Anda di halaman 1dari 10

SEORANG GADIS DESA

Posted by: cbe6516 on: November 15, 2008

In: Uncategorized
No Comments

Hari ini merupakan hari pertama Yan memulakan tugasnya sebagai seorang guru tadika.
Gembiranya bukan kepalang meskipun perasaannya bercampur baur dengan debaran. Gelagat
kanak-kanak memeningkan kepalanya, namun digagahinya jua untuk mengawal tingkah laku
mereka.
Selangkah lagi untuk masuk ke dalam kelasnya, Yan disapa oleh seorang lelaki, segak
bergaya. Dia merenung tajam ke arah Yan, sambil di bibirnya terukir sebuah senyuman manis
yang bisa membuatkan seorang gadis seperti Yan untuk jatuh hati. Yan menoleh ke arah lelaki
tersebut. Dia membalas senyuman itu. Pertemuan mereka disambung hingga ke bilik guru.
Tahulah Yan akan tujuan kedatangan lelaki tersebut.
Cikgu Salimah menjeling kearah mereka berdua, mukanya mencuka sahaja. Beberapa ketika,
Cikgu Salimah dibawa berjumpa dengan guru besar sekolah itu atas sebab memukul pelajar.
Yan hanya menggelengkan kepalanya sambil mengeluh. Lelaki tadi mengundur diri untuk
pulang. Dia sempat meninggalkan nombor telefonnya kepada Yan disebabkan anak
saudaranya agak rapat dengan Yan, juga merupakan pelajar terbaik.
Yan melangkah malas menuju ke rumahnya. Dia masih teringat-ingat kepada lelaki tadi.
Wajahnya seiras dengan wajah bekas tunangnya yang dahulu. Itulah yang membuatkan
mindanya berputar-putar kerana teringatkannya.
Yan mengangkat gagang telefon, lalu ditekannya nombor satu-persatu.
Hello, boleh saya bercakap dengan Encik Reza? soal Yan.
Sebentar ya, nanti saya panggil dia, jawab si pemanggil.
Untuk masa sejam itu, Yan berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan pemuda siang tadi.
Umurnya dalam lingkungan 20-an, tua setahun daripada umur Yan. Dia tinggal di kampung
bersebelahan dengan kampung Yan. Selepas daripada berbual di telefon, mereka saling
berutus surat dan bertanya khabar.
Pada suatu hari, ibu Yan jatuh sakit. Dia memanggil Yan untuk duduk di sisinya. Sambil
menahan sebak, ibunya bersuara, Yan, mak teringin nak melihat kamu kahwin, yelah, umur
mak pun dah semakin lanjut, mak boleh pergi bila-bila masa saja, keluh ibunya dengan suara
yang amat sayu. Yan turut bersedih mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut ibunya
itu.
Mak, bersabarlah. Yan masih muda lagi, mak. Tunggulah sebulan dua lagi kalau mak betulbetul dah tak sabar untuk menerima kehadiran seorang menantu. Yan akan usahakan juga, ya
mak? jawab Yan perlahan tapi yakin.
Pon! Pon!

