Anda di halaman 1dari 19

NOVEL SILIR DAKSINA

Sinopsis Keseluruhan

Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia
hidup bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip
lama yang didalamnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya. Dia teruja
dengan kandungan nmanuskrip itu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan
arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya
untuk ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi
melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu. Hubungan umi dan ayah
kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi membawa
Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan
tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan
terhadap anaknya. Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi
walaupun uminya melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal
mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan
sebarang wang perbelanjaan untuk kesana. Sesampai di Kampung Seri Purnama,
Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana
ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit
Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan pendudukpenduduk kampung di situ. Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam
novel ini. Beliau juga seorang yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahanlahan Haiqal mengenali ayah kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia ,
Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk memperkenalkan tarian
zapin ini. Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat
persembahan zapin. Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat
terharu kerana umi, walid, dan adik tirinya turut memberkikan sokongan. Dendam
uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur apabila dia datang ke Kampung
Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.

- 1Syahmie

Bab 1
Selepas Haiqal menerima manuskrip itu, perasaan Haiqal seolah-olah ditarik
untuk membacanya seperti ada daya tarikan magnet terhadapnya. Haiqal begegas
pulang ke rumah untuk membaca manuskrip itu secepat mungkin. Cara taipan di
dalam manuskrip itu sangat kemas dan teratur memberikan keselesaan kepada
mata setiap yang membacanya. Dia seperti berada di dalam alam Abdullah Bin
Kayan tatkala membaca manuskrip itu. Nama Abdullah bin Kayan pernah terbit dari
mulut uminya membuatkan Haiqal tertanya-tanya sejarah hidup beliau. Apabila
Haiqal bertanyakan lebih lanjut berkaitan individu tersebut kepada uminya, uminya
cuba untuk mengelak daripada menjawab pertanyaan anaknya yang cuba untuk
menyingkap identiti individu tersebut. Haiqal terimbau kembali memori hidupnya
pada umurnya 6 tahun. Uminya menyatakan yang walidnya sekarang ini, Abdul
Fatah bukanlah bapa kandungnya. Uminya berasa sebak untuk menyatakan perkara
tersebut di samping memberikan pelukan yang hangat kepada anaknya. Haiqal juga
turut sebak apabila melihat uminya menangis.

Bab 2
Suasana petang yang amat mendamaikan di kawasan Pantai Batu Buruk.
Haiqal menikmati segelas teh tarik dan sepiring keropok lekor di sebuah gerai yang
menghadap ke pantai. Ketika Haiqal sedang asyik menikmati juadahnya, seorang
gadis duduk di hadapannya sambil tersenyum. Haiqal begitu mengagumi gadis
yang bernama Ratna itu. Ratna mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi
usahawan yang berjaya. Walaupun Ratna tidak berjaya dalam SPM, Ratna tidak
pernah berputus asa. Impian Ratna ialah ingin memiliki restoran sendiri di bandar
Kuala Terengganu. Dia juga senang berkawan dengan Haiqal kerana Haiqal memberi
semangat kepadanya. Haiqal juga sempat menyembunyikan kekecewaannya
apabila gagal ditempatkan di institut pengajian tinggi. Namun begitu, Haiqal
menempatkan dirinya di tingkatan enam aliran sastera. Haiqal bercadang untuk
menghayati manuskrip ayahnya sementara menunggu keputusan STPM. Kemudian,
Haiqal mengajak Ratna berjalan-jalan di pantai. Mereka berjalan beriringan menuju
ke arah pantai. Pantai itu telah mengingatkan Haiqal kepada ayahnya. Di pantai
itulah ayahnya bertemu dengan uminya. Ratna bertanyakan tentang umi dan
ayahnya. Namun, Haiqal akan menemui jawapannya setelah membaca manuskrip
itu. Rupa-rupanya, uminya tidak mengetahui manuskrip yang dikirimkan oleh
seorang yang berbangsa cina, Ong See Hwa menggunakan pos laju. Alamat Ong
See Hwa sama dengan alamat yang tercatat dalam sijil kelahirannya iaitu di Johor.

- 2Syahmie

Bab 3
(i)
Secangkir kopi o pekat menjadi penemanku untuk bersengkang mata sehingga
dinihari. Aku teringatkan anak kecil itu tadi. Aku tertarik hati melihat dia mengikut
rentak tari penari-penari yang sedang berlatih menari dengan gembira. Apabila
menyedari memerhatikannya, dia tersipu-sipu dan dia segeraberlari mendapatkan
ayahnya. Keletahnya amat menghiburkan aku.
Bunyi alat-alat muzik yang saling bertingkah enak untuk didengar. Irama
berentak jingcat, masri,melayu dan alip-alip yang silih berganti amat mengasyikkan.
Aku mengagumi rakan-rakan sebayaku yang gigih berlatih menari zapin. Golongan
vateran di kampungku amat bersungguh-sungguh mengajarkan tarian zapin kepada
generasi muda. Aku akan datang ke balai raya untuk belajar meskipun aku tidak
mahir menari zapin. Selesai berlatih zapin, kami akan duduk di warung Pak Dolah
untuk bersembang-sembang.
Suatu malam sebelum aku pulang ke rumah , aku berborak-borak dengan
Tauke Lim . Tauke Lim sempat bergurau denganku membuatkan aku ketawa . Aku
terus memuji Ai Ling yang mempunyai bakat dalam tarian zapin . Aku bercadangkan
kepada Tauke Lim untuk membenarkan Ai Ling menyertai kumpulan zapin kanakkanak yang sedang aku asuh sekarang tetapi Ai Ling seorang yang sangat pemalu.
Sebenarnya apabila teringat Ai Ling , aku akan teringat Aiman yang seusia
dengannya . Terubat rinduku terhadap Aiman Apabila melihat Ai Ling . Ai Ling bukan
sahaja periang malah manja .
Kopi yang telah ku bancuh tadi kini ku hirup. Mataku payah hendak lelap
sejak kebelakangan ini. Kadang-kadang aku melaksanakan tugas, bersembang
dengan Tauke Lim atau menulis puisi atau cerpen. Ilham adakalanya datang dan
adakalanya tiada.
Aku melihat kearah rumah Tauke Lim . Tanah yang didiaminya sebenarnya
dibeli daripada arwah ayahku yang pada asalnya tanah itu merupakan kebun getah
yang terbiar . Suatu petang , Tauke Lim bertemu dengan ayahku dan berbual-bual
tentang kebun getah milik ayah . Sebelah malamnya pula , ayah memberitahu ibu
tentang kehadiran Tauke Lim ke sini . Ayah juga bercerita tentang Tauke Lim
sebelum dia ke kampung ini .
Hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah akrab. Dia akan membawa
keluarganya ke rumahku jika ada masa lapang dengan membawa buah tangan.
Tauke Lim amat rajin. Dia dan isterinya akan menoreh getah pada sebelah pagi dan
meronda untuk meraih hasil-hasil kampung untuk dijual pada sebelah petang. Hasil
kegigihannya,Tauke Lim dapat mengumpulkan wang dan membeli setengah ekar
kebun getah ayah untuk dijadikan tapak rumah yang kekal sehingga hari ini.
- 3Syahmie

