Anda di halaman 1dari 23

Kepentingan Kegiatan Kokurikulum di Sekolah

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti luar bilik darjah yang dibimbing oleh
guru-guru. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah,
misalnya aktiviti kelab dan persatuan,sukan dan permainan serta pasukan
beruniform. Oleh yang demikian, aktiviti kokurikulum perlu disertai oleh
murid-murid kerana ada banyak kepentingannya.
Kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai
aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk melepak dan bergaul dengan
budak-budak nakal. Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri
kita daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif
dalam bidang sukan, masa lapang kita akan diisi dengan latihan yang
diselia oleh guru-guru.
Selain
itu,
kegiatan
kokurikulum
dapat membentuk disiplin
diri. Contohnya, semasa menyertai aktiviti persatuan, sukan atau unit
beruniform, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan
mematuhi peraturan. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan.
Pelajar
yang
tidak
berdisiplin
susah
untuk
berjaya.
Di samping itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar
menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti
pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa.
Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar
menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Oleh hal yang
demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar
menjadi
pemimpin.
Seterusnya, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan.
Setiap unit kokurikulum mempunyai ramai ahli yang terdiri daripada
pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti
yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk
bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu
aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama ahli.
Kesimpulannya, banyak kepentingan kegiatan kokurikulum kepada muridmurid di sekolah.Oleh itu, pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti
yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula
hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan
kokurikulum.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Puan Guru
Besar, para hakim yang adil dan bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Hari ini, saya akan
menyampaikan syarahan yang bertajuk Kepentingan Amalan Gotongroyong.
Hadirin yang dihormati,
Amalan bergotong-royong begitu penting diamalkan dalam kehidupan
kita. Hal ini kerana amalan gotong-royong ini dapat memudahkan kerja
kita. Contohnya kerja-kerja membersihkan kawasan sekolah yang luas
dapat dilakukan bersama-sama. Ini sudah pasti meringankan beban kerja
yang banyak untuk membersihkan kawasan sekolah tersebut.
Selain itu, amalan gotong-royong ini dapat memupuk semangat
kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat. Misalnya, anggota
masyarakat boleh mengamalkan semangat tolong-menolong dalam
menyiapkan kerja-kerja semasa majlis perkahwinan. Kesannya, hubungan
silaturahim dapat dieratkan.
Rakan-rakan yang dikasihi,
Seterusnya, amalan ini dapat menjimatkan masa bagi menyiapkan
sesuatu kerja. Contohnya, gotong-royong membersihkan kawasan
sekolah boleh dilakukan secara beramai-ramai antara guru, ibu bapa dan
murid-murid. Oleh itu, kerja-kerja itu dapat disiapkan dengan cepat.
Akhir sekali, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai positif
dalam diri kita. Misalnya, gotong-royong membersih dan menceriakan
kawasan sekolah dapat memupuk nilai mencintai keindahan alam sekitar
dan mementingkan kebersihan. Kesannya, kita akan menjadi warga
sekolah yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, masyarakat dan
diri sendiri.
Kesimpulannya, amalan gotong-royong memberikan banyak manfaat
kepada kita. Oleh itu, amalan ini perlulah dipupuk dan dijadikan amalan
hidup. Sekian sahaja syarahan saya pada pagi ini. Saya sudahi dengan
ucapan terima kasih.

Soalan: Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa mengikut ibu bapa
kamu menghantar abang kamu mendaftarkan diri di universiti. Tulis sepucuk
surat kepada guru kelas kamu untuk memaklumkan perkara tersebut .

Nur Amira Farhana binti Amir,


No. 12, Jalan Pine 3,
Taman Pine,
27000 Jerantut,
Pahang.
___________________________________________________________
Guru Kelas 6 Sejahtera,
Sekolah Kebangsaan Temin,
27000 Jerantut,
Pahang.

5 MEI 2014

Cikgu,
Tidak Hadir ke Sekolah
Merujuk perkara di atas, saya Nur Amira Farhana binti Amir dari kelas 6
Sejahtera ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah selama
tiga hari iaitu dari 6 Mei hingga 8 Mei 2014.
2. Untuk makluman cikgu, saya terpaksa mengikut ibu bapa saya ke Kedah
untuk menghantar abang saya ke Universiti Utara Malaysia. Abang saya
mendaftar kemasukannya ke university tersebut pada 7 Mei 2014. Dia akan
mengikuti pengajian di peringkat ijazah dalam bidang perakaunan selama empat
tahun.
3. Saya mengikut ibu dan bapa saya ke Kedah kerana tiada orang yang akan
menjaga saya di rumah sepanjang ketiadaan ibu dan bapa saya. Demi
keselamatan, ibu bapa saya membawa saya bersama-sama.
4. Tentang pelajaran saya, usahlah cikgu bimbang kerana saya ada membawa
beberapa buah buku rujukan untuk dibaca sepanjang saya berada di sana. Saya
juga berjanji akan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh cikgu
walaupun saya tidak hadir ke sekolah. Saya akan bertanyakan perkara tersebut
kepada kawan-kawan saya di sekolah.
5. Saya akan kembali semula ke sekolah pada 9 Mei 2014. Saya berharap agar
perkara ini dalam pengetahuan cikgu. Segala kerjasama dan keprihatinan cikgu
saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Amira