Ha, Yan, cuba kau lihat siapa yang datang tu ha, perintah ibu Yan.
Baiklah mak, akur Yan. Dijenguknya keluar rumah.
Oh, abang Reza. Kawan Yan, mak. Errjemputlah naik, bang, ajak Yan.
Terima kasih, jawab Reza.
Hey, Yan! Apa menung-menung ni? Tak best la camni. Apa masalahnya? Tegur kawan Yan,
Cikgu Rohani, sambil menepuk mesra bahu Yan. Yan hanya tersengih kerana malu. Dia tidak
dapat lagi menipu dirinya dan orang lain bahawa dia sekarang dalam dilema. Yan berada di
persimpangan untuk memilih di antara tugas, kekasih dan ibunya. Di hadapannya menanti
tugas sebagai seorang guru untuk mendidik anak bangsa dengan seikhlas hati. Selain itu, dia
juga resah menanti jawapan yang pasti daripada Reza, apakah hubungan mereka serius
sebagai kekasih atau hanya sebagai kawan. Ibunya pula tak habis-habis menyebut pasal
perkahwinan Yan. Semuanya memeningkan kepala Yan.
Aku nasihatkan engkau, Yan, janganlah bermain dengan api. Kau masih muda, masih punya
masa untuk itu semua. Aku syorkan biarlah Tuhan yang tentukan jodoh pertemuan itu.
Berserahlah padaNya, hujah Cikgu Rohani panjang lebar.
Hari itu Yan melangkah pulang ke rumah dengan perasaan sedikit lega setelah diberi nasihat
oleh kawan baiknya. Kalau tidak, hendak mengangkat kaki pun terasa berat kerana dibebani
fikiran yang runsing. Setibanya di rumah, Yan sedikit tersentak apabila terpandang Proton
Wira milik Reza tersadai di hadapan rumahnya. Bukannya apa, Yan tidak sedap hati apabila
Reza kerap datang ke rumahnya, ibunya akan lebih kerap pula memujuknya untuk berkahwin
sahaja dengan Reza. Satu keluhan dilepaskan oleh Yan.
Apa nak buat, orang sudah mabuk cinta, hehheh..heh,gelak Yan di dalam hati,
menyangkakan Reza sudah jatuh hati dengannya.
Assalamualaikum, Yan, sapa Reza, ramah. Yan menjawab salam dan menjemputReza untuk
naik ke atas rumah. Tapi Reza menolak pelawaan itu. Hendak cepat katanya. Terpaksalah
mereka berbual di atas beranda sahaja. Terkejut Yan dibuatnya apabila diberitahu bahawa
Reza akan berangkat ke England pada minggu hadapan untuk menyambung pelajarannya ke
peringkat yang lebih tinggi iaitu Master.
Cinta baru hendak berputik, kau dah nak pergi? Getus hati Yan.
Habis aku macamana? Soal hati Yan lagi.
Ahhh! Masalah bertambah! Jerit hati Yan.
Sebelum abang pergi, izinkan Yan bertanya sesuatu kepada abang, bolehkan? Tanya Yan
kepada lelaki di hadapannya itu sambil menelan air liur. Dia cuba menyusun kata-kata di
dalam hati agar nanti tidak menyinggung perasaan sesiapapun.
Apakah abang mempunyai perasaan terhadap Yan selama kita berkawan? Yan hanya
inginkan kepastian daripada abang, Yan meminta kepastian. Dia resah menanti jawapan
daripada Reza. Sementara itu, Reza hanya tersenyum memandang ke wajah Yan.