Dalam diam , sudah hampir lapan belas tahun Tauke Lim menetap di desa
ini . Anak sulungnya kini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan Ai
Ching akan menduduki peperiksaan SPM . Tauke Lim betah tinggal di desa ini
kerana hidupnya sekeluarga seperti orang melayu . Arwah ayahku amat
menyayangi Ai Ling dan Ai Ching . Ayahku menganggap mereka seperti cucu sendiri
kerana merekalah tempat ayah menumpahkan kasih sejak emak tiada . Aku
teringatkan Aiman . Nostalgia itu terlalu menyentuh hatiku .
Pagi yang kelihatan pucat . Tauke Lim , Ai Ching dan Ai Ling datang ke
rumahku untuk memintaku menumpangkan anak-anaknya ke sekolah dan
memintaku membelikan bateri kereta . Aku menerima mereka dengan senyuman .
Anak-anak Tauke Lim bersekolah di sekolah kebangsaan kerana Tauke Lim
berpendapat bahawa sekolah melayu dan sekolah cina sama saja . Perkara yang
penting ialah mereka belajar dan rajin . Aku memulakan perbualan dengan Ai Ling
dengan mengajaknya menumpangku ke sekolah . Ai Ling menolak dengan baik
kerana tidak mahu menyusahkanku . Ai Ling berjanji untuk meminta izin daripada
ibu bapanya setelah aku cuba untuk mendapatkan kebenaran untuk Ai Ling
menumpangku ke sekolah .
Tiba di sekolah, Ai Ling berjalan agak pantas menuju ke bangunan kantin
setelah mengucapkan terima kasih kepadaku . Ingatanku terhadap Aiman kembali
menyerang . Jeritan loceng telah menyentap lamunanku . Aku mengeluarkan
barang-barangku dari perut kereta menuju ke bilik guru .
Hanya aku dan cikgu Tipah sahaja di dalam bilik guru itu cikgu tipah
menanda buku pelajarnya sambil membebel . Aku hanya mendengar dan bercakap
tentang pelajar-pelajar zaman sekarang . Ketika aku asyik menyemak minit
mesyuarat , cikgu Tipah bercakap tentang Ai Ling . Menurut cikgu Tipah , Ai Ling
berminat hendak belajar Pendidikan Agama Islam dan lebih suka membaca buku
kisah nabi dan rasul serta tokoh-tokoh islam . Bagiku, ini merupakan satu
permulaan yang baik untuk aku mendekatinya .
(ii)
Aku membantu Tauke Lim menukar bateri keretanya. Keadaan berlecak di
tempat letak kereta rumah Tauke Lim menyebabkan ketidakselesaan ketika sedang
menukar bateri kereta itu. Tauke Lim sendiri mahu membuat rumah kereta supaya
keadaan itu dapat dielakkan. Aku juga ada bergurau dengan Tauke Lim supaya
menukar kereta. Sifat jimat cermat yg ada pada diri tauke lim membuatkan pada
fikirannya ia hanya membazir kerana dia tidak berjalan jauh.Selapas itu, Tauke Lim
mengajak Aku utk ke pekan. Aku terlihat senyuman Ai Ling semasa mengundurkan
kereta namun senyuman Aiman juga yg lebih manis berbanding senyuman Ai Ling.
Sesampai mereka di kedai mamak itu, mereka dapat melihat kedai itu sesak kerana
kedai itu berdekatan dengan kawasan perindustrian. Tauke Lim bertanya kepada
Aku tentang Aku yg mengajak Ai Ling tumpang menaiki keretanya utk ke sekolah.
- 4Syahmie

Tauke Lim segan kerana keluarga Aku banyak membantu keluarganya. Aku
menyatakan kesunyiannya kerana tiada keluarga di sisi. Aku tidak mahu suasana
menjadi hiba lalu bertanya kepada Tauke Lim sama ada keluarganya dapat
menghadirkan diri mereka utk ke latihan zapin dan kompang kerana Aku tidak dapat
mengikutinya. Keluarga Tauke Lim semestinya menghadirinya kerana mereka amat
meminati seni kebudayaan.

(iii)
Lagu selendang mak inang yg dimainkan oleh kumpulan zapin dpurnama
sememangnya mencuit perasaan . Beberapa org penduduk kmpg yg menyaksikan
latihan itu turut bertepuk tngn mengikut rentak lagu yg dimainkan . Setelah dipujuk
oleh tauke lim akhirnya aku juga turut menyertai mereka menari bersama wak aruf ,
wak parmin , roslan dan ramli . Aku sempat menjeling ke arah ai ling yang kelihatan
ceria melihat aku menari . Setelah selesai latihan , pak hj salam yg merupakan
ketua kump zapin dpurnama berjumpa dengan aku tauke lim dn bbrp rakan lain
yang terlibat di ats pentas . Pak hj salam memberitahu bahawa yb samsuri dan
pegawai drps yayasan wawasan negeri juga akn dtg ke kmpg mereka dua minggu
lagi . Jadi mereka perlu membuat persediaan yg rapi supaya semua berjln lancar
kerana rentak tarian zapin jincat ni akn dikaji dn diwartakan sebagai satu rentak asli
dalam tarian zapin. Zapin ni juga akn dipersembahkan kepada menteri besar pada
bulan november . Mereka perlu buat yg terbaik kerana ini sajalah peluang utk
menghidupkan kumpulan dpurnama yg sudah lebih 20 tahun terkubur . Hj kemat
memintaku untuk menyiapkan atur cara pembersahan nnt dn begitu juga paluan
kompang utk menyambut yb samsuri dn pegawai drpd yayasan itu . Tauke lim pula
ingin menanggung kos perbelanjaan untuk bahagian jamuan . Selepas bersurai ,
aku berbincang pula dengan roslan , ramli dan abg bakir . Aku meminta cadangan
daripada abang bakir utk aturcara majlis . Abg bakir mencadagkan supaya diadakan
persembahan puisi sama ada daripada anak muridnya ataupun dari dia sendiri
kerana bakat yg ada tidak boleh disimpan . Abang bakir memujuknya supaya tidak
merajuk lagi . Adakah aku merajuk ataupun sebenarnya aku telah tenggelam.
(iv)
Aku melangkah pantas ke tempat letak kereta,akusudah terlewat kerana
berbincang dengan Cikgu Zanariah,guru bertanggngjawab untuk mengurus
pertandingan puisi.Aku lihat Ai Ling tergolong dalam senarai nama murid yang
memasuki pertandingan.Ketika itu,Ai Ling sedang menunggunya sambil membaca
buku puisi.Ai Ling suka berpuisi tapi dia takut untuk bertanding kerana tidak pernah
menyertainya sebelum ini .Aku menyarankannya untuk belajar dia belajar
denganku.Petang itu,Ai Ling datang ke rumahku bersama Ai Ching.Aku meminta Ai
- 5Syahmie

