Anda di halaman 1dari 13

FARA HAIRANI BINTI SAHAR

(HB130044)

DEFINISI
Seringkali peringkat perkembangan dan pembelajaran seseorang kanak-kanak diukur dari
segi kognitif (pemikiran), afektif (emosi) dan psikomotor (fizikal). Namun begitu, terdapat satu
lagi domain yang tidak kurang pentingnya iaitu domain konatif. Bain (1868) seperti yang dipetik
oleh Gerdes & Stromwall (2008) menyatakan

pemikiran konatif sebagai kehendak atau

kemahuan yang meliputi keseluruhan aktiviti seseorang sebagaimana yang diarahkan oleh
perasaan seseorang itu. Snow & Jackson (1996) berpendapat konstruk yang paling menarik dan
mencerminkan aspek motivasi dan kemahuan tingkahlaku manusia ialah konstruk konatif.
Konatif juga bermaksud kecenderungan semulajadi, gerak hati, perjuangan, atau usaha yang
terarah. Ia merupakan salah satu daripada tiga elemen perilaku atau proses pengambilan
keputusan yang meliputi aspek kognitif, konatif dan afektif (sumber dari Wikipedia). Bagozzi
(1992) mencadangkan konatif adalah perlu untuk menjelaskan bagaimana pengetahuan dan
emosi diterjemahkan kepada tingkah laku manusia.
Sensori pula berkaitan dengan deria sentuhan, bau, rasa, pendengaran dan penglihatan.
Justeru, multisensori adalah kombinasi daripada pelbagai deria tersebut. Kaedah multisensori
juga dikenali sebagai kaedah VAKT. VAKT merupakan akronim bagi visual, auditori, kinestetik
(pergerakan) dan taktil iaitu sentuhan (Nassihah Ahmad Rosdi, 2012). Gillingham dan Stillman
(1997) seperti yang dipetik oleh Nurul Jannah Baharin & Kamariah Bujang (2011) turut
mendefinisikan multisensori sebagai penggunaan teknik secara visual, auditori dan kinestetik
untuk pengukuhan ilmu. Dari segi konteks pembelajaran, Sadja'ah (2005) berpendapat bahawa
makin banyak benda dilihat, didengar, diraba atau dimanipulasi, dirasa dan dihidu, makin pesat
berlangsung perkembangan persepsi dan makin banyak tanggapan yang diperoleh maka makin
pesatlah perkembangan bahasa seseorang pelajar.

LATARBELAKANG ISU
Seperti mana pelajar yang berada di kelas normal,Orang Kurang Upaya (OKU) juga
berhak mempunyai akses sama rata terhadap pendidikan seperti mana yang terkandung dalam
Akta Orang Kurang Upaya (2008). Berdasarkan Warta Kerajaan Persekutuan, PeraturanPeraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, murid pendidikan khas ini dikategorikan kepada

FARA HAIRANI BINTI SAHAR


(HB130044)

ketidakupayaan

penglihatan,

ketidakupayaan

pendengaran,

ketidakupayaan

pertuturan,

bermasalah pembelajaran atau kombinasi pelbagai ketidakupayaan. Di dalam masalah


pembelajaran terdapat lima sub-kategori iaitu lewat perkembangan (Global Developmental
Delay) bagi kanak-kanak yang di bawah umur 4 tahun, Sindrom Down, Autisme, masalah intelek
dan masalah pembelajaran spesifik seperti Disleksia dan Diskalkulia (Portal rasmi MyHealth
Kementerian Kesihatan Malaysia).
Menurut laman web Pemulihan Dalam Komuniti (PDKnet) telah menyenaraikan ciri-ciri
pelajar bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri tersebut adalah seperti kurang bermotivasi
untuk belajar, sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut
arahan dan sebagainya.