Nanti abang kirimkan surat bila berada di sana, abang janji. Dan di dalam surat tu, Yan akan
tahu apa perasaan abang terhadap Yan, ok? Buat masa ni, abang masih belum fikirkan
keputusannya, Reza mengakhiri percakapannya. Tutur kata daripada Reza menghampakan
harapan Yan yang tertunggu-tunggu jawapan kepastian daripada Reza.
Tapi abang, Yan dah tak sanggup untuk menunggu abang memandangkan tempoh yang
begitu lama, Yan menyuarakan rasa hatinya.
Kalau ada jodoh tak ke mana, Yan, jawab Reza bersahaja.
Mak dah cakap kat kau tapi kau degil, tak nak dengar cakap mak, itulah jadinya, ibu Yan
memulangkan paku buah keras kepada Yan.
Pintu kereta Proton Wira milik Reza ditutup rapat. Sebentar kemudian, ia meluncur laju
meninggalkan perkarangan rumah Yan. Perasaan sedih menyelubungi diri Yan seperti
seseorang yang ditinggalkan kekasih hati.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, begitulah seterusnya masa
berlalu tanpa disedari sesiapa. Perubahan berlaku dengan berganjaknya masa. Hati manusia
juga bisa berubah dalam jangka waktu tertentu. Tidak ketinggalan bagi diri Yan yang turut
mengalami perubahan. Hari-hari yang berlalu pergi dilaluinya dengan tabah dan matang.
Sementelah pula, telah dua bulan dia masih tidak menerima sebarang berita daripada Reza, si
buah hatinya yang tersayang. Jemu menunggu, Yan membuat keputusan untuk melupakannya,
tambahan pula hatinya semakin hari semakin tawar untuk mengingati saat-saat indah ketika
bersama si dia.
Pada suatu petang yang indah, sedang Yan menyapu sampah di halaman rumahnya, datang
seorang lelaki seiras wajah Reza. Yan sedikit terkejut disapa lelaki itu. Sekeping surat
bersampul biru dihulurkan kepada Yan, siapa lagi kalau bukan si Reza pengirimnya. Yan pula
riang tidak terkira menerima surat itu.
Dibacanya warkah yangberbau wangi itu dengan tenang, sebaris-sebaris. Tahulah Yan
sekarang apa yang tersirat di hati Reza selama ini.
Ya Allah, Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku kekuatan untuk menghadapi ujian daripadamu.
Teguhkanlah pendirianku dalam membuat sebarang keputusan agar esok tidak mengecewakan
aku, amin ya rabbul alamin, doa Yan sesudah solat dua rakaat pada lewat malam itu.
Amboi, ceria nampaknya hari ni Yan, ada apa-apa ke? Kongsilah dengan aku, usik Cikgu
Rohani pada Yan yang dilihatnya sedang memeriksa kertas jawapan anak muridnya sambil
tersenyum di bibir. Bagaimanapun Yan tidak menghiraukan usikan itu sambil tangannya tidak
henti-henti menanda pada kertas jawapan tersebut. Sambil itu, Yan menjeling ke arah wajah
Cikgu Rohani yang duduk di meja bersebelahannya, menunggu kata-kata yang bakal keluar
dari mulut Yan. Akhirnya Yan bersuara juga, tapi masih berselindung juga.
Rahsia, tak boleh kongsi dengan sesiapa pun, he..he.he, ujar Yan.
Tak nak beritahu tak apa, hari ini hari kau, lain kali hari aku pulak, jangan harap kau nak
korek rahsia aku, tahu? kata-kata daripada Cikgu Rohani seakan-akan berbau amaran buat
Yan. Namun Yan masih juga seperti tadi, ceria jelas terpancar di wajahnya seperti orang

