Anda di halaman 1dari 3

KUIZ PERDAGANGAN - PERGUDANGAN

1. Antara berikut, yang manakah merujuk kepada pergudangan?


A. Kegiatan menyimpan barang di dalam gudang
B. Kegiatan memecah pukal dan melakukan kerja akhir
C. Premis yang digunakan untuk menyimpan barang
D. Proses menyelaraskan penawaran dan permintaan barang di pasaran
2. Berikut merujuk bantuan perniagaan dalam perniagaan.
Promosi
Pengangkutan
Perbankan

Insurans
Komunikasi
Apakah fungsi X ?
I.

Menjamin keselamatan barang

II.

Meningkatkan keuntungan pengeluar

III.

Menyelaraskan penawaran dan permintaan

IV.

Membolehkan pengeluaran barang berterusan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV

C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

3. Antara berikut,yang manakah bukan peranan pergudangan dalam perniagaan?


A. Mengelakkan pembaziran
B. Menjamin keselamatan barang
C. Memujuk dan mempengaruhi pengguna

D. Menyelaraskan permintaan dan penawaran


4. Apakah peranan gudang kepada pengeksport dan pengimport?
A. Menyimpan barang dengan selamat
B. Menstabilkan harga barang di luai negara
C. Meningkatkan harga barang dengan menjualnya semasa permintaan tinggi
D. Membolehkan pengeluaran berterusan bagi barang yang permintaan bermusim
5.

Bagaimanakah pergudangan dapat menstabilkan harga sesuatu barang?


A. Menjamin keselamatan barang
B. Membolehkan kerja akhir dilakukan
C. Mengelakkan kerosakan dan pembaziran
D. Melalui proses penyimpanan dan pengedaran

6. Antara berikut, yang manakah peralatan yang diperlukan oleh sebuah gudang
aiskrim?
I.

Peti sejuk

II.

Komputer

III.

Alat pemadam api

IV.

Alat penggera kebakaran

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
7. Gudang yang mempunyai lokasi yang strategik dan sesuai biasanya terletak di
A. pinggir bandar
B. kawasan perindustrian
C. pintu masuk sesebuah negara
D. kawasan berhampiran pihak yang berurus niaga dengannya
8. Gedung aneka jabatan, pasar raya besar dan kedai sejaras menyimpan stoknya di

dalam
A. gudang awam
B. gudang peruncit
C. gudang pengilang
D. gudang pemborong
9. Apakah yang membezakan gudang berbon dengan gudang lain?
A. Dimiliki oleh kerajaan
B. Terletak di pintu masuk sesebuah negara
C. Menyimpan barang yang cukainya belum dijelaskan
D. Menyimpan barang yang tidak dibenarkan
masuk ke sesebuah negara

10. Apakah tujuan peruncit besar-besaran menyediakan gudang sendiri?


A. Menjamin keselamatan barang
B. Memastikan bekalan stok berterusan
C. Mempamerkan barangan untuk pilihan pembeli
D. Mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan

Anda mungkin juga menyukai