Begitu juga takrifan The National Joint Committee on Learning

Disabilities, NJCLD (1990) yang tercatat dalam laman web sama yang mana masalah
pembelajaran merujuk kepada satu kumpulan pelbagai masalah yang mengakibatkan kesukaran
yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai
masalah matematik. Ia mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah
sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi. Yasmin Hussain (2013) menyatakan muridmurid berkeperluan khas adalah golongan yang mempunyai ketidakupayaan, kecacatan,
halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau
psikomotor. Walau bagaimana pun, terdapat kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini yang
berusaha dan bertekad untuk mengatasi kekurangan mereka supaya dapat berdikari dan belajar
sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Mereka berani mencuba sesuatu benda baru yang
kadangkala tidak berani pun diteroka oleh murid normal.
Di samping itu, bagi menggalakkan perkembangan domain seperti kognitif dan
psikomotor, pengajaran yang menggunakan pelbagai deria sangat digalakkan. Kepelbagaian
sikap murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran seperti mudah hilang fokus, mudah lupa,
tidak minat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran membuatkan guru menjadi lebih kreatif
untuk membina bahan bantu belajar yang melibatkan multisensori. Hal yang sedemikian perlu
dilakukan supaya murid tidak terus ketinggalan dalam menguasai sesuatu kemahiran.
Kepelbagaian masalah ketidakupayaan mereka itu mampu mempengaruhi keinginan,
kemahuan dan keazaman mereka seperti mana yang dimaksudkan dalam domain konatif untuk
berkembang dari segi kognitif, psikomotor dan sebagainya. Tambahan pula, bagi memastikan

FARA HAIRANI BINTI SAHAR


(HB130044)

berlakunya pembelajaran, aspek sensori murid pendidikan khas harus diberi perhatian. Justeru,
berdasarkan keterangan-keterangan di atas, saya berasakan terdapat keperluan untuk
memasukkan aspek konatif dan sensori dalam menilai dan mengukur pencapaian murid
pendidikan khas.

RASIONAL
Kewajaran Domain Konatif Dalam Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Seperti yang pernah disebutkan sebelum ini, seseorang murid pendidikan khas
mengalami ketidakupayaan yang menyebabkan kebanyakan mereka tiada kemahuan atau kurang
berminat untuk belajar. Kekangan dari segi kognitif dan psikomotor membataskan pencapaian
akademik mereka. Harris et.al (1986) menyatakan dalam kajiannya, antara tingkahlaku kanakkanak bermasalah pembelajaran yang sukar dikawal oleh guru ialah agresif, mengganggu dan
tidak berminat untuk belajar. Walau bagaimana pun, terdapat juga pelajar yang sangat berazam
dan bersungguh-sungguh untuk belajar menyelesaikan sesuatu tugasan. Namun, selepas itu, hasil
penilaian terhadap tugasan itu tidaklah memberangsangkan jika hanya aspek kognitif atau
psikomotor yang diambil kira.
Para guru pendidikan khas juga perlu bersama-sama untuk melahirkan murid kurang
upaya yang bermotivasi tinggi dan yakin menghadapi dunia luar. Dorongan daripada pihak guru
dari segi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sesuai dan sokongan moral amat ditagih
bagi mencetuskan gerak hati yang positif kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran dalam mencapai matlamat yang dituju. Susulan daripada ini, penilaian terhadap
konatif murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran harus dilaksanakan.
Berdasarkan

pengalaman

sebagai

seorang

guru

pendidikan

khas

bermasalah

pembelajaran, terdapat beberapa contoh yang mana saya berasakan konatif adalah satu domain
yang harus dipertimbangkan untuk menilai murid-murid ini. Misal yang boleh diberikan di sini
ialah situasi yang mana seorang murid Palsi Serebral bernama Sofea (bukan nama sebenar) sukar
untuk berjalan tanpa bantuan orang lain. Walau bagaimana pun, Sofea berazam untuk berjalan
seperti kawan-kawannya. Dia akan cuba berjalan sendiri walaupun sering terjatuh kerana

FARA HAIRANI BINTI SAHAR


(HB130044)

keadaan kakinya yang tidak begitu kuat. Contoh seterusnya, seorang murid pendidikan khas
slow learner bernama Zhen Kai yang akan menghadapi ujian Matematik. Zhen Kai bertekad
mahu lulus maka setiap hari sebelum ujian Zhen Kai akan membuat latih tubi Matematik
berbanding dengan rakannya yang tidak kisah pun dengan ujian tersebut. Namun, setelah
keputusan ujian dikeluarkan, Zhen Kai gagal dalam ujian itu.
Melalui contoh-contoh di atas, dapat disimpulkan bahawa murid-murid pendidikan khas
ini jelas mempunyai kekurangan dari segi kognitif atau psikomotor. Walau bagaimana pun, tekad
dan keazaman mereka untuk berjaya harus diberi pengiktirafan. Oleh yang demikian, domain
konatif adalah yang paling tepat bagi menilai murid-murid ini jika dibandingkan dengan domain
kognitif, psikomotor mahupun afektif.

