Anda di halaman 1dari 4

Tiga Mitos Berkaitan TPPA

Jangan jadikan kesempurnaan musuh kebaikan


Oleh : Wan Saiful Wan Jan

Pendahuluan
Sejak isu TPPA mula hangat diperkatakan, ramai pihak yang datang
kepada IDEAS untuk mendapatkan sokongan. Sangkaan mereka ialah
IDEAS akan menyokongnya. Ini sebenarnya tidak tepat.
IDEAS adalah sebuah badan pemikir yang menyokong pasaran terbuka
tetapi mesti ditegaskan di sini bahawa pasaran terbuka bukan
bermaksud menyokong perniagaan. Monopoli juga dilakukan oleh
peniaga tetapi ia bukanlah pasaran terbuka.
Atas sebab itu, penting untuk orang ramai memahami apakah mitos
berkaitan TPPA. Di sini, saya hanya berkongsi tiga mitos utama TPPA.

Mitos #1 : TPPA bukanlah Pasaran Terbuka


Perjanjian TPPA sebelum ini telah dirundingkan secara rahsia dan
kandungannya hanya baru mengetahuinya sekitar dua bulan lalu. Ini
menjelaskan bahawa perjanjian ini bukanlah pasaran terbuka tetapi
pasaran yang dikawal, diuruskan oleh kerajaan.
Saya cenderung kepada liberalisasi ekonomi secara unilateral. Untuk
saya, kita tidak perlu menunggu pihak kerajaan atau pemerintah
meliberalisasikan ekonomi sebelum kita sendiri meliberalisasikannya.
Liberalisasi secara unilateral, atau melakukan apa yang betul terlepas
apa pun yang dilakukan oleh pihak lain, adalah pendirian terbaik untuk
diambil sebagai dasar oleh mana-mana negara.
Namun, oleh kerana tidak dapat mengelak daripada dasar kerajaan,
kita perlu realistik untuk menerima bahawa perjanjian bilateral atau
multilateral berlaku pada masa kini.

Mitos #2 : Ahli politik Malaysia mempunyai insentif untuk


menandatangani TPPA
Dengan penentangan meluas terhadap TPPA, sama ada mereka yang
membantah ini faham atau tidak mengenainya, keinginan kerajaan
menandatanganinya memberikan satu gambaran bahawa mereka
bersedia menanggung risiko tidak popular. Justeru itu, TPPA bukanlah
insentif kepada mereka secara politik.

Ini penting disedari, terutama dalam senario politik semasa. Dalam


krisis politik pada hari ini, bukanlah sesuatu yang biasa untuk manamana ahli politik mengambil satu pendekatan yang dianggap
membelakangi suara ramai. Semua ahli politik mahukan populariti. Ada
yang mahu popular sambil menuntut kesetiaan pengikut, tidak ramai
yang mahu popular dengan sokongan intelektual.
Jangan tersilap. Penentangan terhadap TPPA sebenarnya sangat kuat
dan mereka ini terdiri daripada pelbagai kelompok terutama aktivis.
Hujah-hujah yang biasa didengar ketika menentang pasaran terbuka
adalah sama agenda asing, menjejaskan ekonomi orang Melayu,
dikuasai syarikat besar, menjejaskan peniaga kecil dan golongan
miskin dan pelbagai lagi. Hujah-hujah ini mengikut keadaan dan
meruntun emosi. Mereka sedar ramai yang akan termakan dengannya
kerana untuk mereka ada batasan yang tidak boleh disentuh oleh ahli
politik. Kelompok yang mahu batasan ini terus ada akan dianggap
hero yang membela mereka.

Mitos #3 : Kerajaan menurut kepentingan perniagaan


Mitos ketiga yang berlegar ialah kerajaan akan menurut kepentingan
perniagaan.
Sepanjang kira-kira 18 tahun tinggal di United Kingdom, saya melihat
betapa aktifnya kelompok peniaga berinteraksi dengan masyarakat
awam, bukan sekadar berkaitan apa perkhidmatan atau barangan
yang dijual oleh mereka.
Di sana, dan di banyak negara maju yang lain, kelompok perniagaan
aktif berkempen di media, sama ada secara bersendirian, melalui
dewan perniagaan atau pertubuhan pelobi, untuk berinteraksi dengan
masyarakat awam mengenai keperihatinan mereka dan cadangancadangan untuk memajukan persekitaran di mana mereka berniaga.

Mereka membayar organisasi berorientasikan penyelidikan untuk


menjalankan kajian mengenai isu tertentu. Mereka menyokong
pertubuhan masyarakat sivil menjalankan kempen untuk perubahan
dan penambahbaikan. Mereka bertemu ahli-ahli politik dari semua parti
untuk mengemukakan pandangan dan bekerjasama dalam hal-hal
yang menjadi kepentingan bersama untuk kebaikan semua.
Ringkasnya, mereka sangat aktif dalam membentuk dasar awam, tidak
hanya sekadar bertemu pihak kerajaan atau pemerintah. Kelompok
perniagaan perlu mendepani apa juga sentimen anti pasaran kerana
merekalah yang perlu dipengaruhi. Sebenarnya, ahli politik akan
berubah sekiranya masyarakat berubah kerana mereka memerlukan
sokongan untuk berada di kedudukan kuasa. Kelompok perniagaan
perlu berusaha mempengaruhi masyarakat untuk memilih ahli politik
yang layak berkuasa, sekurang-kurangnya menjadi wakil rakyat yang
berguna semasa perbahasan undang-undang dan dasar.

Bagaimanapun, di negara membangun terutama di rantau ini, mereka


hanya berminat mempengaruhi kerajaan atau pemerintah dan tidak
berinteraksi dengan masyarakat awam, apatah lagi hendak bersuara
dalam isu-isu kepentingan bersama.

Kesimpulan
Berbalik kepada TPPA, pendirian asal saya ialah Malaysia mesti
menyertai perbincangan dan mendapatkan yang terbaik daripadanya.
Kita boleh menyertainya kemudian tetapi itu hanya akan merugikan
kita.
Orang ramai akan terus berasa keliru dan gusar sekiranya tidak ada
usaha memberi penerangan dan penjelasan kepada mereka.
Kegagalan kelompok perniagaan berinteraksi dengan masyarakat
umum seakan-akan mengesahkan wujudnya rasa tidak yakin untuk
bersaing berasaskan keupayaan, walhal merekalah kelompok yang
bakal mendapat manfaat terbesar melalui TPPA.
TPPA adalah peluang yang tidak selalu datang. Sudah tentu ada yang
menguntungkan serta ada yang kurang menguntungkan. Namun,
jangan jadikan kesempurnaan musuh kebaikan.

Anda mungkin juga menyukai