Anda di halaman 1dari 16

AMALAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DI SEKOLAH

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)


Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara
falsafah tradisional dan falsafah progresif. Falsafah pendidikan negara merangkumi
falsafah aliran epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi
falsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada usaha berfikir yang
rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah
dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada proses
pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam
falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan
pembangunan negara Malaysia.

Rajah 1: Premis asas falsafah pendidikan kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan


prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia
menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu
entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.

1 Syaza Yasmin binti Ismail


Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Berlandaskan kepada FPK yang telah dinyatakan, maka Matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ialah bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan
pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Ini adalah kesinambungan daripada
Matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya
menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain,
Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan
memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

• percaya dan patuh kepada Tuhan;

• berilmu pengetahuan;

• berakhlak mulia;

• bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;

• memilik sahsiah yang seimbang dan bersepadu; dan

• memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan


seimbang, adalah diharapkan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapat
mencapai matlamat pendidikannya seperti:

• melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi


kewajibannya sebagai seorang warganegara;

• menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya


membolehkannya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna,
demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan;

• melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta


mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut
Perlembagaan;

• melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara;
2 Syaza Yasmin binti Ismail
• melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip
Rukun Negara, dan bersikap toleransi, agar dapat mewujudkan
perpaduan rakyat berbilang kaum; dan

• mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan


kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang
berada.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


(FPK)
Untuk menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang boleh memberi panduan dan
bimbingan dan manfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa faktor yang
berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor yang
mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ialah:

(i) Faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara.


(ii) Faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya.

3 Syaza Yasmin binti Ismail


(iii) Faktor politik yang menentukan ideologi negara, dan seterusnya
mempengaruhi dasar pendidikan.
(iv) Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha
membawa pembangunan dan kemajuan negara.
(v) Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti
keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri.
(vi) Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia,
perkembangan pendidikan antarabangsa dan berkeupayaan warganegara
memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman
antarabangsa.

Pengaruh faktor-faktor tersebut dapat dikesan daripada pernyataan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan yang dihuraikan seperti berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

(i) Faktor agama: Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia. Di
samping itu, Agama Kristian, Agama Buddha, Agama Hindu dan sebagainya
juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Agama-agama ini,
4 Syaza Yasmin binti Ismail
khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai
pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu:
‘mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan...’
(ii) Faktor sosial: Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum.
Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap
toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap
yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum
yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan
sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah
satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, iaitu: ‘....melahirkan rakyat Malaysia....memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’
(iii) Faktor politik: Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan digubah berlandaskan kepada iedologi negara yang
dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan,
Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk
ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam
penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian
perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada
pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana yang telah
dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas.
(iv) Faktor ekonomi: Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran
dapat membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan
meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara.
Cita-cita memperkembangkan ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu
5 Syaza Yasmin binti Ismail
matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
(v) Faktor individu: Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses
pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang
seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa
menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup
dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis
merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
(vi) Faktor sejagat: Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak
terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa.
Sehubungan ini, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan
antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan,
pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan
oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam
pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai “Pendidikan di
Malaysia adalah satu usaha berterusan.......”. Ini jelaslah mencerminkan
konsep pendidikan seumur hidup.