Ling membaca sajak yang dipilih berulang kali manakala Ai Ching membaca
majalah yang berada di atas meja .Setelah berpuas hati dengan kelancaran Ai
Ling,aku menyuruh dia berdiri untuk menguji pernafasannya.Aku mengingatkannya
supaya tidak berputus asa untuk melakukan perkara tersebut.Ai Ling berterima
kasih denganku kerana mengajarnya.Setelah itu,mereka pulang.
(v)
Kemenangan Ai Ling dalam mendeklamasikan sajak menjadi buah mulut
penduduk kampung.Tauke Lim telah belanja pelanggan di Warung Pak Dolah asbab
kemenangan anaknya.Tauke Lim juga mengucapkan terim kasih kepadaku sebab
mengajar Ai Ling.Ada segelintir penduduk kampung bertanya kepadaku mengapa
tidak meneruskan kebolehanku.Aku masih tiada jawapan sehingga teringatkan
kenangan manis ketika aku muda dahulu dan mengingatkan kembali kepada
Aiman.Hidupku seperti ayah yang menjadikan Ai Ling sebagai tumpangan untuk
mencurahkan kasih.

(vi)
Kampung Seri Purnama telah menjayakan persembahan zapin dihadapan YB
Samsuri dan Yayasan Warisan Negeri.Paluan kompang bergema sebaik YB Samsuri
masuk.Yang membuat persembahan semua telah besedia.Majlis bermula pada jam
9.30 malam,setelah bacaan doa,Ai Ling mendeklamasikan
sajaknya.Kemudian,persembahan zapin D'Purnama.Mereka telah melakukan
persembahan sebaiknya sehingga dapat peruntukan kewangan bagi
melengkapakan peralatan dan pakaian zapin.Majlis diakhiri dengan lagu
Gholiyabu.Kemudian penduduk kampung YB Samsuri dan Yayasan Warisan Negeri
menikmati juadah yang disediakan .Mereka semua berpuas hati dengan majlis pada
malam itu.Pihak tertentu juga sedang mencari jalan bagi mendekatkan anak muda
dengan kebudayaan untuk menjadi pelapis mereka.
(vii)
Masa berlalu dengan pantas,Ai Ling sudah berusia 12 tahun.Kesihatan diriku
juga mengancam kegiatanku kerana terpaksa berulang-alik ke hospital.Namu tetap
kugagahkan juga tugasku,aku tidak mahu mereka melihat kesakitanku.Pada suatu
petang,aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke pantai.Aku mengajak Ai Ling duduk di
sebatang pokok kelapa yang tumbang dan berbual dengannya tentang sejarah
hidupku.Pelbagai perkara yang Ai Ling tahu mengenaiku.Semua perkara yang
berlaku dalam hidupku membuatkan aku sedar bahawa kehidupan initidak ubah
seperti merentas samudera yang luas tetapi itulah hakikat yang harus ku telan.
(viii)
- 6Syahmie

Bagiku bulan Ogos merupakan yang menyesakkan kerana Kampung Seri


Purnama menjadi tuan rumah sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim dan
Program Berkampung dan berpuisi akan dilancarkan. Aku mengira orang yang sibuk
dalam majlis tersebut.Ai Ling juga giat berlatih untukmemantapkan
persembahannya.Petang itu,aku duduk di beranda rumah sambil menyemak buku
draf program.Suara alam sememangnya indah,aku tidak tahu berapa lama lagi bisa
mendengar nyanyian.Aku hanya mampu berdoa untuk diberikan kekuatan.Ai Ling
datang membawa makanan kegemaranku .Ketika itu,aku sedang menulis manuskrip
dan berjanji akan menjadikan Ai Ling orang pertama membacanya.Aku merasakan
bahawa saat-saat bersama Ai Ling sesuatu yang harus aku hargai.Kemudian,Ai Ling
bertanya kepadakuadakah aku sakit namun aku menafikannya.Ai Ling juga bertanya
kepadaku bila untuk membawa Aiman ke sini dan aku hanya menjawab suatu hari
nanti.Adakalanya aku kasihan kepada Ai Ling tetapi aku berharap suatu hari nanti Ai
Ling akan mengerti juga.
(ix)
Dua hari lagi majlis Sekampung Puisi akan dijalankan. Balai raya dicat
baharu. Pelbagai buku sastera dipamerkan di situ. Puisi yang akan dibacakan juga
dipaparkan. Gambar dan profil penulis karya sastera tersohor tanah air juga
dipamerkan. Pentas persembahan juga terhias indah. Semua pemduduk kampung
sibuk bergotong-royong bagi menjayakan majlis itu. Seandainya program itu
berhasil, Aksara yang pernah aku sebut dahulu pasti akan lahir di sini. Dalam waktu
yang singkat, aku dapat menyiapkan puisi tersebut. Sebahagian maniskrip sempat
aku taip dan aku simpan dalam sekeping sampul surat besar. Sakit kepala yang
menyerang terpaksa aku tahan. Sebelum tidur, aku menunaikan solat sunat kerana
tetasa Allah begitu hampir denganku. Malam itu, aku merasakan keanehan dalam
diriku. Rinduku terhadap Aiman terlalu mendalam. Aku ambil potretnya lalu aku
tatapi dan aku dakapkan ke dada. "Aiman, ayah amat rindu Aiman. Datanglah
Aiman". Aku terus menangis.

Bab 4
Setelah membaca manuskrip ayahnya itu, Haiqal terus menangis. Dia
tertanya-tanya adakah sepatutnya dia pergi ke kampong ayahnya atau tidak. Dia
bingung bagaimana harus dia berterus terang dengan uminya itu. Pada pukul 10.05
malam, dia pergi ke Pantai Batu Buruk untuk menemui rakan karibnya, Ratna di
gerai. Dia menceritakan kepada Ratna mengenai manuskrip yang dibacanya itu.

