pengurusan yang boleh mempengaruhi pekerja dalam setiap pekerjaan yang dilakukan untuk mencapai matlamat utama organisasi. Tingkah laku kepimpinan yang bersesuaian memberikan kesan kepada organisasi dan seterusnya boleh meningkatkan imej organisasi Kepimpinan adalah suatu keupayaan untuk menggunakan pengaruh untuk memotivasikan orang untuk meneapai sesuatu tujuan, Daft (2005) mendefinisikan Kepimpinan adalah suatu pengaruh yang berhubungan antara para pemimpin dan pengikut. Marcelene (2000) terdahulu menyifatkan bahawa kunci untuk kepimpinan pada hari ini adalah pengaruh bukan kekuasaan dan para pemimpin perlu tahu bagaimana untuk mempengaruhi orang lain untuk suatu tuntuan pekerjaan yang lebih tinggi. Tingkah laku pemimpin dan elemen hubungan antara pemimpin dengan abli dipercayai sebagai alat dorongan untuk mempengaruhi semua ahli ke arah suatu hasil atau matlamat yang telah dinyatakan (Isaac et al. 2001). Manakala, Kanungo (2001) berpendapat bahawa seseorang yang mahu menjadi pemimpin yang beretika perlu terlibat dengan tingkah laku yang mulia dan memberikan kebaikan kepada orang lain. Seorang pemimpin harus mengelak daripada melakukan perbuatan jahat yang bolch mendatangkan keburukan pada orang lain atau yang boleh memudaratkan organisasi. Pemimpin yang berkesan perlu memahami proses komunikasi yang melibatkan perkara-perkara seperti komunikator, berita. saluran. penerima dan maklum balas (Raja Roslan et al. 2008). srdanat pelbacai faktor 1" National Conference on Communication Research and Exhibition (1" NCCRE): Media and Communication in Islamic Perspectives, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 4 Mac 2014 harus seimbang dengan objektif organisasi untuk mencapai matlamat dan memberikan perkhidmatan yang membawa kepada kebaikan bersama. Walaupun Remund melakukan kajian yang menumpukan kepada pemimpin komunikasi korporat, namun keputusan mendapati bahawa tidak timbul masalah jantina dalam Kepimpinan tetapi beliau menggalakkan analisis yang melibatkan gender untuk melihat pengaruh yang lebih mendalam. Gender tidak mempengaruhi kepimpinan dan ia lebih melihat kepada sifat seseorang pemimpin. Jika pemimpin tersebut seorang yang bertanggungjawab dan mempunyai tingkah laku beretika tanpa melihat pengaruh gender, maka objektif organisasi boleh dicapai. Manakala pemimpin yang berfikir dan bertindak dengan tingkah laku yang berorientasikan kumpulan merupakan pemimpin yang sentiasa menjaga kebajikan pekerja dan bukan scorang yang mementingkan diri sendiri (Van Knippenberg & Van Knippenberg 2005). Hal ini memberikan kesan yang positif kepada scorang pemimpin mengikut persepsi pekerja bawahan dan pekerja sanggup melaksanakan kerja yang diminta oleh pemimpin serta memberikan motivasi kepada pekerja untuk bertindak sebagai satu kumpulan. 5S Pemahaman konsep 5S secara terperinci dan digunapakai di Jepun adalah berpunca daripada pendekatan yang melihat kepada kehidupan seharian yang sentiasa diamalkan. Konsep asas 5S ini amat mudah dipraktikkan ke dalam amalan pengurusan dan memberikan sumbangan dengan memaksimumkan kecekapan dan keberkesanan, Konsep 5S ini juga bukan hanya tethad kepada organisasisahaja malah boleh dipraktikkan ke dalam setiap aktiviti yang dilakukan untuk meningkatkan kualiti persekitaran seperti rumah, sekolah, komun ci dan sebagainya (Gapp et al. 2008). Pelaksanaan konsep SS juga boleh mendedahkan masalah yang tersembunyi yang imungkin tidak disedari, 1" National Conference on Communication Research and Exhibition (1" NCCRE): Media and Communication in Islamic Perspectives, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 4 Mac 2014 Komponen kejayaan sesuatu perniagaan atau organisasi serta peningkatan kualiti, O’hEocha (2000) menyatakan bahawa penambahbaikan dan perubahan amalan dalam sesuatu firma yang keeil memerlukan Kepimpinan yang kukuh jaitu melalui contoh teladan dan bukan melalui perkataan, Secara holistiknya, perbincangan konsep 5S ini boleh diperincikan seperti berikut : i, Seiri Penyingkiran