Kewajaran Domain Sensori Dalam Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran


Murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran memerlukan pelbagai bahan
bantu belajar yang dapat merangsang pembelajaran mereka. Di samping itu, pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang
bersesuaian beserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu
mereka capai ( Yasmin, 2000; Khatijah & Yasmin, 2006). Pendekatan pengajaran multisensori
yang melibatkan kebanyakan deria amat diperlukan bagi meningkatkan kefahaman dan
menguatkan ingatan dalam pembelajaran murid pendidikan khas. Ini selari dengan kenyataan
oleh Nggermanto (2005) dalam Aprilia & Lestari (2010) bahawa dengan menggunakan
kombinasi penglihatan (mata), bunyi (telinga), gerak (tangan) dan kaki), bau (hidung), dan rasa
(lidah), akan tercipta memori yang kuat.
Seperti mana yang telah disebut dalam latar belakang isu ini, masalah sensori merupakan
salah satu sebab ketidakupayaan berlaku. Menurut Porter & Miller (2000), penggunaan
persekitaran multisensori berguna bagi mengajar murid dengan keperluan khas. Contohnya,
seorang guru hendak menilai sama ada seorang murid autistik bernama Jun Tian sudah mengenal
suku kata atau tidak. Penilaian adalah sukar untuk dilaksanakan memandangkan murid tersebut
yang tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri. Vacca
(2007) mengatakan bahawa pemikiran imaginasi kanak-kanak austitik sentiasa berkurangan,

FARA HAIRANI BINTI SAHAR


(HB130044)

maka penulisan dan pembacaan yang kreatif terlalu sukar untuk difahami oleh mereka. Oleh
sebab itu, guru perlu mengajar dalam bentuk yang konkrit berbanding bahan yang abstrak.
Jikalau dengan kanak-kanak normal yang lain kita hanya memerlukan kad imbasan, namun
dengan murid autistik guru perlu mencipta bahan bantu belajar yang boleh dipegang, didengar,
digerakkan, dilihat atau dihidu untuk menarik minatnya. Oleh kerana Jun Tian ini sangat
meminati bola, guru boleh melekatkan kad suku kata kepada bola yang akan berbunyi apabila
dipicit. Murid perlu memegang dan melontar bola ke dalam bakul yang tertera suku kata yang
sama. Apabila murid dapat memasukkan dengan betul, bunyi orang bertepuk tangan akan
kedengaran. Dengan cara itu, walaupun tiada komunikasi secara langsung antara murid dan guru,
tetapi guru masih boleh menilai penguasaan murid itu terhadap suku kata.
Sehubungan dengan itu, terdapat terapi multisensori yang dilakukan terhadap murid
pendidikan khas bermasalah pembelajaran bagi memulihkan atau mengurangkan kesan
ketidakupayaan mereka. Antara terapi multisensori yang popular ialah dengan menggunakan
Bilik Snoezelen iaitu suatu terapi stimulasi multisensori (visual, auditori, sentuhan, bau) yang
digunakan oleh kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pada mental, autisma, hiperaktif,
lembam dan lewat perkembangan (Tun Mohd Hilmi, 2012).
Oleh itu, aspek sensori merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian dalam konteks
pendidikan khas bagi menilai keberkesanan terapi multisensori yang dijalankan. Pada masa kini,
mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dalam Kurikulum Pendidikan Khas banyak menggunakan
sensori pelajar namun ia lebih kepada menilai perkembangan psikomotor murid.. Oleh itu,
penilaian terhadap sensori murid pendidikan khas ini juga harus dijalankan untuk menilai
perkembangan sensori mereka.