Bab 5

- 7Syahmie

Haiqal amat rindu ayahnya yang telah meninggalkannya. Dia juga amat
terkilan apabila tiada memori indah yang dicatatkan bersama-sama ayahnya.
Selepas bas yang dinaiki oleh Haiqal meninggalkan stesten bas, kedengaran gelak
tawa darpida para penumpang kerana menonton sebuah filem melayu tetapi Haiqal
belum tertarik minatnya untuk menonton. Haiqal teringat kembali suasana sayu
tatkala dia meninggalkan keluarganya. Hanya walidnya serta adik tirinya sahaja
yang mengiringinya keluar dari rumah sebelum Haiqal menaiki kereta Ratna.
Uminya langsung tidak melihat pemergian Haiqal. Ketika mereka berdua menunggu
bas, Haiqal berusaha untuk meyakinkan Ratna bahawa dia akan kembali.
Ketika Haiqal dalam perjalanan, Haiqal dapat melihat pelbagai panaroma
indah yang hanya dapat disaksikan pada waktu malam. Perlahan-lahan suasana di
dalam bas bertukar sunyi kerana para penumpang lena dibuai mimpi. Haiqal juga
semakin lena tidurnya selepas dikenakan suhu yang rendah terhdap dirinya. Pada
jam dua belas malam, bas berhenti di kawasan R&R, Kuantan. Haiqal mengisi
perutnya dan membersihkan dirinya di R&R tersebut. Usai Haiqal makan dan ke
tandas, dia kembali ke tempat duduknya di dalam bas. Kemudian membiarkan
dirinya hanyut ke alam mimpi sebelum sampai ke destinasi yang dituju.
Haiqal membelek-belek lagi manuskrip itu. Pelbagai persoalan yang timbul
dalam mindanya tenteng Ai Ling dan Ong See Hwa. Suasana di Seri Purnama
tergambar di matanya dan hatinya terpanggil untuk ke sana. Haiqal amat kagum
dengan kehebatan ayahnya. Baginya, ayahnya bukan calang-calang orang kerana
kehebatannya dalam menari zapin dan memalu kompang. Dia berasa rugi kerana
tidak dapat hidup bersama ayahnya.
Dunia umi dan walidnya ialah perniagaan butik dan kilang butik. Uminya
mahukan dirinya mengambil alih empayar perniagaannya tetapi Nurul Asiyah yang
menunjukkan kesungguhan dan minatnya terhadap perniagaannya.
Haiqal merasakan bahawa dia perlu mempunyai kekuatan untuk berhadapan
dengan uminya. Dia tidak pernah membuat keputusan sehinggakan dia benar-benar
makan hati dengan sikap uminya.
Sewaktu ayahnya meninggal dunia, dia tidak dapat menatap wajah ayahnya
buat kali terakhir kerana menduduki peperiksaan UPSR. Uminya langsung tidak
memberikan ruang. Dia berasa sangat sedih. Dia tidak dapat merasai dakapan kasih
sayang ayahnya walau hanya seketika.
Segala persoalan tentang umi dan ayahnya masih belum terjawab. Dia risau
akan dikatakan biadap jika bertanyakan tentang persoalan-persoalan itu kepada
uminya tetapi uminya pernah beritahunya bahawa dia akan mengetahui semuanya
setelah dewasaSelepas bas yang dinaiki oleh Haiqal meninggalkan stesten bas,
kedengaran gelak tawa darpida para penumpang kerana menonton sebuah filem
melayu tetapi Haiqal belum tertarik minatnya untuk menonton. Haiqal teringat
- 8Syahmie

kembali suasana sayu tatkala dia meninggalkan keluarganya. Hanya walidnya serta
adik tirinya sahaja yang mengiringinya keluar dari rumah sebelum Haiqal menaiki
kereta Ratna. Uminya langsung tidak melihat pemergian Haiqal. Ketika mereka
berdua menunggu bas, Haiqal berusaha untuk meyakinkan Ratna bahawa dia akan
kembali.
Ketika Haiqal dalam perjalanan, Haiqal dapat melihat pelbagai panaroma
indah yang hanya dapat disaksikan pada waktu malam. Perlahan-lahan suasana di
dalam bas bertukar sunyi kerana para penumpang lena dibuai mimpi. Haiqal juga
semakin lena tidurnya selepas dikenakan suhu yang rendah terhdap dirinya. Pada
jam dua belas malam, bas berhenti di kawasan R&R, Kuantan. Haiqal mengisi
perutnya dan membersihkan dirinya di R&R tersebut. Usai Haiqal makan dan ke
tandas, dia kembali ke tempat duduknya di dalam bas. Kemudian membiarkan
dirinya hanyut ke alam mimpi sebelum sampai ke destinasi yang dituju.

Bab 6
Kali ini, Haiqal benar-benar nekad untuk pergi ke kampong arwah ayahnya.
Dia percaya hanya Ratna sahaja yang memahaminya ketika itu. Ratna berkata
kepada Haiqal jika hal itu membuatkan Haiqal tenang dan bahagia, dia merelakan
Haiqal untuk pergi dan berdoa agar Haiqal selamat sampai ke sana. Dalam dirinya
ada perasaan sayu sebenarnya. Selepas itu, Ratna bertanyakan kepada Haiqal
sama ada uminya sudah mengizinkan atau belum. Ratna menasihatkan Haiqal agar
sentiasa tabah.
Selepas pulang dari gerai, Haiqal terus pulang ke rumah. Haiqal ingin
meminta izin uminya untuk pergi ke Johor tetapi mendapat tentangan dari uminya.
Haiqal tetap tegas dengan keputusannya. Walauapapun yang terjadi, dia tekad
untuk pergi ke Johor. Ayah tirinya itu meredakan keadaan. Lama-kelamaan, uminya
mengizinkan tetapi uminya tidak akan memberi Haiqal sebarang wang pun. Hati
uminya itu sangat sakit apabila diperlakukan sebegitu. Selepas itu, ayah tirinya
berjumpa dengan Haiqal. Dia berkata kepada Haiqal supaya jangan khuatir kerana
walidnya akan memberi sejumlah wang diperlukan. Ayah tirinya itu sangat baik
orangnya.