sedang dilamuncinta. Sayangnya, Cikgu Rohani tidak dapat mengagak apa yang dialami oleh
kawannya yang seorang itu. Mungkin juga kerana dia tiada pengalaman bercinta semasa
zamannya sebelum berkahwin.
Mak, mak, mak tak apa-apa ke? Mak nampak pucat aje ni? Tanya Yan pada suatu hari pada
ibunya yang sedang terbatuk-batuk di tangga rumah. Ibunya hanya menggeleng-gelengkan
kepala menjawab pertanyaan anak tunggalnya itu. Dia masih lagi terbatuk-batuk sambil
mengurut-ngurut dadanya yang terasa pedih dan ngilu seperti dicucuk-cucuk dengan benda
tajam. Seketika kemudian, Yan menatang dulang yang berisi segelas air dan juga ubat-ubatan
buat ibunya yang sedang bertenggek di atas tangga.
Mak, petang nanti abang Reza akan pulang ke tanahair dan akan datang ke sini malam
karang. Kami akan berbincang tentang pertunangan kami nanti, Yan bersuara lirih
memaklumkan khabar itu kepada ibunya. Di wajah ibunya tergambar perasaan sukahati
walaupun dibayangi kedutan kasar pada wajah tuanya itu, namun Yan jelas mengetahui riak
muka ibunya itu. Inilah masanya untuk Yan menunaikan janjinya dahulu pada ibunya.
Masa yang ditunggu-tunggu kini tiba jua. Sebuah Proton Wira berhenti betul-betul di hadapan
rumah kayu berwarna kuning itu. Seorang penghuninya keluar setelah salam diberi. Malam
yang hitam pekat menyukarkan Yan untuk memandang gerangan siapakah yang baru keluar
daripada kereta tersebut. Seorang lelaki dan seorang lagi adalah perempuan yang pada kiraan
Yan adalah sebayanya.
Adik abang Reza kut? Soal hati Yan sendirian.
Salam dijawab dan lampu dibuka.
Khaty? Yan terjerit kecil melihat perempuan bersama dengan Reza. Kawannya yang samasama menuntut di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan suatu ketika dulu.
Apa agaknya yang dibuatnya di sini? Bersama dengan abang Reza pulak tu? Tanya hati Yan
lagi. Hatinya penuh dengan persoalan yang tidak terjawab.
Yan, maafkan abang, Yan. Kalau dulu Yan pernah berkata bahawa Yan tidak sanggup untuk
menunggu abang, begitu juga dengan diri ini, Yan jujur Reza menyusun kata. Suaranya
diperlahankan Dia tahu Yan akan kecewa dengan tinadakannya. Dia tidak dapat menolak
bahawa dia juga kecewa tidak dapat bersama dengan Yan, seorang gadis desa yang sukar
dicari ganti.
Segalanya berlaku dengan tidak diduga. Kami ditangkap basah. Untuk menyelamatkan
keadaan dan demi maruah kami, inilah keputusan yang kami ambil iaitu berkahwin segera,
cerita Reza sambil tertunduk malu.
Sehabis sahaja ayat itu dituturkan, terdengar bunyi bising di dapur rumah itu.
Mak! Pekik Yan sekuat hatinya.
hakcipta terpelihara

oleh nik nasriah 1999/2000

Hajat Tak Kesampaian


Posted by: cbe6516 on: November 1, 2008
Satu, dua, tiga, empat.Tini mengira-ngira hari yang bakal dilaluinya sebelum
bergelar Raja Sehari. Gembira ada, berdebar ada, sedih pun ada. Gembira kerana
bakal bergelar isteri. Berdebar kerana akan menjadi perhatian orang yang hadir pada
hari pernikahannya nanti. Dan sedih kerana akan berpisah dan berjauhan dengan
kedua ibu bapanya yang selama ini menatangnya bagai minyak yang penuh.
Tini teringat akan kata-katanya kepada dua orang bapa saudaranya satu ketika dulu.
Kalau Tini dah kahwin, Tini nak sambung belajar kat U. Tini nak suami Tini bagi
support kat Tini. Itulah lebih kurang bunyi ungkapan kata-kata daripada Tini.
Pada hari yang dianggap bersejarah bagi dirinya secara peribadi, Tini kelihatan
sungguh anggun. Dia disolek dan didandan penuh teliti oleh mak andam iaitu
saudara Tini sendiri.
Sementara itu, di atas katil pelamin, tersusun rapi kotak-kotak hantaran yang indah
digubah serta dihias.
Tini nampak berselera semasa makan beradap tadi. Selalunya Tini jamah sedikit
sahaja makanan dalam pinggan, tegur kakak Tini sambil tersenyum simpul. Tini
tidak berkata apa. Dia cuma membalas senyuman itu dengan senyuman paling
manis.
Kini, semuanya telah berlalu. Zaman bujangnya ditinggalkan di belakang. Sekarang
adalah zaman di mana dia perlu memikul satu tanggungjawab lagi dalam hidupnya,
iaitu terhadap suaminya.
Abang, izinkanlah Tini untuk belajar lagi. Tini bosan duduk kat rumah sorangsorang, Tini bersuara pada satu petang.
Tak usahlah. Tini belajar memasak aje untuk abang sudahlah. Tak payah abang
keluar belanja banyak-banyak. Duit pun kena simpan juga untuk anak-anak kita
nanti, jawab Khairul, jujur.
Tini terdiam. Dia tidak membalas jawapan suaminya itu. Dia terfikir sejenak.
Barangkali, suamiku lebih suka aku duduk di dapur sahaja, berkhidmat kepadanya
daripada keluar rumah setiap hari.
Assalamualaikum, salam diberi. Tini menjenguk keluar. Oh, umi.
Waalaikumussalam, salam berjawab. Mereka anak beranak bersalaman. Emak
Tini mencium pipi anak kesayangannya itu.
Macamana Tini?

