Anda di halaman 1dari 1

PERTANDINGAN MELAGUKAN SYAIR

MINGGU BAHASA MRSM

MAKLUMAT PERTANDINGAN
1. Setiap maktab dikehendaki menghantar 2 orang peserta yang terdiri daripada 1
orang peserta lelaki dan 1 orang peserta perempuan. Pertandingan terbuka
untuk pelajar-pelajar Menengah Rendah sahaja
2. Peserta dikehendaki melagukan atau mendendangkan sebuah syair (jenis lagu
panjang) yang berkaitan dengan tema yang telah ditetapkan.
3. Iringan muzik secara terus (live) dengan menggunakan 1 alat muzik dan
dimainkan oleh seorang pemain atau rakaman adalah dibenarkan.
4. Alat muzik atau rakaman tidak disediakan oleh pihak maktab yang menjadi tuan
rumah.
5. Lirik syair tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.
6. Lirik syair mestilah dalam Bahasa Melayu.
7. Masa persembahan tidak melebihi 5 minit. Markah tidak akan diambil kira
selepas dari 5 minit.
8. Pakaian peserta hendaklah sesuai dan tidak mencolok mata.
9. Penggunaan prop dan sebarang sumber atau benda berbahaya adalah tidak
dibenarkan.
10. Hadiah akan diberikan kepada Johan dan Naib Johan Syair (Lelaki dan
Perempuan)

PEMARKAHAN & PENGHAKIMAN


1. Pemarkahan untuk pertandingan ini adalah berdasarkan ciri-ciri berikut:
1.1 Kesempurnaan Nada / Prasa Syair 35 markah
1.2 Kemerduan Suara 35 markah
1.3 Lirik 15 markah
1.4 Persembahan 15 markah

2. Pertandingan ini dihakimi oleh 5 orang hakim dengan seorang hakim akan
bertindak sebagai Ketua Hakim.
3. Setiap hakim akan menghakimi semua bahagian..
4. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim dan keputusan hakim
adalah muktamad.