barang-barang yang diperlukan dan yang tidak diperlukan di tempat kerja serta membuang barang-barang yang tidak diperlukan. Idea Seiri ini adalah untuk memastikan hanya perkara yang diperlukan ditempat kerja dan diletakkan di lokasi yang mudah untuk dicapai (Vinod Kumar Khanna 2002). Penyingkiran bahan-bahan yang berlebihan akan menampakkan kawasan pejabat atau ruangan mesyuarat lebih luas (Bryar & Walsh 2002) ii, Seiton Penyusunan ini bermakna sebuah tempat untuk setiap perkara dan setiap perkara ditempatnya. Ia ‘merupakan satu proses susunan barang yang teratur dan rapi serta berada dalam keadaan yang baik. Seiton ini merupakan satu ujian untuk menguji kecekapan ahli organisasi. Ia memperlihatkan bagaimana ahli organisasi boleh mencapai sesuatu perkara dengan cepat dan meletakkan sesuatu perkara dengan cepat di tempat yang telah disusunkan (Vinod Kumar Khanna 2002). ili, Seivo Kebersihan ini menjadi faktor utama dalam mewujudkan persekitaran organisasi yang bersih dan ceria. Pembersihan harus dilakukan dengan oleh semua orang yang terlibat dalam organisasi iaitu 1" National Conference on Communication Research and Exhibition (1" NCCRE): Media and Communication in Islamic Perspectives, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 4 Mac 2014 iv. Seiketsu Proses penyeragaman ini agak sukar untuk dilaksanakan kerana ia mengambil masa untuk melaksanakannya dengan menggantikan sesuatu yang baru dengan lebih seragam. Contohnya fail, rak buku atau kertas disusun dan dilabelkan dengan lebih seragam. Selain itu, setiap dokumen atau fail yang penting dilabelkan dengan wama yang berbeza-beza mengikut kreativiti ahli organisasi. Ia merupakan satu strategi baru yang diterapkan dalam budaya organisasi (Bryar & Walsh 2002). v. Shitsuke Disiplin ialah menanamkan sikap atau keupayaan untuk melakukan sesuatu sccara berterusan, Proses ini membantu abli organisasi untuk menjadi lebih berdisiplin dengan mengamalkan sesuatu budaya yang dipupuk dalam setiap organisasi. Proses mendisiplinkan diri telah menjadi asas kepada konsep 5S dalam sesebuah organisasi. Walaupun amat sukar untuk meninggalkan tabiat lama, ahli organisasi harus sentiasa mengamalkan konsep SS ini agar membentuk satu budaya kerja dalam organisasi (Bryar & Walsh 2002), 1.6 Metodologi Pemilihan responden terdiri daripada kakitangan kumpulan sokongan sektor awam di Putrajaya. Oleh kerana jumlah populasi yang sangat besar iaitu sebanyak 1,415 orang pekerja, penyelidik hanya mengambil sebanyak 156 orang responden tetapi penyelidik menyediakan sebanyak 170 borang soal selidik untuk mengelakkan soalan yang tidak lengkap daripada responden dan jumlah reponden ini ditentukan berdasarkan formula saiz sampel yang telah dibentuk oleh Mohd Majid Konting (2009) iaitu 20% daripada jumlah kakitangan kumpulan sokongan di tiga 1" National Conference on Communication Research and Exhibition (1" NCCRE): Media and Communication in Islamic Perspectives, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 4 Mac 2014 Jadual 1.6 Jumlah Kakitangan Sektor Awam. Bil ‘Senarai kementerian Bil. pekerja di Unit Bil. Kakitangan Pengurusan Sumber kumpulan Manusia* sokongan* 1 Kementerian Komunikasi dan 650 450 Multimedia 2 Kementerian Kesihatan 265 182 3___Kementerian Pendidikan 500 150 () Anggaran bilangan terkini (sesetengah Kementerian yang terlibat sedang dalam proses downsizing) Sumber: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian, 2014. Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah melalui instrumen soal selidik bagi memperolehi segala maklumat yang diperlukan, Menurut Mohd Majid Konting (2004) instrumen kajian adalah penting bagi mencapai objektif sesuatu kajian dan ia juga merupakan alat ukur yang digunakan untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang dikaji. Beliau juga menyatakan alat ukur yang baik akan mengukur dengan tepat sesuatu pembolchubah yang hendak diukur. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan data daripada sampel kajian. Penyelidik menggunakan kaedah soal selidik dalam penyelidikan ini kerana ia dapat menjimatkan masa dan membenarkan responden menjawab soalan tanpa sebarang bimbingan dan intervensi secara langsung dengan penyelidik. Pengunaan borang soal selidik ini juga lebih praktikal dan berkesan kerana data yang diterima lebih tepat dan responden boleh memberikan maklum balas dengan yakin, Borang soal selidik diedarkan kepada 156 responden yang terdiri daripada kakitangan kumpulan sokongan sektor awam di Putrajaya, 1" National Conference on Communication Research and Exhibition (1" NCCRE): Media and Communication in Islamic Perspectives, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 4 Mac 2014 1.7 Dapatan kajian Profil Responden Pembolehubah. Kategori Bilangan Peratusan (%) Jantina Telaki 4a 26. Perempuan 115 Bd Umur 20-25 tahun 8 5.1 26-30 tahun 46 29.5 31.35 tahun 60 38.5 36-40 tahun 20 12.8 40 tahun ke atas, 2 141 Tempoh lama 1-5 tahun 42 26.9 bekerja 6-10 tahun 56 35.9 11-15 tahun 33 22 16-20 tahun 12 17 20 tahun ke atas, 13 83 Keseluruhan(N=156) Terdapat seramai 156 responden telah memberikan maklum balas terhadap soal selidik yang telah diedarkan. Pemilihan responden menepati sasaran kajian iaitu memfokuskan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di tiga buah kementerian iaita Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KMM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berdasarkan kepada jadual di atas, jadual menunjukkan taburan responden mengikut jantina, umur dan tempoh berkhidmat dan hasil kajian menunjukkan terdapat 26.3 peratus jaitu seramai 41 responden ini adalah lelaki. Mana 1" National Conference on Communication Research and Exhibition (1" NCCRE): Media and Communication in Islamic Perspectives, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 4 Mac 2014 22 orang dan 12.8 peratus bagi responden yang berumur lingkungan antara 36 hingga 40 tahun iaitu seramai 20 orang. Bagi responden yang berumur lingkungan antara 20 hingga 25 mencatatkan peratusan yang paling rendah iaitu 5.1 peratus dengan hanya 8 orang. Manakala melihat kepada tempoh lama bekerja, responden yang berkhidmat antara 6 hingga 10 tahun mencatatkan peratusan yang tertinggi iaitu 35.9 peratus dengan jumlah seramai ik 56 orang dan Ich 26.9 peratus bagi responden yang bekerja antara | hingga 5 tahun iaitu seramai 42 orang, Manakala responden yang bekerja daripada 11 tahun schingga 15 tahun mencatatkan jumlah peratusan sebanyak 21.2 peratus iaitu seramai 33 orang dan responden yang bekerja 20 tahun ke atas hanya mencatatkan peratus sebanyak 8.3 peratus dengan hanya 13 orang. Bagi responden yang bekerja antara 16-20 tahun mencatatkan peratusan yang paling rendah iaitu sebanyak 7.7 peratus dengan jumlah seramai 12 orang. Ho: Tidak terdapat hubungan signifikan yang positif di antara tingkah laku Kepimpinan dengan budaya kerja SS dalam kalangan kakitangan kumpulan sokongan sektor awam di Putrajaya, Ha: Terdapat hubungan signifikan yang positif di antara tingkah laku kepimpinan dengan budaya kerja 5S dalam kalangan kakitangan kumpulan sokongan sektor awam di Putrajaya, Ujian Korelasi Pearson Hubungan Tingkah Laku Kepimpinan Dengan Budaya Kerja SS ‘Tingkah Laku Kepimpinan 1" National Conference on Communication Research and Exhibition (1" NCCRE): Media and Communication in Islamic Perspectives, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 4 Mac 2014 ditolak dan Ha diterima, Dapatan kajian menjelaskan bahawa terhadap hubungan signifikan positif yang sederhana di antara tingkah laku Kepimpinan dengan budaya kerja SS dalam kalangan kakitangan kumpulan sokongan sektor awam di Putrajaya dan kedua-dua pembolehubah ini mempunyai arah yang sama dan searah, Hal ini menunjukkan bahawa tingkah laku Kepimpinan mempunyai perkaitan dan berupaya untuk mempengaruhi budaya kerja 5S dalam sektor awam. Menurut Hackman dan Johnson (2004), kewibawaan dalam struktur organisasi menjadi asas penting dan merupakan alat yang membolehkan pemimpin menggunakan kebijaksanaannya