6 Syaza Yasmin binti Ismail


ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Berikut adalah elemen-elemen penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan:
Elemen-elemen FPK Implikasi
pendidikan suatu usaha • Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan
berterusan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai
murni;
• Proses pemerolehan dan pemindahan
berlangsung secara berterusan bermula dari
kecil sehingga ke akhir hayat;
• Pendidikan awal kanak-kanak amat penting
untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak
yang berada dalam lingkungan umur antara
satu hingga enam tahun;
• Sahsiah yang dibentuk akan terus
berkembang sepanjang tempoh
persekolahan;
• Setelah tamat persekolahan, setiap individu
masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran
dan akhlak mereka;
• Proses pendidikan yang berterusan bagi
membantu individu menyesuaikan diri dengan
pelbagai perubahan.
perkembang potensi individu • Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan
bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin
terpendam;
7 Syaza Yasmin binti Ismail
• Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya
dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan
dipertingkatkan;
• Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma
melalui interaksi sosial dengan orang lain dan
alam sekeliling;
• Pendidikan seharusnya memberi peluang
individu untuk berkembang bakat, potensi dan
kebolehan mereka.
perkembangan individu secara • Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh
menyeluruh dan bersepadu dikembangkan secara berasingan; sebaliknya
dihubungkaitkan iaitu diselaraskan bagi
mengelakkan pertentangan antara satu sama
lain;
• Perkembangan dan peningkatan seelok-
eloknya merangkumi empat aspek, iaitu
intelek, rohani, emosi dan jasmani.
insan yang seimbang dan • Amat penting bagi individu memiliki ilmu
harmonis (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya
kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang
baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik
(jasmani);
• Keseimbangan antara keempat-empat aspek
di atas akan menghasilkan individu yang
mampu hidup secara harmonis dengan diri
dan orang lain;
• Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk
menghadapi segala cabaran hidup serta
sanggup berhadapan dengan apa jua
masalah yang timbul.
unsur intelek • Mempunyai kemahiran asas 3M: membaca,
menulis dan mengira;
8 Syaza Yasmin binti Ismail
• Sering berusaha untuk memperoleh dan
mengembang ilmu yang benar;
• Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif,
kritikal dan reflektif;
• Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang
lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu).
unsur rohani • Menyedari dan percaya kepada Tuhan;
• Bersyukur dengan pemberian Tuhan;
• Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-
nilai murni.
unsur emosi • Mempunyai emosi yang matang dan stabil;
• Memiliki dan memupuk perasaan kasih
sayang;
• Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.
unsur jasmani • Menyedari tentang kepentingan kesihatan
fizikal;
• Mengembangkan bakat dan kemahiran
teknikal, manipulatif dan sosial;
• Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal
untuk memanfaatkan masyarakat.
kepercayaan dan kepatuhan • Mengakui tentang kewujudan Tuhan;
kepada Tuhan • Mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia
dan alam;
• Menyedari bahawa hukum dan fenomena
alam merupakan peraturan yang ditetapkan
oleh Tuhan;
• Menyedari bahawa individu
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
segala perbuatan dan tindakannya;
• Mengamalkan segala ajaran agama yang
dianuti.
rakyat Malaysia yang berilmu • Cintai ilmu pengetahuan;
9 Syaza Yasmin binti Ismail
pengetahuan • Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya
membaca;
• Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.
rakyat Malaysia yang • Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri;
berketrampilan • Berkebolehan untuk menjalankan tugas
dengan sempurna;
• Berpandangan jauh dan berinisiatif;
• Memupuk pembawaan diri yang baik.
rakyat Malaysia yang berakhlak • Mempunyai perwatakan diri yang baik;
mulia • Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral
sebagai prinsip hidup.
rakyat Malaysia yang • Boleh dipercayai;
bertanggungjawab • Menyedari bahawa setiap tugas dan
tanggungjawab merupakan amanah dan
harus dilaksanakan dengan baik;
• Menjalankan tugas dengan amanah, bersih
dan cekap;
• Mematuhi peraturan dan undang-undang
negara;
• Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga,
masyarakat, agama, bangsa dan negara.
rakyat Malaysia yang • Berfikiran waras dan berjiwa tenang;
berkeupayaan mencapai • Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk
kesejahteraan diri menghadapi cabaran hidup.
rakyat Malaysia yang dapat • Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat
memberi sumbangan terhadap melalui sifat toleransi, bertimbang rasa,
keharmonian dan kemakmuran kekitaan, hormat-menghormati dan
masyarakat dan negara sebagainya;
• Berusaha untuk memajukan ekonomi negara
berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan;
• Sering mengekalkan kestabilan politik dan
keamanan negara;
10 Syaza Yasmin binti Ismail
• Mematuhi perlembagaan dan peraturan
negara;
• Mempertahankan maruah diri, profesion,
agama, bangsa dan negara.
berkeupayaan mencapai • Mempunyai daya tahan fizikal dan mental
kesejahteraan diri yang tinggi;
• Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku
hidup.
sumbangan terhadap • Menjadikan Rukunegara sebagai amalan
keharmonian dan kemakmuran hidup;
keluarga, masyarakat dan • Memupuk persefahaman keluarga;
negara • Mematuhi norma masyarakat;
• Cintakan negara.