Bab 7
Selepas bas yang dinaiki oleh Haiqal meninggalkan stesten bas, kedengaran
gelak tawa darpida para penumpang kerana menonton sebuah filem melayu tetapi
Haiqal belum tertarik minatnya untuk menonton. Haiqal teringat kembali suasana
sayu tatkala dia meninggalkan keluarganya. Hanya walidnya serta adik tirinya
sahaja yang mengiringinya keluar dari rumah sebelum Haiqal menaiki kereta Ratna.
- 9Syahmie

Uminya langsung tidak melihat pemergian Haiqal. Ketika mereka berdua menunggu
bas, Haiqal berusaha untuk meyakinkan Ratna bahawa dia akan kembali.
Ketika Haiqal dalam perjalanan, Haiqal dapat melihat pelbagai panaroma
indah yang hanya dapat disaksikan pada waktu malam. Perlahan-lahan suasana di
dalam bas bertukar sunyi kerana para penumpang lena dibuai mimpi. Haiqal juga
semakin lena tidurnya selepas dikenakan suhu yang rendah terhdap dirinya. Pada
jam dua belas malam, bas berhenti di kawasan R&R, Kuantan. Haiqal mengisi
perutnya dan membersihkan dirinya di R&R tersebut. Usai Haiqal makan dan ke
tandas, dia kembali ke tempat duduknya di dalam bas. Kemudian membiarkan
dirinya hanyut ke alam mimpi sebelum sampai ke destinasi yang dituju.mengisi
perutnya dan membersihkan dirinya di R&R tersebut. Usai Haiqal makan dan ke
tandas, dia kembali ke tempat duduknya di dalam bas. Kemudian membiarkan
dirinya hanyut ke alam mimpi sebelum sampai ke destinasi yang dituju.

Bab 8
Haiqal tiba di Stesen Bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi. Seleranya pada
pagi itu bagaikan tumpul. Haiqal mengeluarkan telefon bimbitnya dan terpampar
satu mesej dari Ratna. Melihat akan waktu mesej itu dihantar, dia pasti Ratna
menghantarnya selepas Ratna menutup gerainya itu. Haiqal hanya membiarkan
mesej itu kerana tunggu dia sampai ke destinasi yang ditujui. Selepas itu, Haiqal
pergi menunaikan solat subuh di surau yang berdekatan sebelum memulakan
perjalanannya.
Setelah menyelesaikan solat, dia memilih untuk menaiki teksi kerana lebih
mudah dan harga yang berpatutan. Pemandu teksi itu berumur 40-an tahun yang
bernama Pak Cik Salleh. Haiqal menerangkan destinasi yang ditujuinya itu. Pak cik
Salleh seorang yang peramah. Pak cik Salleh memberhentikan teksinya di hadapan
gerai. Selepas itu, Haiqal turun dan menuju ke arah seorang lelaki yang sedang
menebar roti canainya. Dia bertanyakan mengenai Cikgu Abdullah dan
memperkenalkan dirinya itu. Lelaki itu bernama Wak Min dan isterinya bernama
Mak Menah. Warung kecil itu mula didatangi pelanggan Wak Min. Tidak lama
kemudian, seorang lelaki Cina sangat mesra menegur pelanggan-pelanggan itu.
Kemudian, wak min mendekati lelaki cina itu dan menepuk bahunya dan seperti
memberitahu sesuatu. Selepas itu, lelaki cina itu mendekati Haiqal. Haiqal
berpendapat bahawa lelaki itu ialah Tauke Ong. Kemudian, Haiqal memperkenalkan
dirinya dan Tauke Ong ingin menghantar Haiqal ke rumah ayahnya.
Sampai sahaja di rumah arwah ayahnya, Tauke Ong memberitahu biasanya
Ong See Hwa yang membersihkan rumah ini dan kadang-kadang tidur di sini
bersama kakaknya. Kemudian, Haiqal memberitahu bahawa See Hwa lah yang
memberi kepadanya manuskrip. Selepas itu, terdapat sijil-sijil yang digantung di
- 10 Syahmie

rumah ayahnya. Ternyata, arwah ayahnya adalah seorang yang sangat hebat. Dia
benar-benar sebak kerana tidak dapat untuk jumpa dengan arwah ayahnya itu.

Bab 9
Tauke Ong menepati janjinya. Dia dan anaknya, See Hwa telah terpacul kirakira pukul 12 tengah hari dihalaman rumah. Haiqal cuba menenangkan dirinya yang
gelisah apabila melihat See Hwa. Mereka akan ke pekan untuk makan nasi daun
pisang. Haiqal tidaklah terlalu teruja kerana dia tidaklah terlalu cerewet. Namun,
Haiqal lebih tertarik dengan senyuman Ong See Hwa sewaktu dia membuka pintu.
Ada sepasang lesung pipit sewaktu See Hwa tersenyum.
Sepanjang perjalanan ke pekan, See Hwa hanya berdiamkan diri. Tauke Ong
pula mengajukan beberapa soalan kepada Haiqal. Menurut Tauke Ong, Haiqal perlu
menguruskan beberapa perkara yang ditinggalkan ayahnya untuknya. Sebelum
Haiqal tiba di Kampung Seri Purnama, Tauke Ong telah menjaga amanah arwah
ayahnya dengan mengerjakan tanahya di baruh dan di belakang rumah yang telah
ditanami dengan pokok kelapa sawit. Haiqal mengucapkan terima kasih kepada
Tauke Ong kerana telah menjaga amanahnya. Tauke Ong mengatakan bahawa jasa
keluarga arwah ayah Haiqal sangat banyak kepada keluarganya.
Setibanya di sebuah restoran mamak, Tauke Ong mengarahkan Haiqal dan
See Hwa turun dan makan disitu. Tauke Ong perlu ke bank atas urusan lain. Sebaik
sahaja masuk ke dalam restoran, See Hwa di sapa oleh seorang pelayan lelaki di
situ. Kemudian, dia mengajak Haiqal duduk di sebuah meja yang terletak di pojok
restoran itu. See Hwa memanggil seorang pelayan di restoran itu. Dia
memperkenalkan Haiqal kepada pelayan itu sebelum dia memesan makanan.
Setelah itu, merekan bungkam seketika.
Ong See Hwa memulakan bicaranya dahulu dengan memberitahu perkara
yang diceritakan oleh Cikgu Abdullah tentang negeri Terengganu. Haiqal pula
membalas dengan mengatakan keistimewaan yang terdapat di negeri Johor. Tibatiba, Haiqal teringatkan Ratna yang menjadi sebahagian daripada kehidupannya.
Makanan yang mereka pesan telah dihantar oleh salah seorang pekerja di
restoran itu. Mereka makan sambil berbual-bual tentang topik yang sepatutnya
sahaja. Menurut See Hwa arwah ayah Haiqal pandai memasak. Bagi Haiqal, See
Hwa sangat beruntung kerana dia mengisi kekosongan jiwa ayahnya hingga ke
akhir hayatnya. Dia yakin bahawa See Hwa banyak meyimpan rahsia hidup
ayahnya. Watak Ai Ling yang dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip itu ialah See
Hwa.
Selesai makan, See Hwa mengajak Haiqal ke kedai buku sementara See Hwa
memilih-milih novel yang hendak dibelinya, Haiqal mengambil keputusan untuk
- 11 Syahmie

membeli beberapa buah majalah berkaitan bahasa dan sastera. Setelah itu, See
Hwa menunjukkan dua buah novel melayu. See Hwa suka membaca novel melayu
dan inggeris. Haiqal dan See Hwa meminati penulis yang sama. Manuskrip yang
ditulis ayahnya membuatkannya mengetahui sebahagian tentang gadis itu.