(NUR AMIRA FARHANA BINTI AMIR)


Murid 6 Sejahtera

Faedah-faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum


Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Kegiatan tersebut termasuklah
aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua
pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini mempunyai
banyak
faedahnya.
Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat memenuhkan masa lapang.
Pelajar yang aktif dalam kegiatan ini akan terhindar daripada terlibat dengan gejala
sosial kerana banyak masa mereka digunakan untuk aktiviti kokulrikulum di sekolah
seperti sukan dan sebagainya. Oleh itu, masa lapang dapat diisi dengan kegiatan
yang
lebih
berfaedah.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin.
Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti jawatan pengerusi, setiausaha,
bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Sebagai contoh, apabila pelajar
memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Dengan itu,
pelajar
akan
belajar
menjadi
pemimpin.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk
disiplin diri. Sebagai contoh, kegiatan-kegiatan ini dijalankan mengikut peraturan
dan jadual yang telah ditetapkan. Kita perlu mematuhi peraturan dan jadual tersebut
supaya segala aktiviti yang direncana dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, kita
akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.
Tambahan pula, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap
persatuan dan kelab tentunya disertai oleh ramai ahli serta terdiri daripada pelbagai
kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua
ahli akan berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan
hubungan sesama mereka dan seterusnya akan mewujudkan perpaduan antara
kaum.
Akhir sekali, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan
kokurikulum seperti menyertai pertandingan bola sepak dan sebagainya. Untuk
menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Dengan
latihan itu, badan kita akan mengeluarkan peluh. Ini tentu akan menjadikan kita
cergas, sihat, kuat dan tidak akan mudah dijangkiti penyakit.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak
sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar
menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak melibatkan diri
dalam kegiatan ini demi kebaikan anak-anak mereka.

Autobiografi: Aku Sebuah Televisyen


Kerangka Karangan
-Dilahirkan di sebuah kilang Panasonic di Shah Alam.
-Dihantar ke sebuah kedai elektrik di Kuala Lipis.
-Dipamerkan di dalam almari kaca.
-Dibeli oleh seorang lelaki.
-Diletakkan di ruang tamu rumahnya.
-Aku digunakan dengan lasak setiap hari.
-Rosak akibat petir.
-Dibuang
Contoh Karangan
Aku dilahirkan di sebuah kilang televisyen Panasonic di Shah Alam. Badanku berbentuk
leper dan kebanyakan bahagian badan ku diperbuat daripada plastik. Aku dicipta untuk
membolehkan manusia menonton berita, cerita dan sebagainya. Walau bagaimanapun,
selalunya aku digunakakan untuk berhibur. Oleh itu ramai manusia ingin memiliki ku bagi
menghiburkan mereka di rumah dan sebagainya.
Setelah aku selesai dipasang dan diuji, aku diletak di dalam kotak yang selesa untuk dihantar
ke kedai-kedai elektrik di seluruh Malaysia. Aku dihantar ke sebuah kedai di Bandar Kuala
Lipis, Pahang. Kemudian, aku dipamerkan di dalam almari kaca di kedai tersebut.
Setiap kali pengunjung datang ke kedai itu, mereka pasti melihat-lihat aku. Ramai yang
bertanya-tanya tentang harga ku dan memuji-muji akan kecantikan dan kecanggihan aku.
Walau bagaimanapun mereka tidak mampu membeli ku kerana harga aku agak mahal
berbanding dengan televisyen-televisyen yang lain.
Pada suatu hari, aku dikunjungi oleh seorang lelaki muda. Dia mungkin sangat berminat
untuk memiliki aku apabila dia dilihat tawar-menawar harga ku kepada tuan kedai. Akhirnya
dia bersetuju membeli ku dengan harga RM4000.00.
Selepas itu aku dibawa balik ke rumahnya di Kampung Merapoh dan diletakkan di ruang
tamu. Aku lihat isteri dan anak-anaknya sangat gembira memperolehi aku. Sejak dari hari itu,
aku sering digunakan oleh keluarga Encik Ali tanpa mengira waktu. Walaupun aku berasa
penat, namun aku terpaksa menunaikan tanggungjawab ku kepada mereka. Kadang-kadang
aku terus dipasang walaupun pada waktu hujan dan kilat sambar-menyambar menyebabkan
aku berasa sedih kerana mereka kurang menjaga keselamatan diri ku.
Kebimbangan ku itu akhirnya berlaku juga. Semasa hujan pada suatu malam, aku terpadam
akibat kilat. Aku tidak boleh dibetulkan lagi kerana kerosakan ku amat teruk. Akhirnya aku
dibuang ke tempat perlupusan sampah. Walau bagaimanpun aku berasa bangga kerana dapat
juga aku berbakti kepada manusia di dunia ini semasa hayat ku.

Autobiografi: Aku Sehelai Kain Pelikat


Kerangka Karangan
-Dimasukkan ke dalam kotak yang cantik berwarna-warni.
-Dihantar ke sebuah pasar raya
-Dipamerkan di dalam pasar raya itu.
-Dibeli oleh seorang lelaki yang agak berumur.
-Tuan baru ku amat menyayangi ku.
-Digunakan olehnya untuk bersolat.