FARA HAIRANI BINTI SAHAR


(HB130044)

IMPLIKASI TERHADAP PENILAIAN PEMBELAJARAN BERASASKAN DOMAIN


KONATIF DAN SENSORI
Sekiranya penilaian terhadap murid pendidikan khas turut mengambil kira domain
konatif dan sensori, sudah tentu ia memberi implikasi kepada guru, murid, ibu bapa dan negara.
Murid
Dalam Teori Pembelajaran Behaviourisme, pembelajaran dikatakan berlaku sekiranya
terdapat perubahan tingkahlaku. Murid pendidikan khas mungkin tidak akan dapat mencapai
kehendak penilaian seperti murid normal (afektif, kognitif, psikomotor). Namun, sekurangkurangnya penilaian yang positif atas perubahan tingkahlaku seperti kecekalan dan daya usaha
(konatif) dan peningkatan atau pemulihan dari segi sensori mereka mampu membina semula
keyakinan untuk mereka menghadapi dunia luar. Ini disebabkan apabila seseorang murid itu
dilabelkan sebagai murid pendidikan khas, kesannya rasa rendah diri dan rasa didiskriminasi
akan timbul (Jamila K.A Mohamed, 2006).
Murid akan lebih bersemangat untuk belajar dan tidak culas untuk ke sekolah kerana
berasakan kesungguhan dan kecekalan mereka untuk belajar turut diberi perhatian dan dinilai
oleh guru. Murid juga akan lebih bersedia dan terbuka untuk diajar, sentiasa berusaha dan
mempunyai keazaman yang tinggi untuk mengatasi kekurangan diri, cekal berlatih untuk
mencapai matlamat tertentu walaupun dianggap mustahil untuk digapai serta berinisiatif untuk
menyiapkan tugasan dan membuahkan idea-idea baru. Contohnya, murid yang mempunyai
konatif yang tinggi akan membersihkan dapur yang kotor tanpa disuruh oleh guru dalam kelas
masakan atau pun menawarkan diri untuk menyediakan campuran tanah yang sesuai untuk
menanam cili dalam kelas perkebunan.

Guru
Jika penilaian berdasarkan domain konatif dan sensori dilaksanakan, guru menjadi lebih
peka terhadap sebarang perubahan positif yang ditunjukkan pelajar. Domain-domain ini tidak
dapat dilihat menerusi atas kertas, namun perlu diperhatikan dari semasa ke semasa. Secara tidak
langsung, guru menjadi lebih prihatin terhadap perkembangan anak didiknya. Penilaian atau

FARA HAIRANI BINTI SAHAR


(HB130044)

senarai semak pencapaian pelajar juga akan mengambil kira perkembangan konatif dan sensori
di samping domain-domain pembelajaran yang lain.

Ibu Bapa
Ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini sudah tentu mempunyai harapan yang besar kepada
pihak sekolah untuk mendidik anak mereka. Walau bagaimana pun, adalah sukar untuk melihat
perkembangan kognitif atau psikomotor yang cemerlang daripada anak mereka. Sekurangkurangnya, dengan adanya penilaian konatif dan sensori ini, ibu bapa dapat melihat kemajuan
anak mereka dari segi domain yang lain selain domain yang lazim iaitu kognitif, afektif dan
psikomotor.

Negara
Falsafah Pendidikan Khas ialah:
Satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang individu
sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu
merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang
individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
(dipetik dari Yasmin Hussain, 2013).
Maka, penilaian domain konatif terhadap murid pendidikan khas dapat memenuhi
aspirasi negara dalam falsafah tersebut. Kesedaran murid pendidikan khas tentang potensi diri
akan membuahkan inisiatif untuk berdikari seterusnya menjadi ahli masyarakat yang produktif
kepada negara.

FARA HAIRANI BINTI SAHAR


(HB130044)

KAEDAH PENILAIAN BAGI DOMAIN KONATIF DAN SENSORI


Oleh kerana domain konatif dan sensori ialah sesuatu yang tidak boleh diukur melalui
ujian di atas kertas seperti ujian kertas dan pensel, maka penilaian yang paling sesuai ialah secara
pemerhatian dan senarai semak.
Dalam membina objektif pembelajaran, seringkali kita merujuk kepada format ABCD
(Audience, Behaviour, Condition, Degree). Sebagai cadangan, unsur-unsur konatif (K) dan
sensori (S) boleh disertakan bersama. Contohnya ialah seperti di bawah:
Contoh 1:
A

Murid boleh menyediakan satu jenis minuman petang yang manis dan sejuk menggunakan deria
K

lihat,sentuh dan rasa dengan bersungguh-sungguh.