Setibanya di rumah, Haiqal terus menyandarkan tubuhnya di sofa. Seketika


kemudian, telefon bimbit Haiqal bergetar beberapa kali. Dia membaca sms yang
dihantar oleh Asiyah yang menyatakan kesunyian yang dialaminya. Haiqal amat
merindui keluarganya dan Ratna. Baginya, inilah yang dinamakan pengorbanan.

Bab 10
Tauke Ong bermurah hati untuk meminjamkan Haiqal motorsikalnya itu.
Haiqal berhajat untuk menziarahi kubur ayahnya itu. Menurut kata Tauke Ong, kubur
ayahnya mempunyai pohon kemboja yang paling besar dan mudah untuk dicari.
Dalam 10 minit, haiqal sampai di kawasan perkuburan. Haiqal mengusap-usap
lembut batu nisan kubur ayahnya. Dia menyedekahkan bacaan surah yasin dan
berdoa. Setelah itu, dia mencabut rumput-rumput halus yang tumbuh di kawasan
kubur ayahnya. Daun-daun yang bertaburan juga dia kutip. Hatinya amat berat
untuk meninggalkan kubur arwah ayahnya itu.
Selepas itu, semasa dia menunggang motorsikal, dia terjumpa sekumpulan
orang remaja yang sedang memancing ikan di tepi parit. Dia memberikan
senyuman kepada remaja-remaja itu. Kemudian, hatinya tergerak untuk menegur
lelaki-lelaki itu. Selepas itu, mereka pun berbual mengenai arwah ayahnya itu.
Lelaki itu bernama Pak Cik Bakar. Pak cik Bakar itu memuji-muji kebaikan arwah
yang pernah arwah lakukan. Haiqal pun memohon diri untuk pulang kerana hari
sudah senja.
Selepas menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid, Haiqal pergi ke
warung Wak Min. Haiqal berbual-bual dengan Mak Senah isteri Wak Min. Kemudian,
dating Pakcik Bakar dan berbual dengan Haiqal. Haiqal hanya membiarkan
PakcikBakar melayani fikirannya. Dua orang jemaah dari masjid dating menuju ke
meja Haiqal dan bertegur dengan mesra. Pak bakar memperkenalkan Wak Ariff dan
Hj Salim kepada Haiqal. Hj Salim merupakan pemain gambus manakala Wak Ariff
penari Zapin.
Setelah berbual-bual di gerai, pak bakar mengajak Haiqal untuk pergi
kerumahnya. Pak cik Bakar menceritakan kisah hidup arwah ayah Haiqal. Sewaktu
arwah hidup, arwah menganggap See Hwa sebagai anaknya. Hampir pukul 2.00
pagi mereka berbual. Oleh itu, Haiqal membuat keputusan untuk pulang ke rumah.
- 12 Syahmie

- 13 Syahmie

Bab 11
Sudah seminggu Haiqal berada di Johor. Selama dia berada di sana, Tauke
Ong banyak membantunya, terutama tentang duit simpanan arwah ayahnya dan
juga hasil jualan kelapa sawit. Haiqal memberitahu Tauke Ong bahawa dia lebih
selesa jika tauke ong yang menguruskan harta kebun-kebun itu kerana dia tidak
mempunyai pengalaman tentang kebun-kebun. Hal ini ditolak oleh tauke ong
kerana tauke ong menganggap bahawa inilah masa yang sesuai untuk Haiqal
menguruskan kebun-kebun ini. Abang Bidin dan Salleh mengambil upah memotong
kelapa sawit. Mereka pun sudah menerangkan kerja-kerja mengenai kebun-kebun
itu kepada Haiqal. Mulai dari sekarang, dia harus belajar serba sedikit mengenai
kebun kelapa sawit. Sekurang-kurangnya, dapat juga menimba pengalaman.
Dalam masa seminggu itu, haiqal sempat berkenalan dengan remaja yang
sebaya dengannya antaranya ialah Lazim anak Hj Salim. Lazim juga menunggu
keputusan STPM tetapi dia mengambil aliran ekonomi. Suatu hari, Lazim meminta
izin kepada Haiqal untuk tidur di rumahnya. Mereka berbual-bual lagi mengenai
ayahnya itu. Ayahnya itu dulu mengajar subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan
Jasmani. Dalam banyak-banyak murid, ayahnya rapat dengan See Hwa berbanding
murid-muridnya yang lain.
Setelah selesai Haiqal mengerjakan solat maghrib, dia pergi ke gerai untuk
membeli dua bungkus mi goring kerana dia tidak mahu Lazim kelaparan. Sampai
sahaja di rumah Haiqal, Lazim mengusik Haiqal kerana Haiqal sedang melihat
rumah Tauke Ong. Kemudian, Lazim mengajak Haiqal untuk pergi ke Balai Raya
kerana di Balai Rayalah banyak maklumat tentang ayah Haiqal. Haiqal bertanya
kepada Lazim sama ada dia pandai menari zapin ataupun tidak. Lazim pandai
menari zapin sewaktu usianya masih kecil.
Ketika laungan azan solat subuh, Lazim terus bangun dan mengejutkan
Haiqal dan terus mendapatkan motosikalnya. Setelah menunaikan solat subuh,
Haiqal duduk di anak tangga. Tiba-tiba See Hwa datang kerumahnya dan
melemparkan senyuman. See Hwa mengajak Haiqal untuk bersarapan di Pekan.
Setelah sampai di gerai, Tauke Ong ingin pergi ke kedai Tauke Leong untuk
mengambil duit. Kemudian, Haiqal mengambil kesempatan untuk bertanyakan
tentang ayahnya kepada See Hwa.

