Tema
Sajak Kata Bukit kepada Jentolak karya Mohd Faizal Said, bertemakan alam
sekitar. Penjagaan alam sekitar penting bagi menjamin kelestarian alam. Alam
sekitar merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia. Kemusnahan
alam sekitar boleh mendatangkan bencana kepada kita.
Maksud
Rangkap 1 :
Kata Bukit (mewakili alam sekitar) kepada Jentolak (mewakili manusia) Bukit
mempersoalkan tentang jentolak/manusia yang mungkin atau tidak pernah
mengetahui sejarah bahawa pada masa dahulu kawasan bukit ini pernah
menjadi tapak peperangan bersenjata dan pernah mencatat pergaduhan antara
saudara hingga menghilangkan rasa kasih antara saudara. Tindakan
jentolak/manusia yang datang dengan hingar deruman, cuba untuk
merosakkan/menghilangkan kesan-kesan sejarah bukit.
Rangkap 2 :
Kata jentolak (mewakili manusia) kepada bukit (mewakili alam sekitar)
Jentolak/manusia sememangnya tidak pernah ambil tahu kerana semua tindakan
jentolak pada bukit adalah atas dasar inginkan wang ringgit semata-mata.
Rangkap 3 :
Kata Bukit (mewakili alam sekitar) kepada Jentolak (mewakili manusia) Bukit
mempersoalkan tentang jentolak/manusia yang mungkin atau tidak pernah
mengetahui bahawa bukit merupakan pasak kekuatan bumi. Manusia besalah
kerana bermusuhan dengan alam sehinggakan berlakunya runtuhan tanah.
Tindakan jentolak meratakan bukit menyebabkan berlaku tanah runtuh,
mengotorkan dan menimbus jalan raya.
Rangkap 4 :
Kata jentolak (mewakili manusia) kepada bukit (mewakili alam sekitar)
Jentolak/manusia sememangnya tidak pernah ambil tahu kerana semua tindakan
jentolak pada bukit adalah atas dasar inginkan wang ringgit semata-mata.
Bentuk
Persoalan
Gaya Bahasa
Sinkope
Contoh pada Rangkap 2 Baris 2 :
malah, tak ingin ambil tahu
Inversi
Contoh pada Rangkap 3 Baris 6 :
hari ini kau datang dengan rakus cakaran
Repetisi
Contoh pada Rangkap 2 diulang semula pada Rangkap 4 :
Memang aku tidak tahu
malah, tidak ingin mabil tahu
aku menderum kerana wang!
Nada Sajak
Melankolik penyajak menyatakan perasaan kecewa terhadap manusia yang
dengan rakusnya merosakkan bukit semata-mata untuk mengaut keuntungan.
Manusia tidak ambil tahu tentang kepentingan bukit yang mencatatkan bahan
sejarah dan menjadi pasak kekuatan bumi. Peyajak juga merasa kecewa kerana
manusia tidak ambi peduli terhadap kerosakan alam sekitar.