Contoh Karangan
Aku dilahirkan di sebuah kilang kain yang terletak di Temerloh, Pahang. Aku dipanggil kain
pelikat. Aku dibuat daripada bahan-bahan yang berkualiti dan kukuh supaya aku tahan dan
selesa dipakai. Setelah aku dibuat sempurna, aku diletakkan di dalam kotak kecil yang cantik
dan berwarna warni. Kemudian, aku bersama kain sejenis ku yang lain dimasukkan ke dalam
kotak yang lebih besar untuk diedarkan ke kedai-kedai pakaian di seluruh dunia.
Aku dihantar ke sebuah pasar raya di Kuala Lumpur. Aku berasa agak kecewa kerana
diedarkan di dalam negara sahaja sedangkan aku sebenarnya ingin melancong ke luar negara.
Aku berasa cemburu melihat akan kain-kain lain yang dihantar ke pelabuhan untuk dieksport
ke luar negara seperti Arab Saudi, Jepun dan German. Namun aku sedar ini sudah ditakdirkan
dan aku harus merelakannya dan bersyukur.
Di pasar raya itu aku dipamerkan di sebuah almari kaca yang berlampu kerana aku adalah
kain yang berkualiti dan mahal. Ramai pengunjung suka melihat ku yang cantik tetapi mereka
tidak tidak mampu membeli ku. Aku gembira berada di situ kerana tempatnya selesa dan aku
dapat melihat pelbagai ragam manusia yang berkunjung ke pasar raya itu.
Pada suatu hari aku dikunjungi oleh seorang lelaki yang agak berumur. Setelah melihatku
seketika, dia bersetuju membeliku dengan harga RM80.00. Aku berasa gementar kerana aku
tidak tahu sikap tuan baru ku ini sama ada baik terhadapku nanti atau sebaliknya. Aku dibawa
menaiki sebuah kereta buatan Malaysia iaitu Proton Exora. Aku diletakkan di tempat yang
selesa dan selamat di dalam kereta itu. Aku sedar tuan ku amat menyayangi ku.
Tiba-tiba tuan aku berhenti di sebuah masjid di tepi sebatang jalan raya. Kemudian, dia
membawa ku ke masjid itu. Setelah selesaikan mengambil air sembahyang, tuan memakai ku
untuk bersolat. Aku amat gembira kerana inilah kali pertama aku dapat berbakti kepadanya.
Lebih bermakna lagi aku digunakan oleh insan untuk bersujud kepada Allah yang Maha Esa.
Kini aku bersyukur kerana mendapat tuan yang baik. Aku berharap tuan aku sentiasa
menggunakan aku untuk bersolat dan beribadah hingga ke akhir hayatku.

Autobiografi: Aku Sehelai Baju


Aku sehelai baju.
Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku
dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam almari cermin. Tanda harga
yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.00.
Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis bernama Linda.
Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda
melihat diriku, mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.
Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku
berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.
Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku
sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku
cuba menahan keperitan tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana
terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.
Apabila terhidu bau badanku terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Namun
sudah terlambat kerana sebahagian badanku telahpun hangus. Kini aku hanya
menjadi penghuni setia almari usang.

Autobiografi: Aku Sebuah Basikal

Aku berasal dari "Negara Matahari Terbit". Aku dibuat di sebuah kilang di negara
maju itu. Badanku terdiri daripada besi, getah, kaca dan plastik.
Setelah siap dipasang, aku digelar basikal. Aku dan kawan-kawanku yang lain
ditempatkan di sebuah bilik di kilang itu sementara menunggu untuk dipasarkan. Aku
berasa sungguh gembira kerana ramai kawan-kawan memuji kecantikanku.
Tidak lama kemudian, aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah pelabuhan untuk
menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati
kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan beberapa orang kelasi kapal itu,
aku dengar ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memiliki kami. Aku semakin
bangga.
Nasib kami sungguh malang. Tanpa disangka kapal yang kami naiki karam setelah
dipukul ombak besar. Aku dan kawan-kawanku tenggelam ke dasar laut. Setahun
kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat.
Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku naik ke daratan. Akhirnya kami
dihantar ke kilang kitar semula.
Aku berasa sungguh kesal kerana telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat
mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia. Bagaimanapun, itu tidak penting
kerana aku yakin semuanya adalah ketentuan Tuhan.

Fakta: Menjaga Kebersihan


Bina sebuah karangan berdasarkan gambar dan rangkai kata di bawah.
*Menjaga kebersihan -elakkan penyakit
*Mencuci tangan -sabun
*Mencuci sayur-sayuran -tiada kuman -kotoran
*Memastikan kebersihan -belas -air bersih
*Menutup makanan -lalat
Kebersihan diri amat penting untuk kesihatan kita. Orang yang bersih tidak akan
terdedah dengan kekotoran penyebab penyakit seperti demam, selsema, batuk dan
sebagainya.
Sebelum makan, kita mestilah membasuh tangan dengan menggunakan sabun yang
sesuai. Gosok kedua-dua belah tangan kita termasuk di celah-celah jari supaya
tangan kita menjadi benar-benar bersih.
Selain itu, makanan seperti sayur-ayuran, buah-buahan dan sebagainya mestilah
dibasuh terlebih dahulu sebelum dimasak. Ini penting agar kita tidak mengambil
makanan yang tercemar dengan bahan-bahan yang merbahaya kepada kesihatan
kita.
Di samping itu, bekas makanan yang kotor akan mencemarkan makanan kita. Oleh
itu, basuhlah bekas makanan kita selepas digunakan.
Seterusnya, kita perlu menyimpan makanan di tempat yang tertutup. Ini untuk
menghalang serangga atau haiwan seperti lalat dan tikus daripada mencemari
makanan kita.
Hidup kita akan lebih gembira apabila kita sihat. Oleh itu, sentiasalah menjaga
kebersihan agar kita terus sihat dan gembira sepanjang hari.

