Anda di halaman 1dari 3

Bincangkan naungan melalui pembayaran jizyah pada zaman

pemerintahan Khalifah al-Rasyidin.


Jiyzah merupakan perkataan Arab yang membawa maksud ganti rugi atau balasan
terhadap kebaikan atau keburukan.1 Jiyzah dianggap sebagai sesuatu pemberian
ufti(cukai) oleh seorang individu atau negara bukan Islam kepada kerajaan Islam yang
memerintah. Jizyah juga ditakrifkan sebagai cukai politik yang dikenakan ke atas
golongan kafir zimmi(orang yang tinggal di negara Islam tetapi bukan beragama
Islam) yang menerima perlindungan nyawa dan harta benda daripada pemerintah
Islam. Orang bukan Islam yang membayar jizyah akan diberi hak yang sama seperti
orang Islam dan akan mendapat kebebasan beragama. Jizyah bukan satu bentuk denda
tetapi merupakan ganjaran ke atas penat lelah kerajaan Islam yang melindungi
mereka. Pembayaran jizyah oleh kerajaan bukan Islam merupakan simbol naungan di
bawah kerajaan Islam.2
Naungan melalui pembayaran jizyah boleh dikategorikan kepada dua, iaitu jizyah
secara baik dan jizyah secara paksaan. Jizyah secara baik ialah pembayaran atas dasar
kerelaan atau persetujuan antara orang bukan Islam dengan pemerintah Islam. Jizyah
secara paksaan pula ialah kadar pembayaran yang ditentukan oleh pemerintah Islam
apabila ada hubungan antara golongan zimmi dengan pemerintah Islam. Kesanggupan
berada di bawah naungan kerajaan Islam dengan membayar jizyah menggambarkan
kekuatan kerajaan Islam Madinah.
Perlaksanaan jizyah dijalankan secara meluas pada zaman pemerintahaan
Khalifah al-Rasyidin. Keadaan ini merupakan susulan kejayaan ekspedisi dakwah dan
ketenteraan pada tempoh masa itu. Semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar, beliau
akan memberikan tiga pilihan kepada Iraq dan Syria, iaitu untuk memeluk agama
Islam, membayar jizyah atau diserang. Khalifah Abu Bakar berjaya mengalahkan
beberapa kawasan seperti Iraq dan Syria dan pemerintah di kawasan tersebut bersetuju
untuk membayar jizyah sebanyak 19 ribu dirham kepada kerajaan Islam. Kerajaan alAnbar dan Ain al-Tamar juga sanggup bernaung di bawah kerajaan Islam apabila

ditawan oleh panglima Khalid Al-Walid. Penduduk di wilayah-wilayah tersebut rela


menbayar jizyah.
Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, banyak lagi kawasan yang rela bernaung
di bawah kerajaan Islam Madinah. Untuk melicinkan kutipan jizyah, Khalifah Umar
telah mengarahkan gabenor-gabenor wilayah untuk menjalankan tugas ini dengan
sempurna. Penduduk Mesir sanggup bernaung di bawah kerajaan Islam apabila Amru
bin al-As berjaya menewaskan penjajah Rom di Mesir. Pemimpin Baitulmuqaddis
sanggup membayar jizyah apabila menandatangani perjanjian damai dengan Khalifah
Umar. Kerajaan Islam memberikan jaminan terhadap keselamatan nyawa dan harta
benda serta kebebasan beragama serta amalan beribadat. Penduduk di Syam, Palestin
dan Jordan juga bersetuju untuk membayar jizyah selepas kejayaan tentera Islam
mengalahkan tentera Byzantine.
Tugasan dan pungutan jizyah diteruskan oleh Khalifah Uthman bin Affan.
Kawasan naungan kerajaan Islam bertambah luas akibat perluasan kuasa yang
dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab. Kejayaan ekspedisi ketenteraan
menyebabkan kawasan-kawasan seperti Tripoli, Nabah dan Qairawan menyatakan
kesangguan untuk berada di bawah naungan kerajaan Islam melalui pembayaran
jizyah.
Pada zaman Khalifah Ali bin Abu Talib, pelaksanaan jizyah agak kabur. Hal ini
disebabkan oleh keadaan negara yang tidak aman, berlaku pemberontakan dan perang
saudara seperti Perang Jamal dan Perang Siffin. Pendapatan melalui jizyah
berkurangan kerana terdapat beberapa buah negeri yang tidak membayar jizyah dan
membebaskan diri daripada menjadi naungan kerajaan Islam.3
Kesimpulannya, pelaksanaan jizyah bukan sahaja membuktikan kehebatan
kerajaan Islam Madinah tetapi pada masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan
negara. Sistem ini diteruskan lagi pada zaman Khalifah Bani Umaiyah tetapi terdapat
perbezaan dari segi kutipannya.

1 Abu babagfja bg
2
3 vcbsjgfjuejrg

Anda mungkin juga menyukai