Bab 12
Petang minggu Haiqal pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim.Balai
raya itu kurangg terurus tetapi ada bahagian yang dijaga rapi.Satu bilik bacaan dan
satu lagi galeri pameran.Bilik bacaan terdapat terdapat banyak buku,makalah dan
majalah yang tersusun rapi .Bilik bacaan itu merupakan idea ayah Haiqal.Dia yang
banyak menyumbang buku dalam bilik tersebut.See Hwa yang menguruskan bilik
- 14 Syahmie

itu sekarang.Selepas itu,mereka pergi melihat galeri pameran.Haiqal terpempan


melihat buku-buku yang dikarang oleh ayahnya tersusun di almari berkunci.Sejarah
hidup ayahnya juga di tampal di bilik itu.Ada juga album besar yang menyimpan
gambar-gambar ayahnya.Dia tertarik dengan gambar ayahnya bersama kumpulan
zapin D'Purnama.Lazim menceritakan sedikit tentang kebolehan ayahnya dan
jasanya terhadap kampung itu.Dia bertanya kepada Lazim tentang zapin di
kampung itu .Kemudian See Hwa dan Haiqal pergi warung Wak Min .Lazim pulang
awal.Haiqal tanya See Hwa tentang aksara yang merupakan satu perkara yang
tidak dapat dilaksanakan oleh ayahnya.See Hwa juga emberitahu Haiqal bahawa
arwah ayahnya mahu seseorang untuk menghabiskan manuskripnya itu iaitu
Haiqal.Malam itu,Haiqal menyelak catatan arwah ayahnya yang berkisarkan
peralatan dan jenis zapin .Dia mahu menyaksikan tarian zapin itu.Kemudian dia
terus ke warung Wak Min untuk berjumpa Pak Cik Bakar.Haiqal mengajukan
cadangannya kepada Pak Bakar.Dia setuju tetapi dia perlu berbincang dengan ketua
kampung .Penduduk kampung bersyukur dengan kepulangan Haiqal kekampung
kerana dia seperti arwah ayahnya .Dia teringat akan uminya di pantai timur dan dia
tidak terlintas untuk melukakan hati uminya.Namun,dia ada hak untuk sayang
arwah ayahnya .Sebulan lebih dia di Kampung Seri Purnama,dia mula mendapat
keserasian di ditu.Dia mendapat layanan yang baik.Dia juga berterima kasih kepada
See Hwa kerana banyak membantunya mengenali arwah.

Bab 13
Pak Cik Bakar telah pun menyampaikan perkara itu kepada ketua kampung
Seri Purnama, Haji Jamil. Haji Jamil telah bersetuju untuk mengadakan satu
pertemuan dengan ahli JKKK dalam masa yang terdekat. Perkara itu segera
disampaikan kepada See Hwa oleh Haiqal. Kemudian, See Hwa berjanji untuk
menunaikan amanah arwah ayah Haiqal dengan menyerahkan beberapa buah buku
yang ditulis oleh arwah. Haiqal mengucapkan terima kasih sebaik sahaja menerima
buku itu.
Menurut gadis yang fasih berbahasa melayu itu, ayah Haiqal sangat baik dan
sangat perahsia. Dia tidak pernah menceritakan masalah kesihatan yang
dialaminya. Arwah datuk dan ayah Haiqal juga banyak membantu keluarga See Hwa
dan menganggap mereka seperti keluarga sendiri. See Hwa akan membantu Haiqal
qwalau apapun yang dia usahakan kerana itu pesanan arwah ayahnya kepadanya.
Arwah sangat sayang akan Haiqal. Haiqal mengucapkan terima kasih atas kebaikan
See Hwa.
Mereka rancak berbual-bual sehinggalah kepulangan Tauke Ong. Tauke Ong
memuji cadangan Haiqal untuk menghidupkan kumpulan zapin D'Purnama semula.
Bagi Haiqal, bukan mudah untuk menghidupkan kumpulan zapin ini semula. Haiqal
bimbang tentang kekurangan penari zapin tetapi Tauke Ong mengatakan bahawa
- 15 Syahmie

beberapa orang anak muda di kampung itu berkebolehan dalam tarian zapin.
Suasana di rumah Tauke Ong menjadi meriah apabila Tauke Ong dan Puan Khei
bergurau. Haiqal tidak berasa kekok di tengah-tengah keluarga itu. Dia juga senang
meluahkan konfliknya kepada See Hwa. See Hwa menasihatinyaagar banyak
bersabar dan tabah menghadapi rintangan itu.
Kemudian, mereka berbual pula tentang bakat menulis yang ada pada Haiqal.
Mernurut arwah ayah Haiqal, jika kita mensia-siakan bakat yang dikurniakan tuhan,
ini seolah-olah kita mengkhianatinya. See Hwa mengingatkan Haiqal untuk tidak
mensia-siakan bakat yang ada. Abdullah Bin Kayan akan memberikan manuskrip
yang telah disiapkannya kepada See Hwa.itulah yang menyebabkan See Hwa fasih
berbahasa melayu.
Setelah itu, Haiqal menghabiskan masanya di rumah dengan membaca
novel-noveldan antologi cerpen tulisa arwah ayahnya. Kebanyakan cerpen ayahnya
berkisar tenteng dunia keguruan, kehidupan masyarakat setempat dan kebudayaan
di situ. Dia amat mengagumi bakat keperangan yang dimiliki oleh ayahnya. Ketika
dia asyik membaca novel karya ayahnya, Pak Cik Bakar datang kerumahnya untuk
mengundangnya See Hwa dan Tauke Ong tentang zapin di balai raya. Haiqal segera
memaklumkan tentang perkara itu kepada See Hwa. Kemudian dia duduk di anak
tangga dan memikirkan masa depannya selepas mendapat keputusan STPM. Dia
bercita-cita untuk menjadi seorang guru seperti arwah ayahnya.
Ketika di balai raya, Haiqal duduk bersebelahan Pak Cik Bakar. Haiji Jamil
meminta persetujuan penduduk kampung untuk menghiduakan kumpulan zapin
D'purnama semula. Semua penduduk kampung bersetuju untuk menerima
cadangan itu. Haiqal berasa sangat lega. Haji Jamil mengaharapkan kerjasama
daripada penduduk kampung kerana inilah salah satu cara untuk mengenang jasa
Cikgu Abdullah. Malam itu juga pembahagian tugas sempena majlid itu dilakukan.
Haji Jamil akan mengundang Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu sebagai
tetamu.
Haiqal tidak terus pulang. Dia sempat berbual dengan Pak Cik Bakar dan Haji
Salam tentang ayahnya dan aksara. Sejak ayahnya meninggal dunia, aksara seperti
hilang hala tuju. Ketokohan ayahnya dalam bidang kesusateraan telah diiktiraf oleh
kerajaan negeri. Menurut Haji Salim, ayah Haiqal seorang yang cekal. Keazamannya
terlalu kuat dan sentiasa membara