Fakta: Faedah-faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Tulis faedah menyertai aktiviti kokurikulum.


Faedah-faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum
Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Kegiatan tersebut termasuklah
aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua
pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini mempunyai
banyak faedahnya.
Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat memenuhkan masa lapang.
Pelajar yang aktif dalam kegiatan ini akan terhindar daripada terlibat dengan gejala
sosial kerana banyak masa mereka digunakan untuk aktiviti kokulrikulum di sekolah
seperti sukan dan sebagainya. Oleh itu, masa lapang dapat diisi dengan kegiatan
yang lebih berfaedah.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin.
Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti jawatan pengerusi, setiausaha,
bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Sebagai contoh, apabila pelajar
memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Dengan itu,
pelajar akan belajar menjadi pemimpin.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk
disiplin diri. Sebagai contoh, kegiatan-kegiatan ini dijalankan mengikut peraturan
dan jadual yang telah ditetapkan. Kita perlu mematuhi peraturan dan jadual tersebut
supaya segala aktiviti yang direncana dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, kita
akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.
Tambahan pula, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap
persatuan dan kelab tentunya disertai oleh ramai ahli serta terdiri daripada pelbagai
kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua
ahli akan berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan
hubungan sesama mereka dan seterusnya akan mewujudkan perpaduan antara
kaum.
Akhir sekali, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan
kokurikulum seperti menyertai pertandingan bola sepak dan sebagainya. Untuk
menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Dengan
latihan itu, badan kita akan mengeluarkan peluh. Ini tentu akan menjadikan kita
cergas, sihat, kuat dan tidak akan mudah dijangkiti penyakit.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak

sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar


menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak melibatkan diri
dalam kegiatan ini demi kebaikan anak-anak mereka.
Melengkapkan Cerita:
Aku dan rakan-rakan menyertai latihan sukan di sekolah. Semasa latihan tersebut
berlangsung aku terdengar jeritan. Aku pun
Mulakan cerita dengan:
Aku pun
Aku pun segera berlari ke belakang astaka kerana jeritan tersebut datangnya dari
situ. Setibanya di belakang astaka, aku terkejut benar apabila mendapati Alia
meraung kesakitan sambil memegang kakinya. Wajahnya pula berpeluh dan pucat.
Aku segera menghampirinya untuk bertanya akan puncanya. Dia segera
menunjukkan kakinya yang bengkak dan lebam. Kaki ku terperosok ke dalam
lubang ini semasa aku berlari di sini tadi, rintihnya sambil menunjukkan sebuah
lubang kecil di situ.
Aku memintanya bertenang sementara aku pergi meminta bantuan. Kemudian aku
terus berlari meminta pertolongan daripada Cikgu Hamidi yang kebetulan sedang
berjalan menuju ke astaka tersebut.
Dengan segera, Cikgu Hamidi mendapatkan Alia untuk memberikan pertolongan.
Kaki Alia cuma terseliuh sahaja, kata cikgu Hamidi setelah memeriksa kaki Alia.
Aku bersyukur kerana kecederaan Alia tidaklah begitu teruk.
Kemudian, Cikgu Hamidi meminta aku memanggil beberapa orang pelajar lain untuk
mengangkat Alia ke kantin sekolah sementara beliau ke bilik guru untuk mengambil
minyak urut.
Di kantin, aku menggosok kaki Alia yang cedera dengan minyak gamat yang diberi
oleh Cikgu Hamidi. Sambil tersenyum, Alia segera mengucapkan terima kasih
kepada kami sejurus aku selesai menyapukan minyak urut di kakinya.
Sebelum bersurai daripada latihan sukan petang itu, Cikgu Hamidi mengingatkan
para pelajar supaya tidak bermain di belakang astaka kerana permukaan tanah di
situ masih belum diratakan kerana kerja-kerja pengubahsuaian astaka masih dalam
pembinaan .

Melengkapkan cerita: Serina Demam Panas


Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku ....
*** *** *** *** ***
Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku segera membuka
tingkap tersebut.
Rupa-rupanya jiranku, Mak Cik Jamilah. Mak Cik Jamilah memberitahuku bahawa
anaknya diserang demam panas. Manakala, suaminya pula tiada di rumah kerana
sedang berkursus.
Aku segera ke ruang tamu. Aku memberitahu ayah dan ibuku bahawa anak mak cik
Jamilah diserang demam panas. Ayah dan ibuku segera ke rumah jiranku itu untuk
menbantu mereka.
Ibu dan Mak Cik Jamilah memapah Serina masuk ke dalam kereta ayahku untuk
dibawa ke klinik yang berhampiran. Ibu menyuruh aku menjaga rumah dan
mengunci pintu. Aku patuh nasihat ibuku.
Aku berasa bimbang akan Serina yang diserang demam panas. Aku hanya mampu
berdoa kepada Allah supaya Serina selamat.
Tidak lama kemudian, aku terdengar enjin kereta ayahku. Aku segera membuka
pintu. Ibu memberitahu aku bahawa Serina ditahan di wad.
Keesokan harinya, Aku dan keluargaku menziarahi Serina di hospital. Aku bersyukur
kerana Serina kini sudah hampir sembuh. Mak cik Jamilah mengucapkan terima
kasih kepada aku dan keluargaku.