Dah bersuami ni, dah boleh sesuaikan diri, ke?


Soalan dari umi tidak berjawab. Tini hanya tersenyum. Tangannya meramas tangan
umi. Mesra. Terasa seperti sudah lama tidak berada di sisi umi tersayang. Tini
menanti kalimah-kalimah seterusnya yang bakal terbit dari bibir tua itu.
Tini, jagalah suami kita sebaiknya. Dialah tempat kita bermanja, mengadu hal. Jaga
makan minum, pakai dan tidurnya. Layannya sepertimana umi layan Tini satu ketika
dulu. Ingatlah, kalau Tuhan suruh kita menyembah manusia, nescaya akan
disuruhnya kita sujud di kaki suami.
Mama, balingkan bola tu pada angah!
Tini tersentak. Ya, itulah anaknya yang kedua. Dalam dakapannya seorang anak
comel. Itulah anaknya yang ketiga. Sampai kini, masih terngiang-ngiang kalimahkalimah sakti dari mulut uminya. Meskipun tidak memiliki sebarang diploma atau
ijazah, Tini bersyukur kerana dikurniakan Ilahi dengan sebuah kehidupan dan
keluarga yang bahagia.
Mudah-mudahan kekal bahagia hingga ke akhirat. Itulah doa Tini setiap kali selesai
solat fardhusama seperti doa para tetamu yang diucapkan kepadanya pada hari
pernikahannya dahulu. Amin.
hakcipta terpelihara

oleh nik nasriah 28 oktober 2003

RAMADHAN 1424
Posted by: cbe6516 on: November 5, 2008

In: Uncategorized
No Comments

setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, maka, adalah dengan
ini diisytiharkan bahawa tarikh diwajibkan berpuasa adalah jatuh pada hari Isnin bersamaan
27 Oktober 2003
Junainah menutup televisyen. Langkahnya diatur menuju ke dapur. Dia meninjau-ninjau,
melihat apa yang ada untuk bersahur nanti.
Hmmudang galah yang mentah ada sedikit lagi. Daging Masak Kicap masih tak luak.
Saki baki Sayur Air Kailan masih ada. Begitu juga dengan Ayam Masak Merah. Hem
cukuplah untuk malam nanti. Udang galah boleh disimpan untuk berbuka esok hari, Junainah
bercakap sendirian.
Bangun pukul lima pagi esok hanya perlu menanak nasi untuk dua orang, sambung
Junainah lagi.
Assalamualaikum, selamat malam, bang, Junainah mengucapkan salam pada suaminya
sebelum dia masuk ke dalam kamar tidurnya.
Waalaikumussalam. Hai, awalnya, dah nak tidur dah? Tegur suaminya, Ishak, sambil
matanya mengerling ke arah Junainah dan tangannya memegang suratkhabar.
Ya lah, nanti nak kena bangun awal. Abang jangan buat lupa pulak, esok kita start puasa.
Abang dah pasang niat ke belum? Jawab Junainah sambil itu. sempat pula dia bertanya pada
Ishak.
Dahkalau macam tu, abang pun nak tidur awal samalah, hihihi.
Lampu pun dipadam.
Tiba-tiba jam loceng yang bersebelahan dengan lampu berjaga, berbunyi. Junainah terjaga
dari lena tidurnya.
Uh, dah pukul lima rupanya.
Junainah ke dapur untuk bersiap-siap. Apa yang ada diperhangatkan. Nasi ditanak. Ishak
dikejutkan dari tidur.
Setelah selesai bersahur, Junainah memberus gigi, mencuci muka, mandi dan berwudhuk.
Sudah sahaja berbaju sembahyang, azan Subuh bergema dari surau berhampiran.
Ishak mengimami solat Subuh mereka. Sebelum itu, sempat juga Junainah menunaikan solat
sunat rawatib sebelum sembahyang Subuh sementara menunggu imam.

