Anda di halaman 1dari 3

Bincangkan bagaimana anda mengaplikasikan model ASSURE dalam merancang pengajaran

dengan mengintegrasikan TMK sebagai media pengajaran

Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran


pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ASSURE merupakan
model reka bentuk berasaskan bilik darjah dan model ini dapat membantu guru
merancang pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing. Ia
melibatkan enam langkah, iaitu analisis ciri-ciri murid, nyatakan objektif
pengajaran dan pembelajaran, pilih strategi, teknologi dan media bahan yang
sesuai, gunakan teknologi, bahan dan media pengajaran dan pembelajaran
tersebut, melibatkan murid dalam proses pembelajaran,dan nilai serta semak
semula keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan
proses ini untuk menghasilkan rancangan pelajaran serta memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran. Sebagai
contohnya, saya telah memilih tahun 4 , matapelajaran sains yang bertajuk
interaksi antara benda hidup untuk mengaplikasikan Model Assure dalam
pengajaran dengan mengintegrasikan TMK sebagai media pengajaran. Standard
kandungan bagi tajuk ini ialah memahami sesetengah haiwan hidup secara
berkumpulan dan sesetengah yang lain hidup menyendiri.
Sebelum memulakan mereka bentuk pengajaran, guru perlu mengetahui
tentang ciri-ciri murid-muridnya yang menjadi sasaran pengajaran dan
pembelajaran. Beberapa maklumat tertentu perlu diketahui terlebih dahulu
sebelum sesuatu rancangan dibina. Antara ciri-ciri tersebut adalah ciri-ciri umum
murid seperti umur, darjah/tingkatan dan latarbelakang murid. Melalui rekod
murid dan berinteraksi secara langsung dengan murid, guru boleh memperoleh
maklumat yang lengkap mengenai seseorang murid. Melalui cara-cara ini, guru
dapat menggunakan teknologi yang bersesuaian. Contohnya , bagi topik yang
pilih, guru perlu mengetahui bilangan murid , umur murid serta pengetahuan
sedia ada berkaitan dengan topik yang ingin mengajar bagi menentukan cara
pengajaran kepada muri tersebut. Contohnya telah tahu tentang haiwan
peliharaan dan haiwan yang bearda dirumah serta pernah berkunjung ke zoo
sebagai pengetahuan sedia ada.
Seterusnya , objektif isi pelajaran perlu disentuh secara ringkas untuk
memaklumkan apakah yang sepatutnya dipelajari. Pelajar bersedia untuk
mengalami perubahan pengetahuan , sikap dan kemahiran. Pembelajaran
membawa perubahan dari segi penguasaan pengetahuan, kemahiran dan
tingkah laku. Seperkara itu, apa yang dipelajari itu perlu mempunyai objektif
yang jelas supaya objektif pembelajaran dapat diukur pada akhir proses
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, bagi topik haiwan peliharaan ini pada
akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menyatakan sesetengan
haiwan hidup secara berkumpulan dan hidup menyendiri. Kedua murid dapat
menamakan 5 haiwan hidup berkumpulan dan 5 haiwan hidup menyendiri.
Ketiga murid dapat mengelaskan haiwan berdasarkan cara hidup haiwan
tersebut. Guru boleh menggunakan beberapa kaedah seperti menayangkan

video tempat haiwan peliharaan bagi mengemukakan soalan kepada pelajar.


Murid kelihatan seronok dengan mengangkat tangan dan berdiri untuk memberi
jawapan semasa sesi soal jawab. Hal ini menunjukkan objektif pembelajaran
tersebut telah difahami oleh pelajar sekaligus dapat mencapai hasil
pembelajaran.

Langkah setersunya ialah setiap perancangan pengajaran yang baik akan


memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara
sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek
seperti membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif
yang hendak dicapai , memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang
dipilih, memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber
pembelajaran. Bagi topic yang saya pilih, guru boleh menggunakan kaedah
perbincangan, kaedah penyoalan dan kaedah berpusatkan bahan. Media yang
boleh menggunakan ialah komputer riba, tayangan video, tayangan slaid
,tayangan bahan 2D (gambar haiwan dan lembaran kerja ) dan bahan 3D ( model
haiwan). Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif
pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.
Selain itu, langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar.
Terdapat lima langkah bagi penggunaan media secara baik iaitu (preview) bahan,
sediakan bahan, sediakan persekitaran, sediakan pelajardan sediakan
pengalaman pembelajaran. Ini dapat membantu guru memastikan bahan
tersebut nemar-benar sesuai dengan kumpulanpelajarm objektif pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya, dalam topik ini, bahan 2 D iaitu gambar haiwan
digunakan dalam set induksi bagi menarik minat murid. Tayangan video
digunakan semasa langkah 1 membantu murid memahami gambaran cara hidup
haiwan iaitu hidup secara berkumpulan dan menyendiri. Tayangan slaid pula
digunakan bagi menambah pemahaman murid. Lembaran kerja pula digunakan
bagi tujuan pengukuhan.
Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu
dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan,
latih tubi, kuiz, projek dsb. Kegiatan pengukuhan seperti pengukuhan serta
merta, diberi selepas memberi tindak balas yang betul. Penyediaan media dan
bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan
pengelibatan pelajar. Contonhya , murid akan terlibat secara aktif dalam set
induksi kerana ia merangkumi pemusatan bahan dan murid seperti
menggunakan 2D gambar haiwan . Bagi langkah 1 juga pemusatan bahan dan
murid. Langkah dua pula aktiviti pemusatan murid dan guru seperti guru
menayangkan kuiz dalam slai dan murid akan menjawap soalan dengan
meneken loceng. Begitu itu juga dalam langkah ketiga dan langkah keempat .
Akhirnya ialah nilai dan semak semula. Ini merupakan langkah terakhir
dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspek penilaian
iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya

dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan


pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.
Contohnya , guru akan membuat kesimpulan dan rumusan tentang topik yang
diajar seperti tempat peliharaan haiwan. Murid pula membuat kesimpulan
dengan melengkapkan peta minda pada slaid.
Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang
dibuat secara teliti dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat
dan menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan TMK adalah salah satu media yang amat membantu
untuk guru dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.