Melengkapkan cerita: Membantu Mak Cik Nadia

Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku
terus menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam
perjalanan .....
*** *** *** *** ***
Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku
terus menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam
perjalanan pulang, aku terdengar suara wanita menjerit. Rupa-rupanya beg tangan
wanita itu diragut oleh dua orang lelaki bermotosikal. Apa yang mengejutkan aku,
wanita itu ialah jiranku Mak Cik Nadia.

Aku terus mencatat nombor plat motosikal yang ditunggang oleh dua orang peragut
tersebut. Aku memujuk Mak Cik Nadia supaya bersabar. Nasib baik Mak Cik Nadia
tidak mengalami kecederaan yang teruk.
Aku terus ke pondok telefon yang berhampiran untuk menelefon pihak polis. Tidak
lama kemudian, beberapa orang polis datang. Mereka membawa aku dan Mak Cik
Nadia ke balai polis untuk membuat laporan. Aku memberitahu nombor plat
motosikal dan jenis motosikal peragut itu. Aku juga memberitahu yang mereka
melarikan diri ke Jalan Sulaiman. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepadaku.
Setelah beberapa jam, pihak polis berjaya memberkas dua orang lelaki tersebut.
Pihak polis menghantar aku dan Mak Cik Nadia pulang ke rumah. Ibu bapaku
berasa terkejut sebaik sahaja melihat aku keluar dari kereta polis. Pihak polis
menceritakan kepada ibu bapaku apa yang terjadi.

Surat Kriman Rasmi: Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah


Anda tidak dapat hadir ke sekolah kerana sebab-sebab yang tertentu. Tulis
sepucuk surat kepada guru kelas anda untuk memberitahu hal tersebut.
Kampung Dada Kering,
Kechau,
27200 Kuala Lipis,
Pahang.
___________________________________________________________________
Encik Daud bin Ngah Derani,
Guru Kelas Tahun 6 Amanah,
Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak,
27200, Kuala Lipis,
Pahang.

14 Mei 2012

Tuan,
TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH
Saya Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, murid Tahun Enam Amanah tidak dapat hadir ke
sekolah pada hari Isnin, 15 Mei 2012.
2.
Hal ini demikian kerana saya terpaksa mengikut ibu bapa membawa nenek saya ke
Hospital Besar Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan pada hari tersebut.
3.
Saya dihantar oleh bapa saya untuk ke sekolah. Oleh yang demikian, tiada sesiapa
yang dapat menghantar saya ke sekolah kerana bapa saya akan pergi ke Kuala Lumpur
pada hari tersebut.

4.
Untuk pengetahuan cikgu, saya anak tunggal dalam keluarga saya. Manakala, ibu
bapa saya pula tidak pasti bila mereka akan sampai semula ke rumah setelah selesai
urusan di hospital itu nanti. Saya khuatir kerana tiada sesiapa yang menemani saya di
rumah apabila saya pulang dari sekolah nanti.
5.
Kerjasama serta pertimbangan cikgu atas sebab-sebab yang saya berikan amat saya
hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Hasifzakwan
(HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI)

Surat Kiriman Rasmi: Memohon Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Perabot


Persatuan Alam Sekitar
Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,
28000 Temerloh,
Pahang.
___________________________________________________________________
Tuan Pengurus
Kilang Perabot TM Jaya Sdn. Bhd,
28000 Temerloh,
Pahang.

15 April 2012

Tuan,
Lawatan Sambil Belajar
Berhubung perkara di atas, saya, Siti Aishah bt Sahari, setiausaha Persatuan Alam Sekitar ingin
memohon mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat tuan.
2.

Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk:


i. melihat sendiri dengan lebih dekat proses perabot-perabot dihasilkan di kilang.
ii. mengetahui jenis-jenis kayu yang sesuai yang sering digunakan untuk membuat perabot.
iii. menambah ilmu pengetahuan tentang pembuatan perabot kayu.
iv. mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk memelihara hutan dan alam sekitar.
Ini akan membantu kami dalam pelajaran terutama mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Pendidikan
Alam Sekitar.
3.
Kami memilih mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat tuan kerana syarikat tuan amat
terkenal dalam menghasilkan barangan perabot yang yang bermutu tinggi, tahan lama dan model
yang menarik serta terkini. Selain itu, harganya pula amat berpatutan dengan kualiti barangan yang
dihasilkan.
4.
Untuk pengetahuan pihak tuan, ahli rombongan kami seramai 42 orang yang terdiri daripada
20 orang murid lelaki, 19 orang murid perempuan dan 3 orang guru pengiring. Butir-butir lawatan ini
ialah seperti berikut:
Tarikh
Masa

: 19 April 2012
: 9.00 pagi

Kenderaan : Bas
5.

Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dangan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,
.....................................
(SITI AISHAH BT SAHARI)
Setiausaha Persatuan Alam Sekitar,
Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,
Temerloh, Pahang.

Cara-cara Menghormati Ibu Bapa


Berikut ini adalah contoh karangan UPSR bagi tajuk " Cara-cara Menghormati Ibu
Bapa .. " yang mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan.
Ibu bapa ialah insan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa mereka kita
tidak akan berpeluang merasa nikmat kehidupan di muka bumi ini. Jasa bakti mereka
yang telah melahir dan membesarkan kita amatlah bernilai. Justeru sebagai seorang
anak, kita perlulah sentiasa menghormati mereka.
Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan sebagai tanda menghormati mereka.
Antaranya ialah dengan menunjukkan kepatuhan dan ketaatan kepada mereka. Sebagai
ibu bapa mereka akan menentukan apa yang terbaik untuk anak-anak. Sudah
semestinya setiap keputusan atau pilihan yang mereka lakukan adalah bertujuan untuk
kebaikan kita. Tidak ada mana-mana ibu bapa di dunia ini pun yang bertindak atau
membuat keputusan yang boleh merosakkan kehidupan anak-anak.
Kita juga boleh menunjukkan rasa hormat kepada mereka dengan cara
mendengar nasihat dan menerima setiap teguran daripada mereka dengan hati yang
terbuka. Sebagai manusia biasa kita tidak mungkin lari daripada tersilap langkah dan
melakukan kesilapan. Nasihat dan teguran mereka bertujuan untuk memberi
bimbingan dan panduan demi kebaikan kita sendiri.
Di samping itu belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran juga merupakan satu cara
yang boleh kita lakukan sebagai tanda menghormati ibu bapa. Ibu bapa telah bersusah
payah melahirkan kita, membesarkan dan memberi pendidikan kepada kita. Mereka
bermandi peluh untuk menyara dan membesarkan serta bersengkang mata menjaga
kita ketika kita sakit. Sebagai membalas jasa mereka, kita hendaklah belajar
bersungguh-sungguh agar berjaya mencapai cita-cita. Kejayaan dalam pelajaran
pastinya akan membuatkan ibu bapa kita berasa bangga dan gembira.
Selain itu, membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah yang bersesuaian seperti
mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk selepas makan, membersihkan halaman
rumah serta membantu menjaga adik juga adalah merupakan satu lagi cara
menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang terhadap mereka. Bantuan kita dapat

meringankan beban tugas serta keletihan mereka bekerja seharian. Mereka tentunya
berasa gembira dan bangga mempunyai anak-anak yang ringan tulang.
Secara ringkasnya dapatlah dirumuskan bahawa terdapat banyak cara untuk
menunjukkan rasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa kita. Menghormati dan
membalas jasa ibu bapa merupakan tanggungjawab anak-anak dan ia juga dituntut
oleh agama. Hormati dan sayangilah ibu bapa sementara mereka masih ada.
** Isi-isi bagi karangan jenis ini juga boleh disesuaikan dengan bentuk soalan berikut :
Cara-cara menghargai jasa ibu bapa
Cara-cara membalas jasa ibu bapa

Fakta: Cara-cara Menggembirakan Ibu Bapa


Ibu bapa merupakan orang yang banyak berjasa kepada kita. Tulis karangan caracara kamu menggembirakan ibu bapa.
Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka, kita
tidak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita kasih sayang yang
sejati hingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagiaan kita. Oleh
sebab itu, wajarlah kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati mereka.
Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berakhlak mulia. Akhlak mulia
akan menyebabkan seseorang itu mentaati perintah agama, menghormati orang
lain, bertanggunjawab, berdisplin dan sebagainya. Anak-anak yang berakhlak mulia
juga akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga. Hal yang demikian,
sudah tentu akan menggembirakan hati ibu bapa.
Ibu bapa juga tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka belajar
bersungguh-sungguh. Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan mendapat
keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kita mestilah rajin belajar agar
ibu bapa kita gembira serta memperoleh masa depan yang lebih cerah.
Di samping itu, kita juga haruslah membantu mereka. Kita boleh membantu mereka
dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik adik, mengemas rumah
dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan beban mereka dan ini tentu
menggembirakan hati mereka.
Selain itu, Ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati mereka.
Bercakap dengan sopan, bersalaman dan mencium tangan, mendengar teguran dan
nasihat, mengucapkan salam dan senyum semasa berhadapan dengan mereka
antara contoh kita menghormati ibu bapa. Amalkan sikap ini agar ibu bapa kita

sentiasa gembira bersama anak-anak.


Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita ingin melihat ibu bapa kita
sentiasa gembira. Justeru, sentiasalah berazam dan berusaha untuk
menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa agar hidup kita lebih diberkati.