Contoh 2:
A

Murid boleh membezakan tiga jenis bunyi haiwan menggunakan deria pendengaran dengan
bersungguh-sungguh.

FARA HAIRANI BINTI SAHAR


(HB130044)

Rajah di bawah menunjukkan contoh sukatan pelajaran dan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Dokumen Standard Kurikulum Kemahiran Hidup Asas (Masakan)


Pendidikan Khas Tahun 4

Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Kemahiran Hidup Asas (Masakan)


Pendidikan Khas Tahun 4

FARA HAIRANI BINTI SAHAR


(HB130044)

Cadangan Rubrik Penilaian Kemahiran Hidup Asas (Masakan) Pendidikan Khas Tahun 4 yang disertakan domain konatif dan sensori:

Tajuk: Masakan
Tahap

STANDARD

STANDARD

*TARIKH

Penguasaan

No.Kad OKU : _______________


Topik: Penyediaan dan Penyajian Makanan

STANDARD PRESTASI
Domain
Sensori Yang
Konatif

Sensori Yang

Patut Digunakan

Digunakan Murid

Dengar

Mata pelajaran: Kemahiran Hidup

Kelas : ________________

Dengar

Nama : ___________________________________

pagi

Rasa

Sentuh

Hidu

Lihat

Rasa

Sentuh

Hidu

Lihat

KANDUNGAN
PEMBELAJARAN
DINILAI
Markah
Keterangan (Rujuk
(Rujuk
Jadual
1
Murid melakukan tugasan dengan sambalewa.
DSKP)
Konatif)
2
Murid melakukan
tugasan dengan
5.1 Menyenaraikan
5.1.1 Menamakan
jenisbersungguh-sungguh.
3
Murid melakukan tugasan dengan bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa.
minuman untuk sarapan
minuman
/ /
/ /
4
Murid melakukan tugasan dengan bersungguh-sungguh, tidak berputus asa dan berinisiatif untuk berjaya menyiapkan tugasan.

i. Panas ii. Sejuk


5.1.2 Menyediakan minuman
*Catatan: 1)Murid boleh dinilai beberapa kali sehingga mendapat keputusan yang memuaskan 2)Murid boleh dinilai sebelum dan selepas terapi multisensori dijalankan
panas seperti minuman
/
/ / /
bercoklat atau teh
5.1.3 Menyediakan minuman

sejuk seperti kordial atau


jus buah- buahan

Jadual Konatif

FARA HAIRANI BINTI SAHAR


(HB130044)

KESIMPULAN
Perkembangan seorang kanak-kanak pendidikan khas haruslah tidak dinilai dan diukur
dari dimensi kognitif, afektif dan psikomotor semata-mata. Penggabungjalinan domain konatif
mampu memberi semangat dan dorongan kepada mereka untuk terus berusaha dan berjuang
untukberjaya walaupun berdepan dengan pelbagai masalah kognitif, fizikal dan kecelaruan
perasaan yang tersendiri.. Begitu juga dengan adanya penerapan domain sensori, kanak-kanak ini
akan lebih mengingati dan menghayati sesuatu kandungan pelajaran. Rangsangan multisensori
terhadap kanak-kanak baik dari segi deria penglihatan, pendengaran, hidu, sentuh atau rasa akan
membuatkan mereka tidak mudah jemu, tidak teralih fokus dan menggalakkan penyertaan
mereka ke dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Justeru, kerjasama erat antara guru-guru
pendidikan khas dan ibu bapa diperlukan bagi memastikan dorongan yang berterusan diberikan
kepada kanak-kanak istimewa ini bagi mencapai standard domain yang ditetapkan seterusnya
melahirkan generasi orang kelainan upaya yang gigih, tidak takut bersaing dan penuh dengan
keyakinan diri untuk menghadapi dunia luar.

FARA HAIRANI BINTI SAHAR


(HB130044)

RUJUKAN

Akta

<http://www.jkm.gov.my/images/stories/pdf/oku2008scan.pdf>
Aprilia, I.D. & Lestari P.R.(2010). PENERAPAN PENDEKATAN MULTISENSORI DALAM

Orang

Kurang

Upaya

2008.

Dicapai

pada

30

Mei

2015

dari

MENINGKATKAN KEMAMPUAN MENGHAFAL BACAAN SHALAT PADA ANAK


TUNARUNGU.