Seperti selalunya, Junainah tidak lupa untuk bertadarus setiap kali Ramadhan menjelma. Dia
tahu, pada bulan mubarak ini, barangsiapa yang mengaji Quran akan diberi pahala berlipat
gandadi mana satu huruf Al-Quran yang dibaca akan diberi sepuluh pahala. Nabi
bersabda, Aku tidak berkata Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu
huruf dan Mim satu huruf.
Kitab suci Al-Quran Ul-Karim ditutup. Ia dijunjung seketika di kepala, kemudian dikucup dan
diletakkan di dada.
Tugas seterusnya menanti di dapur. Junainah mengemas apa yang patut. Pinggan mangkuk
yang kotor dibasuhnya. Sisa-sisa makanan dacampur dan dibubuh dalam satu bekas untuk
diberi makan kepada ayam ternakannya.
Junainah sedang betah membuat kerja-kerja rumah apabila telefon di ruang tamu berdering
minta diangkat.
Assalamualaikum, Junainah memulakan kalam bicara.
Salam bersambut. Pemanggil di talian memperkenalkan dirinya.
Oh, mak. Apa khabar? Selamat berpuasa. Ada apa mak telefon Jun ni?
Mereka berbicara dalm tempoh sepuluh minit. Kemudian, Junainah terpaksa menghentikan
perbualan kerana sakit gastriknya datang lagi. Selepas itu, muncul Ishak dari arah bilik
bacaannya.
Kenapa ni, Jun?
Ishak memangku tubuh Junainah yang longlai.
Tak ada apa-apa. Tersalah makan tadi agaknya, Junainah menyembunyikan sesuatu
daripada pengetahuan suaminya.
Mustahil. Kan kita makan makanan yang sama tadi. Kalau tidak tentu abang pun sakit
sama, Ishak menyangkal kata-kata Junainah.
Tak pe lah, nanti kalau makin teruk, kita pergi ke klinik, sambung Ishak lagi.
Malam itu, setelah pulang dari klinik pada sebelah petangnya, sakit gastrik Junainah datang
lagi.
Abang nak ke masjid ni. Jun nak ikut sama? Pelawa Ishak.
Tak apalah, bang. Jun solat kat rumah saja.
Kalau macam tu, tak jadilah abang ke sana. Lebih afdhal kalau abang solat berjemaah
bersama isteri abang kat rumah. Abang dapat pahala, Jun pun boleh dapat pahala.

Junainah menggagahkan jua dirinya untuk mendirikan solat tarawikh. Ketika solat Maghrib
dan Isyak tadi pun, bukan main sakit dibuatnya tetapi masih mampu juga dia melaksanakan
rukun Islam yang kedua itu.
Setelah bersembahyang Maghrib tadi, sempat juga dia bertadarus sehingga juzuk yang kedua.
Satu malam satu juzuk. Tiga puluh malam bolehlah tiga puluh juzuk, khatam satu biji AlQuran. Itulah cita-cita murni seorang wanita tabah zaman IT ini yang bernama Junainah, isteri
kepada Ishak.
hakcipta terpelihara

oleh nik nasriah 28 oktober 2003

Anda mungkin juga menyukai