SOALAN : Anak yang baik akan sentiasa membalas jasa ibu bapanya. Berikan
pendapat kamu, cara-cara yang patut dilakukan untuk membalas jasa kedua-dua
orang tua kita.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setiap insan sudah pastinya mempunyai ibu bapa. Sesudah sembilan bulan
dikandung ibu, dengan izin Allah, kitapun dilahirkan. Sesudah lahir, kita dijaga
dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh.
Sebagai
anak, kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara boleh
kita lakukan untuk membalas jasa mereka. Antaranya, kita perlu belajar bersungguhsungguh. Kejayaan yang cemerlang dalam UPSR sudah tentu mampu
menggembirakan ibu bapa kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan anaknya
berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan masa depan kita.
Kita juga sebagai anak yang baik sewajarnya mempamerkan tingkah laku
yang mulia. Apabila bertutur dengan ibu bapa, elakkan bercakap kasar. Segala
nasihat mereka perli didengar dengan teliti dan diikuti sebagai pedoman hidup. Kita
janganlah menyinggung perasaan mereka dengan tingkah laku kita yang boleh
menyebabkan hati mereka sakit, bagai dihiris dengan sembilu.
Kita juga
haruslah bersikap tangan terbuka membantu mereka. Seharian mereka bekerja
untuk mencari nafkah menanggung kita sekeluarga. Dengan sikap kita yang suka
membantu ibu bapa, sudah pastinya akan meringankan beban mereka yang sudah
penat bekerja. Kita boleh membantu mereka mengemas rumah, memasak,
menyiram pokok bunga dan sebagainya.
Sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa menyediakan keperluan
asas kepada kita. Namun, sebagai anak yang baik, kita janganlah mendesak mereka
memenuhi apa yang kita inginkan. Contohnya, kita mendesak mereka membeli

komputer, pakaian yang mahal-mahal dan sebagainya. Kita janganlah


membandingkan kemampuan ibu bapa kita dengan kemampuan orang lain. Kita
sepatutnya perlu ukur baju dibadan sendiri, agar kita tidak dianggap seperti kacang
lupakan kulit.
Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai
dengan wang ringgit. Segala perit jerih mereka membesarkan kita seharusnya
dihargai. Oleh itu, kita perlu sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa dan
pengorbanan mereka.

KARANGAN UPSR (catatan) Bercuti Di kampong


SOALAN : Kamu telah pulang ke kampung sempena cuti persekolahan. Tulis
catatan tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di kampung.
Selasa, 1 Julai 2012
Aku , adik dan abang menaiki bas ekspres Transnasional menuju ke kampung datuk
di Kampung Sungai Dalam, Johor. Ayah dan ibu berpesan kepada kami bertiga agar
menjaga keselamatan diri dan berhati-hati sepanjang perjalanan dan ketika berada
di kampung. Kami akan bercuti di kampung selama seminggu. Rabu, 2 Julai 2012
Sejak awal pagi lagi datuk telah mengajak aku dan abang aku ke dusun. Kebetulan
pada ketika ini musim buah-buahan. Aku dan abang menaiki basikal menuju ke
dusun manakala adik pula menemani nenek di rumah. Buah rambutan yang
kemerah-merahan menghiasi pokok di kiri dan kanan jalan. Meskipun banyak
nyamuk, namun aku tidak mengendahkannya kerana seronok berlumba dengan
abang mencari buah durian yang gugur. Semua buah durian yang dikutip
dikumpulkan di dalam bakul untuk dijual kepada peraih. Bakinya dibawa balik ke
rumah sebagai habuan untuk kami bertiga.

Khamis, 3 Julai 2012


Datuk membawa kami ke sungai untuk menjala ikan. Aku membawa belas ikan yang
diperbuat daripada rotan untuk mengisi ikan-ikan yang berjaya di tangkap. Setelah
dua jam menjala, datuk berjaya menangkap beberapa jenis ikan seperti ikan
lampam, seluang,dan baung. Aku menyuruh nenek memasak gulai kegemaranku
iaitu ikan baung masak tempoyak.

Jumaat, 4 Julai 2012

Jiran datuk akan mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya pada esok hari. Aku
dan abang turut menyusun kerusi meja dan mendirikan khemah. Jiran-jiran yang lain
juga turut membantu. Aku sungguh seronok melihat kerjasama yang ditunjukkan
oleh penduduk kampung ini.
Sabtu, 5 Julai 2012
Kami bersiap-siap untuk pulang semula ke bandar. Aku gembira kerana akan
berjumpa dengan ibu dan bapaku. Namun, aku juga sedih untuk meninggalkan
datuk dan nenek di kampung. Sebelum menaiki teksi, kami bersalam dan memeluk
datuk dan nenek erat-erat. Air mata mula membasahi pipi nenek. Aku berjanji akan
pulang lagi ke kampung pada cuti persekolahan yang akan datang.

KARANGAN UPSR (CERITA) Tindakan Apabila Rakan Tercedera


SOALAN :: Kamu dan rakan-rakan kamu sedang menyiapkan tugasan di Bilik
Kemahiran Hidup. Tiba-tiba salah seorang daripada rakan kamu tercedera kerana
terkena benda tajam. Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu lakukan.
Pada suatu hari, aku dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas Kemahiran
Hidup. Tiba-tiba seorang rakanku tercedera akibat terkena pahat. Pada waktu itu,
Cikgu Ali iaitu guru Kemahiran Hidup kami pergi ke tandas.
Justeru, aku terus ke bilik guru untuk memberitahu guru tentang kejadian itu.
Aku turut mendapatkan peti pertolongan cemas yang terletak di situ. Kami bergegas
ke bilik Kemahiran Hidup.

