Anda di halaman 1dari 3

NOTA TAMBAHAN

A. Huraian Istilah
Teori suatu set andaian atau fakta yang diterima yang cuba menerangkan sesuatu fenomena
secara rasional.
Profesionalisma: tanggungjawab individu (setiap ahli komuniti professional) dan
tanggungjawab kolektif sesuatu kumpulan atau persatuan pekerja/pengamal yang formal.
Moraliti - keakhlakan
Etika prinsip kelakuan yang betul atau salah
-

Suatu kod ukuran kelakuan moral untuk apa yang baik dan betul bertentangan apa
yang buruk dan salah.
- Renungan yang peka (conscious reflection) terhadap kecukupan (adequacy)
kepercayaan moral kita.
Kelakuan etika Apa yang betul atau baik dalam konteks pentadbiran/pengawalan kod
moral.
Etika Profesional kod yang ditakrifkan secara rasmi
-

Ukuran kelakuan yang wajib yang ditetapkan oleh dan untuk ahli-ahli persatuan
professional untuk memastikan kualiti dan integriti dalam profesionalisma.
Kod Etika integriti profesyen dan kepentingan klien mengatasi kepentingan diri.
- Suatu set prinsip, ukuran kelakuan atau set nilai mengenai kelakuan yang baik
dalam sesuatu profesyen
- Memastikan seseorang itu bertindak dengan integriti, cekap dan hormat
B. Teori
Apakah dasar etika yang mempengaruhi keputusan moral kita? Ianya berlandaskan teori etika.
Ada pelbagai teori etika kerana pelbagai andaian asas mengenai ukuran moral; iaitu dari segi:
Fokus mengenai penilaian moral
Takrifan baik dan betul, dan yang mana satu yang menjadi pokok/asas
Pengetahuan etika samada ia berasal dari pengalaman, penaakulan atau keduaduanya
Jenis-jenis teori:
Deskriptif (Komparatif): menyiasat kepercayaan masyarakat tentang moraliti
Normatif (Preskriptif): kajian mengenai tindakan etika (betul/salah)
Gunaan: memeriksa isu-isu spesifik dari segi falsafah/pendirian moral.

C. Teori-teori normatif

untuk menyatakan dengan jelas dan memperakukan sesuatu kod etika; iaitu, menyediakan
prinsip-prinsip yang wajar dan boleh dipercayai untuk menentukan samada sesuatu
tingkahlaku itu moral atau tidak.
- Dalam penilaian sesuatu tingkahlaku (samada bermoral atau tidak), dua elemen
penting ialah Tindakan dan Individu.
- Bila menilai tindakan, dua perkara yang harus diselidik ialah ciri-ciri dan akibat
tindakan tersebut.
- Bila menilai individu (ajen) pula , hasrat individu melakukan sesuatu tindakan dan
wataknya harus diselidik.
Pengkelasan teori Etika Normatif:
TEORI TELEOLOGIS (AKIBAT)
Teori Akibat
Utilitarian
Teori keperibadian mulia (Eudaemonistic utilitarianism)
Egoisma etika
Instrumentalisma (Teori kepentingan diri)
Teori Bukan Akibat
Hukum semulajadi (Teori Hak Asasi)
TEORI DEONTOLOGIS (KEWAJIPAN)
Teori Wajiban
RELATIVISME
Relativisma Budaya
(rujuk kepada nota kuliah 1 powerpoint)
Perbezaan antara teori-teori deontologis dan teleologis
TEORI DEONTOLOGIS
1. Fokus kepada kewajipan moral (apa itu betul)

TEORI TELEOLOGIS
1. Fokus kepada akibat tindakan (apa itu baik)

2. Pertimbangan mengenai tanggungjawab 2. Pertimbangan mengenai nilai moral lebih


moral lebih penting daripada pertimbangan penting daripada pertimbangan mengenai
mengenai nilai moral.
tanggungjawab moral.
3. Oleh kerana fokus adalah tanggungjawab
moral, hasrat individu memainkan peranan
penting dalam penilaian moral, dan akibat
daripada tindakan individu tersebut tidak lagi
relevan.

3. Oleh kerana fokus adalah nilai moral,


akibat daripada tindakan individu memainkan
peranan penting dalam penilaian moral, dan
hasrat individu tersebut tidak lagi relevan.

4. Apa yang betul sebelum apa yang baik.

4. Apa yang baik sebelum apa yang betul.

5. Kebaikan (atau nilai) sesuatu tindakan 5. Kebetulan sesuatu tindakan bergantung


bergantung kepada kebetulan tindakan kepada kebaikan (atau nilai) tindakan
tersebut.
tersebut.

6. Apa yang penting adalah status moral 6. Apa yang penting adalah status moral
individu.
tindakan.
7. Etika deontologis menegaskan bahawa 7. Etika teleologis menegaskan bahawa
kewarasan, kata hati dan rasa moral pengalaman dan bukan kewarasan, yang
mendedahkan apa itu betul.
mendedahkan apa itu baik.
8.
Ada
setengah
tindakan
(secara 8. Tiada tindakan (secara semulajadinya) yang
semulajadinya) yang moral atau tidak moral. moral atau tidak moral.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Teori etika normatif, sila rujuk kepada bahan bacaan
yang dilampirkan.

Anda mungkin juga menyukai