Bab 14
Sebuah balai telah dipasang dan di bawahnya dibina sebuah pentas rendah
yang diperbuat daripada kayu dan papan lapis terpakai. Penari-penari zapin pula
akan menari dihadapan pentas itu. Ada juga kalangan penduduk kampung itu yang
hadir memberikan sokongan atau mencari sedikit hiburan. Jari jemari Haji Salim
- 16 Syahmie

ligat memetik gambus. Wak Arif pula bertenaga memalu gendang panjang. Pak Cik
Bakar dan dua rakannya memalu marwas. Semua pemain zapin telah dimamah
usia. Antaranya Pak Cik Tasrif yang bermain arkodian. Haji Sulaiman yang
menggesek biola dan Haji Leman memetik gambus bergilir-gilir dengan Haji Salim.
Setelah diajak berkali-kali oleh Pak Cik Bakar dan Haji Salim, akhirnya Haiqal
mengalah juga dan memberanikan diri untuk bermain tamborin. Sewaktu Haiqal
sedang berehat dan bersembang dengan ahli kumpulan zapin itu, Tauke Ong
menyuruhnya untuk mencuba menari pula. Tetapi dia malu dan cuba menolaknya
dengan cara yang baik. Haji Salim pula cuba meyakinkan Haiqal untuk menari.
Haiqal mara dihambat perasaan gelisah dan tidak pernah terfikir baginya untuk
menarikan tarian itu. Dia hanya mahu merasai suasana ketika ayahnya masih hidup
dahulu.
Akhirnya, Haiqal akur untuk menari zapin. Jika dia terus berkeras untuk
menolak, bimbang Pak Cik Bakar, Haji Selamat , Wak Parmin, Abng Ramlan dan Wak
Seman yang bersungguh-sungguh mahu mengajarnya akan berkecil hati pula. Pak
Cik Bakar terus menarik tangan Haiqal dan mengarahkan Haiqal mengikut langkah
kaki dan lenggok badannya.
Pak Cik Bakar memberitahu bahawa ayah Haiqal seorang kelaki yang
mempunyai keinginan yang kuat dan luar biasa. Sehinggakan dia sanggup berpisah
dengan umi hanya semata-mata kerana kecintaannya terhadap kebudayaan.
Sepetang di rumah Pak Cik Bakat, Haiqal menceritakan tentang semua
perkara yang tertulis dalam manuskrip itu. Menurut manuskrip tersebut, ayahnya
kata Ai Ling pandai menari zapin. Haiqal agak musykil akan perkara itu. Adakah Ai
Ling seperti yang digambarkan oleh ayahnya dalam manuskrip itu ialah See Hwa?
Pak Cik Bakar , mencadangkan Haiqal untuk mengenali See Hwa sementara masih
berada di kampung ini lagi.
See Hwa mengajak Haiqal untuk bersiar siar di pantai yang agak terkenal di
daerah itu . Mungkin inilah masa yang terbaik untuknya . Dia menyanggupi ajakan
See Hwa itu. Petang itu cuaca amat baik. See Hwa memandu kereta ayahnya
dengan tenang. Haiqal teringatkan Pantai Batu Buruk apabila dia melepaskan
pandangannya ke pantai. Teringatkan juga Ratna yang kini kian menyepikan diri.
Haiqal tidak membantah apabila See Hwa mengajaknya berjalan-jalan di tepi
pantai. Kini pantai ini menjadi mangsa hakisan ombak yang teruk. Bahagian tepi
pantai ini terpaksa ditahan dengan bongkah-bongkah batu besar untuk
mengelakkan hakisan. See Hwa mangatakan pantai ini terlalu istimewa untuk ayah
Haiqal . Tambahnya lagi, ayah Haiqal juga pernah mengajaknya ke pantai ini dan
bercerita tentang Haiqal. Jika Haiqal tidak balik ke sini, mungkin suatu hari nanti See
Hwa pula akan ke Kuala Terengganu untuk mencari Haiqal. Segala yang tertulis
dalam manuskrip itu adalah sesuatu yang nyata. Kesudahan manuskrip itu adalah
- 17 Syahmie

sesuatu yang nyata. Kesudahan manuskrip yang tergantung itu perlu


disempurnakan.

Bab 15
Balai raya yang sebelum ini sepi dan seolah-olah mati, kembali berseri.
Petang tadi, Haiqal membantu kerja-kerja memperkemaskan balai raya. Tidak
terkecuali, See Hwa yang sama-sama mengemas bahagian dalam balai raya itu
agar kelihatan cantik dan rapi. Penduduk kampung sibuk bergotong-royong
memasak nasi jagung, kurma daging kambing dan daging lembu, ayam masak
merah serta dalca untuk hidangan para tetamu. Seminggu sebelum acara
persembahan dilangsungkan , Haiqal memaklumkan kepada walidnya tentang zapin
jincat dan meminta walid, umi dan Nurul Aisyah mendoakannya agar dia dapat
mempersembahkan tarian itu dengan sebaik mungkin. Berita yang amat
mengejutkan apabila Lazim ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari
kerja dan dia tidak dapat menari. Pak Cik Bakar kelihatan resah dan bimbang kerana
sudah tiada masa lagi untuk menukar dan berlatih dengan pasangan baru dalam
persembahan itu. Haiqal dan Lazim sememangnya pasangan tarian yang serasi
kerana masing-masing dapat membaca gerak dan langkah. Haji Salim
mencadangkan See Hwa untuk menggantikan tempat Lazim kerana dulu sewaktu
masih budak-budak See Hwa selalu berpasangan dengan Lazim. Haiqal diminta oleh
Haji Salim untuk memujuk See Hwa. Selepas solat maghrib dia langsung ke rumah
Tauke Ong. Haiqal berasa terkejut apabila melihat pakaian yang digosok oleh See
Hwa ialah baju zapin. See Hwa berterus terang dengan Haiqal bahawa pada malam
ini dia dan Lazim ingin membuat kejutan untuknya. Ini semuanya rancangan Pak Cik
Bakar dan Haji Salim tetapi telah berubah. Haiqal memujuk dan berharap See Hwa
menggantikan Lazim dan gadis itu bersetuju. Pada malam itu, persembahan zapin
D'Purnama berjalan dengan baik dan lancar. Walid , umi , dan Nurul Aisyah turut
sama hadir bagi menyokongnya. Haiqal berasa sangat terharu dengan kehadiran
mereka.

Bab 16
Haiqal meninggalkan bumi semenanjung untuk menimba ilmu di sebuah
universiti yang terletak di Bumi Kenyalang . Dahulu uminya memang mendendami
ayahnya tetapi telah terlebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk
menyaksikan Haiqal menari.
Ratna kini telah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan muda.
Mereka akam berkahwim pada penghujung tahun ini juga. See Hwa pula sangat
sedih ketika kakiku melangkah meninggalkan Kampung Seri Purnama. Tauke Ong
meminta Haiqal untuk kembali ke kampung itu semula
- 18 Syahmie

Haiqal perlu menjadi seperti mana ayahnya untuk mewujudkan Aksara


kembali. Dia belum ada apa-apa yang melayakkannya untuk memimpin Aksara
kerana terlalu kecil dan kerdil. Manuskrip lama masih kemas dalam simpanannya.
Baginya, manuskrip lama tanpa judul itu mewakili suatu perjalanan masa. Silir
Daksina benar-benar mendamaikan.

- 19 Syahmie