Pada mulanya aku menyapu ubat antiseptik untuk membunuh kuman yang
terdapat pada luka tersebut. Kemudian, aku membalut luka tersebut mengikut cara
yang aku pelajari semasa aku menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah pada tahun
lalu.
Selepas itu, aku dan guruku memapah rakanku ke bilik rehat dan menelefon
kedua-dua ibu bapa rakanku untuk memaklumkan mereka tentang peristiwa
tersebut. Kemudian, kami membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.
Beberapa minggu kemudian, luka rakanku semakin pulih. Dia berterima kasih
atas pertolongan yang aku berikan semasa dia tercedera di Bilik Kemahiran Hidup
tempoh hari. Aku bersyukur kerana luka kawanku tidak serius dan sudah semakin
pulih.
Dia berjanji akan mematuhi segala peraturan semasa berada di Bilik
kemahiran Hidup dan berhati-hati ketika menggunakan benda-benda yang tajam

semasa pengajaran dan pembelajaran.

KARANGAN UPSR (Cerita) : Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan


SOALAN : Setiap orang pastinya ada sesuatu pengalaman yang tidak dapat
dilupakan. Tulis sebuah karangan tentang pengalaman yang tidak dapat kamu
lupakan.
Contoh Jawapan
Apabila disebut nama Aiman, semua kawan kenal akan nama itu. Aku
dikatakan sebagai seorang yang keras kepala. Memang benar gelaran tersebut
diberikan kepadaku kerana aku jarang-jarang mendengar nasihat, meskipun nasihat
ibuku sendiri.
Pada suatu hari, aku merayau-rayau di sekitar kampung. Aku terpandang
akan beberapa biji mangga yang telah masak di kebun jiranku. Tanpa membuang
masa, aku pun segera memanjat pohon mangga itu. Aku tidak meminta kebenaran
daripada empunya kebun itu.
Tanpa aku duga, rupa-rupanya terdapat sarang tebuan pada pohon mangga
itu. Dengan tidak sengaja aku merosakkan sarang itu. Sebagai akibatnya, beberapa
ekor tebuan menyengat badanku. Terpaksalah aku terjun dari atas pohon mangga ilu
untuk menyelamatkan diri.
Aku menjerit meminta pertolongan. Mujurlah, orang-orang kampung
terdengar akan jeritanku. Mereka segera memberikan bantuan. Aku dihantar ke
hospital. Aku terpaksa tinggal di wad selama lima hari. Aku berasa terseksa kerana
terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat.
Aku kesal atas peristiwa yang terjadi pada diriku. Aku menyesal kerana tidak
mendengar nasihat ibuku. Semenjak hari itu, aku berjanji tidak mahu mencuri lagi.
Peristiwa tersebut akan aku kenang selagi hayat dikandung badan.

KARANGAN UPSR (SYARAHAN) : FAEDAH MENABUNG

Selamat sejahtera kepada Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, para hakim


yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Berdirinya saya di sini
untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk Faedah Menabung.
Hadirin yang saya hormati,
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk
keperluan pada masa hadapan di dalam tabung atau di bank. Sebagai contoh, kita
boleh mengumpul lebihan wang perbelanjaan seharian untuk disimpan di bank
sebagai tabungan kita.
Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil kerana menabung memberi
banyak faedah kepada kita. Antara faedah menabung ialah dapat memupuk amalan
berjimat-cermat. Kita akan merancang perbelanjaan agar sebahagian wang
perbelanjaan dapat disimpan.
Amalan berjimat cermat seperti membawa bekalan air dan makanan ke
sekolah membolehkan kita menyimpan baki duit saku yang diberi oleh ibu bapa ke
dalam tabung. Ini akan menjadikan kita insan yang berjimat-cermat dan sentiasa
berwaspada agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati.
Di samping itu, menabung dapat membantu kita atau keluarga apabila ditimpa
kesusahan ataupun di saat kita memerlukan wang. Contohnya menggunakan wang
tabungan tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah ataupun untuk membeli
ubat-ubatan di kala kita sakit.. Ini tentu dapat mengembirakan ibu bapa kita
terutamanya jika waktu itu mereka kekurangan wang dan sebagainya.
Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan
merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Ini

akan menjadikan kita berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak
dibelanjakan sesuka hati.
Di samping itu, menabung boleh memberi peluang kepada kita untuk
mendapatkan sesuatu peluang baik yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita
dapat membeli buku idaman yang jarang-jarang ditemui dengan menggunakan wang
simpanan. Ini tentu mengembirakan kita kerana memperoleh apa yang sudah lama
diidamkan sedangkan pada masa itu ibu bapa kita mungkin kurang mampu untuk
membelinya.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Seterusnya, amalan menabung juga membolehkan kita membantu orang lain.
Contohnya, kita boleh meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk bayaran
yuran sekolah adik jika pada masa itu ibu bapa kita memerlukannya. Ini secara tidak
langsung akan mengeratkan tali persaudaraan kerana membantu mereka ketika
dalam kesusahan. Berdasarkan hujah-hujah di atas, maka sudah terang lagi
bersuluh bahawa menabung itu mendatangkan banyak faedah.

Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-rakan supaya menjadikan amalan


menabung sebagai amalan hidup kerana banyak faedah yang boleh kita diperolehi
daripada amalan ini. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum
habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama
jadi bukit. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai