Anda di halaman 1dari 4

Frasa kerja

Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata
atau lebih dengan kata kerja sebagai unsur intinya.
Secara umumnya, frasa kerja terbahagi kepada dua iaitu:
a) Binaan frasa kerja tanpa objek.
b) Binaan frasa kerja dengan objek.
Binaan frasa kerja tanpa objek terdiri daripada kata kerja tak
transitif yang mungkin diikuti oleh pelengkap kata nama,pelengkap kata
adjektif, atau pelengkap frasa sendi nama. Contohnya:
i. Kata adjektif sebagai pelengkap.
• Pelengkap kata adjektif seperti genting, kukuh, jahat, baik,
lemah, miskin, adil, dan selainnya hadir sesudah kata kerja
tak transitif untuk melengkapkannya. Contohnya:
- keadaan menjadi genting.
- kesihatan bapanya beransur baik.
- orang kampung itu masih tinggal miskin.
- badannya menjadi lemah.
ii. Frasa sendi nama sebagai pelengkap.
• Frasa sendi nama sebagai pelengkap yang hadir selepas kata
kerja tak transitif mendukung makna ‘tempat’ sebagai unsur-
unsur yang melengkapkan kata kerja tak transitif. Contohnya,
berada, tinggal, menetap, bermastautin, membelok, dan
singgah. Contoh ayat:
- Mereka berada di Kuala Lumpur.
- Saya tinggal di kampung.
- Pendatang itu menetap di Selangor.
- Keluarga kami bermastautin di sini.
- Keretanya membelok ke kiri.
- Kapal terbang itu singgah di Kota Bharu.
iii. Kata nama sebagai pelengkap .
• Ada kata kerja tak transitif tertentu yang mesti diiukuti oleh
pelengkap kata nama. Pelengkap yang demikian boleh
dibezakan daripada kata nama sebagai objek atas dasar
pelengkap tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat pasif. Ada
dua kumpulan kata kerja tak transitif yang memerlukan
pelengkap demikian.
1. Kata kerja yang berimbuhan ber-…-kan. Contohnya :
- Dia berbantalkan lengan.
- Pengemis itu bertilamkan rumput.
- Pak Kaduk berbajukan kertas.
- Pengembara itu berselimutkan embun.
- Pokok padi Wan Empuk berbatangkan tembaga.
2. Boleh diikuti oleh kata nama sebagai pelengkap ialah menjadi dan
ada. Contohnya:
- Dia menjadi guru.
- Orang itu ada harta.
- Negara kita kini menjadi pengeksport barang-barang kilang.
Binaan frasa kerja tanpa objek juga bolah terdiri daripada kata kerja
tak transitif tanpa pelengkap atau kata kerja tak transitif dengan kata
nama sebagai penerang. contohnya

Anda mungkin juga menyukai