Anda di halaman 1dari 3

Pembunuhan Beramai-ramai Parit Sulong

seorang tentera Jepun sedang menghunus


bayonet terhadap tawanan
perang

Jambatan Perit Sulong pada 1963, di mana tentera


Australia berjuang pada peringkat akhir pertempuran Muarmenentang pasukan Jepun yang lebih besar. Plak
peringatan korban tentera Berikat diletakkan pada tahun yang sama. Jambatan ini dimusnahkan pada tahun 1994 dan
digantikan dengan jambatan yang baru pada tahun 1997.

Pembunuhan beramai-ramai Parit Sulong berlaku pada 23 Januari 1942 yang dilakukan oleh
anggota Division Pengawal Imperial (Imperial Guards Division) dari Tentera Imperial Jepun terhadap
tentera berikat semasa penaklukan Tanah Melayu ketika Perang Dunia II. Beberapa hari sebelumnya,
tentera Berikat telah menyerang hendap tentera Jepun berhampiran Gemas dan meletupkan
jambatan di situ dalam pertempuran Jambatan Gemencheh.
Semasa Penjajahan Jepun di Tanah Melayu, anggota pasukan Division ke 8 Australia (Australian 8th
Division) dan Brigade Infantri ke-45 India (Indian 45th Infantry Brigade) sedang berundur sambil
berjuang apabila mereka dikepong berhampiran dengan jambatan di Parit Sulong. Pasukan Berikat

bertempur dengan pasukan Jepun yang lebih besar selama dua hari sehingga mereka kekurangan
bekalan peluru dan makanan.
Setelah gagal berunding di bawah bendera putih untuk membenarkan mereka yang tercedera untul
lalu, pemerintah pasukan memutuskan bahawa pihak Jepun akan mematuhi Perjanjian Geneva
(Geneva Convention ) mengenai tawanan perang dan memerintahkan kesemua mereka yang sihat
dan mampu diperintahkan untuk berpecah ke dalam hutan, satu-satunya jalan bagi mereka kembali
menyertai barisan pihak Berikat; tetapi bagi sekitar 110 tenteraAustralia dan 40 tentera India yang
cedera terlalu teruk untuk melarikan diri, pilihan mereka yang ada hanyalah untuk menyerah diri.
Tahanan perang yang cedera itu ditendang dan dihentak dengan buntut senapang oleh Pengawal
Imperial. Mereka yang tercedera ditahan dalam bangunan kayu. Mereka kemudian dikumpulkan dan
diperiksa oleh Chief of Staff Lt. Gen. Nishimura Takuma, General Officer Commanding, Division
Pengawal Imperial yang memberikan arahan untuk "menghapuskan" tahanan yang tercedera.
Dalam perbicaraannya, Nishimura mendakwa bahawa ini bererti "memindahkan mereka yang
tercedera kebelakang" - tetapi Chief of Staff, Kolonel Imai Kamerjiro - yang tidak terselamat dalam
perperangan - menambah; "Mayat tahanan hendaklah dibakar selepas selesai pembunuhan itu". Teks
penuh arahan tersebut diberikan kepada Lt. Fujita yang ditugaskan bagi menghapuskan tahanan.
Pada petang 22 Januari 1942, mereka diperintahkan untuk berkumpul di belakang baris kedai yang
rosak berdekatan. Mereka yang tercedera dipapah oleh mereka yang mampu berjalan, setelah
dijanjikan rawatan perubatan dan makanan. Sementara menunggu ditempat perkumpulan, samaada
duduk atau terbaring lemah, tiga mesingan, tersorok di bilik belakang mulai menembak,
mengsasarkan tahanan tersebut. Sejumlah tahanan yang masih hidup di tikam dengan bayonet.
Selepas itu baris rumah kedai tersebut dirobohkan dan mayat tahan diletakkan di atasnya. Enam
puluh galon minyak dituang diatas timbunan itu dan api dihidupkan. Menjelang tengah malam,
timbunan kayu dan mayat membentuk abu setinggi dua kaki sebelum diisikan kedalam lubang bom
dijalan berhampiran.
Terdapat keterangan saksi lain yang menyatakan kisah berlainan, anataranya: Sesetengah dari
mereka diikat dengan kawat di tengah jalan sebelum ditembak dengan mesingan dan dicurah dengan
petrol dan dibakar dan (dalam kata-kata Russell Braddon) selepas "dibakar hangus sebelum
digelek kehadapan dan kebelakang (secara teratur) dengan lori yang dipandu oleh tentera Jepun."
(Braddon, p. 101) Kebanyakan mayat tersebut dijadikan pengisi lubang bom dijalan. Kenyataan
penduduk tempatan turut melaporkan bahawa tahanan perang (POWs) diikat beramai-ramai dengan
kawat dan dipaksa berdiri di atas jambatan, sebelum seorang tentera Jepun menembak seorang,
menyebabkan yang lain jatuh kedalam sungaiSimpang Kiri dan lemas.
Tiga orang tentera Australia terselamat dan dua daripadanya masih hidup sehingga tamat perang.
Dua tentera Australia yang tercedera dan sempat melarikan diri dari pembunuhan beramai-ramai itu

dan menjadi saksi mengenai layanan Jepun terhadap tahanan perang. Rekod rasmi menunjukkan
seramai 150 orang yang tercedera dibunuh.
Leftenan Jeneral Takuma Nishimura kemudiannya disabitkan terbabit dalam pembunuhan beramairamai di Parit Sulong oleh Mahkamah Tentera Australia (Australian Military Court) dan digantung
hingga mati pada 11 Jun 1951. Dia telah disabitkan oleh mahkamah British bagi penjara seumur
hidup bagi Pembunuhan beramai-ramai Sook Ching.

SUMBER:
HTTP://MS.WIKIPEDIA.ORG/

Anda mungkin juga menyukai