Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN JURNAL MINGGU KEENAM

( 08 MAC 12 MAC 2015 )


Bilangan jurnal

: 6 / 12

Nama

: Ali Bin

Abu
No. kad pengenalan

: 9211111-11-1111

Kursus

: PISMP

Opsyen

: engenering

MASALAH YANG DIFOKUSKAN : Murid tidak mendengar arahan guru


Minggu ini merupakan minggu terkahir sebelum cuti
pertengahan penggal bermula. Jadi pelbagai aktiviti sekolah
yang perlu diselesaikan. Antaranya ialah persiapan untuk
menghadapi kejohanan sukan balapan dan padang sekolah. Oleh
sebab itu, kebanyakan masa saya dikekang oleh persiapan untuk
kejohanan itu.
Kelas yang terganggu hanyalah kelas pemulihan. ketika
berada di kelas aliran perdana iaitu pada hari isnin dan
selasa. Kebanyakan kelas saya berkisarkan masalah yang sama
iaitu murid tidak mendengar arahan guru. Masalah ini sering
berlaku ketika saya mengajar kelas aliran perdana. Murid-murid
masih
mendengar
arahan
saya
tetapi
mereka
tidak
menghiraukannya. Akibatnya kawalan kelas punah sama sekali.
ANALISIS MASALAH
Berdasarkan pemerhatian dan muhasabah yang saya lakukan,
saya dapati murid tahun 3 jurutera mudah dikawal dan tidak
banyak masalah. Saya juga ada bertanyakan dengan rakan-rakan
guru praktikum dan guru-guru senior berkenaan hal ini.
Majoriti dari mereka berkata hal yang sama. Oleh kerana
bilangannya yang sedikit dan tahap kematangan ahli kelasnya
boleh dikatakan agak tinggi, mustahil untuk seorang guru itu
hilang kawalan terhadap kelas terbabit.. Masalah ini amat
mengganggu saya kerana apabila arahan guru tidak dapat murid

ikuti, kelas menjadi tidak terkawal. Hal ini memberi kesukaran


kepada guru untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
CADANGAN
Sepanjang pengajian saya selama hampir lima tahun ini,
kebanyakan masalah yang difokuyskan adalah kawalan kelas.
Kebanyakan guru-guru yang telah berada di lapangan kerjaya
juga menghadapi masalah yang sama. Menurut teori-teori yang
saya pelajari ketika berada di institut, banyak sebenarnya
jalan penyelesaian yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah
ini.
Antara kaedah yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah
ini ialah penggunaan ekonomi token. Menurut Ang Jit Eng(2007),
Sistem ekonomi token adalah pendekatan untuk mengubah tingkah
laku sejumlah besar murid dalam masa yang singkat. Sistem ini
mengamdungi tiga unsur utama. Antaranya ialah satu senarai
peraturan bertulis yang mengandungi tingkah laku atau tindakan
yang diberi ganjaran atau peneguhan oleh guru, satu sistem
untuk memberikan token atau tanda simbolik kepada murid yang
melakukan tingkah laku atau tindakan seperti yang dinyatakan
dalam senarai peraturan dan sistem untuk menukarkan tokentoken yang diperoleh dengan hadiah, ganjaran atau peluang
untuk mengikuti sesuatu aktiviti.
Selain itu, untuk keberkesanan sistem ekonomi token yang
lebih efektif, saya boleh mempraktikkan aktiviti berkumpulan
bagi
memudahkan
lagi
pembahagian
token. Menurut Menurut
Effandi Zakaria (1998), pengajaran yang dikenali sebagai
pengajaran koperatif ini memegang konsep di mana murid-murid
membantu antara satu sama lain dalam kumpulan kecil. Oleh itu,
guru boleh memberi latihan kepada kumpulan sementara guru
mengajar kumpulan yang lain. Melalui cara ini, tidak ada murid
yang hanya duduk diam dan menunggu rakan yang sedang mengikuti
pengajaran. Mereka akan melakukan aktiviti yang diberikan oleh
guru.
TEMPOH PENYELESAIAN
8 Mac

hingga 30 April

2015.

TINDAKAN SUSULAN
Pembahagian
ekonomi
token
akan
diberi
berdasarkan
kumpulan kecil yang akan dibentuk minggu hadapan. Memandangkan

murid dari kelas pemulihan berada di kelas aliran perdana,


saya perlu lebih berhati-hati dalam membahagikan kumpulan.
Kesemua pelaksanaan ini akan saya jalankan pada minggu
hadapan.

KESIMPULAN.
Saya berharap dengan pertolongan dari setiap
mereka yang pakar dapat membantu saya menangani masalahmasalah yang timbul dengan tenang dan sukses. Di samping itu,
saya berdoa agar murid-murid yang saya ajar dapat mengikuti
pengajaran saya dengan baik dan memahami topik yang saya ajar
sesempurna mungkin insyaAllah.

Pandangan / komen guru pembimbing


....................................................................
....................................................................
..........
....................................................................
....................................................................
. ........
....................................................................
....................................................................
..........
Tarikh : ............................................. Tandatangan :
.............................................
Nama : .........................................................

Pandangan / komen pensyarah pembimbing


....................................................................
....................................................................
..........
....................................................................
....................................................................
..........
....................................................................
....................................................................
...........

Tarikh
:
..............................................
Tandatangan : ..............................................
Nama : ........................................................

Anda mungkin juga menyukai