untuk mewujudkan suasana yang dapat meningkatkan prestasi sescorang pekerja. Kewibawaan ini bermaksud kebolehan sescorang pemimpin dalam membuat keputusan yang boleh memberikan kesan kepada pekerja. Oleh itu, tingkah laku pemimpin memainkan peranan penting dalam membentuk budaya kerja SS dan persekitaran kerja yang selesa akan membantu meningkatkan prestasi kerja untuk terus meneapai matlamat organisasi 1.8 Kesimpulan Hasil kajian bagi hubungan tingkah laku kepimpinan dengan budaya kerja 5S dalam kalangan kakitangan kumpulan sokongan sektor awam di Putrajaya menunjukkan terdapat terhadap hubungan signifikan positif yang sederhana di antara tingkah laku kepimpinan dengan budaya kerja 5S dalam kalangan kakitangan kumpulan sokongan sektor awam di Putrajaya, Hal ini menunjukkan bahawa tingkah laku kepimpinan dalam organisasi sektor awam memainkan peranan penting dalam membentuk budaya kerja 5S. Pemimpin memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan 1" National Conference on Communication Research and Exhibition (1" NCCRE): Media and Communication in Islamic Perspectives, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 4 Mac 2014 Rujukan Barraza, M. F. S & Pujol, J. R. 2012. An Exploratory study of Ss: A multiple case study of multinasional organizations in Mexico. Asian Journal on Quality 13(1): 77-99. Bicheno, J. 2004. The new lean toolbox: towards fast, flexible flow. 3"' ed. Buckingham: Picsie Books. Brown, A. 1998. Organisational culture. 2ed. London: Financial Times Pitman Publishing. Bryar, P. & Walsh, M. 2002. Facilitating change — implementing 5S: An Australian case_study. Managerial Auditing Journal 17 (6): 329-332. Corbett, L. & Rastrik, K. 2000. Quality performance and organisational culture, International Journal of Quality & Reliability Management 7(1): 14-26. Daft, R. L. 2005. The leadership experience. Canada: Thomson. Gapp, R., Fisher, R. & Kobayashi, K. 2008. Implementing 5S within a Japanese context: An integrated management system. Management Decisions 46(4): 565-579. Hakimi, N., Van Knippenberg, D. & Giessner, S. 2010. Leader empowering behavior: The leader's perspective. British Journal of Management 21: 701-716. Isaac, G. R., Zerbe, J. W. & Pitt, C. D. 2001. Leadership and motivation: The effective application of expectancy theory. Journal of Managerial Issues 13: 212-226. Johnson, G. 1990, Managing strategic change: The role of symbolic action. British Journal of Management 1(1): 183-200. Kanungo, R. N. 2001. Ethical values of transactional and transformational leaders. Canadian Journal of Administrative Sciences 18: 257-265. Luthans, F. 2006. Perilaku organisasi. 10" ed. Yogyakarta: Penerbit Andi. 1" National Conference on Communication Research and Exhibition (1" NCCRE): Media and Communication in Islamic Perspectives, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 4 Mac 2014 Raja Roslan Raja Abd Rahman, Azizi Yahya & Mohd Salleh Hj Hassan, 2008. Peranan komunikasi Kepimpinan diri dan organisasi dalam perspektif islam. — Jurnal Pengurusan Komunikasi 1-15 Remund, D. 2011. Asking the Right Questions, Involving the Right People. The Responsibility of Corporate Communications Leaders. Journal of Leadership Studies 5(3),40-52. Robbins, S. P. 2006. Perilaku organisasi. 10" ed. PT: Indeks Jakarta, Schein, E. H. 2004, Organizational culture and leadership. 3" ed. San Francisco: Jossey-Bass Publishers. Soedjono. 2005. Pengaruh budaya organisasi terhadap kinerja organisasi dan kepuasan kerja karyawan pada terminal penumpang umum di Surabaya. Jurnal_ Manajemen dan Kewirausahaan 7(1): 22-47. Van Knippenberg, B. & Van Knippenberg, D. 2005. Leader self-sacrifice and leadership effectiveness: Psychology 90: 5-37. Vinod Kumar Khanna, 2009. 5 Journal 21(5): 486-501 The moderating role of leader prototypicality. Journal of Applied and TQM status in Indian organizations. The TOM Werner, A. 2007. Organisational behaviour: A contemporary south african perspective Pretoria: Van Schaick.

Anda mungkin juga menyukai