Diakses

pada

Jun

2015

dari

<http://file.upi.edu/Direktori/FIP/JUR._PEND._LUAR_BIASA/197004171994022

IMAS_DIANA_APRILIA/LAP_PENELITIAN_2.pdf>
Bagozzi, R. (1992). The self-regulation of attitudes, intentions, and behavior. Social

Psychology Quarterly, 55(2), 178-204.


Baharin, N.J. & Bujang, K. (2011). Mengkaji Keberkesanan Strategi Multisensori Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Topik Masa Tahun 3. Prosiding Penyelidikan Tindakan
Matematik (Sekolah Rendah). Jabatan Matematik, IPG Kampus Teknik. Diakses pada 23 Mei

2015 dari <http://issuu.com/fhyzul2012/docs/ilovepdf.com>


Bain,A. (1868). The senses and the intellect. New York: D.Appleton.
Conation. Oxford English Dictionary (Second Edition, CD-ROM Version 3.00). Oxford
University

Press.

2002. Diakses

pada

30

Mei

2015

dari

<https://en.wikipedia.org/wiki/Conation>
Gerdes, K.E. & Stromwall, L.K (2008). Conation: A Missing Link In The Strength

Perspective. Oxford Journals Social Sciences Social Work Volume 53, Issue 3.
Harris, J. et.al(1996). Pupils with Severe Learning Difficulties Who Present Chellenging
Behaviour: A Whole School Approach to Assessment and Intervention. Kidderminster:

British Institute of Mental Handicap, dalam Mohamed, J.K.A (2005).


Hilmi, T.M. (2012). Terapi Dalam Pendidikan Khas. Diakses pada 1 Jun 2015 dari

<https://www.scribd.com/doc/93652122/Terapi-Dalam-Pendidikan-Khas>
Hussain. Y. (2013). Terapi Dalam Pendidikan Khas. Selangor:Pekan Ilmu Publications Sdn

Bhd.
K.A Razhiyah (2008). Menjadi Guru Pendidikan Khas Kuala Lumpur: PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd.


Amat, K. & Hussain, Y. (2006). Penggunaan Komputer Dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran Guru-guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di Melaka.


Masalah Pembelajaran. Artikel Pemulihan. Diakses pada 2 Jun

2015

<http://www.pdknet.com.my/web/index.php?module=view_content&cid=57&lang=>

dari

FARA HAIRANI BINTI SAHAR


(HB130044)

Masalah

<http://www.myhealth.gov.my/index.php/kemahiran-hidup/masalah-pembelajaran>
Mohamed, J.K.A. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Pahang Darul

Makmur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.


Nggermanto, A. (2005). Quantum Quotient (Kecerdasan quantum) : Cara Cepat Melejitkan

Pembelajaran.

Diakses

pada

31

Mei

2015

dari

IQ, EQ dan SQ secara Harmonis. Bandung : Nuansa


Peraturan-peraturan Pendidikan Khas 2013.Diakses pada 20 Mei 2015 dari
<http://jpwpkl.moe.gov.my/index.php/muat-turun/category/66-pendidikan-swasta-dan-

pendidikan-khas?download=774:peraturan-peraturan-pendidikan-pendidikan-khas-2013>
Porter, & Miller J.(2000), Developing the Use of Multisensory Environments, in Aird,

S(2001).
Rosdi, N.A.

(2012).

PENGGUNAAN

KAEDAH

MULTISENSORI

UNTUK

MENINGKATKAN DAYA TUMPUAN BAGI MURID AUTISME . IPG Kampus


Perempuan

Melayu

Melaka.Diakses

pada

Jun

2015

dari

<https://ml.scribd.com/doc/110972654/Pro-Siding>
Sadjaah, E. (2005). Pendidikan Bahasa bagi Anak Gangguan Pendengaran dalam Keluarga.

Jakarta : Departemen Pendidikan Nasional


Snow, R. E., & Jackson, D. N. (1997). Individul differencesin conation: Selected constructs
and measures (CSETech. Report 447). Los Angeles: National Center for Research on
Evaluation.

Diakses

pada

31

Mei

2015

dari

<http://www.cse.ucla.edu/products/Reports/TECH447.pdf>
Vacca, J. S. (2007). Autistic Children Can Be Taught To Read. International Journal Of
Special Education, 54-61.