Anda di halaman 1dari 1

NOTA PROSA KLASIK ANTOLOGI ‘ANAK LAUT’

CERITA BAYAN TIADA MENURUT KATA IBU BAPANYA

Cerita ini merupakan cerita berbingkai yang mengandungi 3 cerita.

Cerita 1 : Anak bayan berkawan dengan anak cerpelai

Bayan melarang tiga ekor anaknya berkawan dengan anak cerpelai yang tinggal di lubang
sebatang pokok. Anak bayan tidak mendengar larangan ibu bapa mereka. Seorang budak lelaki
telah menangkap anak cerpelai. Ibu bapa cerpelai berjumpa dengan serigala untuk meminta
pandangannya supaya anak-anak bayan juga ditangkap oleh budak lelaki itu. Serigala menyuruh
ibu bapa cerpelai agar lari ke arah sarang bayan supaya budak lelaki itu melihat bayan dan
menangkapnya. Apabila budak lelaki melihat sarang bayan, ia pun pulang ke rumahnya. Pada
waktu malam, ia pergi ke sarang bayan lalu menutup sarang bayan. Bayan mengatur strategi
supaya mereka sekeluarga tidak ditangkap oleh budak lelaki itu. Apabila budak lelaki itu
datang,bayan-bayan itu berpura-pura mati, kemudian semua bayan itu terbang menyelamatkan
diri. Budak lelaki itu menyedari dirinya ditipu lalu mahu menyembelih bayan tua. Bayan tua
meminta supaya dirinya dijual kepada raja dengan harga dua ribu dinar. Bayan tua mengatakan
bahawa dia boleh mengubati penyakit sopak pada kaki dan tangan raja. Budak itu menjual
bayan dengan harga empat ribu dinar. Bayan tua dapat mengubati penyakit raja. Bayan tua
meminta kebenaran raja untuk pulang berjumpa dengan keluarganya.

Cerita 2 : Anak kera bersahabat dengan anak saudagar

Ibu bapa anak kera melarangnya bersahabat dengan anak saudagar. Anak kera tidak
mengendahkan larangan ibu bapanya. Anak kera bermain catur dengan anak saudagar. Anak
kera kalah dalam permainan itu lalu mencampakkan buah catur kepada anak saudagar. Anak
saudagar berasa malu lalu mencederakan lengan anak kera dengan sebilah pisau. Anak kera
melontarkan pisau itu kepada anak saudagar dan menyebabkan anak saudagar tercedera. Ibu
bapa anak kera menasihatinya supaya menjauhkan diri daripada anak saudagar tetapi tidak
dihiraukan oleh anak kera. Tabib mengatakan kepada saudagar bahawa luka anaknya akan
sembuh jika diubati dengan hati kera. Saudagar membunuh anak kera apabila anak kera datang
ke rumahnya dan mengubati luka anaknya dengan hati anak kera itu sehingga sembuh.

Cerita 3 : Bayan bercerita kepada Bibi Zainab

Bibi Zainab merupakan isteri kepada Khoja Maimun . Isteri Khoja Maimun ingin bertemu dengan
kekasihnya , anak raja, semasa suaminya tiada di rumah. Bayan menceritakan kisah di atas
serta kisah seorang zahid dengan pandai kayu, pandai emas dan pandai bertenun yang
mengembara ke sebuah negeri.