Jadual: Elemen-elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Sumber: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Perguruan Pendidikan
Rendah Pengajian 4 Tahun

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN


KEBANGSAAN (FPK)
Sewajarnya, guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan Matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi membangunkan sistem pendidikan bertaraf
dunia serta menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di serantau.
Sehubungan dengan itu, usaha guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan adalah ditumpukan kepada penekanan-penekanan berikut:
11 Syaza Yasmin binti Ismail
• Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya
memperkembangkan potensi murid dari aspek intelek, jasmani, emosi,
dan rohani secara keseluruhan dan bersepadu.

• Pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan


prasarana supaya kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat
digunakan secara licin dan optimum, serta dalam keadaan yang baik dan
selamat.
• Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkan
perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan
masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat
membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahu
pun tenaga yang diperlukan.

Sesungguhnya, misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah memperkembangkan


potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, serta membangunkan sistem
pendidikan negara supaya menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan
bertaraf dunia. Pencapaian misi dan matlamat pembentukan sistem pendidikan bertaraf
dunia meliputi komponen-komponen berikut:

• Prasarana yang berkualiti;

• Aplikasi teknologi yang canggih (ICT);

• Warga pendidikan yang proaktif;

• Kurikulum yang kemas kini dan bersesuaian dengan perkembangan kini;

• Peluang diadakan untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D); dan

• Ada Dasar Pendidikan terbuka.

Ringkasnya, untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pihak


sekolah dan guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan strategi-strategi
yang ditentukan dan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

12 Syaza Yasmin binti Ismail


IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DALAM SISTEM
PENDIDIKAN NEGARA KITA
Berdasarkan huraian di atas, terdapat beberapa implikasi FPK terhadap sistem
pendidikan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah dokumentasi
yang murni dan luhur, dan memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan
para pendidik untuk merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pengetahuan umum pada tahun 1988,
telah menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan negara kita. Justeru itu,
semua perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah merupakan pancaran nilai-nilai
dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sememangnya kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membawa
implikasi-implikasi kepada sistem pendidikan kita seperti yang dihuraikan berikut.

(i) Implikasi terhadap kurikulum


Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi;

13 Syaza Yasmin binti Ismail


• Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program
bersepadu.
• Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai
murni diserapkan dalam semua mata pelajaran.
• Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis.
• Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan
umum.
• Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran
pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.

(ii) Implikasi terhadap pendidik


Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas
sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini
meliputi:
• Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi
yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
• Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik
pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia.

(iii) Implikasi terhadap institusi pendidikan


Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk
melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Ini meliputi:
• Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat
peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani,
emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang.

14 Syaza Yasmin binti Ismail


• Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-
nilai murni dalam jiwa pelajar.
• Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-
pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya
membaca dalam kalangan mereka.

S
P
B
e
u
k
n
d Rajah 2: Implikasi FPK – sistem pendidikan
o
td
a
il
u
y
d
k
a
ih
k
p
s
B
e
a
e
in
s
g
n
t
G
a
g
a
ju
B RUMUSAN
r
a
u
Sekiranya dilihat dari segi sistem yang telah disediakan dan
i
ru
d
,S
a dilaksanakan selama ini, terdapat usaha yang gigih untuk
e
n
y memperbaikinya dari semasa ke semasa. Sekiranya ditinjau
k
a
secara halus dari segi hasil dasar dan sistem pendidikan
o
u
p
l
a
e
c kebangsaan, seharusnya ia mampu mengeluarkan pelajar
la
m
e yang berilmu, bermoral (akhlak), beradab dan bersopan,
ih
b
m
seorang individu yang boleh menjadi warganegara yang cukup
t
e
rliW baik. Namun terdapat pelbagai masalah moral, disiplin dan
la kelemahan akademik dalam kalangan sebilangan besar
w
jd
a
pelajar Melayu, terutamanya dari luar bandar.
a
n
s
rn
g Kesimpulannya, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap
a
B pendidik berpegang kepada FPK dalam menjalankan tugas
l
n
u
dan tanggungjawab profesional mereka, sudah pasti matlamat
S
a
P
d
i
e
a dasar pendidikan negara akan menjadi satu kenyataan, dan
k
n
p
y bukan hanya satu impian sahaja.
-o
e
a
rl
ia
p 15 Syaza Yasmin binti Ismail
ih
k
o
n
s
P
ia
r
ta
jf
B
e
a
k
h
d
a
d
n
a
l/n
a
l
is
a
u
n
i
-m
n
lb
-
e
a
irl
a
n
i
n

16 Syaza Yasmin binti Ismail

Anda mungkin juga menyukai