Anda di halaman 1dari 1

Maktab Rendah Sains MARA Transkrian (MRSM Transkrian) , Pulau Pinang

merupakan maktab yang ke-36 ditubuhkan oleh MARA dalam memenuhi hasrat
dan wawasan untuk mencemerlangkan pendidikan hingga bertaraf dunia. MRSM
Transkrian merupakan MRSM yang kedua di Pulau Pinang selepas MRSM Balik
Pulau yang beroperasi pada tahun 1984.

Terletak di Mukim 9, Transkrian, Nibong Tebal iaitu di daerah Seberang


Perai Selatan, MRSM Transkrian yang luasnya 32 hektar secara rasminya
beroperasi pada 1 April 2002. Seramai 17 orang guru termasuk Pengetua yang
pertama, Encik Saleh bin Osman, yang kebanyakannya berkhidmat di MRSM-
MRSM yang lain telah melaporkan diri pada tarikh tersebut.

Kekurangan yang ada pada maktab yang baru dibuka ini tidak
melemahkan semangat para pendidik untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi
demi kegemilangan bersama. Hasilnya, MRSM Transkrian menerima kumpulan
penuntut sulung seramai 100 orang yang merupakan pelajar-pelajar tingkatan
4 pada 22 April 2002. Kumpulan ini dengan penuh semangat sama-sama
mengharungi jerih perit untuk menjayakan agenda pendidikan MARA.
Kesungguhan dan kegigihan mereka terjawab apabila keputusan SPM 2003
diumumkan, dengan kejayaan mereka memperoleh Gred Purata Keseluruhan
2.45. Semoga kecemerlangan ini akan menjadi tradisi dan pemangkin kepada
kumpulan kedua dan seterusnya yang mengambil SPM serta kumpulan pertama
dan seterusnya yang mengambil PMR.

MRSM Transkrian dilengkapi dengan bilik kelas, dewan besar, bilik


seminar, makmal termasuk makmal komputer dan internet serta reka cipta,
surau, dewan makan ,pusat pelajar dan pusat sumber pembelajaran. Beberapa
kemudahan atau prasarana yang lain sedang disediakan oleh pihak maktab demi
memastikan keselesaan pelajar belajar . Dengan kerjasama Jabatan Landskap
Negara (JLN), maka mulai April 2004, suasana di sekeliling kampus bertambah
ceria. MRSM Transkrian berasa bertuah kerana merupakan satu-satu MRSM yang
terpilih oleh JLN untuk projek pengindahan ini.

Dengan gaya pentadbiran yang mantap dan tersendiri yang diterajui oleh
Pengetua sekarang, Haji Mohd Yusoff bin Hassan dengan dibantu oleh Penolong
Pengetua Hal Ehwal Akademik, Encik Noor Hassan bin Hj Hussain dan Penolong
Pengetua Hal Ehwal Pelajar, Haji Othman bin Ahmad serta gemblengan tenaga
para guru dan kakitangan yang komited, MRSM Transkrian akan bergerak maju
ke arah memenuhi slogan ‘BETTER THAN THE BEST’ dan wawasan CEMERLANG,
GEMILANG dan TERBILANG….